Tetiba je...

Tuesday, June 30, 2009 Edit This 2 Comments »

Tetiba je hati terasa tersentuh bila mendapat mesej dari Hani. Rasa sebak dan rindu mula tak dapat aku bendung.

Airmata tak dapat ku tahan dari mengalir. Ini kerana aku cuba elakkan diri dari mengingati dan membuat panggilan disana buat masa ini untuk mengubah diriku yang mungkin banyak menimbulkan salah faham.

Jadi bagiku seeloknya dan sebaiknya aku perlu cuba menjauhkan dan menjarakkan diri buat sementara waktu.

Tetapi ketahuilah kakcik dan semua disini sentiasa mengingati dan merindui anda semua disana.


Gambar Insyirah terkini.


Salam sayang dan rindu dari Arrie dan Iffa untuk nenek dan semua.



Apa cerita?

Thursday, June 18, 2009 Edit This 0 Comments »
Huargh...hmm.. alhamdulillah dapat jugak aku tidur pagi nie.. Maklumlah Insyirah tak meragam lepas hantar Iffa pagi tadi.

Tengok dia dari dalam kereta dah terkelip2 mata mengantuk aku apalagi, terus bawak naik atas landing cantik atas tilam, tepuk2 sikit punggung dia terus lelap, aku pun ambik kesesmpatan tidur sama la...

Pukul 9 am Dina bangun tersengih sebelah aku, "Maa.. cucu (susu)," Isk kacau betullah, oklah mama buatkan.

Ok story hari nie nak cerita semalam buat nasi lemak special bagi Arrie n hubby bawak pergi tempat kerja dan sempat jugak pergi rumah cik Nin bagi nasi lemak specialku. Balik sekolah Arrie terus menjerit bagitau, "Mama, kawan abang dua orang cakap nasi lemak sedap.. dah basuh tangan pun nak makan lagi.. sampai habis," He he he kembang kempis hidung aku.. terus tangan sms hubby bagitau burita gumbira nie..

Respon hubbyku, "Memanglah sedap," Balik dari kerja hubby ku bagitahu rakan sekerjanya pun kata sodap.. he he he...

Hari nie aku masak nasi goreng berulam pulak... semangat beb...

Musim durian kembali lagi...

Wednesday, June 17, 2009 Edit This 4 Comments »

Baru jer aku dapat call dari nenek aku kat Felda Chempelak ajak kami sekeluarga makan durian kat rumah nenek hujung minggu ni..

YES. Aku la hantu durian aan aan aan..

Terima kasih nenek ingat jugak nenek kat cucu yang banyak masalah nie.. he he he..

Tapi Cik Nin pulak ajak aku pergi rumak makcik Kamang ( orang jawa biasalah nama macam2 pesen), banyaknya sedara aku kat sini yang belum aku ziarah.

Cik Nin dah plan raya ni, jalan2 kat pontian kenal sedara katanya. Okla... kalau tak de pape nanti kita jalan Pontian pulak. Kampung arwah bapak aku...

Mungkin minggu selepas tu kot kami pergi rumah cik Kamang pulak. Kalau tak pergi kecik hati pulak mereka kan.

Tapi yang pasti... hujung minggu nie pasti mengembirakan aku dan anak2 yang memang tengah mengidam durian.. minta hubby beli dia cakap, "Nanti dulu nie baru permulaan musim durian, peniaga tengah cari untung paw duit pelanggan, kita beli bila dah ramai orang jual nanti.."

Jom makan durian...

Inilah atuk aku Abd Rahman B Wadin. Aku pernah tinggal dengan atuk dan nenek selama 2 tahun. Nenek dan atuk cukup bersih orangnya...

Note: Pergi hanya untuk makan durian dan ziarah nenek dan atuk aje.... jangan risau kami tak akan sentuh bab sesiapa pun. forever n ever... sorry sebab terlalu banyak susahkan orang... terima kasih di atas setiap reminder...hi hi hi

Aktiviti kuhari nie...

Tuesday, June 16, 2009 Edit This 2 Comments »
Banyak betul perkara yang aku lakukan pada hari ini. Puas hati rasanya setelah hampir sebulan lamanya tak membuat kerja hari ini aku aktif seperti biasa.

Seawal 6 am aku bangun siapkan sarapan untuk dibawa kesekolah. Tak susah mana pun setakat nasi goreng dan ayam goreng jer. Tak lupa juga aku bekalkan sama nasi goreng untuk suami tercinta yang banyak mengambil alih tugasku sepanjang aku tak berap sihat ni. Terima kasih, abang. Lepas Arrie ke sekolah aku sibuk pulak kemas rumah, mandikan Syirah dan mandikan diri sendiri.

Lepas tu lebih kurang pukul 7.30am hantar pula Iffa ke sekolah Pasti. Nasib baik tak berapa jauh dengan rumahku. Syirah aku bawak sekali tapi Dina dan Ammar aku tinggalkan di rumah tengah lena tidur.

