Boikot barangan yahudi

Monday, January 12, 2009 Edit This 1 Comment »
Baru baru nie kita telah dikejutkan dengan pengeboman ke atas Gaza oleh tentera rejim Israel (yahudi laknatullah). Setakat ini 800 orang awam telah menjadi mangsa kekejaman mereka. Dan beribu lagi mengalalami kecacatan fizikal seumur hidup.Semalam di buletin utama tv3 kita telah menyaksikan keangkuhan orang yahudi yang bersuka ria dan meriah menyaksikan pengeboman oleh askar mereka. Mereka anggap ini adalah kemenangan bagi pihak yahudi yang bongkak dan sombong kerana kapandaian dan kekayaan yahudi di serata dunia.

Tiada lagi tangisan sebaliknya hanya darah yang mengalir dari penduduk di sana. Apabila menyaksikan kegembiraan yahudi menyambut kematian beramai ramai penduduk Gaza menimbulkan kesedaran supaya kami memboikot barangan yahudi. Selama ini tanpa disedari barangan keperluan kami saban hari di beli daraipada syarikat keluaran yahudi yang akhirnya keuntungan di gunakan untuk menyerang penduduk islam di Palestin.

Kuatkan keazaman demi umat islam di palestin.



Berikut adalah senarai barangan syarikat keluaran yahudi:

Makanan

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays… dan sebagainya.

Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato… dan sebagainya.

Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls… dan sebagainya.

Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake… dan sebagainya.

Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan… dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda… dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California

Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali… dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah… dan sebagainya

Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips… dan sebagainya.

Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam… dan sebagainya.

Minyak Sayuran Rawabi, Fern

Makaroni Columbus, Hayo

Chipsy

Delta

——————————————————————————–

Super Market

Sainsburry

Heiz

Edge

Tesco

——————————————————————————–

Kedai Makan/Restoran

McDonalds

Tikka

Kentucky Fried Chicken (KFC)

Kantis

Arby’s

Pizza Hut

Chicken Tikka

Paradise

McBurger

——————————————————————————–

Alat Pencuci dan Kecantikan

Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean… dan sebagainya.

Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy… dan sebagainya.

Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri

Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga
Jenama: Raid, Glade… dan sebaginya.

Syarikat Revlon Make-up

Syarikat East In Sambel

Syarikat Beverly Hills

Syarikat Sitreen

——————————————————————————–

Bahan Tenaga

Bateri Kenderaan Milestone

Bateri Kenderaan Powder

Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready… dan sebagainya.

——————————————————————————–

Alatan Sukan

Nike

Universal

Power

Paramount

Youngers

——————————————————————————–

Pakaian

Jean’s Basic

Kelvin Klein

Levi’s

Basic

Ralph Lauren

——————————————————————————–

Alatan Pejabat

Syarikat Delta Egypt

Parker Schiffer

Pen Schiffer

Higher

——————————————————————————–

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Mac

IBM

Intel

Uracel

Nokia

Motorola

Digital

Pisang kaki @ chikugunya?

Saturday, January 10, 2009 Edit This 0 Comments »
Semalam abang balik dari luar daerah (Batu pahat) sambil membawa buah yang agak asing (sebab tak pernah beli). Pada mulanya takut jugak nak makan sebab tak pernah jumpa pun. Sampai depan pintu abang terus hulur buah. Saya tanya "buah apa nie?" Dia cakap "makanla berkhasiat".

Ragu 2 jugak nak makan yelah tak tahu nak makan camne nak kupas kulit dulu ke atau gigit terus. Rupanya dia pun tak tahu. Lawak betul. So saya decide untuk gigit dengan kulit2nya nak tengok isinya camne. Bila digigit rupanya rasanya lebih kurang macam ciku. Abang dengan nada bergurau dia bagitau itulah buah chikugunya. Saya cakap setau saya chikugunya tu penyakit, ooh abang beli buah saja nak bagi penyakit yer. Kami gelak beramai2.

Dalam kereta tadi baru dia bagitau sebenarnya nama buah tu pisang kaki. Kemudian iffa menyampuk len kali jangan beli lagi beli limau takpe.

Semasa beli lauk di tesco tadi kami beli limau mandarin harga baru rm7 , 4 kg lagi. Semasa anak sibuk makan buah oren abah membebel dia cakap asyik makan buah tu 10kg pun tak cukup. Saya balas takpela makan bukan buang tu buah chikugunya dalam peti ais tu sapa nak makan. Abang hanya tersengih2 je.

Anyway thanks untuk buah tangan tu. Makan jelah dalam peti ais ada lagi 6 biji harga pun lebih kurang rm8. Tak nak membazir makan jela. Nie abang tengah paksa kami makan, tugas dia hanya kopek kulit. Tak aci betul.

