IKea ... akhirnya dapat aku terjah...

Tuesday, March 29, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Rambang mata betul bila dapat jengah ke Ikea yang terletak di Damansara. Selama ini hanya mendengar cerita mengenai barangan yang dijual di Ikea.. Kalau la duit aku bawak sekepok hari tu mau ku borong pelbagai barangan yang terjual kat situ...

Tak tahan betul bila tengok karpet yang tergantung2... macam melambai2 kan bulu2nya ke arah aku... Adoyai .. Ya Allah tabahkanlah hati insanmu yang tak tahan godaan ni.... Macam2 ada.. dari karpet, sudip, sofa, meja, bla bla bla bla.... sempat ku angkut sudip, bekas beg plastic, jarr spices... dan beg guni yang tertulis Ikea... Wallah..... belikan juga untuk mak beg plastic ikea tu bukan apa untuk kenang2an bukan senang nak sampai ke situ lagi al-maklum dah duduk kat kawasan kampung nun jauh di johor... dengan nak meredah jammed lagi.. entah bila agaknya akan ku jejak ke situ lagi... Nana belanja makan meat balls yang masyuk... sepinggan rm10 hinggit share makan 3 orang, ada dua orang mamat yang duduk kat meja sebelah jeling2 je kat arah kitorang.. kesian gamaknya...

Tengokla time nak dekat raya nanti kalau ada duit lebih akan ku serbu Ikea yang sangat famous di fb, twitter dan blog2... Akhirnya sampai jua aku di sana....

Ammar dan lalat...

Thursday, March 17, 2011 Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah.. kesihatanku dah semakin pulih... entah mengapa perutku sebu pula dan selalu muntah2..ada angin agaknya... tapi masih boleh buat tugasan harianku di rumah.

Cuti sekolah ni.. aku dah mengagihkan tugasan yang sesuai untuk anak2 lakukan di rumah.. Iffa diberi tugasan mengamas bahagian dapur, membasuh pinggan, terap pinggan, basuh kain..(guna mesin ler), settlekan semua bahagian dapur. Arrie pula diberi tugasan mengemas ketiga2 bilik bahagian atas rumah, dan juga kemas dan mengelap perabot di ruang tamu..(perabot x byk mana pun... Yang si adik Ammar hmmm masih kecik lagi jadi tugasan membuang sampah ketiga2 tong sampah di berikan kepadanya..

Dengan menggunakan kasut roda Ammar bawa tong samaph kecil untuk dibuang di luar rumah...tiba2...

Ammar  :  Mama, ada lalat Ammar takut....

Aku  : Kenapa pulak takut kan lalat je....

Arrie  : Hahaha lalat pun takut jom abang teman...

Ammar  : Ammar takut lalat makan orang...

Aku  :  La... bila masa pulak lalat makan orang Ammar...

Arrie  :  Hahahaha lalat makan orang mana ade....

Ammar :  Cikgu Ammar cakap lalat makan orang yang tak mandi bau busuk... Ammar nak gi mandi dulu la...

AKu  : Kalau Ammar busuk sangat baru lalat hinggap.. dah dah gi buang... nak takut apa....

Dengan tersengih2 dan terkepit2 Ammar gagahi juga sambil ditemani abangnya untuk melaksanakan tugasan yang aku beri... Kelakar kelakar....

Apa itu lymphoma..?

Wednesday, March 16, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Bila ada diantara anak2 kita yang mungkin mempunyai benjolan tanpa sebab di bahagian leher, pangkal peha atau celah2 ketiak kemungkinan juga disebabkan penyakit lymphoma.. gejala2 lain adalah seperti kesukaran bernafas, sering terbatuk2, sesak nafas, berbunyi ketika bernafas, sering berdengkur ketika tidur dan juga selalu berpeluh pada waktu malam... risau juga dengan Ammar sebab dibahagian lehernya mempunyai benjolan kecil tetapi bila kami mengunjungi klinik doktor hanya katakan itu adalah tonsil.. benarkah begitu..?

Benjolan itu akan membesar sekiranya dia demam.. pernah juga disebabkan benjolan2 itu Ammar disyaki mempunyai simptom penyakit tibi... setelah ujian demi ujian dilakukan akhirnya keputusannya sangat melegakan hatiku.. tanda2 itu bukan tibi..

Mari berkongsi info tentang lymphoma...

