Senyum...

Wednesday, September 09, 2009 Edit This 5 Comments »
Senyumanmu mampu mengubat jiwa yang sedang berduka...

Senyuman yang lucu membuatkan orang lain turut tersenyum...


Senyuman si kecil adalah senyuman yang ikhlas datang dari hati..

Senyuman si ibu bererti senyuman yang bahagia...


Tetapi ada jugak yang sukar tersenyum di hadapan kamera..itu perlu dikaji..he he he


Walaupun gigi tak elok tetapi masih mampu untuk tersenyum.. tak kisahlah Ammar senyumlah...

Senyuman itu banyak ertinya...

Apa punya quiz daa?

Tuesday, September 08, 2009 Edit This 4 Comments »
I just took the "What is your kampong name"quiz at fb. And the answer is Aminah Jenab Binti Lebai.

Lebai lagi tu bukan memain beb lebai... And u can see the photo below...

Takkan la... siap takde gigi lagi... uwaa uwaa nasib baik tak kena strok beb... terkejut kingkong aku.

Raya dah dekat...

Monday, September 07, 2009 Edit This 0 Comments »
Wah..raya makin dekat...dan persiapan raya pun ramai yang dah mula..yang nak deco rumah sibuk pergi beli bunga perhiasan, kain langsir dah siap dipasang..(he he aku la tu..), di shopping mall pun makin padat dan sesak dengan pelanggan malah sebelum puasa lagi orang dah start beli baju raya tu yang baju raya sampai dua tiga pasang..( aku? belum lagi..belum rasa nak membeli..)

Makin terasa akan cepatnya berlalu bulan ramadhan yang setiap hari pada setiap petang jalan raya akan sesak kerana orang ramai sibuk membeli juadah berbuka puasa di setiap bazar ramadhan.

Kita pasti akan merindui bulan ini, rindu untuk bangun bersahur, (maklumlah kita jarang mungkin tak pernah bangun untuk sembahyang tahajud) hanya di bulan ini sahaja kita diberikan kekuatan untuk bangun di kala orang sedang nyenyak tidur. Rindu dan rindu dengan suasana di sepanjang ramadhan. Apabila syawal menjelang tiba kita gembira menyambut raya, bermaaf maafan sesama kita dan di masjid2 dipenuhi umat Islam bersembahyang raya.

Dan mungkin juga inilah kali terakhir kita sambut ramadhan bersama ahli keluarga tercinta. Manakala bagi mereka yang baru kehilangan orang tersayang selamanya saat inilah kesedihan makin terasa. Jadi sentiasa hargai setiap saat kita di dunia jangan sentiasa lalai dan leka..hargai mereka2 yang berada di sisi kita kerana kita hanya sementara sahaja di dunia.

Bagi mereka2 yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga tercinta moga mereka tabah menghadapinya.

Thursday, September 03, 2009 Edit This 2 Comments »

Renung2kanlah....

Syoknya bila kita dapat contact kembali kawan2 lama masa sekolah dulu. Bila dikenangkan kenangan silam terasa rindu untuk kembali ke zaman tu. Banyak perkara yang aku kalau boleh mahu ubah tetapi setiap kejadiankan ada hikmahnya.

Baru tadi aku bersms ngan Suzie, dah lama aku tak jumpa since dia kahwin tak silap aku sekitar tahun 2001 kot. Semua kawan2 dah berumahtangga dan beranak pinak pun tapi bila berjumpa still terasa macam masa budak2 dulu.

Seronokkan waktu sekolah..waktu tu kita tak perlu menggalasi tanggungjawab seperti sekarang ni. Enjoy tak ingat dunia... sentiasa selalu ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa perlu fikir tentang impact yang akan berlaku. Buat ikut kepala otak sendiri, kata2 orang tua aah...langsung tak peduli.

Bila berkahwin baru tahu banyak kekurangan diri. Dan ingin menjadi orang lain yang bukan diri aku sendiri. Tetapi kadangkala bila kita ingin berubah banyak dugaan perlu dihadapi. Paling aku tak terima bila kejadian yang lalu diungkiti. Bukan apa kalau boleh aku mahu padam sejarah lama aku dulu dan buka lembaran baru.

Aku berazam mendidik anakku menjadi orang yang lebih baik dariku. Biarlah sejarah hidup mereka kelak dipenuhi dengan kebahagian yang disertai dengan keberkatan dari Allah. Tapi aku hanya merancang Allah yang tentukan semoga apa yang ingin aku lakukan ini tercapai hendaknya. Aku lakukan semua ini sebagai menebus kembali kesilapan lamaku yang jauh dari landasanNya.

Matlamat dah ada tetapi kadangkala tersasar dengan sifat amarahku yang kurang sabar menangani karenah anak2. Ini kesilapanku sendiri dan anak2 seperti biasa bila aku minta maaf diatas kekasaranku terhadap mereka dengan senang hati mereka maafkan. Itulah sifat semulajadi kanak2 yang tidak berdosa sentiasa mudah melupakan setiap perkara tanpa menyimpan sebarang dendam. Haai...

Bestkan jadi baby sentiasa disayangi dan dibelai.

