Thursday, January 12, 2012 Edit This 0 Comments »
Adat berniaga macam ni la ada hari naik ada hari turun.. tapi setakat ni Alhamdulillah rezeki kami di sini tetap ada.. walau penat tetapi sentiasa pegang duit.. itu nikmat org berniaga..

Anak2 pulak suka la semenjak ada kedai ni.. mereka tukang perabih aiskrim, air kotak serta coklat yang ada di depan kaunter.. yang dah besar semakin memahami dapat kawal sikit bila berdepan dengan keropok yang menjadi tarikan anak2..

Hari2 sebaik tutup kedai kami akan berikan sedikit wang untuk disimpan dalam tabung.. masuk dalam tabung haji bila duit mencecah seratus.. Paling pandai menyimpan Arrie.. baru dua bulan duitnya dah mencecah seratus setengah.. hasil dari kutip skrap dan upah menolong di kedai..

Semoga anak2ku sentiasa ingat akan detik ini.. kita telah lalui kehidupan susah dan senang bersama.. jadikan pengajaran untukmu di masa depan..

HAri ni jualan ikan dan ayam amat laris.. tinggal seekor dua yang masih berbaki..Alhamdulillah.. di raut wajah abah terukir senyuman.. senyuman tanda kelegaan dan gembira dengan jualan pada hari ini, setakat tengah hari ini.. Cuaca hujan di sini tetapi ternyata bukan disebabkan cuaca, yang menentukan rezeki kami.. Allah maha kuasa Dia yang menentukan apa yang dikehendakiNya.. Barang2 yang dipamerkan di kedai kami turut susut laris di beli .. Oh lupa pula nak cerita..

Selepas kejadian kemalangan kami pada bulan september tahun lalu.. kami pulang ke kg untuk mencari tukang mengubah suai kedai sebelum tu ambil kereta di Manjung.. Bacat yang mengambil kami di stesen bas manjung..

Sebelum tu suamiku ada terbaca iklan jualan lelong barangan kedai di internet yang terletak di Alor Setar.. kami tetarik dengan peti ais serta gonzola yang dijual sebanyak 9 buah itu.. lalu kami ke kedai itu untuk melihat keadaan barangan tersebut.. dalam iklan kesemua barang dijual dengan harga Rm12.9k.. kami hanya ingin melihat2 saja pada mulanya.. menurut si penjual barangan seperti peti ais dan gonzola di lelong beserta dengan barangan yang tersedia ada untuk buka perniagaan runcit, barangan asas seperti beras 30 kampit, gula 2 bundle, minyak masa dll juga ada.. dia menetapkan syarat jika nak beli kena borong semua.. Agak mahal 12 ribu.. lalu aku mula meminta mengurangkan harga tersebut sehingga 50%.. tanpa disangka dia bersetuju pula.. tanpa berlengah suamiku bersetuju lalu meminta juga persetujuan dariku.. katanya ini rezeki barangan tersebut sebenarnya lebih daripada rm5k.. tak termasuk peti ais yg berharga 3k dan juga gonzola rm350 dikalikan pulak dengan sembilan biji.. orang tu setuju dengan harga yang aku tawarkan sebanyak rm6400.. kami terus setuju.. opps duit belum cashkan lagi masih berbentuk cek macam mana ni mau makan masa 3 hari nak cashkan..

Aku minta pertolongan Along dan akak Miza yang sentiasa sudi membantu minta dahulukan rm5k..Along kebetulan simpan wangnya di dalam tabung haji.. waktu tu pulak hari sabtu pejabat tutup..Along suruh aku tanya akak..aku telefon akak dia terus setuju tanpa teragak2.. terima kasih akak.. selepas 3 hari aku memulangkan semula wang tersebut kepada akak.. Akak menolak dia suruh aku simpan untuk kegunaan kami sekiranya kami memerlukan.. tetapi aku tetap memulangkan duit itu.."Lain kali bila orang terdesak nanti orang cakap ngan akak buat masa ni tak perlu..terima kasih banyak..".

