Tercapaikah impian anda??

Thursday, April 09, 2009 Edit This 9 Comments »
Memang topic bab anak mendapat respon yg memberangsangkan.. macam2 komen, ada yang cakap tentang bab kuality, productivity dah jadi macam kilang pulak. Suka hati diorang ajer..

Ok lets we change our topic sebelum makin banyak comment tentang produce young (salah satu bab science yang Arrie tengah belajar la ni). Semakin merapu jadinya.

Adakah impian anda sudah tercapai? Sekarang la masanya kita mengukur samaada kita dah berjaya dalam mencapai cita2 masa kecik dulu? Adakah korang sumer membayangkan suatu hari nanti kehidupan kita seperti what weve been through now? Ataupun kita hanya goes on dengan kehidupan kita?

For my side, aku tak terbayang dan tak terberangan yang suatu hari nanti (hari nie la) aku hanya menjadi housewife ajer. Still remember dulu aku suka berangan (ala2 Iffa) aku akan terbang di angkasa (stewardess), tapi bila besar kawan aku Siti Nuru Aini cerita yang kakak dia jadi stewardess, kerja diorg termasuk lap muntah penumpang. Yerkss.. terus mengecut cita2 aku. Put aside.

Ada lagi satu cita2 aku jadi polis.. Kecik2 dulu abah aku selalu suruh kami (adik beradik aku) pasang butang baju uniform polis.. banyak tau butang yang nak kena pasang. Lepas siap pasang butang baju abah biasanya aku suka menggayakannya sambil pakai topi polis. Hui kira smart dan segakla. Boot (kasut) abah pun aku selalu try jugak.. betapa kuatnya aku berangan waktu kecik dulu. Yang paling aku suka dan ingat sampai sekarang bila abah pergi dan balik dari kerja, aku suka sangat tengok abah pakai unform polis. Sampai sekarang aku memang suka tengok polis2 yang pakai uniform, cantik2 dan segak2 diorang.

Tapi tak tercapai jugak.. sebab aku masih ingat lagi di sekitar tahun 1998 atau 99 masa tu abah terlantar sakit kat hospital aku terbaca iklan jawatan kosong untuk jawatan konstabel, dan lain2 jawatan di PDRM ramai diorang nak pakai. Masa tu tergerak hati aku nak apply, aku pergi jumpa abah kat Hospital Um, abah masa tue tengah sakit teruk sebab leukimia.

Aku sembang ngan abah pasal hasrat aku tu abah aku ada jugak suruh aku cuba. Tetapi bila diketahui oleh seorang makhluk allah nie tiba2 dia tergelak kuat, "Ieda nak jadi Polis.. tah pape ntah." terus merundum hasrat aku. Aku nie mudah patah semangat bila dikutuk macam tu sebab aku rasa rendah diri dengan diri aku sendiri. Dahla tak belajar tinggi tak macam adik beradik aku yang lain. So aku lupakan hasrat aku dan teruskan kehidupan aku sebagai kerani kilang.

Akhirnya aku berkenalan dengan hubby aku masa tu pulak abah aku paling kuat support aku suruh teruskan hubungan dengan dia. Aku pada masa tu paling banyak konflik dalam hidup dan sedang mencari2 arah ikut sahaja nasihat abah aku. Memang sudah jodoh aku.Cinta. Masa mula2 dulu aku tak akui, tapi bila aku asyik cemburu tengok dia bawa operator pergi customer, aku asyik terjenguk2 kereta dia kat car park (kira tak nampak org nampak kereta pun jadi la), asyik ternanti call dari dia.. agak2 itu cinta ke mengada2? Jangan memain aku nie kuat cemburu tau.

Lagipun hubby aku ada criteria yang abah aku suka (malu nak cakap aku pun suka). Biasanya nasihat orang tua nie betul. Hubby aku masa tu engineer QA tempat kerja aku. Dari segi income dah stabil so apa nak fikir lagi. Abah dah bagi green light, bakal suami dan bapa kepada anak2 punya latarbelakang education yang baik, ada pengetahuan agama yang baik yang boleh bimbing aku dan anak2. Aku pun taknak fikir panjang. Inilah calon suami yang paling sesuai...

Masih ku ingat waktu yang paling kuat aku dikritik dan di perli ianya berlaku sewaktu aku bertukar job scope. Sebelum tu aku banyak handle hal employee, buat kerja seperti key in attendance, prepare warning letter and kerja yang related dengan HR la. Lepas Zahidi masuk jadi superior aku, aku bertukar menjadi clerk dia banyak prepare training material dan kekadang jadi aku assistant facilitator la. Dari banyak membuat kerja2 HR aku banyak bantu dalam hal2 training. Best..banyak rileks.

Masa tu aku rasa self confident aku semakin tinggi, aku seronok dengan perubahan kerja aku dengan sikap aku yang happy go lucky aku semakin ramai kawan yang boleh aku hang out bila weekend. Aku berusaha belajar improve bahasa english aku melalui pembacaan sewaktu aku photostat training material. Masa tu boss aku Jean Ooi dan Zahidi banyak encouraged aku dan banyak puji kerja yang aku buat. Thanks.

Tapi di sebabkan kata2 org yang terlalu mengkritik aku, (kerja under training ni tak islamic) aku tak tahan sehingga aku berubah sikap dan di panggil oleh kedua2 boss aku diorang tanya masalah aku. Aku beritahu mereka kononnya aku suka dengan job scope aku sebelum nie. Aku tak sesuai kerja dengan training dept. Kononnyala.

Sebenarnya tidak, aku bohong. Aku suka kerja under training sebab banyak kawan. Akhirnya aku ditukar ke cawangan kilang yang berhampiran dengan rumah. Padan muka. Kat situ bermulalah hari yang paling tak mengembirakan. Kerana terlalu ramai melayu kebanyakannya dari Kelantan n Terengganu yang berpuak2. Aku takde member kat situ. Macam orang asing. Bila start nak berkawan dengan orang perempuan, diorang taknak sebab slang (loghat) aku tak sama so tak boleh gang.

Lagi satu bila kerja ngan minah2 nie, terlalu banyak fitnah di lemparkan kat aku. Nak kawan dengan diorang, diorang pandang kerek, akhirnya aku banyak lepak ngan staff dept aku ajer. Pantang nampak borak ngan staff lelaki.. ada la gosip tak sedap aku dengar. Sampai boleh bergaduh laki bini orang yang dikaitkan dengan aku tu (diorang satu tempat kerja).

Tak best betul bila kerja kat CS Plasy, aku rindu suasana kerja kat CS Metal (HQ). Lagipun silap aku jugak tak pandai jaga diri. Ramah tak tentu pasal. Mestila ada orang yang tak senang.

Akhirnya dua minggu sebelum aku nikah aku ambil keputusan jadi surirumah aje. Kurang fitnah dan yang pasti rumah tangga pasti terurus. Dan sejak berkahwin aku banyak berubah maklumlah title aku sebagai isteri kena jaga kalau tak tempias nya kena pada hubby aku jugak. Hubby aku? Dia pun tak galakkan aku bekerja.

Best sebenarnya kalau kita kenang kisah dulu.. kisah masa bebudak buat suka hati kita jer.. bila keja, saham pulak meningkat. Bila kawin sibuk pulak uruskan rumahtangga.. kekadang stress aku dibuatnya. Tapi inilah perjalanan hidup aku yang reality. Aku dah semakin serasi dengan life aku sekarang. Aku semakin happy sebab banyak tidur..zzzzz

Pendek kata sesiapa yang mampu mencapai impiannya ia adalah suatu yang sangat2 harus di banggakan. Untuk anak2 aku pastikan aku sentiasa berada di belakang mereka untuk mencapai cita2 mereka.

Aku? Impian aku sekarang aku nak ada sebuah rumah ala2 kampung.. duduk di kawasan kampung lebih menenangkan. Habiskan masa tua aku bersama suami tercinta dan anak2 yang ramai.. semuanya sederhana.. Sempatkah aku merasainya nanti? Hanya tuhan aje yang tahu.

Aku cuma berharap impian aku yang satu nie akan tercapai. Yang dulu2 tu kira hangus la.

Berapa ramai anak?

Wednesday, April 08, 2009 Edit This 10 Comments »
Semalam sempat berym dengan Naim (anak sedara) dan eyena (adik ipar), lupa nak bagitau.. Sue and Shida add id aku ieda_zuraida, dah lama tak sembang ngan korang.

