Cerita sikit....

Friday, October 15, 2010 Edit This 0 Comments »

Hari selasa baru ni rumah kami dikunjungi oleh sedara dari Ipoh..kira first time jumpa diorg ni.. tapi bebaik semuanya ramah tamah la kira..lebih kurang aku gak..cuma mulut aku ni terlebih express berbanding ngan diorg.. Makcik Tha ni kebetulan datang ke Jhr utk tgk anak dia konvo kat UTHM.. kebetulan lagi dekat ngan umah aku duk sekarang ni..

Nak jadi cerita dia contact atuk aku yang duk kat Labis nun dia ingat dekat le kot kan.. mana nak tau dah tak pernah datang sini pun..so atuk aku terusla bagitau yang cucu dia ni dok dekat sini.. terus dapat idea nak tido umah aku..Alhamdulillah seronok sangat la aku kan bila dapat tau atuk ngan nenek nak datang sini lagi seronok bila dpt tau lagi diorang dah plan nak tido lagi.. Indahnya dunia aku rasa..hehehe

So dan dan tu gak atuk bagi no tepon cik Tha ni.. apalagi nak ditunggu terus aku col dia..tanya tggl hotel mana semua kan.. bila dah bersembang tu cik Tha terus nak jumpa aku nak kenal2...
dlm kul 4 aku gi homestay yg dia sewa..belakang umah aku je..

Punyalah bersembang macam dah lama kenal.. dapat gak bermesra dan cuba sebaik baiknya budi bahasa.. maklumlah first impression mesti la nak bagi yang terbaek..tak mo la dia ingat yang buruk ttg aku.. Alhamdulillah aku dpat kawal bahasa yang digunakan.. nak gak tiru orang2 baik yang aku kenal macam kak Zuraida isteri abang Mat Sanusi di Kedah.. kira dia ni macam mentor aku la..aku suka dengan cara dia layan aku..baik sungguh.. sopan.. lemah lembut..akhlak nya pun dijaga baik.. syukur aku dpt berkenalan ngan org camni.. di kg nun ramai gak org yang baik2.. nak senaraikan terlalu banyak.. jadi bila aku bandingkan ngan diri yang buruk dari segi akhlak dan lain2 ni.. hina rasanya diri sebagai hamba Allah.. aku selalu berharap supaya org2 yang pernah aku dampingi rasa selesa dan gembira seprtimana aku telah dilayan oleh golongan2 yang baik yang pernah aku kenali...


Makcik Tha sedang berbual ngan atukku.. makcik Tha ni kira anak sedara atukla.. atuk tak berapa nak kenal sangat sebab ibu kepada makcik Tha ni adalah kakak kepada atuk yang berlainan ibu tapi satu bapak..kakak atau adik aku tak pasti tapi kira camtula... nanti bila2 aku korek citer dari atuk ek..korg layan je la...



Haa..yang ni anak2 makcik Tha.. lebih kurang umoq aku gakla...

Semoga hubungan persaudaraan yang telah terjalin dapat berkekalan sehingga ke generasi2 seterusnya...

Banyak perubahan...

Thursday, October 14, 2010 Edit This 0 Comments »

Gambar di atas di ambil lebih kurang setahun yang lepas. masa ni kami baru pindah ke sini..

Konon2nya chantekk sangat la...segala macam speaker hubby aku bubuh.. maklumlah masa ni baru berjinak2 ngan surround..dapat pulak beli amplifier 5 channel..sekrg dok berangan nak tukar ke 7 channel pulak.. tv beso ni pun dah letak kat dapur skrg buat main game je...


Langsir pun asal boleh je nak digantung... langsir 6 tahun lepas punya dah hilang kaler pun... janji ada buat halang cahaya...

Lepas 2 atau 3 bulan camtu kami beli pulak lcd hd ready Sharp 32 inci bagi menggantikan tv tube 29"tu.. tak puas hati lagi.. projector pun jadi pilihan bagi melengkapkan set yg tak seberapa ni... beli dah ada semua.. tambah lagi sub woofer Yamaha bagi gegar rumah sampai tercabut bumbung..

Yang terbaru tukar tv lcd 32" kepada 40" full hd.. dan digantung plak kat dinding.. nape nak tukar sebab kepuasan utk tgk HD Movie la... gambar cantik giler.. berangan jugak nak beli LED tv tapi mahal sgt pulak.. tak mampu...

Tgh berangan nak make over lagi ni..rancang nak letak side lamp 2 bijik..tapi belum ada kesempatan nak membeli lagi..

Align Left
Puas hati dapat hias rumah walaupun budget tak seberapa or tak cantik mana.. tapi aku puas hati.. bila duduk umah 24 hours ni.. aku suka sangat la beli perhiasan umah yang murah tapi kena kat mata aku...maklumlah hubby sorg je carik duit so beli sekadar yg mampu...

Target lepas ni nak deco bilik anak2 pulak.. bila ada rezeki lebih nanti..Insya-Allah...


Rezeki yang tak disangka...

Thursday, October 14, 2010 Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah...

Rezeki yang tak disangka datang sampai ke muka pintu...tengah dok lapo2 tetiba terdengar bunyi ketukan dimuka pintu sliding door seolah2 org datang minta hutang..terkujat dan terpinga2 aku...terjenguk2 disebalik tirai menjengah kemuka pintu siapa pulak yang mengamuk ni...

"Owh Ila datang bersama escortnya..Chopia.".(Sofia, yang aku gelar Chopia..nama manja yg aku bagi sendri tanpa persetujuan mak ayahnya..) datang ngan pinggan berisi wah!! nasi beriani...

Aku dengan bersuara lantangnya bertanya.."La..apasal tak bagi salam main ketuk2 plak.." Tetiba Ila menjawab.."Shhh..."..aku bertanya sambil berbisik gak.."Apasal...?"

"Shhh.."..owh rupa2nya dia nak elak dari jiran sebelah dengar..ni kira adab la nak jaga hati jiran..karang kalau jiran tu tau kita je yang dapat kecik hati pulak kan..kadangkala org tak perasan benda camni..tapi baguslah kalau ada jiran yang sensitif seperti Ila tadi, nak menjaga hati perasaan jiran lain maka nak berbagi makanan yang sedikit terpaksa disorok2.. kita semua pun patut praktik buat macam tu jugak.. baru terjaga keharmonian dan ukhwah sesama jiran tetangga..

Dan disini aku nak ambik kesempatan la alang2 dah cerita ttg nasi tadi..nak jugak mengucapkan tahniah diatas kenaikan pangkat suami kepada rakanku tadi, iaitu Mokhtar Hamid..yang bekerja di UTHM..Tahniah dari kami sekeluarga...

Comelke...?

Friday, October 08, 2010 Edit This 0 Comments »
Ada orang tanya.."kakak tengok anak kakak comel tak?"..Aku jawab..."Mestila comel..." Apa punya soalan daa...??

Comel ke tak comel ke, hitam ke putih ke..bukan ukuran..yang penting sihat sempurna tubuh badannya..baik akhlaknya..kalau dikurniakan anak2 yang putih, cantik sempurna..itu dah dikira satu bonus...

Kekadang terkilan gak aku bila ada ibubapa yang mengeluh anaknya hitamla..hidung tak mancung la..kesian pulak aku pada baby atau anak tu..bukan salah dia berkulit hitam..dia kalau diberi pilihan pun nak lawa ala2 Angelina Jolie gak kan.. tapi nak buat macamana kalau mak pak dia pun kulit lagu tu..terima je la..yang mak pak pun tak sedor diri gak ingat diri tu lawa sangat sampai mengeluh dapat baby camtu...mengeluh ke atau rendah diri ke tapi yg penting perasaan tu tak perlu ada pada setiap ibubapa..

Bagi aku anak2 yang aku telah lahirkan semua comel2..sempurna sifatnya..sihat tubuh badannya..Alhamdulillah...malas nak amik kira pandangan orang yang penting aku sayang kat anak2 aku semuanya..


Ni gambar Arrie masa baby usia 3 bulan.. comel sangat aku rasa dia masa tu......


Ammar pun aku tengok...comel...


Iffa? Pun aku nampak comel...


Dina si putih pun comel gak...

Si comelku yang terlatest, Insyirah..eeee comelnya...
Cuba tanya kat anak2ku yg lain..comel tak adik Syirah..? Serentak menjawab..comel!!!..

Alhamdulillah...kami dikurniakan anak2 yang sempurna sifat, sihat tubuh badan dan baik rupa parasnya... diharap kami dapat didik mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menjadi muslim dan muslimah yang baik dan taat pada perintah agama...

Eeee..comelnya aku...opss anak2 aku...

Hoyaaa...Iffa dapat hadiah...

Thursday, October 07, 2010 Edit This 0 Comments »
Nak war2kan la disini anak perempuanku tak disangka2 dapat memenangi piala hadiah tempat ke3 dalam Pertandingan Mewarna Merdeka tahap 1 ....Tahniah2..

Semasa hari penyampain hadiah diadakan hari jumaat yang lalu dia tak hadir ke sekolah..jadi petang tu anak jiran kami yang kebetulan satu kelas dengannya sibuk memberitahu.."Tadi cikgu panggil nama Iffa ambik hadiah...rugi Iffa tak pergi.."Dalam fikiranku tak mungkin Iffa dapat hadiah.. tak masuk pertandingan apa2pun..Takpela budak2 toksah dilayan..