Seribu kemaafan dipinta

Saturday, January 10, 2009 Edit This 0 Comments »
hisk hisk kadang kala kita tak sedar setiap perbuatan atau percakapan kita akan menyinggung perasaan seseorang. Especially bagi orang yang banyak mulut macam saya. Selalunyer waktu kita bercakap main lepas selepas puas bercakap baru pikir betul atau tak perbuatan kita. Nak menyesal pun tak guna kecuali memohon maaf.

Kalau ikutkan memang saya banyak melukakan perasaan orang yang terdekat sebab tu sebelum berpisah baik kita minta maaf sebelum terlambat. Takut jugak kalau tak sempat, kita terlebih dahulu 'dijemput'.

Bila membaca article 'gitu gitu' (he he he) tak sangka pulak article saya yang tak seberapa membuatkan dia nangis. Ingatkan dia hanya bergurau semalam. Sori tak maksud nak bagi aina syahdu.

Hari nie ada satu pengajaran yang saya perolehi iaitu berhati2 ketika bercakap kerana penerimaan orang itu berbeza2. Menjadi satu adat seorang yang lebih tua menegur yang muda tapi dengan cara yang betul. Kadangkala kita perlu menilai satu berita itu dengan cara berhikmah bukan hanya mendengar sebelah pihak dan terus meletakkan kesalahan kepada pihak yang satu lagi tanpa mendapatkan penjelasan. Dan yang penting kita kena selalu memaafkan orang sekiranya mereka melakukan kesalahan itu adalah yang terbaik dari kita memendam perasaan.

Tidak perlu tunggu hari raya saja kita bermaaf maafan, pada setiap waktu adalah sebaiknya.

Akhir kata kepada orang yang terdekat dan saya sayangi maafkan diri ini kerana diri ini memang selalu melakukan kesalahan.

Friday, January 09, 2009 Edit This 0 Comments »
Syok jugak bila baca blog adik ipar si aina yang gitu gitu tu. Bukannyer apa bila baca life dia kat um dengan perangai dia yang terloncat2 tu rasa terhibur gak. Jarang contact dengan dia maklumlah jarang top up prepaid. So kami sarankan dia buat blog kalau boring2 leh jenguk blog dia sat nak tahu apa dia tengah buat semester nie.

Aina tu susah nak faham perangai dia kekadang nampak ok kadang2 tak. Mungkin dia ni under achiver kot. Kalau na terbaca blog nie mesti dia sengih pasal low achiver and under achiver ni dia tengah belajar (mana mama tau? he he).


Yang berbaju merah tu la Aina gitu gitu. Nape gambar dia senget? Tengah cover jerawat batu kah kah kah. Yang dok kat sebelah tu la ehem ehem aina.


Dulu dia selalu gak dok umah kami bila dah study kat um jarang lepak kat sini. Rumah sewa kami sempit kot. Masa mama baru nikah ngan abah umur dia baru 12 tahun. Berhingus lagi. Sekarang nie dah besar dah nak kawin pun. Sekejap je masa berlalu. Mama selalu gak usik dia, perli dia kadang2 dia gelak2 je tak tau la kalau terasa. Sebab mama rasa dia macam budak kecik macam masa mama baru kenal dulu. Jadi susah nak treat dia macam anak gadis.

Kadangkala tegur jugak perangai dia yang bergaul mesra dengan orang especially lelaki. Bukannya dia tak de kawan pompuan ramai jugak kawan aina ni tapi sebab dia ni happy go lucky n ada rupa ramai yang nak usha. Cuma mama pesan jangan layan sangat takut orang 'perasan' takut orang tu mandrem bila bertepuk sebelah tangan. Endingnya dia merajuk ngan mama. Agaknyala sebab mak mentua cakap aina tu sensitif sikit.

Gambar nie kami ambil masa gi um, aina nie suka bergambar.

Yang bagusnya si aina nie orang mudah mesra ngan dia pasal dia agak friendly dan seorang yang pendengar. Akhir kata hiasi perjalanan hidup mu dengan warna 2 yang ceria dan gembira. Sorry atas keterlanjuran kata2 kak ida. Jadi seorang guru yang sentiasa ikhlas dalam mendidik anak murid k.




Friday, January 09, 2009 Edit This 0 Comments »
Peh.... semalam gi check up kat klinik kesihatan telok panglima. Jenuh dok kepung bebudak tu bukannye apa nurse kat situ asyik jeling2 bila diorang buat bising. Nak buat camne dah takde orang nak tolong jaga nak hantar kat umah mak jauh pulak.

Sebelum balik tu gi jumpa dr siti zubaidah yang lawaknya masa mintak ubat batuk dia sibuk tanya kahak warna apa, hingus warna apa ingat apasalla dia sibuk tanya rupanya dia suspect mama kena tibi. Ahahak ahak awatla doktor dok pikir sampai situ. Dah tu mama tanya kat doktor simptom sakit tibi dia kata batuk tak henti sampai kuar darah. Mama cakap mama takla sampai lagu tu. Cuma mama rasa lebih kepada resdung je. Mama selalu bersin waktu time sejuk contoh waktu pagi. Batuk tu sebab baru2 nie dok asyik pulun ais je.

