Rezeki yang tak disangka...

Thursday, October 14, 2010 Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah...

Rezeki yang tak disangka datang sampai ke muka pintu...tengah dok lapo2 tetiba terdengar bunyi ketukan dimuka pintu sliding door seolah2 org datang minta hutang..terkujat dan terpinga2 aku...terjenguk2 disebalik tirai menjengah kemuka pintu siapa pulak yang mengamuk ni...

"Owh Ila datang bersama escortnya..Chopia.".(Sofia, yang aku gelar Chopia..nama manja yg aku bagi sendri tanpa persetujuan mak ayahnya..) datang ngan pinggan berisi wah!! nasi beriani...

Aku dengan bersuara lantangnya bertanya.."La..apasal tak bagi salam main ketuk2 plak.." Tetiba Ila menjawab.."Shhh..."..aku bertanya sambil berbisik gak.."Apasal...?"

"Shhh.."..owh rupa2nya dia nak elak dari jiran sebelah dengar..ni kira adab la nak jaga hati jiran..karang kalau jiran tu tau kita je yang dapat kecik hati pulak kan..kadangkala org tak perasan benda camni..tapi baguslah kalau ada jiran yang sensitif seperti Ila tadi, nak menjaga hati perasaan jiran lain maka nak berbagi makanan yang sedikit terpaksa disorok2.. kita semua pun patut praktik buat macam tu jugak.. baru terjaga keharmonian dan ukhwah sesama jiran tetangga..

Dan disini aku nak ambik kesempatan la alang2 dah cerita ttg nasi tadi..nak jugak mengucapkan tahniah diatas kenaikan pangkat suami kepada rakanku tadi, iaitu Mokhtar Hamid..yang bekerja di UTHM..Tahniah dari kami sekeluarga...

Comelke...?

Friday, October 08, 2010 Edit This 0 Comments »
Ada orang tanya.."kakak tengok anak kakak comel tak?"..Aku jawab..."Mestila comel..." Apa punya soalan daa...??

Comel ke tak comel ke, hitam ke putih ke..bukan ukuran..yang penting sihat sempurna tubuh badannya..baik akhlaknya..kalau dikurniakan anak2 yang putih, cantik sempurna..itu dah dikira satu bonus...

Kekadang terkilan gak aku bila ada ibubapa yang mengeluh anaknya hitamla..hidung tak mancung la..kesian pulak aku pada baby atau anak tu..bukan salah dia berkulit hitam..dia kalau diberi pilihan pun nak lawa ala2 Angelina Jolie gak kan.. tapi nak buat macamana kalau mak pak dia pun kulit lagu tu..terima je la..yang mak pak pun tak sedor diri gak ingat diri tu lawa sangat sampai mengeluh dapat baby camtu...mengeluh ke atau rendah diri ke tapi yg penting perasaan tu tak perlu ada pada setiap ibubapa..

Bagi aku anak2 yang aku telah lahirkan semua comel2..sempurna sifatnya..sihat tubuh badannya..Alhamdulillah...malas nak amik kira pandangan orang yang penting aku sayang kat anak2 aku semuanya..


Ni gambar Arrie masa baby usia 3 bulan.. comel sangat aku rasa dia masa tu......


Ammar pun aku tengok...comel...


Iffa? Pun aku nampak comel...


Dina si putih pun comel gak...

Si comelku yang terlatest, Insyirah..eeee comelnya...
Cuba tanya kat anak2ku yg lain..comel tak adik Syirah..? Serentak menjawab..comel!!!..

Alhamdulillah...kami dikurniakan anak2 yang sempurna sifat, sihat tubuh badan dan baik rupa parasnya... diharap kami dapat didik mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menjadi muslim dan muslimah yang baik dan taat pada perintah agama...

Eeee..comelnya aku...opss anak2 aku...

Hoyaaa...Iffa dapat hadiah...