Dan semalam sewaktu mengambil anak2 pulang dari sekolah aku melihat Iffa tersenyum simpul sambil dikerumuni beberapa orang budak2 sekolah yang sedang asyik membedek2 piala Iffa.."Haish..piala apa pulak tu.."..getus hatiku..

"Mama, kakak menang pertandingan mewarna...", jerita Iffa keriangan..

"Alhamdulillah..tahniah.."Ucapku.. Dan Arrie yang seakan2 cemburu dengan kejayaan adiknya lalu berkata.. "Takpe abang pun nak dapat hadiah gak peksa nanti..".. Insya-Allah anak2ku bila ada usaha kita boleh berjaya..

Dalam pada itu aku sempat juga berbual dengan anak2 tentang kelebihan masing.."Kakak pandai kaler ngan melukiskan, abang..? Abang pulak pandai belajar mathematik, sains, BI ngan agama kan.."Mereka mengangguk2.."Masing2 ada kelebihan masing2.. hari ni akak berjaya kita berkongsi rasa gembira..bila abang dapat hadiah, kakak pun mesti sama2 rasa gembira..abang ngan kakak kan adik beradik..mesti selalu tolong2 ajar bagi sama2 pandai..kan..bila semua anak2 mama pandai kan bagus..nak bagi mama ngan abah gembira..belajar je betul2 tau..".Pesanku..

Melihat anak2 berjaya walaupun bagi sesetengah orang tak seberapa tapi bagiku ini semua adalah permulaan bagi mereka untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan..Insya-Allah..


"Ya Allah permudahkan urusan anak2ku didunia dan juga akhirat..berikanlah kejayan kepada mereka..Amin."

Raya..raya...

Tuesday, October 05, 2010 Edit This 0 Comments »
Raya dah nak habis tapi open house tiap2 minggu pun ada... Seronok buat open house ni memanglah memenatkan tetapi bila kita dapat meraikan tetamu yang merupakan kawan dan juga jiran2 kepuasan tetap terasa.

Sebagai tuan rumah kita berharap agar orang yang dijemput tu dapat hadir.. dan sebagai tetamu pulak kita seboleh2nya cari masa untuk hadiri majlis yang dianjurkan tu.. kalau tak dapat datang ringan2 kan la jari jemari ber'sms' kepada rakan kita bagitau tak dapat datang, sekurang2nya takle terkecik hati kawan tu..

Sebagai tetamu kita pun perlu jugak jaga adab dan cara kita bercakap. Jangan kondem sesedap mulut langsung tak fikir perasaan tuan rumah. Jamah je makanan yang disediakan tuan rumah sedap tambah tak sedap diam je. Bukan susah nak jaga adab, dari kecik kita diasuh oleh ibubapa even kat sekolah pun kita diajar cara menghormati orang. Jangan disebabkan kesenangan yang Allah beri kita lupa kita ni jugak insan biasa yang akan diazab oleh Allah SWT suatu hari nanti.

Perendahkan sikit diri tu...Ok.. Raya tahun ni kami berkesempatan jumpa kawan yang terlalu lama terpisah..sejak dari berumur 12 tahun lagi..baru kini bersua muka..

Kami sempat berkunjung ke rumahnya di Tanjong Permaisuri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Berikut ada sedikit gambar2 yang kami dapat rakamkan...


Gambar ni diambil di hadapan Street Mall, Danga Bay.

My picture harus ada...hehehe


My beloved husband with his own style..ngeh ngeh ngeh..

Ni gambar anak2ku dengan anak2 rakanku, Saadiah Kamarudin.

Align Left
Nilah kawanku, Saadiah. Kami pernah bersekolah bersama di SK Chempelak, Labis Johor. Tapi saya hanya belajar disana selama setahun je selepas tu pindah balik ke SRK Convent, Klang.

Itu sahaja buat masa ni..Insyirah pun dah merengek2 minta susu...

Kawan..

Thursday, September 30, 2010 Posted In Edit This 3 Comments »
Sukar mencari seorang kawan yg boleh membantu kita diwaktu susah dan senang. Yang boleh menasihati kita tentang baik dan buruk perbuatan kita. Yang boleh menyimpan rahsia yang diceritakan kepada kita. Yang ambil berat perasaan kita. Yang menyedari perubahan yang berlaku dalam setiap tindak tanduk kita. Yang sememangnya ikhlas menerima kita sebagai seorang KAWAN. Tetapi didalam memilih kawan yang boleh menjadi teman suka dan duka kita seeloknya pilihlah teman yang sejantina dengan kita. Lebih memahami lebih mengerti.

Kawan yang sejati perlu selalu memaafkan kawan yang pernah berlaku salah kepadanya dan sedia memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan terhadap kawannya.

Itulah kawan dan aku rasa aku dah menjumpai kawan itu. Semoga persahabatan yang aku hulurkan seikhlasnya berkekalan sehingga ke hujung nyawa.