My new born baby...

Monday, May 25, 2009 Edit This 5 Comments »
Alhamdulillah.. itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulutku sebaik Insyirah dilahirkan. Memeluk anak sekecil Insyirah dengan berat hanya 2.8kg didakapanku membuatkan hatiku mengucap syukur yang teramat kepada Allah.



Terima kasih kepada staff nurse di hospitall Banting yang sanggup menemankan aku sepanjang waktu.

Kepada adik2 pelatih kejururawatan yang seramai hampir 10 orang menemankan aku di dalam labour room sambil memegang ke dua2 belah tangan sehingga anakku dapat dikeluarkan.



Rasa meriah pulak di dalam labour room kerana dipenuhi oleh adik2 pelatih sebabnya sebelum aku dimasukkan ke labour room aku asyik berborak dan bergurau dengan mereka disebabkan itu mereka sanggup menemankan aku semasa proses kelahiran. Baikkan..diorang.



Yang hubby aku pulak sibuk bersms dengan aku, "Boleh masuk x?",sorila bang mama tak sempat nak melayan dah lah contraction makin kuat lagipun dah ramai sangat temankan mama kat dalam labour room macam kat stadium bola pulak.. Takpelah lain kali abang temankan ok...



"Bagus kak, bagus kak, teran lagi, kuat lagi.. teran panjang2, ok ok dah nampak kepala baby ok good dah keluar ..'" sambil sorak gembira dan bertepuk tangan... "Akak rasa baby girl ke boy?", "Mestilah girl.." jawab aku. Friendly betul pelatih kat situ.. terima kasih yang teramat aku ucapkan kepada mereka.

P/S: Tak sanggup nak upload gambar diri sendiri selepas melahirkan. Takpelah simpan untuk koleksi peribadi jer.. Ruginya.. bila tengok gambar takde yang elok.

Anak angkat dan ibu susuan

Monday, May 18, 2009 Edit This 0 Comments »

Alahai comelnya.. nie anak saudara aku Nur Aini Hanisha...

Baru2 ni ada salah seorang yang rapat dengan aku mengambil anak angkat setelah menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri.

Persoalannya aku tertanya2 sendiri bolehkah seorang yang belum pernah melahirkan memakan pil hormon untuk menyusukan bayi angkatnya dan bagaimana pula hubungan anak angkat tersebut dengan suaminya. Bolehkah bayi itu menjadi mahram kepada keluarga tersebut.


Anak aku Arrie masa usia 3 bulan....

Hasil pencarian aku....

Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
1- Adakah boleh seorang wanita yang belum berkahwin mengambil pil hormon bagi tujuan menyusukan anak angkat supaya menjadi mahram kepadanya?

JAWAPAN: Dari pandangan syarak harus, tidak salah seorang perempuan yang belum berkahwin menyusukan bayi, perkara ini pernah menjadi amalan orang Arab. Malahan mengambil upah menyusukan bayi menjadi sumber pendapatan pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Namun perkara ini kebiasaannya dilakukan oleh perempuan yang sudah berumah tangga. Adapun matlamat saudari menyusukan anak angkat adalah untuk mengelakkan daripada batasan mahram. Dengan tujuan ini harus mengambil pil hormon bagi menghasilkan susu. Maka demikian anak itu akan menjadi anak susuan. Anak susuan dengan ibu susuan menjadi mahram (batasannya seperti anak kandung) dan begitu juga dengan anak-anak kandung ibu susuan akan menjadi mahram (haram dinikahi atau mengahwininya).

Hanya dua perkara yang tidak boleh dilakukan ke atas anak susuan iaitu mem`bin’kannya dengan bapa susuan serta tidak boleh mewarisi harta pusaka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, Saudara-saudara bapamu yang perempuan; Saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan….(an-Nisa: 23).

Berdasarkan ayat di atas jelas Allah mengharamkan perkahwinan dengan anak susuan. Pengharaman ini adalah ke atas ibu yang menyusukan anak tersebut dan adik-beradik susuan serta suami kepada ibu susuan.

Ayat di atas juga menjelaskan bahawa Allah mengharamkan anak susuan itu dikahwini, begitu juga adik-beradik susuan itu tidak boleh dikahwini. Keharusan menyusukan bayi juga jelas dalam ayat di atas, malahan ayat di atas tidak mengehadkan status ibu susuan sama ada yang berkahwin atau yang belum berkahwin.



Anak aku yang ke 3 Ammar masa berusia 2 bulan.

Ada juga cara lain selain memakan pil hormon dengan menjadikan adik beradik si suami menjadi ibu susuan kepada anak angkat agar ianya akan menjadi anak saudara susuan kepada si bapa angkat.

Rujukan aku....

Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan

ii. Suami ibu susuan

iii. Ibu bapa kepada ibu susuan

iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan

v. Adik beradik kepada ibu susuan

vi. Adik beradik kepada bapa susuan

vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan

viii. Anak-anak kepada ibu susuan

ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak damit yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.


