Wednesday, December 09, 2009 Edit This 0 Comments »
Wallah..wallah... lama tak update blog sehinggakan jari jemari aku nie kekok untuk menaip perkataan yang sesuai untuk dicoretkan disini. Tapi ada sedikit cerita yang aku ingin kongsikan...

Baru2 ini aku tinggalkan dua orang anak kesayangan aku Iffa dan Arie dirumah nenek mereka di Klang.

Hari pertama dan kedua taklah terasa sangat kerinduan aku terhadap mereka tetapi bila tiba malam hari kedua entah mengapa selepas solat berjemaah airmata aku mengalir tanpa dapat aku kawal... rindunya aku kepada mereka.... baru aku mengerti perasaan ibubapa yang kehilangan anak mereka selamanya... sedangkan aku baru dua hari dah tak tertahan kerinduan aku..

Dan selepas seminggu masa berlalu kini mereka kembali bersama aku. Nampaknya mereka juga begitu gembira kembali pulang bersama keluarga.

Bila dah punya anak aku ada jugak mencari2 cara yang sesuai untuk mendidik anak2 aku. Masa mula2 mengandungkan anakku yang pertama aku sudah membayangkan suatu hari nanti aku nak anak2 aku menjadi seorang yang berdikari, rajin, rapat dengan keluarga, berjaya dalam pelajaran dan berkerjaya, hormat orang tua dan yang paling penting punya kefahaman agama yang tinggi.

Itulah yang aku harapkan.

Aku percaya melentur buluh biar dari rebungnya... sejak dari kecil sekitar 2 tahun anak2 aku dah diajar simpan mainan sendiri.. lap air yang ditumpahkan dan buat kerja yang sesuai dengan usia mereka.

Ada juga yang tak berapa setuju dengan cara aku... contohnya ada kata2, "Ko ni tak baik suruh anak2 buat kerja kan mereka kecik lagi..itu dah macam guna buruh kanak2.." . "Ish.. apalah yang boleh diharapkan dengan budak2? Kesian.."

Ada juga orang mengkritik, "Buat apa disuruh budak kecik tutup aurat.. bukannya wajib..". Atau soalan2 begini.. "Iffa.. umur Iffa dah 16 tahun ke? Wajib bertudung?".

Tetapi bagi aku ibu bapa perlu mengajar anak2 yang belum baligh bersembahyang dan menutup aurat. Anak2 kecil tidak berdosa bila meninggalkan sembahyang tetapi jika dia bersembahyang selepas disuruh ibu bapa, maka ibu bapa itulah yang mendapat kebaikannya. Begitu juga dalam segi aurat.

Lain orang lain caranya dalam mendidik anak... kini anak aku yang berusia 8 tahun dah pandai menanak nasi, sidai kain, lipat kain, sapu rumah, mop lantai bagi membantu meringankan kerja rumah aku. Begitu juga dengan adiknya yang beusia 6 tahun. Mereka kalau boleh cuba menunjukkan kerajinan mereka untuk mendapatkan pujian dari aku.

Selain itu untuk yang sulung bersembahyang sendiri sudah menjadi kebiasaan tetapi mestilah perlu aku ingatkan.

Yang penting keikhlasan mereka dalam membantu aku bukan kata2 orang yang tak setuju dengan cara aku. Bagi aku biar mereka faham segala perkara yang aku ajar adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri. Setiap perkara bila dah menjadi kebiasaan sehari2 tentulah mudah untuk dilakukan.

Aku hanya berusaha tetapi hasilnya aku serahkan segalanya kepada Allah. Aku harap segala usaha aku ini akan membuahkan hasil. Aku akui aku banyak kekurangan menangani kesabaran dalam mendidik anak2.. tetapi itu semua adalah kelemahan aku sebagai hambaNya.

Kadangkala kritikan2 yang negatif melemahkan aku... membuatkan aku hilang punca. Aku jugak khuatir jika aku salah cara mendidik yang meninggalkan kesan mendalam untuk anak2 aku.

Betapa sukarnya menjadi ibu yang tidak berilmu dan terlalu jahil dalam agama yang cuba berubah tetapi masih lagi begitu.

