Wednesday, June 09, 2010 Edit This 0 Comments »
Cuba membatukan diri seketika..macam kat tugu negara tu.... "Inilah barisan kita..."

Akhirnya sampai jugak kami ke Melaka.. lama dah kepingin nak bawak anak2 jalan. Tapi bila pikirin anak2 masih lagi kecik2 ketika tu malas pulak rasanya. Sebelum ini tempat yang sering kami kunjungi hanyalah di pantai atau air terjun. Berjalan2 disekitar Melaka perlukan stamina dan ketahanan tubuh yang kuat.. Cheh tetiba je kan..

Tapi rasanya betulla kot.. pasai kami perlu berjalan dari satu muzium ke satu muzium..perlu naik dan turun tangga dari satu tempat ke satu tempat... penat.. nasib baik tak mengandung kalau tak tentu cepat bersalinnya.. hehehe

Yuhoo..nak naik Menara Taming sari.. bukan setakat bebudak je suka mak budak pun boleh jadi terover....

Melihat reaksi anak2 yang terkinja2 terlompat2 kesukaan menyebabkan aku semakin bersemangat nih.. nak bawak gi jalan lagi. Tapi satu hari tak cukuplah nak bawak jalan.. Masa aku kecik2 dulu abah dan mak pernah gak bawak jalan ke Taman buaya, perigi hang tuah tapi hari tu kami tak sempat pergilah.. ingat nak tidur semalam.. tapi risau pulak takut hubby keletihan nak pergi kerja keesokan harinya.. huhu lain kali lah... tak jauh mana pun dekat je...

Dalam muzium "Pirate Caribbean.."

Setiap tiket yang kami terima sewaktu nak memasuki muzium kapal, menara taming sari dan muzium err lupa la..semua anak aku nak simpan.. bukti nak tunjuk kekawan.. sabor je la....

Yang paling kelakar bila sampai ke Kota A Famosa... "Mama kenapa Kota A Famosa.. macam buruk je.. diorang tak cat ke..." Tanya Iffa... "Inilah namanya kota tinggalan sejarah..memang la buruk... ".. "Ish macam takut je..." sambung Iffa lagi..



Pak Polis boleh tumpang tak letihla jalan....

Letih mengendong Syirah aku dan hubby terpaksa bertukar2 setiap 10 minit.. bagi tak sakit pinggang balik nanti..Prem?..Huhuhu dah buang dua2 aku buang rumah sewa sempit tak de tempat nak simpan... inilah padahnya..huhuhu...

Melaka tak perlukan modal yang banyak.. barang2 cenderahati pun mampu beli.. tiket yang dikenakan pun tak berapa mahal sesuai gak untuk keluarga besar macam kami ni... makanan pun agak murah gak...

Bila nak balik kami sempat singgah makan di Medan Selera Ikan Bakar Umbai... dah la tak sedap... lambat... pastu sekilo udang di charge RM60... pegh... 5 ekor dikenakan RM15... kalau sedap ok la gak.. bebudak komplen makan kat umah lagi sedap....cheh...

Sampai umah kul 12... pastu... zzzzzz......

Nak jalan ke Melakalah....

Friday, June 04, 2010 Edit This 0 Comments »
Esok dah start cuti sekolah..ingat nak bawak anak2 gi jalan ke Melaka.. puas jugak cari tempat yang sesuai nak bawak diorng ni gi mandi..try gak cari map ke pantai desaru johor.. tapi mak aii..jauh gak perjalanan ke sana.. lepas berkira2 ngan hubby kepautusan mukatamad ke Melaka la..dekat sikit banding ngan gi arah jb sana nun..

Anak2 aku ni semua suka mandi manda.. macam ler kat umah takleh mandi nak mandi kat pantai la, air terjun la... yang paling lawak Arrie leh ajak balik Kedah umah tokwan.. bukan main jauh semata2 nak gi mandi kat sungai belakang umah tok wan... bukan taknak balik tapi cuti abahnya kena amik kira gak...

Kesian ngan bebudak ni balik dari sekolah tadi sibuk citer kawan tu gi sini kawan tu gi sana.. so bagi meraikan keputusan peperiksaan yang dicapai oleh Iffa dan nak bagi diorg sedikit kegembiraan selepas berhempas pulas selama 2 minggu sibuk baca buku... apasalahnya bawak diorng ni berjalan2..kan..kan... so nantikan gambar2 yang akan diuploadkan oleh daku nanti...

Bubye....

Aduhai Ammar....

Tuesday, May 25, 2010 Edit This 0 Comments »
Ammar ketika berusia 2 bulan


Hari nie mood aku baik punya nak citer sikit pasal anak aku Ammar.

