Wednesday, December 09, 2009 Edit This 0 Comments »
Wallah..wallah... lama tak update blog sehinggakan jari jemari aku nie kekok untuk menaip perkataan yang sesuai untuk dicoretkan disini. Tapi ada sedikit cerita yang aku ingin kongsikan...

Baru2 ini aku tinggalkan dua orang anak kesayangan aku Iffa dan Arie dirumah nenek mereka di Klang.

Hari pertama dan kedua taklah terasa sangat kerinduan aku terhadap mereka tetapi bila tiba malam hari kedua entah mengapa selepas solat berjemaah airmata aku mengalir tanpa dapat aku kawal... rindunya aku kepada mereka.... baru aku mengerti perasaan ibubapa yang kehilangan anak mereka selamanya... sedangkan aku baru dua hari dah tak tertahan kerinduan aku..

Dan selepas seminggu masa berlalu kini mereka kembali bersama aku. Nampaknya mereka juga begitu gembira kembali pulang bersama keluarga.

Bila dah punya anak aku ada jugak mencari2 cara yang sesuai untuk mendidik anak2 aku. Masa mula2 mengandungkan anakku yang pertama aku sudah membayangkan suatu hari nanti aku nak anak2 aku menjadi seorang yang berdikari, rajin, rapat dengan keluarga, berjaya dalam pelajaran dan berkerjaya, hormat orang tua dan yang paling penting punya kefahaman agama yang tinggi.

Itulah yang aku harapkan.

Aku percaya melentur buluh biar dari rebungnya... sejak dari kecil sekitar 2 tahun anak2 aku dah diajar simpan mainan sendiri.. lap air yang ditumpahkan dan buat kerja yang sesuai dengan usia mereka.

Ada juga yang tak berapa setuju dengan cara aku... contohnya ada kata2, "Ko ni tak baik suruh anak2 buat kerja kan mereka kecik lagi..itu dah macam guna buruh kanak2.." . "Ish.. apalah yang boleh diharapkan dengan budak2? Kesian.."

Ada juga orang mengkritik, "Buat apa disuruh budak kecik tutup aurat.. bukannya wajib..". Atau soalan2 begini.. "Iffa.. umur Iffa dah 16 tahun ke? Wajib bertudung?".

Tetapi bagi aku ibu bapa perlu mengajar anak2 yang belum baligh bersembahyang dan menutup aurat. Anak2 kecil tidak berdosa bila meninggalkan sembahyang tetapi jika dia bersembahyang selepas disuruh ibu bapa, maka ibu bapa itulah yang mendapat kebaikannya. Begitu juga dalam segi aurat.

Lain orang lain caranya dalam mendidik anak... kini anak aku yang berusia 8 tahun dah pandai menanak nasi, sidai kain, lipat kain, sapu rumah, mop lantai bagi membantu meringankan kerja rumah aku. Begitu juga dengan adiknya yang beusia 6 tahun. Mereka kalau boleh cuba menunjukkan kerajinan mereka untuk mendapatkan pujian dari aku.

Selain itu untuk yang sulung bersembahyang sendiri sudah menjadi kebiasaan tetapi mestilah perlu aku ingatkan.

Yang penting keikhlasan mereka dalam membantu aku bukan kata2 orang yang tak setuju dengan cara aku. Bagi aku biar mereka faham segala perkara yang aku ajar adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri. Setiap perkara bila dah menjadi kebiasaan sehari2 tentulah mudah untuk dilakukan.

Aku hanya berusaha tetapi hasilnya aku serahkan segalanya kepada Allah. Aku harap segala usaha aku ini akan membuahkan hasil. Aku akui aku banyak kekurangan menangani kesabaran dalam mendidik anak2.. tetapi itu semua adalah kelemahan aku sebagai hambaNya.

Kadangkala kritikan2 yang negatif melemahkan aku... membuatkan aku hilang punca. Aku jugak khuatir jika aku salah cara mendidik yang meninggalkan kesan mendalam untuk anak2 aku.

Betapa sukarnya menjadi ibu yang tidak berilmu dan terlalu jahil dalam agama yang cuba berubah tetapi masih lagi begitu.

Tergapai2 dalam mencari arah, hala tuju di dalam kehidupan.