Lymphoma 
Apa itu Lymphoma?
Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari
sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga
dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan
sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan.
Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem
limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada
tempat tersebut.
Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali
sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di
kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakit
tersebut ditunjukkan.
15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma. Ianya jarang
terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak
lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.
 
Apakah jenis-jenis Lymphoma?
Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel
barah (malignant). Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau
penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan
kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan
kanak-kanak.
        * Hodgkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang
pelajar dan Pakar Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut
pada tahun 1832. Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak dewasa atau
remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang dari 5 tahun.
Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang
spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau
organ yang terlibat.
        * Non-Hodgkin's Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua
jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat
kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin's Lymphoma terdapat
peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis sel darah
putih yang terdapat di kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit
juga kelihatan seperti barah darah   Leukemia  ( ALL), kadangkala
menyukarkan untuk mengenal pasti antara Lymphoma dan Leukemia di
kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma tidak
melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal
pesakit Leukemia melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh.
Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya
melibatkan bahagian badan yang berlainan, merebak secara yang berlainan
juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan.
Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada
jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang
terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah
mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala
membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan.
 
Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan  kanak-kanak?
Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang
kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang
mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya.
Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika mereka 
mempunyai salah satu seperti di bawah:
        * Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti
        * Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan 
yang melemahkan sistem imuniti
        * Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV)
        * Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan 
Reaktor Nuklear
        * Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan 
telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi
Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat
mengawal faktor yang menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma
terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen semasa
pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala di kalangan
kanak-kanak kadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam
kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang
diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah atau rawatan
pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ 

[Atas]

 
Apakah tanda-tanda Lymphoma?
Tanda-tanda Lymphoma mungkin sama dengan penyakit lain yang bukan
barah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anak
anda mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan anda.
Di bawah adalah tanda-tanda yang mungkin ada pada Lymphoma:
        * Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu 
ia terus membesar tanpa disedari
        * Pembesaran thymus atau noda limfa di dada boleh menekan
saluran udara menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas
atau kesukaran pernafasan
        * Ianya juga boleh menyempitkan salur darah utama yang
menyalurkan darah dari kepala dan leher menyebabkan pembengkakan muka,
leher, bahagian atas lengan dan dada
        * Kesukaran untuk menelan
        * Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan
kembung dan ketidakselesaan. Ianya juga boleh menyekat saluran najis
dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah
        * Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam- kadangkala 
dipanggil simptom B
        * Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin's Lymphoma
Tanda non-Hodgkin's Lymphoma terjadi dengan cepat, kadangkala dalam
masa beberapa hari atau minggu sebelum ianya dikenalpasti. Sesetengah
jenis non-Hodgkin's Lymphoma terjadi secara perlahan dalam beberapa
bulan.
Bagi Hodgkin's Lymphoma, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang,
dan secara perlahan. Pembengkakan dan tanda boleh kelihatan sehingga
setahun sebelum penyakit dapat dikesan dan kanak-kanak tersebut boleh
kelihatan seperti normal. Walau bagaimanapun tanda B pada amnya merebak
dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan
penyakit dikenalpasti/ disahkan.
 
Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma? 
Doktor akan bertanya apa yang membimbangkan dan tanda-tanda yang
ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah
kesihatan ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang
alahan, atau isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor
akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma.
Kadangkala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang
membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara
teliti untuk mengetahui sama ada ianya terus membesar. Doktor juga akan
memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh
jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor
mengesyaki ianya Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi.
Ini akan melibatkan pengambilan sedikit tisu atau kadangkala
keseluruhan nodus limfa tersebut.
Bergantung pada tempat di mana sampel tisu akan diambil, biopsi
mungkin menggunakan jarum halus (dipanggil jarum sedutan) atau
pembedahan kecil dilakukan di bawah pembiusan setempat (kulit di
sekeliling tempat biopsi akan dibius). Kadangkala biopsi mungkin perlu
dilakukan dengan melakukan pembedahan besar di bawah bius am. Keadaan
ini dilakukan dalam kes biopsi pembuangan di mana keseluruhan nodus
limfa yang besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang.
Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis
limfoma yang spesifik. Selain dari ujian asas makmal, ujian yang lebih
canggih juga dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan
jenis-jenis spesifik Lymphoma itu.
Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT
scan, MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh.
Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan ujian
yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah merebak ke kawasan
lain.Ini dapat membantu mengesan tahap barah tersebut di mana ianya
sangat penting untuk merancang perawatan. Ujian  ujian sampingan
termasuk: 
        * Pengiraan darah secara menyeluruh
        * Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang
        * Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya 
Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang
Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada barah
telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's
Lymphoma sahaja.