Sejak dari mengandungkan dia aku rasa pelik sikit pada kesihatan aku...

Mana taknya sewaktu mengandungkan Ammar buku merah laporan mengandung aku di cop High Risk dan selalu kena gi check up kat combined clinic HTAR...

Tak pernah2 berhigh risk tetiba je aku disahkan ada sakit jantung...tapi memang yelah..waktu ngandungkan Ammar ni aku selalu berdebar2...macam orang berlari tu..dan aku tak pernah sangka yang baby aku kandung tu ada dua pusar di kepala..hehehe

Selapas Ammar dilahirkan..aku tetiba nak pengsan..lalu aku dipasangkan oksigen dan dadaku dipasang wayar2 berselirat..untuk apa pun tak tau...kemudian aku dimasukkan ke wad ICU lebih kurang 2 hari... masa kad wad tu aku panik gak pasai orang2 kat dalam wad tu macam tunggu panggilan ilahi je..apakehe pulak aku di masukkan kat situ..sudah.pastu ada pulak staff nurse yang suruh aku mengucap...wallah...

Alhamdulillah aku masih lagi diberikan kesempatan hidup di dunia ini...

Masa kad dalam wad biasa ada pulak nurse yang menegur kepala bayiku tu ada dua pusar..mesti buas budak ni, kata nurse tu..aku tak caya..takkan la...ntah papentah... sekarang aku mengakuinya...ada la kebetulan sikit2...

Ammar ni sejak dari kecik memang asyik buat aku berdebar2...kalau korang nak tahu sejak dari umur dia setahun dah banyak kali kitorang berkunjung ke wad kecemasan... semuanya disebabkan oleh kekreatifan dia.. kali pertama gi ke wad kecemasan tu sewaktu Ammar memasukkan kepingan2 tisu ke dalam lubang hidungnya sehingga tisu itu mengeras didalam tak leh kuar..panic aku nak sedut pakai vakum hampagas aku tapi takut pulak..Macammana Ammar boleh dapat idea untuk masukkan tisu tu kerana dia melihat aku setiap kali aku selsema aku akan masukkan sapu tangan ke dalam lubang hidung untuk elakkan hingus meleleh... akhirnya Ammar ubahsuai cara aku tu dari sapu tangan ke tisu...

Kali kedua pulak dia jatuh bermain basikal terus masuk ke dalam longkang terkoyak jugak le mulutnya... lalu dia dijahit agar mulutnya tak terkoyak banyak.. balik je dari hospital .. tanpa ada keinsafan dia merengek minta naik basikal... eee ngilu aku.. tengok mulut dia yang bengkak tu... puas jugak la memujuk...

Kali ketiga.. kali nie telinga dia pulak yang dia cuba buat eksperimen... dia bersama dengan kakaknya Iffa cuba2 mengorek lubang telinga guna pengorek kapas sehingga tercucuk lalu mengalir darah keluar dari telinga..mujur bukan tercocok gegendang telinga... dan ditengah malam yang dingin itu kami anak beranak selagi lagi berkunjung ke wad kecemasan HTAR..

Ammar sebelum pembedah dijalankan.

Kali keempat, kali nie dia di bedah pulak sebab appendiksnya pecah... waktu ni kesian betul... wajahnya asyik mengerut kesakitan selama 4 hari dia terpaksa menahan sakit.. sebabnya tiada seorang pun dari 4 orang doktor yang kami jumpa tahu bahawa Ammar demam disebabkan appendiks.. Marah jugak kami dengan kecuaian doktor2 yang tak memeriksa Ammar secara menyeluruh.. Nasib baik doktor di Klinik Anika memeriksa Ammar dengan detail lalu terus sahkan kemungkinan sakit Ammar berkaitan appendiks... Ammar segera di naikkan ke dalam ambulan dan dikejarkan ke HTAR...Ketika itu Ammar hanya berusia 3 tahun.. Alhamdulillah Ammar kembali sihat...

Ammar selepas pembedahan

Ammar walaupun nakal tapi dia nie jenis tahan lasak..kalau setakat demam sikit2 tu tak kisah.... tak dilayan nya...

Kini Ammar telahpun berumur 5 tahun dan telah bersekolah di sekolah PAsti Uwaeis... Banyak ragamnya waktu pagi..heheh.. macam2 alasannya untuk tidak kesekolah...

Minggu lepas Ammar telah menjalani peperiksaan pertengahan tahunnya.. Dan tadi Iffa bertanya kepada Ammar... "Ammar peksa dapat berapa?".. dengan gaya selambanya dia menjawab "Sejuta..hihihi..." Iffa tak puas hati lalu berkata.."Kawan kakak cakap kalau ketawa maknanya tipu..tu Ammar ketawa tu..Ammar tipu..."

