Friday, August 28, 2009 Edit This 0 Comments »
Hai..sat je dah hari Jumaat, esok genap seminggu kita berpuasa. Anak2 aku Iffa ngan Arrie suka puasa sebab nak pow duit aku tiap2 hari dapat seringgit kalau puasa penuh. Aku pasang spy check kalau2 diorang tu puasa yang yuk tapi masalahnya spy aku tak berapa boleh nak pakai kalau 'angin' dengan abang ngan kakak dia, dia cakap akak ngan abang dia makan nasik. Kelam kabut abang dengan kakak dia pertahan diri. Sape spy aku? Ammar lah...dia tak puasa pun nak minta duit dua posen upah...boring jer....

Minggu ni hubby cuti sampai hari Isnin, hari merdekalah katakan. Tak tahu nak gi mana macam nak balik Klang tengok dulu camana. Minggu lepas hubby and anak2 asyik tengok tv je mentang2 baru beli tv lcd asyik bukak dvd je, dari pagi sampai petang. Angin satu badan aku dibuatnya.. bengang sebab takde orang tolong kemas rumah...

Mesin jahit pulak satu hal, aku dah siap beli kain langsir nak buat langsir raya tup2 asyik sangkut jer benang tak boleh nak jahit langsung. Hubby janji nak beli mesin jahit baru... aku tunggu....

Rindu nak bukak puasa ngan keluarga di Klang.Mak dan akak Miza dah sibuk tanya bila nak balik... Rindunya ngan diorang semua...... Rindu nak makan ayam kicap air tangan mak...rindu dengan senda gurau adik beradik aku.. Tapi apakan daya....

Mask...

Monday, August 03, 2009 Edit This 1 Comment »
Hari nie Arrie mendesak minta aku belikan mask yang dapat protect kita dari sebaran penyakit yang agak merunsingkan kita semua buat masa ini iaitu apalagi kalau bukan virus influenza A H1N1 tu.

Aku pun singgah di Guardian Parit Raja dan beli 5 helai mask berharga RM4. Tak tahula apa yang anak2 aku bincangkan sewaktu aku tinggalkan mereka di dalam kereta sementara aku pergi keluar membeli. Bila aku masuk ke dalam kereta aku tengok anak aku Dina terkulai lesu, aku ingatkan dia tidur bila aku cuit dia toleh lalu berkata,"Ma, Nina emam, uhuk uhuk atuk (batuk)..". Si Ammar pun terbatuk2 sama konon sakitla tu. Yang aku pelik lagi bila aku hulur kat Dina mask tu dia terus bangun mintak pakai kat mulut camne dia tau aku pun tak faham.Macam-macam pe'el bebudak nie.

Dengan berita terbaru semalam Malaysia dah mencatatkan sebanyak 6 kematian .Yang terkini seorang budak berusia 11 tahun meninggal di Hosp Sultanah Aminah JB semalam. Masalahnya virus ini terlalu mudah merebak di kalangan kita semua. So buat masa ini tempat yang paling selamat di rumah masing2.

Marilah kita berdoa agar kita semua terhindar dari jangkitan virus yang agak tidak terkawal itu. Cuba amalkan nasihat2 yang selalu keluar kat TV.

Risau aku bila hantar anak2 ke sekolah, bimbang sekiranya virus ini menular di kalangan bebudak sekolah. Aku selalu ingatkan anak2 sentiasa basuh tangan dan jangan berkongsi minuman dan makanan menggunakan bekas yang sama. Kita hanya mampu untuk cuba elakkan perkara ini tetapi Allah yang tentukan segalanya jadi eloklah kita berdoa di samping berusaha melakukan apa yang telah di sarankan.