Balik ke rumah, jiran sebelah Kak Zura dan makcik (tak tau namanya) datang ziarah baby. Berbual sehingga 9.30am. Sebaik sahaja mereka pulang aku terus ke dapur siapkan makanan tengah hari. Smabil2 tu mandikan Dina, dan buatkan susu Ammar.Sempat jugak basuh baju guna washing machine yang hubby baru beli.

Lepas siap masak Dina meragam sebab merajuk denganku yang ,memarahi dia mana taknya ada ke patut dia sapu minyak Yu Yee ke mata Syirah merah padam adik dia meraung. Segera aku bawak Syirah ke dapur basuh mata dia dengan air.

Lepas Syirah diam dari menangis aku mula pujuk Dina start kereta bawak diorang ke rumak makcikku. Sesampai dirumah makcikku aku terlihat kelibat nenek Salamah yang telah dimamah usia sehingga berpuluh kali tanya aku nia siapa. Tak cam siapa cucunya. Nenek tanya" Mana Jemain (abahku) dah lama aku tak nampak dia." Sedangkan abah aku dah lama mengahdap illahi. Melihat nenek bagitu tertanya aku didalam hati ,"Macammana agaknya aku nanti bila dah tua kelak? Sabarkah orang yang akan jaga aku nanti." Kekadang kita tak terfikir bahawa kita juga akan berada di tempat nenek suatu hari nanti. Dan sudah semestinya anak2 juga akan menjaga kita nanti. Tetapi aku tertanya sendiri, adakah aku nie ibu yang baik untuk anak2? Anak2 sahaja yang mampu menilai diri aku sebagai ibu.

Untuk anak2ku, mama minta maaf dengan sikap mama selama ini. Banyak kesalahan yang telah mama lakukan ketika mama di luar kawalan perasaan.

Dalam pukul 12 noon aku meminta diri untuk mengambil Iffa pulak. Sampai je di rumah, aku terus letak Syirah dan buka mesin basuh untuk sidai baju. Ya Allah apa aku dah buat ni, aku tengok ada sedikit kerosakan di tub mesin tu, rupanya overload baju. Kecewa, marah sedih dengan sikapku yang tak pandai menjaga harta suamiku. Sorry, abang mama cuai. Telefon hubby minta maaf atas kesalahanku. Nasib baik hubby aku tak kisah. Sayang abang. Mesin tak rosak tapi appereance tak berapa elok. Sedihnya....sorry... mama cuba untuk lebih berhati2 lagi k.

Dalam pukul 2 pm hantar ke sekolah petang sambil kepala otak aku berkira2 nak buat bekal apa pulak esok. Dah ada idea masak nasi lemak favourite suamiku sebagai tanda minta maafku. Telefon Cik Nin minta daun pandan dan aku berjanji untuk bagi dia nasi lemak special ku. Chewah.

Balik dari ambil Arrie, lebih kurang 3.30pm, sibuk pulak siang ikan bilis, rebus telur, goreng kacang dan blender cili. Taklah kelam kabut nantikan.

Dah siap semua tu baby bangun sibuk pulak dengan dia, tup tup dah pukul 6pm, hubby balik tak sempat berbual dia nak keluar rumah berborak dengan jiran2 kami takpelah biar dia bergaul. Dalam setengah jam hubby masuk ambil tangga nak sambung wayar tmnet ke rumah kami dari rumah keluarga Mokhtar.

Dan sekarang nie aku tengah berebut dengan hubby nak pakai laptop. Sibuk.

Banyak sebenarnya aktiviti aku hari ni, dan ketika menaip ni pun badan aku letih semacam. Baby pun tengah nyenyak tidur, so esok jelah aku sambung citer nak turu (tidur dalam bahasa jawa, entah betul atau tak aku eja aku pun tak tau...)

I'm back...

Tuesday, June 16, 2009 Edit This 0 Comments »

Assalammualaikum sumer..

Mama Ieda dah kembali memblogging... itu pun atas ikhsan jiran Parit Raja yang baik hati keluarga Mokhtar ( err.. ada kaitan dengan Mokhtar Dahari ker..?) yang sanggup berkongsi tmnet nya dengan kami. Alhamdulillah.

Kepada keluarga Mokhtar ( selang sepintu je), dan jiran2 yang lain seperti keluarga Jais, keluarga Mansur, dengan keramahan anda semua kami tidak rasakan seperti di perantauan.

Sudah hampir 3 minggu disini, banyak kawasan yang telah kami terokai seperti kedai Lai Lek (kedai ikan) dan yang paling digemari one stop center (memang berbaloi).

Keakraban kami sekeluarga dengan keluarga Cik Nin (adik arwah abah) juga semakin bertambah mesra. Maklumlah sebelum ni kami memang kurang berjumpa dengan keluarga sebelah Pontian, tetapi dengan berada di sini (Batu Pahat) hubungan kami kembali terjalin mesra.