Thursday, October 07, 2010 Edit This 0 Comments »
Nak war2kan la disini anak perempuanku tak disangka2 dapat memenangi piala hadiah tempat ke3 dalam Pertandingan Mewarna Merdeka tahap 1 ....Tahniah2..

Semasa hari penyampain hadiah diadakan hari jumaat yang lalu dia tak hadir ke sekolah..jadi petang tu anak jiran kami yang kebetulan satu kelas dengannya sibuk memberitahu.."Tadi cikgu panggil nama Iffa ambik hadiah...rugi Iffa tak pergi.."Dalam fikiranku tak mungkin Iffa dapat hadiah.. tak masuk pertandingan apa2pun..Takpela budak2 toksah dilayan..

Dan semalam sewaktu mengambil anak2 pulang dari sekolah aku melihat Iffa tersenyum simpul sambil dikerumuni beberapa orang budak2 sekolah yang sedang asyik membedek2 piala Iffa.."Haish..piala apa pulak tu.."..getus hatiku..

"Mama, kakak menang pertandingan mewarna...", jerita Iffa keriangan..

"Alhamdulillah..tahniah.."Ucapku.. Dan Arrie yang seakan2 cemburu dengan kejayaan adiknya lalu berkata.. "Takpe abang pun nak dapat hadiah gak peksa nanti..".. Insya-Allah anak2ku bila ada usaha kita boleh berjaya..

Dalam pada itu aku sempat juga berbual dengan anak2 tentang kelebihan masing.."Kakak pandai kaler ngan melukiskan, abang..? Abang pulak pandai belajar mathematik, sains, BI ngan agama kan.."Mereka mengangguk2.."Masing2 ada kelebihan masing2.. hari ni akak berjaya kita berkongsi rasa gembira..bila abang dapat hadiah, kakak pun mesti sama2 rasa gembira..abang ngan kakak kan adik beradik..mesti selalu tolong2 ajar bagi sama2 pandai..kan..bila semua anak2 mama pandai kan bagus..nak bagi mama ngan abah gembira..belajar je betul2 tau..".Pesanku..

Melihat anak2 berjaya walaupun bagi sesetengah orang tak seberapa tapi bagiku ini semua adalah permulaan bagi mereka untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan..Insya-Allah..


"Ya Allah permudahkan urusan anak2ku didunia dan juga akhirat..berikanlah kejayan kepada mereka..Amin."

Raya..raya...

Tuesday, October 05, 2010 Edit This 0 Comments »
Raya dah nak habis tapi open house tiap2 minggu pun ada... Seronok buat open house ni memanglah memenatkan tetapi bila kita dapat meraikan tetamu yang merupakan kawan dan juga jiran2 kepuasan tetap terasa.

Sebagai tuan rumah kita berharap agar orang yang dijemput tu dapat hadir.. dan sebagai tetamu pulak kita seboleh2nya cari masa untuk hadiri majlis yang dianjurkan tu.. kalau tak dapat datang ringan2 kan la jari jemari ber'sms' kepada rakan kita bagitau tak dapat datang, sekurang2nya takle terkecik hati kawan tu..

Sebagai tetamu kita pun perlu jugak jaga adab dan cara kita bercakap. Jangan kondem sesedap mulut langsung tak fikir perasaan tuan rumah. Jamah je makanan yang disediakan tuan rumah sedap tambah tak sedap diam je. Bukan susah nak jaga adab, dari kecik kita diasuh oleh ibubapa even kat sekolah pun kita diajar cara menghormati orang. Jangan disebabkan kesenangan yang Allah beri kita lupa kita ni jugak insan biasa yang akan diazab oleh Allah SWT suatu hari nanti.

Perendahkan sikit diri tu...Ok.. Raya tahun ni kami berkesempatan jumpa kawan yang terlalu lama terpisah..sejak dari berumur 12 tahun lagi..baru kini bersua muka..

Kami sempat berkunjung ke rumahnya di Tanjong Permaisuri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Berikut ada sedikit gambar2 yang kami dapat rakamkan...


