Yea yea Ammai koyah yea...

Friday, January 08, 2010 Edit This 0 Comments »

"Mama Ammai kutik (kecik) yagi tak yeh koyah... nati cikgu suyuh Amai tuyesy Amai tak kuti...Ammai taknak koyah wu mama..."Alasan Ammar pada hari pertama sekolah.. selepas habis je urusan registration, aku sempat pesan kat cikgu dia kalau ada masalah ketidakfahaman bahasa spesel anak aku dont hesitate to call me.. he he he

Hari kedua.."Mama Ammai dah pandai nyanyi..Awah (Allah) buat itik wek wek...Allah buat oyang..yang yang..Allah buat Ayam..yam yam.." Belum sempat aku bukakkan pintu kereta, mulutnya senget benget bercerita...Cikgunya tersengih sengih sahaja melihat telatah Ammar.

Hari ketiga.."Mama tadi cikgu bagi amai makan natik manyak2... cikgu bagi amai menan (permainan).."Sambil dia tunjukkan tanah liat kat aku... sementara Dina pulak melihat sambil menjerit.."Nak...! Mama Nina nak..."

"Amai bagi adik sikit.." Ammar ikut je arahan aku sambil matanya pelerak pelerok (terjegil2) pandang Dina.

Tetiba je aku terdengar Ammar bersuara.."Eehh dina jangan makan yah tu yacun cikgu Ammai akap (cakap).."

Ya Allah terkejut aku dibuatnya, bila aku toleh je tanah liat yang berwarna coklat tu dah ada kat dalam mulut Dina... Tapi dia tak kunyah pun agaknya tak sedap kot.... Macam2lah perangai anak2 aku nih pening aku dibuatnya... dengan segera aku mengorek mulut Dina keluarkan tanah liat.. agaknya dia ingat coklat kot..

Hari keempat pulak balik dari sekolah Ammar muntah2.. sakit perut sebab makan mi katanya... sebelah malamnya pada lebih kurang pukul 2 pagi Ammar ketuk pintu bilik tidurku nak minum air kotong. Suamiku pun ajak dia tidur besama kami pada malam tu.

Pagi2 dalam pukul 6 jam loceng bunyi.. celik je mata hidung aku terbau najis pulak, ingatkan babyku yang 'melepas'.. aku pun ignore je la terus ambil wuduk.. sembahyang subuh... Sewaktu sibuk sediakan sarapan Ammar turun dengan tut (bogel).. sewaktu dia melintas di hadapanku aku terlihat ada kesan tompokan warna coklat kat belakang punggungnya... hmm dah sah la dia punya kerja.. takpela tak sengaja...

Sebaik habis mandi dia terus buat decision sendiri.. "Mama Ammai tak nak koyah wu.. nati Amai akit wowot (perut) yagi...wu(tau).."

Arrie menyampuk.."Tak mama tadi Ammar cakap dia malas gi sekolah.."

Begitulah ragam anak aku bernama Ammar... macam2... Aku menjeling kearah Ammar dan sempat jugak dia menyeringai kembali kepadaku.


Nasib baik abang dan kakaknya steady je...

Wajah kegembiraan mereka pada 1st day persekolahan...

Gembira je kan.. (Opps yang kecik tu berkecuali)..

Noted: Saja aku nak ambik kesempatan disini nak ucapkan terima kasih untuk kekawan lamaku, sedara mara, jiran tetangga, orang kampung dan yang tersayang suami dan anak2.. mak, kakak2ku kerana ucapan mereka sempena besdayku semalam..thanks.. hai makin tuala aku.....(Eyena.. tua tu kena control sikit tau..)