Tergapai2 dalam mencari arah, hala tuju di dalam kehidupan.

Saturday, October 31, 2009 Edit This 4 Comments »

Tahun 2009 akan berlalu dan tahun 2010 pula bakal menjelma. Bermakna lembaran baru kisah kehidupan kita akan terukir dengan berlalunya masa.

Hidup perlu diteruskan selagi kita masih diberi kesempatan dari yang Esa. Apa yang berlaku pada hari ini akan jadi sejarah pada hari esok.

Harapan aku setiap hari yang aku lalui tak akan aku kesali bila ianya telah pun berlaku.



Kebahagian perlu dizahirkan kedukaan perlu dilupakan agar kehidupan kita dapat diteruskan dengan dipenuhi rasa bahagia sentiasa .

Kini kenangan silam menemani, rindukan teman2 yang banyak menyumbang dalam mencoret pengalaman peribadi....

Segala kekesalan tak dapat mengubah apa yang terjadi.... yang mampu kini pastikan ianya tak akan berlaku lagi...




"Mama, nenek... nie nenek..", itulah yang diungkapan oleh Dina bila menatapi gambar nenek.. ( ibu aku)...

Bila menjadi seorang ibu baru aku teringat betapa haru birunya mak aku dulu bila membesarkan aku.. degil yang amat, kuat memberontak... dan buat sesuka hati aku jer...

Kesian mak... banyak penderitaan hidup yang telah mak aku lalui dan aku tambahkannya dengan kedegilan aku...


Chilla..chilla.. chilla cayang cayang mama...

Kecik2 ditimang dan dimanja...

Dibelai dan disayangi....

He he he buah hati pengarang jantung aku dan anak2....

Dah kawin beranak pinak baru tau betapa susahnya mendidik dan mengasuh anak dari membesarkannya...




Lagi gambar2 Syirah...

Sunday, October 25, 2009 Edit This 2 Comments »
Masa memang cepat berlalu...baru jer rasanya aku melahirkan Syirah ke muka bumi Allah ini....

Dah pandai memegang barang menggunakan dua jari, mencapai alat permainan yang disukainya dan dah pandai meniarap....

Tak kisah langsung bila di pakaikan tudung (untuk 5 minit pertama je)....

Cayang Syirah....

Eee geramnya...

Sunday, October 25, 2009 Edit This 0 Comments »

Telatah dan gelagat Syirah yang senantiasa dirindui dikala dia sedang nyenyak tidur...

Bila mata terjaga senyuman sentiasa terpamer di wajah mulusnya...itulah kebahagian bila bergelar ibu....

Friday, September 25, 2009 Edit This 4 Comments »
Sambung cerita bab raya. Aku rasa hubby aku cukup seronok beraya kat kampung aku coz dia dapat tunjuk ajar cara membuat meriam tanah kat adik2 aku yang jakun sikit pasal hal macam nie.. ye la biasanya kami hanya bermain bunga api batang merah tu...paling hebat pun mercun bola je....Tapi tahun nie buat sendiri meriam tanah..pakat keliling ler diorang semua....


Proses cara pembuatan meriam tanah...Leader dia sape lagi

Seronok melihat wajah ahli keluarga yang kelihatan gembira dan bahagia bila berkumpul dengan sanak saudara semua...

Malam raya kami habiskan dengan bermain bunga api bersama sepupu2 dan anak2. Mak Mah sponsor bunga api pada tahun ni. Berkotak2 ada kat rumahnya...yang paling seronok aku rasa hubby aku...dia jadi supervisor di kalangan bebudak semua...


Haa..tu dia nenek tengah masukkan duit raya dalam sampul..."Anak2 attack now..."

Adik aku Heiqal...nampak gumbira dapat main meriam tanah yang hubby aku buat... lawan letup dengan jiran sebelah rumah nenek aku ler...

Sewaktu berkunjung ke salah sebuah rumah sedara aku kat Pontian..Kg Parit Bugis tak salah aku...

Mak dengan Wak Raonah...Anak Wak Ghembuk...Jangan gelak aku serius nih...

Mak dengan WAK Surip..betul... nie la nama dia bukan aku salah taip tau...