Ammar membalas.."Betui ya..sejuta..hihihi..."


Begitulah ragam Ammar...kelakar.... Akhirnya peperangan mulut Iffa dan Ammar berlaku akibat ketidakpuasan hati Iffa dengan jawaban yang diberikan Ammar... kui kui kui...

Mak....

Sunday, May 23, 2010 Edit This 2 Comments »
Ibu yang kukasihi.....

Mak terlalu sukar untuk berpisah selepas bertemu.. kalau boleh aku ingin senantiasa berada disamping mak... tetapi apakan daya aku juga sudah mempunyai keluarga ku sendiri... mak yang sentiasa berada disisi disaat susah dan senangku.. yang sentiasa menasihiti yang sentiasa ingin membantu sekiranya aku memerlukannya..

Mak terlalu baik kepada kami... mak terlalu mengambil berat akan kami.. mak..mak terlalu banyak kebaikan mak pengorbanan mak kepada kami...sampai susah untuk aku menulisnya disini kerana airmataku tak henti mengalir ke pipi...

Aku sayangkan mak..terlalu sayang... aku gembira melihat mak tersenyum..aku sedih melihat mak sedih, mak tak pernah menyusahkan kami anaknya.. mak selalu saja ingin menggembirakan kami..

Aku beruntung mendapat mak sebaik mak.. aku takut kehilangan mak... aku berdoa mak panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik agar dapat kami bersama mak lebih lama lagi..

Melihat mak pergi bersama Ajip menaiki bas untuk pulang ke Klang tadi, ingin rasanya aku melompat naik keatas bas untuk pergi bersama mak.. tapi..bagaimana pulak dengan anak2 dan suamiku..? sob sob sob...

Setiap kali ada kesempatan untuk bermalam dengan mak, aku pasti tidur bersama mak.. bukannya apa aku ingin meluangkan setiap saat waktu itu bersama mak. Mujur suamiku faham dan tak pernah merungut..

Andai kata aku dapat undurkan waktu untuk kembali ke zaman kecilku aku pasti takkan melakukan perbuatan2 yang pernah mengguris hati mak..

Mak, Ieda sayangkan mak... ampunkan setiap kesalahan Ida yang pernah melukakan hati mak.. Ieda bangga, berbahagia mendapat mak sebagai ibu yang melahirkan Ieda.. Ieda berbangga dapat berada di rahim mak selama 9 bulan 10 hari..Ieda berbangga menjadi salah seorang daripada anak mak...

Cucu2 mak juga sukar berpisah selepas berjumpa dengan mak.. Iffa dan Arrie bergenang airmata setiap kali berpisah dengan mak.. mereka bersorak gembira setiap kali diberitahu kami akan pulang ke Klang.. Begitulah kasih mak yang dapat dikongsi oleh anak2 dan cucu...

Kami semua sayang nenek... kasihkan nenek...Kami doakan nenek sentiasa berbahagia setiap detik waktu dalam melalui kehidupan nenek...

Ajal maut di tangan tuhan, tak kira muda atau yang tua, kaya atau miskin, yang sihat atau sakit hanya Allah yang menentukan bilakah masanya kita kembali kepadaNya. Hanya yang Ieda harapkan sebelum Ieda pergi Ieda dapat menggembirakan mak, berbakti kepada mak dan cuba membahagiakan mak sebelum kita berpisah di dunia ini dan bertemu kembali di akhirat sana. Diharap setiap kenangan yang akan kita semua coretkan bersama mak di masa akan datang hanyalah memori gembira yang sukar dilupakan sampai bila2..

Terima kasih di atas segalanya mak...

Hepi birthday Syirah...

Sunday, May 23, 2010 Edit This 0 Comments »
Hari nie kami buat sedikit jamuan untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran anak kami yang kelima. siapa lagi kalau bukan buah hati kami Insyirah Afiqah. Dah setahun usianya.

Selamat hari lahir sayang, mama doakan Insyirah sentiasa berada didalam perlindungan Allah SWT, menjadi anak yang solehah, diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan berjaya didunia dan akhirat. Amin.


Hadiah dari mama hasil dari air tangan mama sendiri... nampak gayanya anak2 suka hasil yang mama buat ni.. hihihi...Bukan mama seorang ja tau keknya memang mama buat decorationnya dari abah le.. tu yang menjadikan kek ni mahal, hadiah dari kami berdua..muah..we all luv u..muah......

Gambar kat atas nie gambar mama ngan moyang sebelah atuk Jemain. Namanya buyut Salamah. Usianya lebih kurang 80 tahun. Dapat jugak buyut berjumpa dengan cicit2nya panjang jugak usia buyut kan. Alhamdulillah..