Barang2 tersebut aku bawa pulang kekedai.. tapi respon yang diterima terlalu menakutkan menurut pengalaman org yang pernah berniaga disini barangan yang kami beli tak laku di kg ini.. Ah Sudah.. risaunya duit dah habis pulak tiba2 dikatakan tak laku.. Suamiku cuba  menenangkan perasaanku.. "Rezeki Allah sapa yang tahu kita cuba dulu kalau tak boleh nak buat camana..".. ternyata barangan kami tetap di beli oleh orang2 kg, orang pattani serta bangla yang ada disini.. Alhamdulillah syukur..

Kak Yam dan Abang Bahdun pernah datang kekedai dan meneliti barangan kami.. diorang memberikan sokongan berbentuk galakan kepada kami.. Kak Yam nampak excited bila datang ke sini.. dia gembira melayan pelanggan yang datang.. dan turut membantu kami melayan pelanggan.. aku seronok melihat reaksi yang diberikan mereka.. serupa galakan kepadaku untuk terus maju mengusahakan kedai ini..

Semoga impian kami ingin membina rumah di kampung dapat di kabulkan oleh Allah... semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki... Amin..

Thursday, January 12, 2012 Edit This 0 Comments »
Ah!! Kelam kabut pulak pagi ni.. abah terbangun lambat dalam pukul 5 aku terjaga bila dia sedang mencari2 wallet untuk ke pasar.. Sesuadah abah pergi aku sambung tidor terjaga kembali pukul 6.. Hari ni agak letih sikit jadi tak buat apa2 untuk bekalan anak2 ke sekolah sekadar beri belanja lebih sikit untuk diorang.. "Duit ni beli apa2 untuk makan.. bawak air ke sekolah jimat sikit.." Kataku sambil menghulurkan note rm1 sebanyak dua keping kepada anak2.. selepas anak2 selesai solat subuh aku terus hantar mereka pergi menaiki kereta avanza.. Abah masih belum sampai lagi..

Semalam Kru dan isterinya ida datang ke kedai beri rm20 untuk beli lauk.. takut tak sempat.. Kru kini buat part time ikut Pak Teh kutip skap dapatla sikit duit untuk tambah2.. Kesian jugak dia sejak kami balik ke sini income dia susut sikit maklumlah sebelum ni dia soang je yg motong tetapi kini kena bahagi dua pula dengan kami..

Hari ni bapak nak sukat tanah untuk Aina dan Kru tanah tapak umah sehingga ke sungai milik mereka berdua jadi bapak nak bahagikan sama rata.. Aina nak buat rumah dah pohon pun rumah mesra rakyat.. Kami pun nak minta juga permohonan tu.. boleh buat rumah bayar secara ansuran.. Nak buat rumah guna duit sendiri entah mampu atau tidak.. Semoga kami dimurahkan rezeki supaya dapat tempat untuk berteduh.. Tak syok juga duduk lama2 disini.. ada rumah sendiri lega sedikit.. Mungkin boleh juga jual rumah di Klang.. lebihan tu boleh buat rumah tapi agak sukar untuk mencari pembeli..

Kekadang terfikir juga apa agaknya aturan Allah untuk kami di masa akan datang .. Apa kesudahan cerita kami di sini.. Sedih dengan dugaan ini.. di uji pelbagai dugaan.. dari satu bab kepada satu bab.. tapi aku pasti ada sesuatu di sebalik semua ini yang suatu hari nanti pasti aku akan tersenyum memahami kenapa jalan cerita kami begini..

Wednesday, January 11, 2012 Edit This 0 Comments »
Hari nie seperti biasa buka kedai awal..6.30 pagi dah buka.. buat karipap untuk bekal anak2 ke sekolah.. abah pulak sibuk menyiapkan sayur, ikan dan ayam untuk jualan.. kesian dia sejak balik ke kampung belum pernah berehat.."Fizikal letih tapi yang penting hati gembira dapat bersama dengan anak2 selalu.."..itu yang selalu dikatakan bila aku tanya ..letih tak buat semua ni..