Nampak tak aku ler tu yang bawak dulang air..nak tunjuk rajin mana tahu kalau berkenan tuan rumah tu nak jadikan aku menantu ..he he he..Tengokla tu bukan main gembira lagi diorang nih bila nampak air...

Tapi sebenornya lambat sangat tuan rumah tu nak hidangkan kitorang air aku pun gi ambil sendiri kat dapur le..Jom minum dulu jap lagi gi sambung raya..he he he

Setelah hampir 10 tahun mendirikan rumahtangga inilah kali kedua aku dapat beraya dengan mak dan sedara mara yang lain. Bukan tak adil tapi atas belas ikhsan aku yang consider dia berjauhan ngan familynya berbanding aku yang tinggal sedaerah dengan mak dan adik beradik yang lain (ketika itu).

Lepak jap kat rumah depan rumah makcik aku, yang tengah pegang beskal tu anak sedara aku Mia, ntah beskal siapa ler yang dia rembat....yang baju hitam membongkok tu Eqal, rajin layan budak..sapa yang berkenan sila contact aku...Yang macam Shah Rukh Khan tu anak sedara aku Iskandar....Yang macam teddy bear tak berapa laku tu ler Ajip....sian.. dia allergy ngan seluar.. asyik koyak je...tahun nie dia berazam nak guna duit raya beli mesin jahit buat jahit seluar bila koyak nanti.

Proses pengagihan duit raya oleh Pak Long..banyak tu..

"Hah..Ajip ko dah dapat jangan nak minta lagi..ingat org tak perasan...Siapa lagi yang tak dapat angkat tangan ..."


"Saya..."

Begitulah sedikit kejadian yang tak diingini berlaku untuk raya tahun nie...tapi ada banyak lagi gambar yang menarik yang akan aku uploadkan... Macam la ada orang nak baca blog aku nih...

Takpe yang penting syok sendiri didahulukan....duit raya di utamakan..kitakan 1 Malaysia....

First day of Hari Raya....

Friday, September 25, 2009 Edit This 0 Comments »
Inilah kali pertama Insyirah beraya dengan kami semua...teruja aku mengendong anak yang kelima ini..best coz Insyirah mendapat perhatian dari semua orang di kampung maklumlah dialah yang paling muda ketika ini...

Tahun ni kami beraya kat kampung aku di Felda Chempelak Barat, Labis, Johor....

Sebelum sembahyang raya berposing ler dulu...tangkap gambar diri sendiri nih...alamak tak elok pulak sudut belah sini..nampak semacam je..

Lepas sembahyang raya anak2 datang menghampiri nak minta maaf dengan mama kononnya...sampai terbelit2 lidah Ammar, entah apa yang dia cakap pun aku tak pasti...


Giliran Iffa pulak minta maaf...

Arrie malu2 kucing nak ucap selamat hari raya dan mohon ampun dan maaf dari mamanya...

Arrie dan adik bongsu aku Ajip...Baju sedondon sama warna tapi seluar Ajip pulak terkoyak sebelum sempat sembahyang raya..aduh kesiannya...

Ammar jadi "jaga" kat depan masjid sekejap..

Ambil gambar kenangan sementara anak2 yang lain pergi minta duit raya dari nenek di dapur...

Tahun nie aku tak tahu kenapa orang ramai pilih kaler merah sebagai tema...

Apa2 hal pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri aku nih...

Ragam Irdina

Sunday, September 13, 2009 Edit This 0 Comments »
Sejak Irdina bertukar status dari adik kecil kepada kakak kecil pelbagai cara dia lakukan untuk mendapat perhatian kami.

Tangannya tak berhenti 'membuat kerja' yang selalu kami larang. (Cuba menekan2 button sub-woofer)
Tak puas hati merengek2 meminta untuk mendukung Insyirah..Kesian Syirah sabar ye...Layan je la kakak Dina tu.

Insyirah cuba melepaskan diri tapi tak berjaya, manakala Dina pula cuba memujuk Syirah supaya diam ala2 macam mama buat tu...

Hah..kan Syirah dah mengamuk....Habis bear kakak Dina kena tendang Syirah..padan muka..