Iffa anak aku yang kedua.. masa ni lebih kurang setahun usia dia..

Ooo macam tu maknanya banyak alternatif bagi golongan yang sukar medapatkan zuriat sendiri dengan mengambil anak angkat dan menjadikan anak angkat tersebut sebagai anak susuan agar masalah aurat sesama mereka tidak menjadi masalah.



Dina anak aku yang keempat masa ni baru berusia 5 bulan....bersama hubby yang tercinta...


Irdina Athirah....

Sunday, May 17, 2009 Edit This 2 Comments »

Tiba2 tergerak hati nak upload gambar Dina dulu2. Bukan apa aku sebenarnya dah tak sabar nak dapat baby baru. Nak rasa keseronokan selepas melahirkan dan mendakap baby aku yang sedang aku kandung ni. Jom share ngan aku gambar2 Dina yang berada dalam simpanan kami.


Tanggal 14 March 2007, Dina selamat di lahirkan di HTAR. Gambar ni diambil selepas kira2 2 jam Dina dilahirkan. Tenangnya dia tidur.... Berbunga hatiku bila melihat wajah anak yang aku kandung selama 9 bulan lebih. Semoga dia membesar menjadi anak yang solehah..



Dina di usia 3 bulan. Waktu ni kami sedang dalam perjalanan berpindah dari Meru ke Sijangkang selepas 2 minggu rompakan berlaku. Ammar pada ketika ini berusia 2 tahun.

Dina di usia 6 bulan. Cute jer aku rasa. Masa ni kalau dia tengah tidur aku tak sabar2 tunggu dia bangun nak bermain2 dengan dia.

Masa sambutan harijadi Dina yang pertama. Kek tu kami buat sendiri tau.. jangan jeleous...

Dina yang terkini. Dah 2 tahun masa berlalu nak dapat adik baru pun..

Hai.. cepatnya masa berlalu...

Lain kali aku akan upload gambar2 anak2 aku yang lain2. Just untuk kenangan aku saja. Doakan aku selamat...yek.

Tanda2 bersalin

Thursday, May 14, 2009 Edit This 2 Comments »
Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan
rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa
hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!),
dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam
kereta. :-) )

- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.

Sumber:
- When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
- Labor Signs, webmd.com

Fuhh... Susahnya...

Tuesday, May 12, 2009 Edit This 2 Comments »
Sabtu lepas ada le gi jalan2 ke Batu Pahat sebuah tempat yang agak asing bagiku dan aku pulak bakal menjadi salah seorang penghuni di dalam daerah Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Di Batu Pahat, hampir keseluruhan kawasannya bermula dari Parit, Parit Raja, Parit Sikon, Parit Yaani dll. Rumah yang bakal kami diami hanya lebih kurang 10 minute ke Air Hitam ala tempat yang orang jual pasu bunga tu...

Hari pertama sampai aku terasa macam nak nangis melihatkan kawasan persekitaran yang agak pendalaman. Yelah tengok persekitarannya yang memang totally different dengan kehidupan yang telah aku lalui selama ini. Agak susah nak pergi ke shopping complex and nak ke pekan Batu Pahat tu pun jaraknya lebih kurang 20km dari Parit Raja. Uwaa...

Bila tiba hari kedua, aku ada berjumpa dengan Cik Nin, adik arwah abah yang seluruh ahli keluarga ramah dan mesra alam he he he. Walaupun jarang berjumpa tak silap aku 5 tahun sekali pun payah tetapi dengan cara layanan ahli keluarganya aku merasakan teruja pulak nak duduk dekat dengan sanak saudara sebelah abah yang semuanya speaking Jawa.

Bolehla aku belajar cakap Jawa pulak nanti... he he he..

Happy mothers day....

Monday, May 11, 2009 Edit This 5 Comments »

SELAMAT HARI IBU kepada seluruh wanita yang bergelar ibu. Especially kepada ibuku yang telah banyak melalui pahit getir kehidupan sepanjang membesarkan kami 8 orang adik beradik.

Mak,

Terima kasih kerana banyak berkorban dalam membesarkan kami tanpa memikirkan kepentingan diri mak sendiri. Maafkan kami terutama anak mak ini yang telah banyak melukakan hati mak.

Setelah anak mak membina kehidupannya sendiri dengan melahirkan anak2 seramai 4 orang barulah Ieda merasa kesusahan dalam melahirkan serta membesarkan anak2. Kadangkala sedikit diuji dengan kenakalan yang membuatkan hati ini sedih kerana anak2 tidak dengar kata Ieda kembali merenung sikap Ieda yang dahulu. Sikap Ieda yang membuatkan mak mengalirkan airmata tetapi mak tetap melayan Ieda seperti biasa.

Mak,

Ieda sentiasa mendoakan mak sentiasa berbahagia dalam meyusuri kehidupan mak yang mendatang.

Ya Allah,

Kau ampunilah dosa kedua ibubapaku, kau kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.

Amin.