Mama akan uploadkan gambar yang sempat dirakamkan pada hari ini untuk kenangan kita semua...

Wah birthday girl kepenatan nampaknya..sian dia..buyut Maimon yang terlalu asyik berbual tak sedar gambarnya dirakamkan...

Nenek Pah yang kelihatan letih kerana sibuk didapur sediakan juadah untuk jamuan kali ini. Terima kasih nenek Pah..kami sayang nenek.. Sebelah nenek Pah tu buyut Abd Rahman, bapa nenek Pahla... abah tak sempat bawa buyut berjalan disekitar Parit Raja..diharap buyut dapat menziarahi kami lagi disini yea...

Tak tahulah apakah simbol yang pak su Ajip cuba tonjolkan..hmm tak faham... Padan muka nenek Pah dah marah..."Ajip, ko buat apa tu..?"

Cik Halimah bersama anaknya Nazurah dan 2 orang anak Nek Zimah pun dapat hadir seronoknya dapat berkumpul ramai2.

Selepas makan tengahari kami semua berkumpul menyanyikan lagu hepi birthday untuk Syirah...

Ada lagi beberapa gambar yang mama tak sempat upload.Insyaallah jika ada kesempatan mama akan cuba di lain hari.. k.. bubye...


Senyuman penawar duka...

Friday, May 14, 2010 Edit This 0 Comments »
Orang kata senyuman itu penawar duka, senyuman itu suatu sedekah, senyuman itu senaman wajah...pendek kata segala yang berkaitan dengan senyum semuanya adalah positif belaka..

Sampaikan kat iklan tv pun ada iklan tentang "Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek.."

Tetapi ada jugak orang yang sukar untuk tersenyum.. apa masalah pun tak tau...

Bila berjumpa dengan orang seperti ini hati kita yang sentiasa ceria pun hilang serta merta..

Yang timbul hanyalah perasaan menyampah sakit hati benci dan lain2 perasaan yang tak patut bercambah dalam hati sebenarnya...

Terlalu sukarkah untuk tersenyum..? Apa agaknya yang berada didalam hati orang yang sukar tersenyum...?

Bila keletihan kita tataplah wajah bayi kita yang sentiasa tersenyum menyambut kita...apa perasaannya... hilanglah semua keletihan kita sepanjang hari...

Tetapi apabila berjumpa pulak dengan orang dewasa yang mukanya sentiasa bengis sepanjang masa..? Apa perasaannya... makin bertambahlah penat kita + sakit hati + benci +.......

Mulakan setiap detik waktu kita dengan senyuman nescaya orang2 di sekeliling kita juga turut merasai keceriaan yang lahir dari senyuman ikhlas kita....

Pelik tapi benarkah?

Thursday, April 15, 2010 Edit This 0 Comments »

Pada suatu hari....

"Dina..Dina cakap ngan sapa tu..?" Aku menegur Dina yang sedang tertawa kecil seperti orang sedang berbual..

"Ngan adik.."..Dina membalas pertanyaan aku sambil menyenget2kan kepalanya...

"Adik..mana..?Takde pun.."..aku mengajukan soalan pelik sebab yang aku nampak disitu hanya Dina seorang sahaja..

"Tu...".Dina memuncungkan mulutnya menunjukkan kearah sesuatu yang tak dapat aku lihat...menyirap darahku seketika akibat daripada pencernaan yang tidak terkawal..

Dan TIBA-TIBA...Arrie menyampuk..."Mama, abang selalu tengok Dina cakap sorang2... kadang2 dia cakap Ammarla..Syira la..tapi dia cakap sorang2 je takde orang kat situ.." Kata2 Arrie menambahkan lagi kelajuan sistem pencernaan aku...


Pada suatu hari..(di hari yang lain..),

"Dina sayang mama..?" Aku bertanya...

"Ayam..."...Dina menjawab singkat..

"Dina sayang abah..?"..tanya aku lagi...

"Ayam.."..selamba je raut wajahnya...

"Dina sayang abang Arrie ngan abang Ammar..?" dan aku terus bertanya...

"Ayam..." dia masih lagi teguh dengan jawabannya yang jitu...

"Dina sayang kakak ngan baby Insyirah..?" tanpa jemu aku terus bertanya...

"Ayam..."..sambil tersengih Dina menggaru2kan kepalanya yang telah aku shampookan rambutnya sebelum itu...

Dan aku terus tertanya2...adakah kami semua ini ayam-ayam belaka di kacamata Dina.....?

PELIK TAPI BENARKAH...?

Gambar diatas tiada kaitan dengan cerita2 diatas... sekadar untuk renungan kita bersama...

Gambar diatas juga tiada kaitannya sekadar untuk perasaan syok sendiri bagi si penulis blog ini...