Kekadang aku tak faham.. kenapa dia sanggup bersusah payah begini sedangkan sebelum ni dia seorang jurutera di kilang dan mempunyai ramai staff.. sanggup pulang ke kampung.. Stress dengan kerja yang ada dan dah letih berbelas tahun kerja kilang.. itulah alasannya.. Selepas amik anak sekolah ada je ole2 yang dibelikan.. "Kenapa sekrang ni abah selalu je beli makanan bawak balik..?" tanyaku semalam.. "Sebelum ni abah risau kalau beli macam2 nanti susah kita nak simpan duit.. dapat gaji habih bayar hutang keta, rumah, segala bil.. sekarang ni dah tak perlu fikir sangat duit motong dah cukup untuk bayar hutang.. lebihan duit kedai kita boleh simpan.. lega sikit.. abah kan selama ni yang cari nafkah abah risau kalau duit tak cukup..".. Jawapan tulus dari suamiku...

Memang benar suamiku sangat2 bertanggungjawab.. beruntung aku bersuamikan dia.. Abah semoga abah terus sihat dan bahagia selalu..

Anak2 pulak sejak pulang ke kampung aku selalu pesan.."Kita sekarang ni susah.. belajar elok2 untuk masa depan.. masa ni hanya sekali tak boleh diulang jadi gunakan masa ni untuk belajar bersungguh2..tolong abah ngan mama.. kesian kat abahkan abah kena keluar awal pagi pergi pasar lepas tu motong pulak.. bahagiakan abah dengan kejayaan kakak dan abang.." Nasihat aku yang selalu diberikan untuk anak2.. selalunya mereka akan menangis mendengar kata2ku ini.. bukan apa aku hanya nak timbulkan kesedaran bahawa kami buat semua ini untuk mereka juga dan inginkan kejayaan masa depan mereka..

Terima kasih suamiku dan anak2 yang bersatu padu bersamaku untuk menempuhi dugaan kehidupan..

Kisah ku di Kedah..

Tuesday, January 10, 2012 Edit This 0 Comments »
Siapa sangka perjalanan hidup ku sekarang ni.. Tak pernah terbayang yang satu hari nanti kami akan membesarkan anak2 di negeri yang jua tempat lahir suamiku yang tercinta.. Kini kami mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak2 dengan berniaga runcit secara kecil2an.. suamiku ada mempunyai kebun getah yang di berikan oleh ayah dan bondanya.. kini dia menjadi penoreh getah dan jua peniaga kedai untuk menyara kami..

Aku terharu melihat dia begitu sikap sabarnya menghadapi semua ini.. dia teramat tabah setakat ni aku belum pernah mendengar keluhannya.. Anak2 pula kadangkala aku berasa sedih melihat mereka terpaksa bangun awal pagi untuk membantu kami membuka kedai.. Arrie anak sulungku begitu rajin dia juga pandai membantu kami menjaga kedai malah turut belajar mengira dan mengingati harga barang.. ada bakat menjadi seorang ahli perniagaan.. Iffa rajin bantu mengemas dan menyusun barang2 di kedai.. malah turut bantu menjaga adiknya.. melihatkan usianya yang sebegitu muda dia agak matang.. setiap sabtu mereka yang bantu abahnya mengutip skrap di kebun.. malah bernyanyi2 lagi sambil menyorong kereta sorong... Siapa sangka kan.. Inilah takdir Allah yang tersurat untuk kami...

Hubungan ku dengan penduduk kampung pun dah semakin mesra.. mereka banyak membeli di kedai kami Alhamdulillah semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki...

Wednesday, September 07, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Seronok pula menghiasi rumah sempena hari raya 2011.. walaupun belum seorang pun rakan2, jiran tetangga mahupun sedara mara yang mengunjungi kami.. tetapi balang kuih raya di rumah semakin susut dari hari ke hari.. Nampaknya belum sempat marhaban kuih muih dah clear dikerjakan...hehehe...