Berbalik cerita tadi, Naim sempat tanya samaada aku dah scan jantina baby belum. Aku sempat melawak scan dengan tukang urut masa aku pergi beli ikan di kedai Kak Yah kelmarin, tukang urut tu cakap mungkin baby girl. I hope so, tapi bukan leh caya.. semuanya kuasa tuhankan.

Aku beritahu kat Naim anak dah lima malas nak pergi scan kat doktor, bukannya apa anak ke 5 nie aku hanya berharap semoga di lahirkan sihat dan menjadi anak yang soleh serta solehah dahla.

Naim habaq 5 mana ada ramai, kalau dia nak anak 10 orang.. mak aii.. ramainya Naim, dia habaq lagi dia nak sumer kembar sekali beranak 2 orang, 5 kali dah cukup 10 orang. Lawak jugak Naim nie.

Kalau nak di ingatkan balik hubby aku masa kami mula2 nikah pada tahun 2000, dia pernah cakap hal yang sama nak anak 10 orang, 5 orang sebelum usia dia 35 tahun. Tapi tak tercapai sebab kurang sorang masa umur dia 35 tahun, aku hanya dapat melahirkan 4 orang je. Itupun aku dah bising sebab malu bukannya apa kekadang sedih bila orang sibuk perli aku padahal anak itukan pemberian tuhan. Ada yang susah nak dapat anak sanggup berhabis beribu2 guna bermacam cara nak dapatkan anak. Tapi aku pulak terlalu mudah, bak kata Kakak aku Miza, rezeki aku lebih kepada anak.


Melihat anak2 membesar di depan mata merupakan suatu kepuasan bagi setiap ibu.

Adik aku Nana, tunggu hampir 7 bulan untuk dapatkan anak, alhamdulillah kini dia sudah mengandung dan pernah jugak cakap dengan aku lepas nie dia taknak makan ubat sebab nak anak ramai. Aku rasa elok jugakla sebab suami adik aku Fendi, suka dengan bebudak. Kalau jumpa dengan anak2 aku, rileks aku jadinya pasal dia rajin main dengan diorang especially Dina ngan Ammar. Tapi kita tengok je bila Nana bersalin mana tahu lepas bersalin dia ubah fikiran ke. Sakit tau bila bersalin ni. Bukan senang. Sebab tu kita kena banyak hargai ibu kita.


Mak dengan Dina, wajah yang banyak menyimpan suka dan duka di dalam hidupnya.

Setiap kali aku bersalin aku mesti ingat kat mak aku sebab aku banyak buat salah dengan mak sejak aku kecik sampai la nie. Dan yang paling sedihnya mak aku ni tiap kali aku sakit nak bersalin dia mesti terasa dulu. Pernah sewaktu aku nak melahirkan Ammar, waktu tu kalau boleh aku tak nak hubungi mak sebab dah pukul 2 pagi, entah macamana tiba2 mak telefon hubby aku pada pukul 3 pagi dan tanya aku dah bersalin belum. Terkejut aku, macammana mak tahu? Rupa2nya mak tak dapat tidur hari tu dia rasa macam aku dah nak bersalin, tu yang dia telefon hubby aku tanya keadaan aku. Terus di telefon 3 jam sebelum bersalin, aku menangis minta ampun dan maaf dengan mak doakan aku selamat bersalin.


Kasih seorang ibu kepada anaknya tidak berbelah bahagi.

Ya Allah itulah kelebihan kita apabila menjadi ibu susah senang anak, ibu yang akan terasa dulu. Aku nie bukan boleh cerita pasal anak2 dan mak airmata aku mudah mengalir. Sebabnya aku tak sanggup hadapi saat anak2 tinggalkan kami untuk teruskan hidup mereka dan mak aku pulak sebab aku banyak buat salah dengan mak.

So sekarang nie aku banyak terima pakai kata2 orang yang lebih positif contoh orang yang selalu galakkan aku bersalin banyak waktu muda ialah Kak Nab ibu Naim (juga kakak iparku), nenek Nat ( Ibu abg Khalil), dan beberapa orang lagi. Kata mereka nanti dah tua kita senang. Harap2 aku dapat asuh anak2 aku menjadi manusia yang berkualiti di dunia dan akhirat.