Wednesday, September 02, 2009 Edit This 3 Comments »
Muah muah... sayang anak mama...aik awat teriak mama peluk kuat sangat ka...?

Masa seakan tak terasa berlalu meninggalkan kita. Bila kembali menatap wajah Insyirah Afiqah baru aku terasa yang masa seakan cepat berlalu meninggalkan aku. Setiap hari aku dipenuhi rutin sebagai seorang ibu dan surirumah yang sibuk menjaga keperluan rumahtangga dan menguruskan anak2.

Tapi bila melihat senyuman terukir diwajah kecil bayiku, hilang segala keletihan aku. Mungkin juga itulah sebabnya aku dikurniakan ramai anak dikala usiaku menginjak 29 tahun, aku sudah menjadi ibu kepada 5 orang anak.Bukan calang2 punya rekod tu...

Di sini aku sekadar ingin berkongsi ruang untuk abadikan potret sikecilku, askar2 kecilku dan ketua segala askar tak aku lupakan..


Anakku yang sulong dah bersiap ke sekolah agama minta diambil gambarnya dengan baby busuk katanya, nak buat kenangan..

Bila Insyirah dah pandai tersengih.. penuh satu muka kat lens camera aku...susah nak capture gambar dia nie...

Di pangkuan ayahanda tersayang...


Baru mula di didik memakai tudung..biar terbiasa dah besar tak perlu aku paksa...


Irdin cuba2 untuk menjadi macam mamanya, nak pangku adiknya....Iffa pun nak jugak...


Align Center


Makan diutamakan, posing kemudian..itulah slogan dua beranak nie...

Friday, August 28, 2009 Edit This 0 Comments »
Hai..sat je dah hari Jumaat, esok genap seminggu kita berpuasa. Anak2 aku Iffa ngan Arrie suka puasa sebab nak pow duit aku tiap2 hari dapat seringgit kalau puasa penuh. Aku pasang spy check kalau2 diorang tu puasa yang yuk tapi masalahnya spy aku tak berapa boleh nak pakai kalau 'angin' dengan abang ngan kakak dia, dia cakap akak ngan abang dia makan nasik. Kelam kabut abang dengan kakak dia pertahan diri. Sape spy aku? Ammar lah...dia tak puasa pun nak minta duit dua posen upah...boring jer....

Minggu ni hubby cuti sampai hari Isnin, hari merdekalah katakan. Tak tahu nak gi mana macam nak balik Klang tengok dulu camana. Minggu lepas hubby and anak2 asyik tengok tv je mentang2 baru beli tv lcd asyik bukak dvd je, dari pagi sampai petang. Angin satu badan aku dibuatnya.. bengang sebab takde orang tolong kemas rumah...

Mesin jahit pulak satu hal, aku dah siap beli kain langsir nak buat langsir raya tup2 asyik sangkut jer benang tak boleh nak jahit langsung. Hubby janji nak beli mesin jahit baru... aku tunggu....

Rindu nak bukak puasa ngan keluarga di Klang.Mak dan akak Miza dah sibuk tanya bila nak balik... Rindunya ngan diorang semua...... Rindu nak makan ayam kicap air tangan mak...rindu dengan senda gurau adik beradik aku.. Tapi apakan daya....

Mask...

Monday, August 03, 2009 Edit This 1 Comment »
Hari nie Arrie mendesak minta aku belikan mask yang dapat protect kita dari sebaran penyakit yang agak merunsingkan kita semua buat masa ini iaitu apalagi kalau bukan virus influenza A H1N1 tu.

Aku pun singgah di Guardian Parit Raja dan beli 5 helai mask berharga RM4. Tak tahula apa yang anak2 aku bincangkan sewaktu aku tinggalkan mereka di dalam kereta sementara aku pergi keluar membeli. Bila aku masuk ke dalam kereta aku tengok anak aku Dina terkulai lesu, aku ingatkan dia tidur bila aku cuit dia toleh lalu berkata,"Ma, Nina emam, uhuk uhuk atuk (batuk)..". Si Ammar pun terbatuk2 sama konon sakitla tu. Yang aku pelik lagi bila aku hulur kat Dina mask tu dia terus bangun mintak pakai kat mulut camne dia tau aku pun tak faham.Macam-macam pe'el bebudak nie.

Dengan berita terbaru semalam Malaysia dah mencatatkan sebanyak 6 kematian .Yang terkini seorang budak berusia 11 tahun meninggal di Hosp Sultanah Aminah JB semalam. Masalahnya virus ini terlalu mudah merebak di kalangan kita semua. So buat masa ini tempat yang paling selamat di rumah masing2.

Marilah kita berdoa agar kita semua terhindar dari jangkitan virus yang agak tidak terkawal itu. Cuba amalkan nasihat2 yang selalu keluar kat TV.

Risau aku bila hantar anak2 ke sekolah, bimbang sekiranya virus ini menular di kalangan bebudak sekolah. Aku selalu ingatkan anak2 sentiasa basuh tangan dan jangan berkongsi minuman dan makanan menggunakan bekas yang sama. Kita hanya mampu untuk cuba elakkan perkara ini tetapi Allah yang tentukan segalanya jadi eloklah kita berdoa di samping berusaha melakukan apa yang telah di sarankan.