[Atas]

 
Bagaimana untuk merawat Lymphoma?
Rawatan untuk Lymphoma di kalangan kanak-kanak bergantung kepada
tahap barah tersebut. Menentukan tahap barah adalah cara untuk
mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap
keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis).
Terdapat 4 tahap Lymphoma, bermula dari tahap 1 (barah Cuma
melibatkan 1 bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa)
hingga tahap 4 (barah yang telah merebak, hingga ke satu atau lebih
tisu atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat
membantu Pakar Perubatan dalam menentukan rawatan dan juga menjangka
bagaimana seseorang pesakit Lymphoma akan bertahan dalam jangka masa
panjang.
Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah)
adalah rawatan utama yang di gunakan. Ianya rawatan yang sangat penting
untuk penyakit non-Hodgkin s Lymphoma. Ini biasanya melibatkan
penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil
masa beberapa bulan.
Hodgkin's Lymphoma di kalangan kanak-kanak dirawat dengan
kemoterapi. Kadangkala Radioterapi (penggunaan cahaya yang berkuasa
tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada
merebak) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu.
 
Adakah peluang untuk sembuh?
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin atau
NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas dari barah selama lebih dari 5
tahun.
Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan
sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel barah di dalam badan) setelah
menjalani kemoterapi. Penyembuhan dalam masa yang panjang (bebas dari
penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit
tahap satu atau tahap 2, dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan
lebih dari 60% bagi mereka yang tahap 4.
Kanak-kanak yang mengalami NHL, 90% berada dalam keadaan selamat
setelah 5tahun bagi mereka yang berada dalam tahap 1 atau 2 semasa
pengesahan penyakit (diagnosis), dan hampir 70% bagi mereka yang
mengalami tahap 3 atau 4.
Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap
rawatan, tetapi sebahagian dari mereka mengalami penyakit yang berulang
(barah berulang) disebabkan oleh berlakunya tindak balas pada
'conventaional chemotherapy'. Bagi kanak-kanak ini, dos ubatan
kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau
pemindahan sel stem

Demam...

Wednesday, March 16, 2011 Posted In Edit This 2 Comments »
Dah masuk 3 hari aku sakit2.. Demam selalu rasa seram sejuk, mengigil2 dan yg paling tak tahan bila badan sengal2 sakit seluruh tubuh.. Malam tadi dah gi klinik doktor cakap virus dah menyerang tonsil sebelah kiri.. tu yg menyebabkan aku demam.. Macammana boleh terkena virus tu doktor cakap jangkitan daripada persekitaran...

Pagi ni muntah2 seawal 6 pagi dah berlari2 ke tandas sehingga mengejutkan suamiku dari tidur.. suami ku cakap "Mama mengandung kot.. pagi2 dah muntah2.. "

Aku : " Takkanlah kan baru datang period hari tu..takkan dah mengandung.. semalam doktor ada tanya gak ada muntah2 tak..mungkin ni salah satu simptomnya...".. sehinggalah ke tengahhari aku asyik muntah2 je..suamiku pesan jangan makan ubat dulu sehingga confirm tak mengandung... takut2 baby akan terjejas disebabkan ubat2an yang kuambil..

Tengahhari ni suamiku curi2 masa lunch time nya untuk membelikan ku UPT.. sanggup dia tunggu sehingga aku selesai buat ujian itu... ujian tadi menunjukkan tanda negetif bermakna aku selamat memakan ubat yang diberikan doktor.. melihat ke raut wajah suamiku aku tertanya.. dia seakan2 tak sabar untuk mengetahui keputusannya.. adakah suamiku kepingin baby seorang lagi...?

Kalau diikutkan pengalaman yang lepas2 suamiku sangat ceria bila menunggu ku diluar pintu labour room seolah2 tak sabar2 nak dukung baby yang baru lahir kedunia.. Ya wajahnya sangat ceria dan sepanjang tempoh berpantang aku diberikan layanan yang istimewa darinya.. nak lagi ke abang..? hehehehe