Gambar nie masa aku nak melahirkan Dina sejam sebelum di bawa ke wad bersalin HTAR. Tengok je riak wajah aku waktu ni..

Pernah jugak Abg Zain (suami Kak Nab) bergurau dengan kami bila lihat anak2 kami berlari2 membuatkan suasana rumahnya riuh. Katanya bila depa nie kecik kita nampak ramai tapi bila depa dah besar lepas sorang2 akan tinggalkan kita. Masing2 dah ada urusan mereka sendiri.

Dina sedang lena tidur, waktu nie sejam selepas Dina di lahirkan. Selalunya selepas melihat riak muka wajah anak yang kita lahirkan ke dunia, akan datang suatu perasaan yang terlalu indah aku rasakan.. Bahagianya ketika ini..


Betul jugakkan so aku ingatkan lepas nie mungkin jika sekiranya Allah berikan aku zuriat lagi aku akan terima dengan hati terbuka kerana anak adalah pemberian Allah kepada kita yang tak ternilai. Hubby aku mesti gembira bila baca posting terbaru aku nie sebab dia memang suka anak ramai..

Percayakah Aku?

Monday, April 06, 2009 Edit This 8 Comments »
Aku sendiri tak percaya dengan apa yang terjadi.. Kenapakah aku? Kenapa? Why? Kenapa bukan orang lain? Sanggup aku memalukan diriku sendiri.. Tapi aku tak mampu ubah takdir yang terjadi.. Apahal pulak aku berdrama tengah maghrib nie?

Percaya tak? Last week aku gi PKNS with my family.To make it short and simple tengah jalan2 tu kitorang nampak cantik.. jer kerusi bersusun depan stage. Aku yang tengah membuyung nie pun melepakkan perutku di situ.

Tak lama tu Irwanshah naik atas pentas. Siapa pulak mamat ni? Dialah duta up town Shah Alam. Aku mana la kenal dia. korang kenal tak? Mula-mula aku ingat dia tu mamat suruhan PKNS ataupun magician yang bakal buat demo kat situ. Lepas diorang announced dia duta uptown shah alam aku dengan segeranya bisik kat telinga hubby aku..ooo duta pasar malam rupanya..

Ooh betapa Sadyahnya mulut aku. Sadyah apa itu Sadyah? Menurut mak aku Sadyah nie orang kampung mak aku kat Perak.. mak aku citer lagi Sadyah nie kalau dia bercakap suara dia boleh dengar sampai seberang sungai kampung tu.. Betul ke mak? Entah betul entah tidak.. mak aku ni lawak orangnya.. Dari kecik adik beradik aku kalau ada salah sorang dari kami main cakap lepas maka gelaran Sadyah akan lekat kat orang tu. Apasal pulak aku citer pasal Sadyah.. Ok balik pada cerita tadi...

Ada satu quiz teka berat tembikai sapa betul atau hampir jawapannya akan dapat tembikai kuning tu. Aku tengok ramai gak penonton kat situ cuba bagi jawapan entah macammana mulut aku yang takde insuran ni pun mulalah dengan lantangnya bersuara 1.8kg.

Alamak betulla jawapan aku bagi at the same time ada mamat tua pun bagi same answer like mine. Kitorang kena panggil naik pentas. Aku yang hampir terasa nak beranak ni pun suruh hubby aku naik.. dah sudah dia pun taknak.. Si mamat Irwan tu pun pujuk naik gak okla.. sambil tersipu2, aku control cun naik kat stage tu.



Disebabkan ada dua winner buah tembikai (apa kelasss..) kitorang kena jawab apa maksud PKNS. Ooh.. manala aku tahu.. aku dengan merapunya menjawab Pusat (apa da pusat..) Kompleks Negeri Selangor, si mamat tua tu pun salah jawab, dua kali lima aku jugak.. Sayup2 aku dengar suara nyaring hubby aku dari bawah stage (kira talian hayat aku la) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Aku terus jawab benda yang sama.. Akhirnya aku dapat bawak balik buah tembikai yang menjatuhkan keayuanku itu..