Tahun ni merupakan tahun budget.. pakai sarung kusyen ngan kain langsir yang lepas2 je.. Ala kadar tapi hati tetap rasa gembira melihat rumah kami berseri (syok sendiri)..

Tahun ni banyak sungguh ujian yang terpaksa kami lalui.. Tapi ujian2 tu semuanya bersebab mungkin kerana untuk mengingatkan kami.. atau menguji kami sejauh mana kami percaya dan redha akan ketentuan Illahi..

Apa2pun anak2 merupakan pengubat duka kepada kami.. dengan sikap toleransi mereka dan sikap memahami mereka walaupun mereka masih lagi kecil untuk mempunyai pemikiran membantu ibubapa..

Arrie tahun ni seperti biasa beraya bersama2 dengan sepupu di Kedah.. Agak pulun beraya sehinggakan mama pun x pasti ke mana perginya dia menghilang bersama Ashraf.. Iffa pulak kena sengat di kaki.. x dapat meraikan hari Raya seperti tahun2 seblumnya.. Ammar pulak ambil kesempatan bermain ps2 Acu Kru sehinggakan sanggup tidak beraya mengahadap tv satu hari suntuk.. Mama dan babah pula berhari raya dengan mempunyai tujuan mencari rumah sewa ataupun kontraktor untuk bina rumah bawak bersama Dina dan Syirah je.... sehinggakan jiran tetangga di Kedah yang selalu kami kunjungi sebelum ini tak dapat kami lawati..

Keesokan harinya pagi2 lagi Arrie dah beria2 mengajak mama dan abah mengira duit raya yang dikumpul mereka.. kira2 keseluruhan dapat la dalam rm500 lebih.. mama dan babah fikir bahagikan kepada 5 dan masukkan dlm tabung haji.. tetapi Arrie menolak dan menyuarkan hasrat hatinya yang mengejutkan mama dan babah.. sedih rasanya mendengar cadangan Arrie.. "Mama ambikla semua duit ni... mama ngan abah kan xde duit nak buat rumah.."..Bagai nak menitik airmata mama.."Mana Arrie tahu mama ngan abah xde duit nak beli rumah?" Arrie :"Abang dengar mama dengan abah cakap.."..

Anak2 kami walaupun ramai tetapi mereka ni mudah.. tidak pandai meminta2 dan pandai juga berjimat cermat.. Alhamdulillah...

Dunia..

Sunday, July 03, 2011 Edit This 0 Comments »
Dunia ini hanya sementara.. keindahan, kenikmatan yang kita kecapi di dunia hanyalah sementara.. Jangan terlalu terbuai melayari kehidupan di dunia sehingga kita terlupa ada kehidupan yang kekal abadi di alam yang lain. Hidup ini terlalu indah di nikmati sehingga ada sebahagian daripada umat manusia yang kejar dunia semata2 sehingga lupakan batasan agama..

Mendidik jiwa untuk bersederhana dalam segala segi bukan mudah. Buang segala hasad dengki, cemburu irihati kepada sesama manusia bukan semua orang mampu melakukannya.. Tetapi sebagai manusia dan juga umat islam seharusnya kita perlu selalu mengingatkan diri supaya menjauhi segala sifat2 mazmumah ini...

Fitnah

Friday, July 01, 2011 Edit This 0 Comments »

Firman Allah dalam ayat  11 surah an-Nur :
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لاَ تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang  dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya.  Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar..

Pelbagai ragam manusia yang sudah kutemui.. masing2 dengan kerenah masing2.. kekadang terfikir elok juga jika tidak bercampur dengan orang kerana lebih banyak buruk dari baiknya. Entahlah dosa masing2 hanya empunya badan yang tanggung tapi sekiranya fitnah melibatkan dengan orang lain maka dosa kita takkan terhapus selagi orang itu tidak memaafkan kita.. Pengajaran untuk si penabur fitnah n the gang yang tidak mengenal erti takut atau berdosa nya bila mengumpat, menyampai cerita, memfitnah dan etc.. yg pasti kataku jelas.. sila perbetulkan keadaan sekiranya ingin kan kamaafan dari cerita yang direka...