Hmm doktor tu setuju gak mungkin resdung tapi sebab dia dah tulis borang nak uji kahak dia suh jugak hantar sample kahak tiap2 pagi sampai 3 hari. Sudah! Camne nak kuarkan kahak lepas ni. Mama ok kan je doctor cakap borang tu mama buang kat luar. Sakit tibi. Dulu sakit jantung macam2.

Anyway malam semalam abah bawak mama celebrate birthday ngan anak2 kat pizza giant bukit tinggi. Thanks ingat tak ingat. Ingat dah tak sayang kat bini lagi...umpph cayang abah.

Wednesday, January 07, 2009 Edit This 0 Comments »
Its my birthday today. Happy birthday to me. Yang ke berapa? 29. I juz received a btday wishes from my sister nana n kak miza. Thanks. Biasanyer in my family they dont forget to wish a birthday wishes. Lambat ngan cepat je. From my hubby? Dah biasa dah so far tak pernah dapat pape. Dah 8 tahun kawin. Kadang2 terasa gak tak nak bagi hadiah pun takpe yang penting ingat. Dia bukan macam tu. (Macam terasa jer)

Sebab tu kadang2 nak dekat bthday buat2 tak ingat pasal taknak sedih. (Sensitifnyer) Tak tahula nape mungkin orang pompuan nie suka nak mintak perhatian kot. Sebab 2 bila ingat balik masa keja syok jugak pasal kat ex company my boss Jean, ingat dia punya staff birthday. Bagi gift n belanja lunch. Best.
Gambar ape pulak nie. Nie la gambar yang saya buatkan untuk harijadi Dina last year.


Tapi kadang2 terpikir gak nape orang suka celebrate bthday padahal kalau ikutkan setiap kali birthday kan umur kita bertambah its mean ajal kita pun nak dekat. Tak tahu whats my feeling now. Nak gembira pun tidak sedih pun tidak.

Anyway best jugak bila ada blog nie tergambar perasaan kita semasa menulis. My mom masa kat kg lagi dah hebohkan 7 jan harijadi ieda. Thanks mak walaupun anak dah 8 tapi masih ingat tarikh harijadi kami. Ingat lagi masa betrhday akak ngan ajip (same day) 11 dec masa tu mak kat mekah sempat telipon ucap selamat harijadi.

Same as me setiap harijadi anak kita yang ingat, abah? Cuba try tanya tergagap nak jawab even tahun pun dia tak ingat. Agaknyer la mungkin dia ingat tapi saje tak ingat kot.

Tuesday, January 06, 2009 Edit This 0 Comments »
Arrie baru pergi sekolah naik basikal. Mama cium pipi, usap kepala dan hantar dia sampai depan sambil melambaikan tangan. Dalam hati moga Allah terangkan hatinya untuk menerima ilmu yang cikgu ajarkan. Mama berpesan belajar elok2 jangan main2 kat sekolah jangan campur dengan kawan taknak belajar jangan lawan cakap cikgu bila cikgu ajar kat depan jangan bercakap nanti ilmu tak masuk dalam otak. Itu pesanan mama setiap hari. Kenapa tiap2 hari? Sebab mama nak dia ingat dan terngiang2 di telinganya pesanan mama.

Mama taknak suatu hari nanti anak2 jadi anak yang tidak beradab, tidak berakhlak dan menjadi budak yang bermasalah. Mama taknak semua itu. Memang mama bersikap tegas tapi mama rasa itu untuk kebaikan anak2 mama.

Kadangkala bila melihat perilaku ibu lain yang terlalu memanjakan anak sehinggakan anak sanggup meninggikan suara, pemalas, boros dan sering mengikut kata hati, dalam fikiran mama budak itu menjadi budak tak berakhlak, biadap dan sifat yang penuh dengan sifat yang keji. Mama taknak anak2 mama dibiarkan membesar dengan mewah dan manja yang akhirnya menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Nak salahkan siapa melainkan ibu dan ayah yang gagal mendidik anak dengan baik.

Diberikan segalanya pada usia yang muda seperti handphone, kereta, motor dan sebagainya. Sehinggakan anak itu tidak berusaha untuk belajar, berpoya2 di bus stand atau jambatan. Manakala anak perempuan suka bergaya, boros, dan sering berpeleseran dengan lelaki tanpa kawalan itukah didikan sepatutnya.

Mama tahu itu cara yang salah jadi mama berusaha untuk mengubah keturunan mama yang seterusnya supaya nampak jalan yang benar. Biasanya orang akan bercakap "Ala dulu kau pun sama" Tapi mama anggap itu semua ujian dari Allah untuk menghapuskan dosa2 mama dahulu. Takpe apa orang nak kata atau keji apa yang mama buat sekarang adalah selepas mama mencari cara2 atau anjuran islam dalam mendidik anak.