Ooh malunya aku..

Pengajaran.. Jangan Sadyahkan mulut anda...

just wannna to know...

Thursday, April 02, 2009 Edit This 11 Comments »
Belajar rajin2 k.. jangan jadi macam mama..


..whether i still can write more word in english or not..

As we know that i'm not excellent during my school time that make me regret for whole my life until now i'm feel down when see all my old friends become somebody today.

And me juz like this and try to encouraged all my children to be somebody that i cant be...

I dont know why since im be a wife and a mother i rarely using english to communicate with my hubby. Maybe im to shy if i'm wrong using a correct words.

Or may be i feel it is not so important to speak english with kak yah, tauke kedai ikan that everyday i bought a few ingredients to make a some dishes for my family. Or else with my neighbour who worked as a factory operator and sometimes i met my other neighbours who always spoke bahasa jawa with me.. he he he pikirla sendiri.. alamatnya syok sendiri la aku..

I still remember my ex boss Jean Ooi and Zahidi who tried to encouraged me talk more in english using our dept pledge that they made just because want to make sure i always speak in english during communicate with them.

They collect 20sen for each word in malay as a penalty. Its all because of my ex superior Zahidi who forced me to improve my english.. But thanks during that time im really forced my self just because dont want to lose more money.

Ciannyer on that time im just worked as a HR clerk and my salary that i gained is just RM800++ but because of the pledge im lost almost RM30 for every month but luckily the campaigned only began for 3 month... huh jenuh..

Ok thats all for today.. Saja suker suker.. mengada2 kan..? Kwang kwang kwang..

Jalan-jalan cari makan..

Wednesday, April 01, 2009 Edit This 6 Comments »
Last week kitorg gi jalan2 tak silap aku hari khamis kot. Tak kemana pun cuma gi giant bukit tinggi. Kalau gi jalan malam2 ni best tak jam and tak panas. Adala beberapa gambar yang aku sempat snap nak buat modal dalam blog kononnya.

Kat atas ni dah tentuaku n with my cute little daughter Dina, sejak dua menjak nie entah nape dia suka duduk kat last row keta avanza kami. Nak taknak aku pun kena duduk sekali ngan dia takut2 dia tergolek sorang2 kat belakang.

Sampai kat giant anak2 aku apalagi berlari ke play area giant. Korang tengokla sendiri kalau bebudak nie dapat main reramai, malu beb.Tak leh nak control, anytime anywhere even kat dalam kereta pun diorang bergusti. Tak caya? Tengokla sendiri...

Tu baru sikit... nasib baik anak dara aku yang kecik ni dapat behave perangai dia, kalau ikut macam perangai abang2 dia mau stress aku dibuatnya..


Bila dah penat kena la bagi makan, kira macam keretala banyak berjalan banyakla habis minyaknya kan..Lepas nie kalau dah kenyang depa sambungla balik. Senyap buat sementara jer..

Dina pulak taknak duduk kat baby seat KFC, dia sibuk bawak cawan cinonetnya jalan2 sambil menyapa pelanggan kat situ. Biarlah janji aku dapat menikmati makan malamku.. nak buat apa buatla, jangan kacau mama dah la yek.

Tak terkecuali anak aku yang sorang lagi nie.. kalau melaram no 1. Mak aku cakap Iffa nie macam aku kecik2 dulu.. Muka dan perangai memang serupa.. Cakap banyak dan kaki melawa.. Ye ke mak? Entah betul entah tidak.. ye ke? Tak cayala.. takkan lah.. Ye ke aku suka melawa? Mana ada.. gosip je ni...

Yang paling best hubby aku la.. sempat tengok harakah daily lagi.. Dalam hiruk pikuk anak2 dia sempat makan sambil access internet. Bahagianya dia.. Geramnya aku...

Kat KFC la nie ada wifi so lehla kita makan sambil access internet. Tapi tak best la coz dia punya speed agak slow compare ngan starbuck kan?

Baik tengok kat rumah speed dia lagi laju dari KFC. Free lagi...

Busynya hari ini..

Wednesday, March 25, 2009 Edit This 7 Comments »
Hari nie aku nak kongsikan 'kesibukan ' ku sebagai ibu dan surirumah sepenuh masa yang tak pernah berenggang dengan anak2. Gambar nie aku rakamkan sebelum kami pergi mengambil Iffa di sekolahnya pada lebih kurang 11 pagi.

Sementara menunggu Iffa habis sesi sekolahnya kami pun bergambar dalam kereta kancil belasahanku.. My hubby bought for me.. Kereta second hand je tapi bersyukur sangatla sebab banyak memudahkan pergerakanku.

Bergambar sekejap di hadapan SK Sijangkang Jaya.. Selepas tu kami bergerak pula ke Klinik TPG untuk check up kandungaku yang telah mencecah 32 minggu.

Sampai di Kllinik TPG orang tak ramai cepat sikit giliran aku tiba. Sementara tu aku tangkap gambar anakku yang sebenarnya takut betul bila pergi hospital. Tapi kali ni menyeringai pulak dia.

Alamak nie yang boring ni kena gi makmal ambil urine test n sample darah. Nasib baik cucuk sikit je kat jari.. Gambar boringku yang sempat dirakam...

Haa sikit je kan tak sakit pung...


Opps lupa lak nak bagitau sementara aku pergi ke makmal yang lain bangunannya, aku tinggalkan anak2ku dengan nurse pelatih kat situ sekejap. Ni gambar anak2ku yang melompat kesukaan sejurus aku melangkah masuk ke pintu. Diorang risau kot takut aku tinggalkan diorang kat situ..


Habis je check up kami pun balik ke rumah sewaku di Taman Sri Medan, sempat beli lauk siap kat gerai berhampiran rumah. Aku rasa tak padan pulak bila beli lauk siap ni agak mahal, 2 ketul ikan pari masak asam pedas dan 2 ekor ikan goreng berharga RM9 padahal kalau masak sendiri aku boleh dapat 4 ekor ikan untuk digoreng, sedikit sayur dan lauk ikan berkuah dengan harga yang sama. Iskk tak padan betul... Tapi hari ni je aku beli lauk siap sebab my hubby takde kat rumah hari dia gi Penang selama 2 hari sejak semalam hari ni dia balikla..

Sekian saja yang dapat aku nukilkan di sini. Buat Suraya yang kata wajahku tak banyak beza sewaktu bersekolah dulu dan sekarang cuba perhati betul2 kot2 tersilap.. Sebab rupa waktu remaja dan ibu beranak lima sudah tentu ada bezanya...

Saja ja upload gambar2 terkini nak bagi kau tengok aku yang TERKINI.. he he

Segalanya tentang blog - 2

Tuesday, March 24, 2009 Edit This 4 Comments »
Sorry Suraya tak minta kebenaran pun amik gambar dari blog ko.

Warm welcome to my old friend Intan Suraya Dato Hj Surani. Kawanku semenjak usia 13 lagi. Sama kelas dari tingkatan 1L di Sekolah Menengah Convent Klang sampailah form 5 kan?

Terkejut apabila mendapat 1 comment from superstar, sapa pulak superstar tu rupanya Intan kawan suka dan dukaku dulu. Tetapi masa menjarakkan hubungan kami. Seingatku last sekali bertemu dengan Suraya sewaktu majlis perkahwinanku pada tahun 2000.

Rupanya sekarang dia dah mempunyai kerjaya yang agak stabil. Bekerja di bahagian Human Resource di Petronas KLCC. Bukan calang2 tempat kerja tu. Congaratulation. Aku? Macam nilah banyak menghabiskan masa di rumah bersama anak2 dan suami.

Dah berubah? Sejak hari pertama aku begelar isteri aku rela melepaskan segalanya demi kebahagian suamiku yang tercinta yang meminta aku supaya berhenti bekerja demi menumpukan sepenuh masaku membantu suamiku membentuk sebuah keluarga yang dia inginkan.

Jangan terkejut tapi aku tetap macam dulu masih suka buat stupid joke.. terima aku seadanya ok.

Dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt hari ini aku dapat berhubung semula dengan kawan lamaku dan doaku semoga dia sentiasa berbahagia dengan kehidupannya kini.

Sekali lagi kami dapat mencapai tujuan utama membina blog supaya kita sentiasa berhubung dengan sanak saudara dan rakan taulan yang lain.