Gambar ni diambil di hadapan Street Mall, Danga Bay.

My picture harus ada...hehehe


My beloved husband with his own style..ngeh ngeh ngeh..

Ni gambar anak2ku dengan anak2 rakanku, Saadiah Kamarudin.

Align Left
Nilah kawanku, Saadiah. Kami pernah bersekolah bersama di SK Chempelak, Labis Johor. Tapi saya hanya belajar disana selama setahun je selepas tu pindah balik ke SRK Convent, Klang.

Itu sahaja buat masa ni..Insyirah pun dah merengek2 minta susu...

Kawan..

Thursday, September 30, 2010 Posted In Edit This 3 Comments »
Sukar mencari seorang kawan yg boleh membantu kita diwaktu susah dan senang. Yang boleh menasihati kita tentang baik dan buruk perbuatan kita. Yang boleh menyimpan rahsia yang diceritakan kepada kita. Yang ambil berat perasaan kita. Yang menyedari perubahan yang berlaku dalam setiap tindak tanduk kita. Yang sememangnya ikhlas menerima kita sebagai seorang KAWAN. Tetapi didalam memilih kawan yang boleh menjadi teman suka dan duka kita seeloknya pilihlah teman yang sejantina dengan kita. Lebih memahami lebih mengerti.

Kawan yang sejati perlu selalu memaafkan kawan yang pernah berlaku salah kepadanya dan sedia memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan terhadap kawannya.

Itulah kawan dan aku rasa aku dah menjumpai kawan itu. Semoga persahabatan yang aku hulurkan seikhlasnya berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Hari ini...

Wednesday, September 22, 2010 Posted In Edit This 0 Comments »
Hidup ini hanya untuk hari ini tiada esok atau lusa mahupun tulat. Perkara yang dah berlalu harus dilupakan dan disimpan rapi tanpa perlu mengungkit atau mengenangkannya..Segala kesilapan yang dilakukan, minta diberi keampunan dan kemaafan. Kita hanya hidup untuk hari ini. Hari ini sahaja untuk kita.. bila itu yang kita fikirkan, kita senantiasa berbuat yang terbaik hanya untuk hari ini...

Hanya hari ini, hanya hari ini peluang kita untuk menyiapkan diri. Ingatkan diri ini supaya memikirkan hanya hari ini peluang kita hanya hari ini kita diberi peluang bernafas di dunia..hanya hari ini..jika itu yang difikirkan sentiasa, Insya-Allah kita senantiasa menjaga perilaku, tata bicara dan amalan kita.. kita senantiasa menjaga sembahyang kita, beribadat dan berbuat segala kebaikan untuk menambahkan pahala bagi menyediakan diri kita..

Hanya hari ini tiada lagi esok untuk kita...

Yea yea raya....

Tuesday, September 14, 2010 Edit This 0 Comments »
Selamat Hari Raya.. tema kami tahun ni adalah warna hijau... sebenarnya tak rancang pun dari awal nak pakai baju bertema2 ni.. tapi apakan daya mama terbekenan pulak ngan kaler ni.. nasib baik gak kulit masing2 putih gebu kan jadi sesuai sangat ler.. ahaks..

Tahun ni kami beraya di Kedah.. balik ke Klang pada raya ke 4.. terpaksa pulak terkocoh2 balik ke Johor selepas habih beraya di rumah kakak2.. huhuhu sedih tak puas lagi nak beraya ni...

Ingat nak balik lagi hujung bulan ni.. tengokla camne ...

Tapi raya kali ni agak spesel sikit.. dapat gak le jumpa ngan kawan lama masa sekolah dulu.. Azlina Rozilawany.. after 13 years..macam tak caya je.. heheh

Aunty Azlina sibuk melayan anaknya yang montel tu bergambara..payah jugak la nak memujuk si comel tu...

Seronok gak dapat jumpa kawan lama ni macam2 cerita...