Anak angkat dan ibu susuan

Monday, May 18, 2009 Edit This 0 Comments »

Alahai comelnya.. nie anak saudara aku Nur Aini Hanisha...

Baru2 ni ada salah seorang yang rapat dengan aku mengambil anak angkat setelah menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri.

Persoalannya aku tertanya2 sendiri bolehkah seorang yang belum pernah melahirkan memakan pil hormon untuk menyusukan bayi angkatnya dan bagaimana pula hubungan anak angkat tersebut dengan suaminya. Bolehkah bayi itu menjadi mahram kepada keluarga tersebut.


Anak aku Arrie masa usia 3 bulan....

Hasil pencarian aku....

Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
1- Adakah boleh seorang wanita yang belum berkahwin mengambil pil hormon bagi tujuan menyusukan anak angkat supaya menjadi mahram kepadanya?

JAWAPAN: Dari pandangan syarak harus, tidak salah seorang perempuan yang belum berkahwin menyusukan bayi, perkara ini pernah menjadi amalan orang Arab. Malahan mengambil upah menyusukan bayi menjadi sumber pendapatan pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Namun perkara ini kebiasaannya dilakukan oleh perempuan yang sudah berumah tangga. Adapun matlamat saudari menyusukan anak angkat adalah untuk mengelakkan daripada batasan mahram. Dengan tujuan ini harus mengambil pil hormon bagi menghasilkan susu. Maka demikian anak itu akan menjadi anak susuan. Anak susuan dengan ibu susuan menjadi mahram (batasannya seperti anak kandung) dan begitu juga dengan anak-anak kandung ibu susuan akan menjadi mahram (haram dinikahi atau mengahwininya).

Hanya dua perkara yang tidak boleh dilakukan ke atas anak susuan iaitu mem`bin’kannya dengan bapa susuan serta tidak boleh mewarisi harta pusaka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, Saudara-saudara bapamu yang perempuan; Saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan….(an-Nisa: 23).

Berdasarkan ayat di atas jelas Allah mengharamkan perkahwinan dengan anak susuan. Pengharaman ini adalah ke atas ibu yang menyusukan anak tersebut dan adik-beradik susuan serta suami kepada ibu susuan.

Ayat di atas juga menjelaskan bahawa Allah mengharamkan anak susuan itu dikahwini, begitu juga adik-beradik susuan itu tidak boleh dikahwini. Keharusan menyusukan bayi juga jelas dalam ayat di atas, malahan ayat di atas tidak mengehadkan status ibu susuan sama ada yang berkahwin atau yang belum berkahwin.



Anak aku yang ke 3 Ammar masa berusia 2 bulan.

Ada juga cara lain selain memakan pil hormon dengan menjadikan adik beradik si suami menjadi ibu susuan kepada anak angkat agar ianya akan menjadi anak saudara susuan kepada si bapa angkat.

Rujukan aku....

Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan

ii. Suami ibu susuan

iii. Ibu bapa kepada ibu susuan

iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan

v. Adik beradik kepada ibu susuan

vi. Adik beradik kepada bapa susuan

vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan

viii. Anak-anak kepada ibu susuan

ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak damit yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.


Iffa anak aku yang kedua.. masa ni lebih kurang setahun usia dia..

Ooo macam tu maknanya banyak alternatif bagi golongan yang sukar medapatkan zuriat sendiri dengan mengambil anak angkat dan menjadikan anak angkat tersebut sebagai anak susuan agar masalah aurat sesama mereka tidak menjadi masalah.



Dina anak aku yang keempat masa ni baru berusia 5 bulan....bersama hubby yang tercinta...


0 comments: