Wednesday, September 07, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Seronok pula menghiasi rumah sempena hari raya 2011.. walaupun belum seorang pun rakan2, jiran tetangga mahupun sedara mara yang mengunjungi kami.. tetapi balang kuih raya di rumah semakin susut dari hari ke hari.. Nampaknya belum sempat marhaban kuih muih dah clear dikerjakan...hehehe...

Tahun ni merupakan tahun budget.. pakai sarung kusyen ngan kain langsir yang lepas2 je.. Ala kadar tapi hati tetap rasa gembira melihat rumah kami berseri (syok sendiri)..

Tahun ni banyak sungguh ujian yang terpaksa kami lalui.. Tapi ujian2 tu semuanya bersebab mungkin kerana untuk mengingatkan kami.. atau menguji kami sejauh mana kami percaya dan redha akan ketentuan Illahi..

Apa2pun anak2 merupakan pengubat duka kepada kami.. dengan sikap toleransi mereka dan sikap memahami mereka walaupun mereka masih lagi kecil untuk mempunyai pemikiran membantu ibubapa..

Arrie tahun ni seperti biasa beraya bersama2 dengan sepupu di Kedah.. Agak pulun beraya sehinggakan mama pun x pasti ke mana perginya dia menghilang bersama Ashraf.. Iffa pulak kena sengat di kaki.. x dapat meraikan hari Raya seperti tahun2 seblumnya.. Ammar pulak ambil kesempatan bermain ps2 Acu Kru sehinggakan sanggup tidak beraya mengahadap tv satu hari suntuk.. Mama dan babah pula berhari raya dengan mempunyai tujuan mencari rumah sewa ataupun kontraktor untuk bina rumah bawak bersama Dina dan Syirah je.... sehinggakan jiran tetangga di Kedah yang selalu kami kunjungi sebelum ini tak dapat kami lawati..

Keesokan harinya pagi2 lagi Arrie dah beria2 mengajak mama dan abah mengira duit raya yang dikumpul mereka.. kira2 keseluruhan dapat la dalam rm500 lebih.. mama dan babah fikir bahagikan kepada 5 dan masukkan dlm tabung haji.. tetapi Arrie menolak dan menyuarkan hasrat hatinya yang mengejutkan mama dan babah.. sedih rasanya mendengar cadangan Arrie.. "Mama ambikla semua duit ni... mama ngan abah kan xde duit nak buat rumah.."..Bagai nak menitik airmata mama.."Mana Arrie tahu mama ngan abah xde duit nak beli rumah?" Arrie :"Abang dengar mama dengan abah cakap.."..

Anak2 kami walaupun ramai tetapi mereka ni mudah.. tidak pandai meminta2 dan pandai juga berjimat cermat.. Alhamdulillah...

Dunia..

Sunday, July 03, 2011 Edit This 0 Comments »
Dunia ini hanya sementara.. keindahan, kenikmatan yang kita kecapi di dunia hanyalah sementara.. Jangan terlalu terbuai melayari kehidupan di dunia sehingga kita terlupa ada kehidupan yang kekal abadi di alam yang lain. Hidup ini terlalu indah di nikmati sehingga ada sebahagian daripada umat manusia yang kejar dunia semata2 sehingga lupakan batasan agama..

Mendidik jiwa untuk bersederhana dalam segala segi bukan mudah. Buang segala hasad dengki, cemburu irihati kepada sesama manusia bukan semua orang mampu melakukannya.. Tetapi sebagai manusia dan juga umat islam seharusnya kita perlu selalu mengingatkan diri supaya menjauhi segala sifat2 mazmumah ini...

Fitnah

Friday, July 01, 2011 Edit This 0 Comments »

Firman Allah dalam ayat  11 surah an-Nur :
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لاَ تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang  dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya.  Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar..

Pelbagai ragam manusia yang sudah kutemui.. masing2 dengan kerenah masing2.. kekadang terfikir elok juga jika tidak bercampur dengan orang kerana lebih banyak buruk dari baiknya. Entahlah dosa masing2 hanya empunya badan yang tanggung tapi sekiranya fitnah melibatkan dengan orang lain maka dosa kita takkan terhapus selagi orang itu tidak memaafkan kita.. Pengajaran untuk si penabur fitnah n the gang yang tidak mengenal erti takut atau berdosa nya bila mengumpat, menyampai cerita, memfitnah dan etc.. yg pasti kataku jelas.. sila perbetulkan keadaan sekiranya ingin kan kamaafan dari cerita yang direka...

Fikir-fikir..

Tuesday, June 21, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.. mengenali seseorang yang begitu asing dalam hidup kita sudah tentu akan memberikan pelbagai tafsiran tentang apa yang kita nampak dengan perilaku yang dipertonjolkan oleh seseorang itu.. Tertanya dalam hati kenapa sesetengah orang boleh begitu mesra dengan kita sedangkan rumahnya terletak jauh daripada kawasan rumah kita. Itulah pereangai orang yang kekadang kita sendiri pun tak faham.

Ambil contoh ibu aku.. beliau begitu ramah dan mesra dengan semua orang. Tidak mengenal bangsa cina, melayu, india mahupun jawa akan menjadi kawan kepadanya. Teringat kembali saat aku dibangku sekolah, bila dalam team sofbol akan ada sister2 senior berada dalam kumpulan kami.. sister Priya, Kok Chin (KC) sapa lagi alamak terlupa pulak.. Tapi nak ditekankan disini kami begitu mesra sehingga tidak kekok untuk makan, minum dan tidur dalam dorm yang sama.. Bergurau senda tanpa mengenali warna kulit. Aku dah terbiasa begitu sehingga bekerja pun bersahabat dengan seorang cina dan juga india sepert Li Na Lai, Nithiya.. Sehingga aku lebih selesa bergaul dengan mereka berbanding dengan bangsaku sendiri.. Kenapa? Bagiku bangsaku sendiri selalu berasa ingin bersaing, tak boleh nampak lebih sikit mesti aku dicemburui mereka.. persaingan itu bagus tapi hendaklah secara sihat sebagai contoh bersaing untuk menuntut ilmu amatlah bagus jika kita mempunyai rasa cemburu dengan kelebihan seseorang itu..

Sehinggalah sekarang bangsa2 seperti melayu sesama melayu pun kekadang tak bertegur sapa..lihat saja dikawasan perumahan ini bila jiran2 cina berkumpul mereka tidak berkumpul hari2 secara berkumpulan tetapi jika duduk menemani anak di taman permainan mereka akan berkumpul dan bertegur sapa sesama mereka..Entahlah pendapat ini hanya dari sudit pandangan aku sahaja.. Korang nilai lah sendiri kenapa berlakunya hal2 sebegini. Semua dari dalam diri kita yang menyempitkan fikiran kita. Bergaullah secara sihat.

Indahnya hidup berkeluarga..

Wednesday, June 15, 2011 Posted In Edit This 2 Comments »


Indahnya hidup berkeluarga...jauh dari kesunyian, setiap kali hilai tawa tangisan anak2 itulah melodi dalam kehidupan.. yang satu hari nanti akan jauh ditinggalkan..

Kini aku mengerti bahawa kesabaran itu perlu apabila menangani keletah anak2.. tetapi aku sering gagal mengendalikan emosiku.. sering terasa tertekan dengan persekitaran.. dengan anak2 yang agak ramai dan masih lagi memerlukan bimbingan dan perhatian aku seringkali merasa tertekan..

Baru2 ini berlaku sedikit krisis apabila aku sekali lagi kehilangan kesabaranku menghadapi karenah Ammar yang sukar sekali di kawal.. Ammar agak lincah berbanding dengan yang lain.. di hadapan ibuku aku memarahi dan memukul si kecil yang masih seorang kanak2 mumayiz yang sudah pasti dijanjikan syurga sekiranya Allah mahukannya kembali di sisiNya..  Sedangkan aku ibu yang pemarah yang tak dapat menahan sabar sudah pasti perlu dihisab sedangkan banyak lagi kesalahan2 ku yang telah aku lakukan sebelum ini yang perlu aku tebus.. sudah pasti perjalananku di alam sana lebih sukar.. Ya Allah hanya dengan ihsan mu dosa2 ku diampunkan..




Ibuku tak dapat menahan rasa sedihnya melihat perilaku ku terhadap anak2.. dia menangis dan membuatkan aku turut bersedih dan kesal dengan kejadian yang berlaku.. biarku hurai kan disini mengapa perkara itu terjadi.. Mungkin dek kerana sudah dua hari aku bersabar melayan kerenah Ammar yang sering membawa diri bermain2 di kawasan kolam renang.. dia sering berseorangan jika aku membawanya kembali kedalam kumpulan kami dia berulangkali akan melarikan diri bermandi berseorangan sedangkan dikawasan itu terlalu sesak dengan pengunjung yang berbilang bangsa.. aku bimbang dengan keselamatannya disitu.. aku tegur, pujuk sehinggakan ada salah seorang pengunjung disitu yang memberikannya pelampung untuk membantuku memujuknya kembali bermain air disamping kami.. seketika cuma dia di samping kami selepas itu hilang entah kemana..

Masuk hari kedua masih lagi dengan perlakuan yang sama kali ini aku gagal menahan sabar kerana dia melarikan diri sehingga sukar kami temui.. lebih kurang sejam dua begitu.. kerisauan aku berbaur dengan rasa sedih, bimbang takut dan airmata bergenang dikelopak mata.. dimanakah Ammar..? Puas aku mencari.. sedangkan keluarga yang lain sudah siap sedia untuk menukar baju untuk beransur pulang tapi Ammar gagal kutemui.. Akhirnya kemarahanku mula memuncak..Arrie aku cubit dihadapan ramai orang dan menyuruhnya agar mencari adiknya sehingga dapat.. Kenapa Arrie pula yang menjadi mangsa? Ini kerana dia yang memulakan pergaduhan dengan berebut pelampong yang Ammar sedang gunakan sedangkan sebelum itu.. sudah aku pesan jangan ganggu adik..Aku kesal dengan sikap Arrie yang tidak mendengar kataku.. Kenapa disini berlaku situasi itu sedangkan dirumah elok saja kelakuannya..

Bila Ammar sudah dijumpai aku dengan rasa tidak sabarnya menampar pipi mulus Ammar dengan rasa yang sangat marah bercampur geram.. Tiba2 ibuku menghuraikan keadaan sambil menangis.. menyuruh agar aku mengingat tuhan dan pesannya lagi.. "Bersabarlah, bawak mengucap mak tak sampai hati tengok diorang kena pukul.. nanti kau menyesal idabila diorang semua dah besar.. setiap budak macam tu bersabar je la.. jangan jadi macam mak dulu.. selalu pukul anak2..".. Kata2 mak menyentap hatiku.. aku tak dapat menahan tangis serta meluahkan segalanya rasa tekanan aku dan perasaan ku yang selalu tak didengari dan difahami..

Kini aku mengerti.. dan aku semakin memahami bahawa setiap manusia pasti akan berubah mengikut faktor usia.. mengenangkan ibuku di waktu usia yang muda begitu garang dan tegas tetapi kini dia pula yang melarang aku melakukan perbuatan yang serupa kerana dia tak mahu aku turut sama melakukan kesilapan yang serupa.. Kepada ibuku, terima kasih di atas perhatianmu selama ini.. setiap kata nasihat dan perhatian mak amat ku hargai.. Ya Allah kau bahagiakanlah ibu selagi hayatnya masih ada, kau ampunilah dosa kedua ibu dan bapaku.. kau berikanlah rahmatmu kepada mereka berdua yang sentiasa mengasihi ku dan kami anak2nya..

Indahnya hidup berkeluarga..

Wednesday, June 15, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »


Indahnya hidup berkeluarga...jauh dari kesunyian, setiap kali hilai tawa tangisan anak2 itulah melodi dalam kehidupan.. yang satu hari nanti akan jauh ditinggalkan..

Kini aku mengerti bahawa kesabaran itu perlu apabila menangani keletah anak2.. tetapi aku sering gagal mengendalikan emosiku.. sering terasa tertekan dengan persekitaran.. dengan anak2 yang agak ramai dan masih lagi memerlukan bimbingan dan perhatian aku seringkali merasa tertekan..

Baru2 ini berlaku sedikit krisis apabila aku sekali lagi kehilangan kesabaranku menghadapi karenah Ammar yang sukar sekali di kawal.. Ammar agak lincah berbanding dengan yang lain.. di hadapan ibuku aku memarahi dan memukul si kecil yang masih seorang kanak2 mumayiz yang sudah pasti dijanjikan syurga sekiranya Allah mahukannya kembali di sisiNya..  Sedangkan aku ibu yang pemarah yang tak dapat menahan sabar sudah pasti perlu dihisab sedangkan banyak lagi kesalahan2 ku yang telah aku lakukan sebelum ini yang perlu aku tebus.. sudah pasti perjalananku di alam sana lebih sukar.. Ya Allah hanya dengan ihsan mu dosa2 ku diampunkan..



Ibuku tak dapat menahan rasa sedihnya melihat perilaku ku terhadap anak2.. dia menangis dan membuatkan aku turut bersedih dan kesal dengan kejadian yang berlaku.. biarku hurai kan disini mengapa perkara itu terjadi.. Mungkin dek kerana sudah dua hari aku bersabar melayan kerenah Ammar yang sering membawa diri bermain2 di kawasan kolam renang.. dia sering berseorangan jika aku membawanya kembali kedalam kumpulan kami dia berulangkali akan melarikan diri bermandi berseorangan sedangkan dikawasan itu terlalu sesak dengan pengunjung yang berbilang bangsa.. aku bimbang dengan keselamatannya disitu.. aku tegur, pujuk sehinggakan ada salah seorang pengunjung disitu yang memberikannya pelampung untuk membantuku memujuknya kembali bermain air disamping kami.. seketika cuma dia di samping kami selepas itu hilang entah kemana..

Masuk hari kedua masih lagi dengan perlakuan yang sama kali ini aku gagal menahan sabar kerana dia melarikan diri sehingga sukar kami temui.. lebih kurang sejam dua begitu.. kerisauan aku berbaur dengan rasa sedih, bimbang takut dan airmata bergenang dikelopak mata.. dimanakah Ammar..? Puas aku mencari.. sedangkan keluarga yang lain sudah siap sedia untuk menukar baju untuk beransur pulang tapi Ammar gagal kutemui.. Akhirnya kemarahanku mula memuncak..Arrie aku cubit dihadapan ramai orang dan menyuruhnya agar mencari adiknya sehingga dapat.. Kenapa Arrie pula yang menjadi mangsa? Ini kerana dia yang memulakan pergaduhan dengan berebut pelampong yang Ammar sedang gunakan sedangkan sebelum itu.. sudah aku pesan jangan ganggu adik..Aku kesal dengan sikap Arrie yang tidak mendengar kataku.. Kenapa disini berlaku situasi itu sedangkan dirumah elok saja kelakuannya..

Bila Ammar sudah dijumpai aku dengan rasa tidak sabarnya menampar pipi mulus Ammar dengan rasa yang sangat marah bercampur geram.. Tiba2 ibuku menghuraikan keadaan sambil menangis.. menyuruh agar aku mengingat tuhan dan pesannya lagi.. "Bersabarlah, bawak mengucap mak tak sampai hati tengok diorang kena pukul.. nanti kau menyesal idabila diorang semua dah besar.. setiap budak macam tu bersabar je la.. jangan jadi macam mak dulu.. selalu pukul anak2..".. Kata2 mak menyentap hatiku.. aku tak dapat menahan tangis serta meluahkan segalanya rasa tekanan aku dan perasaan ku yang selalu tak didengari dan difahami..

Kini aku mengerti.. dan aku semakin memahami bahawa setiap manusia pasti akan berubah mengikut faktor usia.. mengenangkan ibuku di waktu usia yang muda begitu garang dan tegas tetapi kini dia pula yang melarang aku melakukan perbuatan yang serupa kerana dia tak mahu aku turut sama melakukan kesilapan yang serupa.. Kepada ibuku, terima kasih di atas perhatianmu selama ini.. setiap kata nasihat dan perhatian mak amat ku hargai.. Ya Allah kau bahagiakanlah ibu selagi hayatnya masih ada, kau ampunilah dosa kedua ibu dan bapaku.. kau berikanlah rahmatmu kepada mereka berdua yang sentiasa mengasihi ku dan kami anak2nya..

Mak insya-Allah orang akan berubah...

Aktiviti cuti sekolah...

Monday, June 06, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Seminggu dah berlalu .. musim cuti sekolah akan berakhir tidak lama lagi.. dalam minggu yang terakhir ini anak2 dah di suruh untuk menggosok baju2 sekolah dan menyediakan peralatan menulis sebagai penyediaan untuk bersekolah semula..

Pada kali ini kami banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.. dan menurut perancangan pada hujung minggu ini kami akan bercuti do Tiara Beach Resort PD bersama2 dengan ahli keluarga yang lain.. Tidak sabar rasanya...

Cuti kali ini aku lihat anak2 suka menghabiskan masa dengan bermain permainan Sahibba. Permainan ini dapat membantu kanak2 mengenali banyak perkataan yang baru. Sebagai contoh Ammar berusia 6 tahun mampu bersaing dengan abang dan kakak nya dan memperolehi banyak markah dan dapat mengalahkan kakaknya yang berusia 8 tahun... Sungguh tidak disangka..

Pendek kata musim cuti kali ini kami dapat manfaatkan masa menjadikan nya masa2 yang sangat effision untuk dihabiskan bersama keluarga...

Prasangka...

Thursday, May 12, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Dengan adanya prasangka yang bukan2 manusia sanggup menyebarkan fitnah demi memuaskan hati sendiri.. Tidak takut bahawa khabar angin yang disampaikan akan sampai jua ke pengetahuan orang yang di fitnah.. Dan yang paling teruk tidak takut kepada tuhan yang esa demi melihat seseorang yang tidak di sukai berduka cita.. hati puas melihat wajah yang murung, penolakan dari masyarakat kepada seseorang yang di fitnah.. Ingatlah kita tak selamanya di atas suatu hari nanti akan merundum jua tersungkur di tanah..

Kepada mangsa fitnah buangkan kekusutan yang ada di dalam jiwa.. banyakkan beribadat demi tuhan yang Esa dan banyakkan berbuat amal soleh semoga kedukaan kita akan terubat jua.. Silapnya disini adalah tersilap memilih mana kawan mana lawan.. semasa berkawan berkongsi segalanya tanpa disangka bahawa satu hari nanti kawan kita akan mengkhianati kita.. Dan cerita2 kita akan di jajaj.. malahan yang paling teruk yang tiada di ada2 kan... supaya orang semakin menjauhi dan semakin membenci..

Di dunia mungkin akan terlepas tapi ingatlah segala amalan anda si pembawa fitnah akan dituntut sehingga anda muflis.. Bersabarlah..ada hikmah di sebalik semua kejadian ini..

Taubat seorang hamba..

Wednesday, May 11, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Kusut

Tuesday, May 10, 2011 Posted In Edit This 1 Comment »
Hari ini ada rasa sedikit kekusutan.. untuk menanganinya au membaca buku2 yang ada dalam koleksi kami.. akhirnya kekusutan tadi sedikit terubat dengan bacaan pilihan ku.. semoga aku sentiasa berada dalam ketenangan yang kian dirasai...

Sibuk...

Thursday, May 05, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Sibuk dengan rutin harian rumahtangga sampaikan nak update blog pun naik malas. Tapi ceritakan jugakla serba sedikit yang berlaku pada minggu ni. Minggu lepas semasa cuti 1 Mei nenek dengan mak long ada datnag menziarahi kami disini.. Seronok sangat la kan bila ada sedara mara yang berkunjung ke rumah kami. Sebelum kedatangan nenek ke mari mama ada la buat sedikit 5's dengan suami dan anak2..

 Beginilah keadaan halaman rumah sewa kami di Meru satu ketika dulu..masa ni memang gila menanam pokok bunga..


Seronok betul anak2 bila melihatkan mama beria2 berkebun menyemai balik pokok2 yang sekian lama tak dijaga tu.. Dengan tanah sekangkang kera yang ada di halaman rumah mama cuba la membuat sentuhan landskap disitu.. Dengan meminjam cangkul dari jiran kami iatu Kak As dan Abang Jenal kami memulakan kerja2 kebun kami.. Dua tiga hari ni memang itulah kerja kami anak beranak.. Dan semalam Arri tiba2 mengeluarkan rasa sukanya kepada ku.."Mama sekarang dah rajin berkebun.. cantik dah macam taman..". Aku bertanya,"Abang suka? Dulu pun mama suka berkebun tapi lepas pindah dari Meru mama dah malas pulak.."..Arrie membalas.."Abang suka rumah kita jadi cantik..". Salah satu kebaikan dalam hal2 pekebunan ni kita boleh berbual dengan anak2 dan bergotong royong bersama membersihkan dan mencantikkan halaman rumah.. Satu aktiviti yang sihat juga..

Masa yang tak boleh diubah

Thursday, April 28, 2011 Posted In , Edit This 0 Comments »
Kalaula boleh diundurkan masa banyak perkara yang aku nak ubah.. Tapi kita tak berkuasa nak buat semua tu.. Hidup mesti diteruskan jua. apa yang boleh dibuat pastikan anak2 berada di landasan yang betul..

Nasihat aku sebagai ibu.."Belajar elok2 gunakan masa yang ada sebaiknya.. nanti kita menyesal akan datang..". "Penat belajar sekarang takpe yang penting akan datang kita senang..". "Berkawan dengan orang yang baik yang nak belajar supaya kita pun terikut dengan sikap kawan..". "Jangan main2 kat sekolah belajar betul2 fokus dalam kelas rugi tak gunakan masa sekarang untuk belajar..". Semuanya berkaitan ngan belajar kenapa? Sebab aku menyesal sangat tak sambung belajar dan tak gunakan sepenuhnya masa kanak2 dan remajaku untuk belajar..

Anak2 adalah medan aku untuk menembusi kegagalan diri dengan melihat kejayaan diorang aku mampu berbangga...

Aku akan terus membebel selagi bergelar seorang ibu...pot pet pot pet..

Friday, April 22, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Setiap hari JUmaat ambil anak balik dari sekolah agak awal sikit berbanding hari biasa.. Sek kebangsaan pada hari Jumaat akan keluar pada pukul 12 tengahri.. Lepas ambik Ammar terus ke sekolah kebangsaan.. Maka Setiap hari Jumaat kami 4 beranak akan menunggu abang dan kakak pulang di tempat yang disediakan di sekolah..

DIsebabkan hari ni anak2 kupakaikan pakaian yang comel2 jadi kami menunggu di depan pra sekolah yang berhampiran dengan bilik guru.. tak semena2 dari jauh kulihat abangnya berlari2 menuruni anak tangga sekolah berlumba2 dengan rakan kelasnya yang lain.. Apalagi sebagai ibu yang selalu membebel pada anak2 aku tahan je geram tengokkan gelagat Arrie...

Masuk je dalam kereta aku terus buka mulut.."Abang kat sekolah kenapa lasak sangat..cuba la kawal sikit perangai tu.. kalau cikgu2 tengok kan tak elok.. jaga sikit adab kat sekolah hormat masa kalau time balik baru balik... ini tidak sampai pengawas tegur pun dibuat tak tau.. tak elok tau... macam ni ke yang selalu mama pesan..Kat sekolah untuk belajar bukan main2..."..Arrie hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya.. Macam tulah anak2 aku selalunya kalau mamanya membebel mereka hanya mendiamkan diri.. kalau suara ku agak keras sedikit mereka hanya menundukkan kepala sambil menahan airmata... Mudah menangis bila dimarahi .. Lepas seketika aku sambung kembali.."Ambik peluang masa sekarang ni untuk belajar bersunguh2.. sekrang je peluang yang ada lepas ni bila dah besar kita kena bekerja pula nak sara keluarga...Mama ngan abah tak nak duit tapi nak tengok anak2 mama baik dan pandai2 semua.. tu aje..Ingat tau.."..

Bila dah berkeluarga dan sudah pun menjadi ibu.. tingkahlaku, kelakuan dan pelajaran anak2 menjadi kerisauan, ku bimbang sekiranya aku gagal mendidik mereka menjadi seseorang yang boleh dibanggakan.. Apapun doa2ku akan terus mengiringi mereka walau dimana jua mereka berada.. Ku harapkan anak2 ku semua akan  menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan jua diakhirat..Amin...

Athiya (Insyirah) dah besar....

Wednesday, April 20, 2011 Posted In Edit This 2 Comments »
Cepatnya masa berjalan... sedar tak sedar dah masuk hari Rabu.. Melihatkan Syirah yang dah pandai bercakap dan agak jelas maksud yang nak disampaikan betul2 menkompomkan diriku bahawa Masa tu memang pantas berlalu...

Alahai anak mama bucuk bucuk dah nak masuk dua tahun cepatnya...cepatnya... tak puas lagi mama nak gomol2 dia dah nak pegi cekolah...waaa... waaa... I miss ur doo dooo daa daa...titah titah titah...tatih tatih...

Kerana mulut....

Tuesday, April 19, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Dunia dunia... si penyampai sentiasa ada di mana2 je... Kekadang cerita yang tak ada pun boleh dicipta kerana rasa dengki, cemburu dan iri hati menjeruk diri... Elakkan diri dari menyampaikan cerita yang tidak pernah ada...demi menjaga keharmonian mereka2...

Permusuhan boleh tercipta kerananya... yang berbaik boleh bergaduh disebabkan dusta yang dijaja.. jauhkan diri dari merapati ciri2 orang yang tak reti nak jaga mulut nya rapi.... ukhwah harus juga dijagai.. Persahabatan yang sekian lama terjalin pun boleh musnah kerana mulut yang tak reti nak jaga...Yang paling teruk hubungan keluarga juga boleh terjejas kerana mulut macam ni...

Pernah tak kita selisih dengan orang yang dahulunya ok ok je dengan kita tapi sejak akhir2 ini kenapa bermasam muka ...rasa di hati mesti ada yang tak kena.. akhirnya kisah sebalik tu dapat diketahui jua... ada orang yang jaja cerita yang tiada...  nak buat macam mana.. orang2 begini memang ramai dikalangan kita... jauhkan dari berkawan lebih elok tiada kawan daripada dapat kawan yang baik di depan mengata dibelakang.. babai kawan... i wanna looking someone who i can trust some one who can seal their mouth neatly... 

HAri ni....

Tuesday, April 19, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Hari ni kan aku gi amik Ammar balik sekolah naik beskal.. Tengah hari buta tu... Punya la kemaruk nak mengayuh dengan muka separuh lebam kena panas matahari.. sanggup...sanggup aku mengayuh beskal baru... mmuahahahah beskal idaman aku dari zaman muda remaja dulu... baru la ni dapat... rega? Ceciter ceciter.... takmo la... nanti malu.. mughah bebenor reganya...

Syok betul bila dapat berbeskal petang2 dan evely morning... suka suka..tak tergambor dek kata2... tinggal nak beli kasut sport ngan cermin mata polarized... chewah dah tua2 pun tak sedor diri... tapi apasalahnya aku ni kan berjiwa sport walau dah beranak lima tapi minat tu masih ada...

Selalu amik ammar naik keta je.. hari ni dapat naik beskal so boleh berbual dengan rakan seperjuangan golongan house wife... sempat berbual ceciter pasal banyak mende... Kak Su tegur aku "Amboi bukan kemain naik beskal.. beskal racing lagi.. ni mesti rembat anak dia punya..." ..aku jawab sempoi.."Mana ada kak.. ni beskal saye tau.. muda i kan jiwa remaja..."..dia tanya lagi.."Anak bape..?"..Aku jawab.."Lima dah kak..."..."Lima..?Hah?", Alala buat2 terkojut pulok dah..."Iya 5.."..."Umur berapa, dah 5...".."Umur baru tutt..".."Hah..muda lagi ni mesti kawan awal kan..untungnya..anak2 macam adik2 je..kan.."..

Aku stop kat sini la yek nanti terperasan lagi... Noted:Alhamdulillah kerana kahwin muda...tengok anak2 makin membesar seronok sangat.. lebih2 lagi bila ada kawan anak2 aku yang cakap.."Mak awak ke..? Mudanya.."..Chewah perasan lagi... muahahahahaha

Botol susu BPA Free...

Sunday, April 17, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Baru2 ni ada terdengar berita yang botol susu mempunyai polikarbonat Bisphenol A yang boleh membahayakan kanak2 dan bayi terutamanya..Lepas dapat tahu daripada nana di fb terus search kat pakcik google info lanjut apa itu BPA... Kesannya ke atas kanak2 yang menggunakan botol susu yang terdapat kandungan polikarbonat dalam pembuatan botol susu... check botol susu budak2 pakai.. Alamak konpom botol susu ni botol susu polikarbonat nak buang sayang coz ada 3 botol yang baru beli... Botol2 yang lama semua aku cepat2 buang.. Bimbang kesannya kat budak2..

Kalau masih baru dan sayang nak buang botol susu tu ada cara2 pengendalian yang disarankan seperti :-

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.



2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Lepas 6 bulan haruslah buang semau botol yang ada dalam simpanan... Semalam baru beli botol BPA free jenama Pureen satu set dalam 3 botol.. Nak kata mahal sangat tak jugak masih dalam kemampuan lagi...

HAri tu masa kat ceramah agama sekolah Ammar terjumpalah seorang jemaah wanita yang turut berada disana dapat tahu dia seorang pegawai di Hospital Bt Pahat.. kebetulan masa tu tengah cari n tengah sibuk nak memahamkan diri ini apa itu BPA.. cubalah tanya kat wanita itu... tentang botol susu yang mengandungi polokarbonat.. oppps nak tahu jawapannya.."Entahlah ek... saya tahu tentang tu tapi anak2 dah besar so tak amik tahu sangat la pasal tu.. tapi kalau nak tahu jugak nanti saya tolong carikan info..". Owh bukan semua orang tahu perkara ni.. aku pun kalau anak2 dah besar dan tak gunakan botol susu mungkin tak amik pedulik jugak kan...

Macam mana nak mengenali botol polikarbonat..? Macam ni...

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
label botol
Sila pastikan Botol Susu tidak megandungi label 7 atau seperti dibawah :-

a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Masuk pertandingan memasak? Biar betik...

Friday, April 15, 2011 Posted In Edit This 2 Comments »
Tengah hari tadi ada keluar iklan pencarian bakat memasak master chef camtu la kot kat astro ria... tak semena2 ada cadangan dari Iffa suruh mama masuk pertandingan tu.."Masukla mama mama, kan pandai masak.."..Tu dia... satu pujian dari anak tu... Arrie lak support kata2 Iffa tu.."A'ah mama masak sedap..".. Terrrr terrrrrr..... terima kasih ....Alhamdulillah rasa syukur sangat anak2 beranggapan camtu... mana nak dapat kan kata2 ikhlas camtu... ni yang semangat ni....

Pastu hari ni sembang2 ngan kak As pasal macam2 la..bab keretala.. kereta autola..manuallla... macam2 la... pastu dia sentuh gak pasal roti sandwich yang aku bauat time raya hari tu.. dia puji sedap katanya pastu dia suruh aku niaga... awal tahun hari tu ada gak plan nak jual hantar kat gerai depan tapi kat area sini takle jual mahal sikit nanti orang tak beli.. sandwich mayonese dalam dua keping tu kena jual dalam rm1.50...pikir punya pikir tak payah la.. dah la nak dapat barang susah..kat sini barang2 cam mayonese mahal sikit.. tak berbaloi kot nak jual dapat keuntungan sikit..

Teringat balik 10 tahun lepas.. aku langsung tak reti nak masak.. tak segan silu pun ngaku kat famili mentua, yang menantu baru ni memang tak tau masak tapi sekarang ni bila balik kampung mak mentua kat kampung selalu gak puji ..pernah dia cakap kat aku..."Ida masak sedap.."...Pegh....tima kasih tak pandai manapun cuma belajar sikit2 je... Pak mentua aku lagi best..pernah sekali aku masak nasi goreng ulam untuk sarapan sebelum balik ke klang... pastu time balik kampung masa kenduri adik dia suggest suruh aku masak lagi untuk orang2 rewang.. menu yang sama lak tu... mesti bapak teringat2 masakan ida kan... aku yang pada mulanya dah berkemas bersiap nak balik semula ke johor dengan senang hati masakkan dulu untuk orang2 rewang.. bapak siap cakap  masak lebih sikit nanti tak cukup... muahahaha macam sedap sangat kan sampai tak cukup2 orang nak menambah bukan ramai pun orang yang datang rewang... Reaksi diorang ni la yang selalu menaikkan semangat aku untuk belajar masak.. pendorong utama sudah tentu suamiku.. dia selalu galakkan aku belajar masak....

Cerita pasal keluarga kat kampung tiba2 terasa nak balik pula nak jumpa bapak kat kampung.. Bila la agaknya kan.... rindu pulak rasanya..

Home made roti canai...ada berani...?

Thursday, April 14, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
MUahahahaa...  ketawa membuka bicara... pagi ni pestime buat roti canai.. semangat..semangat begitu membara sekali... malam tadi proses menguli tepung... jenuh jugak menguli tapi nasib bek dah biasa buat donat.. jadi alah bisa togal biaso jo... takdo hal...

Yang kelakarnya.. pagi ni riuh rendah dapur.. ngan encik hasben anak2 dok ngadap dulang..nak canai tepung... semangat semangat.... doh yang pertama saya ler yang buat ingatkan tak menjadi rupanya bila tengok hasil tangan encik hasben macam nak pocah perut den ni ha... macam roti jala pun ada... macam spende kirai pun ye jugak... muaahahahahaa!!..

Bila tengok hasil encik hasben apa laie makin bersemangat la nak canai roti.. pi la amik roti kirai balance encik hasben..so aku hayun2 kan ke atas dulang... klentung klentung klentung bunyinya... habis bangun Dina ngan Syirah dek terkojut dengar bunyi hayunan tadi... hayun je lebih tapi lagi merapu rupanya... encik hasben bagi gelaran pulak kat roti den tadi...Roti Rembat... CIS!!!

Neway... anak2 bawak gi sekolahm yang menyakitkan hati boleh encik hasben tanya kat bebudak tu... sanggup ke nak bawak...? Waaa !!!!!

Balik dari sekolah terus tanya kat bebudak tu.. macam mana roti tadi habis ke... diorang jawab habis mama kawan2 kata sedap.... Pegh!!! Jangan jeles...

Sale...sale...sale....

Tuesday, April 12, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Tajuk saja nak bikin gempak... semalam sempat gak ler berjumpa dengan beberapa orang penduduk kawasan perumahan ni... tengok diorang bukan main senyum lebar sambil membelek pinggan, belek2 katalog. siap ada yang pegang calculator lagi tengah mengira budget kot... so saja je la kan menyelit2 kan badan yang dah gedebang ni nak menyibuk2 kan diri.. Opps alamak cantik2nya pinggan2 ni... di hati teringin gak tapi bila pikir balik bukan keperluan pun nak pakai pinggan mangkuk mahal2 ni.. banyak mende lagi nak kena di pikirkan...

Macam jenis pinggan mangkuk yang ada kat situ.. harganya pun mak ai... set 6 biji cawan satu teko 6 piring bekas gula ngan creamer sampai rm200... haish takmo la... ada yang mengusik,"Beli la nanti boleh hidangkan kat kawan2 masa raya baru terbeliak biji mata..". Amboi ni dah dikira nak menunjuk ni..sambil bergurau aku membalas..."Ish sampai gitu sekali terbeliak biji mata..takpe baru beli kat kilang clayton hari tu 12 biji cawan ngan piring dan dua biji teko baru rm60... puas hati berlambak... muahahaha.. pecah sebiji takde hal senyum je... "...

Tapi dalam takmo takmo tu ambik juga dua jug air nak bubuh air kosong simpan dalam peti ais ngan mangkuk kalerful yang akan kusimpan gula didalamnya.. member aku cakap ada ke beli jarr nak simpan gula buat la simpan kuih ke kerepek ke masa raya nanti...aku cakap tak payah kang simpan punya simpan tunggu punya tunggu masa raya yang keluar mangkuk beli kat giant jugak di hidangkan untuk tetamu..  simpan gula hari2 tengok hari2 pandang hari2 juga rasa girang... ngegegegee

Pengalaman mengajar kita erti suka dan duka...

Saturday, April 09, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Sejak dua minngu kebelakangan ini kami sekeluarga diserang virus selsema disertai dengan batuk... lepas sorang sorang yang kena... tapi benarlah kata orang kalau tak rasa sakit kita tak akan hargai rasanya sihat.. kan....


Petang tadi Ammar bermain basikal di kawasan sekitar rumah kami... apabila melalui salah seorang dari rumah jiran Ammar ditegur kawan Arrie yang bernama Aiman.. Aiman seusia dengan Arrie dan selalu jugak singgah ke rumah kami untuk bermain game PS2. Dan aku sudah tentu mengenalinya... Aiman menjemput Arrie dan adik2 untuk hadir ke majlis jamuan hari kelahiran anak saudaranya Haiqal...  Ammar meminta kebenaranku untuk pergi dengan abangnya kerana majlis itu diadakan pada waktu malam... "Pergilah kataku tapi kena ikut abang jangan nakal bila kat sana tau..".

Kemudian datang pula seorang anak jiran memanggil Iffa,.."Iffa awak nak tak pergi rumah Haiqal, tanya mak awak dulu..". Iffa masuk dan bertanya kepadaku boleh atau tak boleh benarkan dia pergi.. sudah tentu aku jawab boleh memandangkan aku dah memberi kebenaran kepada Ammar untuk pergi atas jemputan Aiman.. Iffa denga hati yang gembira beritahu kepada anak jiran itu yang kadangkala kawan dan kadangkala 'pura-pura' tak kawan Iffa untuk jaga hati kawan seorang lagi.. dia beritahu Iffa dia juga pura2 berkawan dengan kawannya itu... Hai... macam2 bebudak ni... Tapi selalu aku berpesan kepada Iffa tak apa kita tak punya kawan, kalau dia berpura2 kawan dengan kita itu bermakna kawan itu bukan kawan yang jujur tak rugi kita tak berkawan dengannnya.. Pilih kawan yang baik untuk jadi teman dan penasihat kepada kita... KIta jangan buat perkara yang sama kepada orang lain... Berdosa dan tak baik tau...

Malamnya tiba.. Iffa dan yang lain dah bersiap sedia untuk pergi tiba2 terdengar suara anak jiran ini memanggil kawanyya sorang lagi.. Iffa keluar..aku mengiringinya keluar...tanpa disangka anak jiran aku tadi berkata, "Sorila Iffa makcik Ida tak kasi awak pergi sebab dia tak kenal awak..", Aku dapat melihat raut wajah Iffa yang berubah sedih... aku pura2 tak dengar... Aku bertanya, "Kenapa Iffa, dia taknak pergi ngan Iffa ke..?".. Iffa jawab dengan muka yang sedih.."A'ah, dia kata makcik ida (pengasuh besday boy) tak kasi pergi dia tak kenal akak..".. Aku memujuk, dengan berkata, "Akak pergi atas jemputan Aiman pakcik Haiqal.. pergila tadi dia cakap ngan Ammar suh ajak abang dan adik2 pergi.."..."Takpe ke mama..?"..Iffa tanya minta kepastian..."Takpe pergila pergi dengan abang...Aiman yang ajak bukan makcik Ida.."..Iffa segera mengejar abangnya untuk pergi bersama...

Kekadang hal yang kecik boleh mengguris perasaan orang.. bagus juga untuk dlijadikan pengalaman kepada Iffa supaya dia dapat belajar bagaimana perasaan seseorang bila dikecewakan begitu.. Iffa pernah menceritakan kepada ku tentang seorang budak dari kelasnya yang wajahnya cantik menurut Iffa la tapi punya perangai yang buruk suka ejek orang lain yang berkulit hitam dan selekeh dikelasnya.. Iffa sering memarahi budak yang cantik itu supaya hentikan perangainya yang suka buli budak yang tak bape lawa tu..(cerita Iffa gak)..katanya, "Akak tak suka dengan pustakawan tu mama, dia suka buli budak dalam kelas kadang2 dia conteng buku budak tu ejek budak tu hitam la.. dulu akak duduk sebelah pustakawan tu akak ingat dia baik tapi tak..sekarang akak dah duduk belakang akak tak suka dengan dia..", Adu Iffa kepada ku..

Aku bertanya bagi menggalakkan dia bercerita,.." Dia ada buli akak tak..?". Iffa jawab.."Tak dia kawan dengan akak tapi akak tak suka dia sebab suka buli orang kesian budak tu.."..hati aku tersentuh dengar kata2nya.. dia memahami dan tahu perbuatan mana yang baik dan buruk.. Alhamdulillah syukur...

Aku cuba berikan nasihat sebaik mungkin kepada Iffa,.."Sekarang Iffa dah fahamkan cantik ke buruk ke bukan ukuran kalau kita cantik tapi akhlak kita buruk akhlak yang buruk tu macam suka buli orang, ejek orang tak hormat guru, tak hormat ibubapa dan lain2 yang perbuatan yang buruk..tak bermakna kalau cantik pun.. yang penting hati kita mesti baik..akak jangan ikut perangai yang buruk.. bagus cara akak tu elakkan dari berkawan dengan kawan yang berkelakuan buruk sebab nanti kita boleh terikut dengan perangai dia..", Itu nasihat aku sambil memboncengnya di atas motor sewaktu pulang dari sekolah agama..


Iffa ni pada pandangan aku hati dia mudah terikut dengan orang sebab tu aku kena banyak perhatikan tingkah lakunya dan bagi nasihat kepadanya.. banyak sifat yang baik dalam dirinya yang terserlah bila dia semakin membesar.. mungkin kerana itu disekolah dia dapat perhatian dari guru2.. di sekolah kebangsaan dia dipilih menjadi penolong ketua kelas manakala di sekolah agama pula dia dipilih menjadi pengawas pada usia 8 tahun...rezeki dia begitu... Harap2 di masa2 akan datang aku akan berusaha menjadi ibu yang baik dan dapat terus menasihati mereka supaya sentiasa di jalan yang benar..

Jemputan ke majlis ilmuan....

Friday, April 08, 2011 Edit This 2 Comments »
Setiap selang dua minggu pada setiap hari jumaat sekolah Pasti tempat sekolah Ammar akan mengadakan kuliah agama yang dihadiri oleh ibubapa pelajar. Sudah pasti kami akan berusaha untuk menyertainya. Kami bawak kelima2 anak2 kami semasa menghadiri kuliah itu. Tetapi hari ini cikgu Ammar dah berpesan budak2 kecil dilarang bawa kerana dikhuatiri akan mengganggu kuliah..

Bagaimana kami nak menghadiri kuliah sedangkan masih ada anak2 kecil untuk dijaga.. Mujur dekat dengan rumah makcik sebelah bapa, Cik Nin.. Anaknya Umaira tiba2 terbayang di kepalaku... Mungkin boleh minta bantuannya untuk tengokkan budak2 selama sejam... Alhamdulillah setelah berjumoa dengannnya dan berbincang Umaira tanpa teragak2 bersetuju...

Ada jugak sedara yang boleh minta tolong kalau tidak hai... tak dapatla nak sertai kuliah tu.. kena tunggu anak besar la nampaknya...

Rindukan kenangan lama...

Wednesday, April 06, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Dah lama tak bersembang dengan adik ipaq aku yang satu ni...Tadi kami sempat gak gurau di fb... itu yang membuatkan hati ini sebak semacam je.. teringat gurau senda kami dulu.. dia yang paling kerap duduk rumah kami sanggup mai dari kedah tu... entah sejak bila hubungan kami renggang... rindu pulak ngan kenangan kami dulu2... dialah tempat aku mengadu meluahkan apa yang terbuku... banyak gak nasihat yang dapat aku perolehi...

Disini aku nak pohon maaf kepadanya sememangnya banyak kesilapan yang aku telah lakukan kepadanya..entah dia sedar atau tidak itu belakang kira... Mulai dari saat ini aku akan jaga perhubungan2 aku kepada sanak saudara, rakan taulan dan umat manusia di dunia ini... Hidup kita tak lama satu hari nanti akan pergi jua... jadi aku akan cuba menghargai setiap ukhwah yang terjalin dan terbina sekian lama..dan juga perhubungan yang akan terjalin di masa2 akan datang...


Sedih dan sebak bila ingatkan kemana hilangnya kemesraan kami dulu2....?

Gambar sewaktu menziarahi kami di johor... cantik pulak si yana ni ek... Acu nampak tenggelam disini... hehehe

Muhasabah diri... Bantulah mereka yang ingin berubah....

Tuesday, April 05, 2011 Posted In , Edit This 0 Comments »
Kadangkala manusia ini mudah buntu untuk menangani masalah yang dihadapi. Kalau diikutkan masalah itu agak mudah untuk diselesaikan tetapi kerana kebuntuan jalan untuk selesaikannya agar sukar untuk dijumpai. Lebih elok sekiranya kita jumpa dengan pakar yang boleh membantu kita selain daripada mengadu domba dengan orang yang kita tak kenali latarbelakangnya bimbang masalah yang kecil dibesarkan sekiranya nasihat yang diberikan itu makin merumitkan keadaan yang sedia ada.

Bangga dengan suamiku yang sering bermuhasabah diri dan mudah menerima kritikan atau pandangan dan yang paling penting sanggup untuk berubah demi membaiki keadaan.

Pernah satu ketika dulu aku bertanya kepada dirinya..."Abang tak malu ke kalau semua orang tahu tentang kelemahan abang? Tak bimbang ke kalau kelemahan itu diorang ungkitkan demi merendah2kan diri abang..? Mana tau satu hari nanti hasil tulisan kat blog dijadikan point untuk mengkritik..?"

Ini jawabnya, "Sekarang kita malu takpe sebab nanti dipadang mahsyar setiap kelakuan kita akan dipaparkan di skrin besar dihadapan semua orang.. Malu dengan orang nak buat apa malu dengan Allah yang lebih penting harap2 kita dapat pengampunan dari Allah..."

Lebih kurang begitulah maksudnya... nak tulis secara tepat  pun dah hampir lupa ayat2 yang suamiku tuturkan... Aku benar2 bangga dengan dirinya, bukan semua orang mampu mengakui kesilapan yang dilakukan diri sendiri dan kebanyakan dari kita lebih suka mencari salah orang lain daripada menilai diri sendiri.. Mudah2an suamiku, diriku dan keluargaku sentiasa berada di jalan kebenaran.. Walaupun kadangkala agak lagho dengan kehidupan segeralah bermuhasabah dan kembali kepada matlamat yang asal...

Setiap orang itu mempunyai kelemahan sekiranya seseorang itu ingin berubah bantulah mereka dengan memberikan galakan dan motivate mereka dengan kata2 semangat dari kita... Semoga usaha kita untuk membantu mereka berubah mendapat balasan pahala dari Allah.. KIta juga boleh jadikan panduan dan iktibar daripada kesungguhan mereka demi mengubah diri kita kepada menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...



Abang, mama bangga dengan abang... semoga usaha murni kita untuk jadi lebih baik akan berhasil... Hanya Allah yang tahu apa di dalam hati kita...

Hubungan kekeluargaan..

Monday, April 04, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Indahnya hubungan kekeluargaan yang terjalin sekiranya kita pandai menghargai dan sering mewujudkan komunikasi sesama keluarga. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus, hubungan kekeluargaan perlu saling memohon maaf dan memberi kemaafan kepada sesama ahli keluarga. Sayangi keluarga kerana darah yang mengalir dalam diri ahli keluarga itu sama dengan darah yang mengalir dalam diri kita.Tiada dendam kesumat yang tersimpan di dalam hati sekiranya berlaku sebarang perbalahan sesama sendiri.


Andai ada berlakunya sebarang masalah berkomunikasilah secara terus demi mengembalikan kemesraan yang wujud di dalam keluarga.. Apapun mereka masih ahli keluarga kita...

Selalu aku memberi pesanan kepada anak2 sekiranya mereka bercakaran sesama sendiri..."Jangan asyik nak bergaduh itukan adik, kakak atau abang kita sendiri.. Lepas ni bila dah habis gaduh pastu baik pulak.. kan baik kalau berbaik2 dengan adik beradik..".

Aku berharap didikan, asuhan dan pesanan aku kepada anak2 dapat mereka ingati sehingga besar, berumahtangga dan beranak cucu.. Jagailah hubungan kekeluargaan yang terjalin saling bantu membantu sesama sendiri dan yang penting kena saling sayang menyayangi walaupun dah mempunyai keluarga sendiri... selalulah berhubung dan berkomunikasi dua hala sesama mereka.. Indahnya hubungan ini sekiranya mereka dapat mempraktikkannya...

Kan lebih indah sekiranya abang atau kakak mampu menasihati sesama sendiri sekiranya didapati ada diantara adik beradik yang telah tersasar perbuatan... dan perlu bagi seseorang itu berlapang dada menerima nasihat yang diberikan.. nasihat itu tanda sayang...

Anak2 ingat pesan mama tau... mama sayang anak2 mama....

IKea ... akhirnya dapat aku terjah...

Tuesday, March 29, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Rambang mata betul bila dapat jengah ke Ikea yang terletak di Damansara. Selama ini hanya mendengar cerita mengenai barangan yang dijual di Ikea.. Kalau la duit aku bawak sekepok hari tu mau ku borong pelbagai barangan yang terjual kat situ...

Tak tahan betul bila tengok karpet yang tergantung2... macam melambai2 kan bulu2nya ke arah aku... Adoyai .. Ya Allah tabahkanlah hati insanmu yang tak tahan godaan ni.... Macam2 ada.. dari karpet, sudip, sofa, meja, bla bla bla bla.... sempat ku angkut sudip, bekas beg plastic, jarr spices... dan beg guni yang tertulis Ikea... Wallah..... belikan juga untuk mak beg plastic ikea tu bukan apa untuk kenang2an bukan senang nak sampai ke situ lagi al-maklum dah duduk kat kawasan kampung nun jauh di johor... dengan nak meredah jammed lagi.. entah bila agaknya akan ku jejak ke situ lagi... Nana belanja makan meat balls yang masyuk... sepinggan rm10 hinggit share makan 3 orang, ada dua orang mamat yang duduk kat meja sebelah jeling2 je kat arah kitorang.. kesian gamaknya...

Tengokla time nak dekat raya nanti kalau ada duit lebih akan ku serbu Ikea yang sangat famous di fb, twitter dan blog2... Akhirnya sampai jua aku di sana....

Ammar dan lalat...

Thursday, March 17, 2011 Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah.. kesihatanku dah semakin pulih... entah mengapa perutku sebu pula dan selalu muntah2..ada angin agaknya... tapi masih boleh buat tugasan harianku di rumah.

Cuti sekolah ni.. aku dah mengagihkan tugasan yang sesuai untuk anak2 lakukan di rumah.. Iffa diberi tugasan mengamas bahagian dapur, membasuh pinggan, terap pinggan, basuh kain..(guna mesin ler), settlekan semua bahagian dapur. Arrie pula diberi tugasan mengemas ketiga2 bilik bahagian atas rumah, dan juga kemas dan mengelap perabot di ruang tamu..(perabot x byk mana pun... Yang si adik Ammar hmmm masih kecik lagi jadi tugasan membuang sampah ketiga2 tong sampah di berikan kepadanya..

Dengan menggunakan kasut roda Ammar bawa tong samaph kecil untuk dibuang di luar rumah...tiba2...

Ammar  :  Mama, ada lalat Ammar takut....

Aku  : Kenapa pulak takut kan lalat je....

Arrie  : Hahaha lalat pun takut jom abang teman...

Ammar  : Ammar takut lalat makan orang...

Aku  :  La... bila masa pulak lalat makan orang Ammar...

Arrie  :  Hahahaha lalat makan orang mana ade....

Ammar :  Cikgu Ammar cakap lalat makan orang yang tak mandi bau busuk... Ammar nak gi mandi dulu la...

AKu  : Kalau Ammar busuk sangat baru lalat hinggap.. dah dah gi buang... nak takut apa....

Dengan tersengih2 dan terkepit2 Ammar gagahi juga sambil ditemani abangnya untuk melaksanakan tugasan yang aku beri... Kelakar kelakar....

Apa itu lymphoma..?

Wednesday, March 16, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Bila ada diantara anak2 kita yang mungkin mempunyai benjolan tanpa sebab di bahagian leher, pangkal peha atau celah2 ketiak kemungkinan juga disebabkan penyakit lymphoma.. gejala2 lain adalah seperti kesukaran bernafas, sering terbatuk2, sesak nafas, berbunyi ketika bernafas, sering berdengkur ketika tidur dan juga selalu berpeluh pada waktu malam... risau juga dengan Ammar sebab dibahagian lehernya mempunyai benjolan kecil tetapi bila kami mengunjungi klinik doktor hanya katakan itu adalah tonsil.. benarkah begitu..?

Benjolan itu akan membesar sekiranya dia demam.. pernah juga disebabkan benjolan2 itu Ammar disyaki mempunyai simptom penyakit tibi... setelah ujian demi ujian dilakukan akhirnya keputusannya sangat melegakan hatiku.. tanda2 itu bukan tibi..

Mari berkongsi info tentang lymphoma...

Lymphoma 
Apa itu Lymphoma?
Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari
sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga
dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan
sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan.
Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem
limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada
tempat tersebut.
Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali
sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di
kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakit
tersebut ditunjukkan.
15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma. Ianya jarang
terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak
lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.
 
Apakah jenis-jenis Lymphoma?
Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel
barah (malignant). Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau
penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan
kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan
kanak-kanak.
        * Hodgkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang
pelajar dan Pakar Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut
pada tahun 1832. Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak dewasa atau
remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang dari 5 tahun.
Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang
spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau
organ yang terlibat.
        * Non-Hodgkin's Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua
jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat
kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin's Lymphoma terdapat
peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis sel darah
putih yang terdapat di kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit
juga kelihatan seperti barah darah   Leukemia  ( ALL), kadangkala
menyukarkan untuk mengenal pasti antara Lymphoma dan Leukemia di
kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma tidak
melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal
pesakit Leukemia melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh.
Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya
melibatkan bahagian badan yang berlainan, merebak secara yang berlainan
juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan.
Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada
jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang
terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah
mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala
membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan.
 
Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan  kanak-kanak?
Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang
kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang
mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya.
Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika mereka 
mempunyai salah satu seperti di bawah:
        * Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti
        * Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan 
yang melemahkan sistem imuniti
        * Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV)
        * Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan 
Reaktor Nuklear
        * Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan 
telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi
Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat
mengawal faktor yang menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma
terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen semasa
pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala di kalangan
kanak-kanak kadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam
kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang
diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah atau rawatan
pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ 

[Atas]

 
Apakah tanda-tanda Lymphoma?
Tanda-tanda Lymphoma mungkin sama dengan penyakit lain yang bukan
barah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anak
anda mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan anda.
Di bawah adalah tanda-tanda yang mungkin ada pada Lymphoma:
        * Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu 
ia terus membesar tanpa disedari
        * Pembesaran thymus atau noda limfa di dada boleh menekan
saluran udara menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas
atau kesukaran pernafasan
        * Ianya juga boleh menyempitkan salur darah utama yang
menyalurkan darah dari kepala dan leher menyebabkan pembengkakan muka,
leher, bahagian atas lengan dan dada
        * Kesukaran untuk menelan
        * Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan
kembung dan ketidakselesaan. Ianya juga boleh menyekat saluran najis
dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah
        * Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam- kadangkala 
dipanggil simptom B
        * Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin's Lymphoma
Tanda non-Hodgkin's Lymphoma terjadi dengan cepat, kadangkala dalam
masa beberapa hari atau minggu sebelum ianya dikenalpasti. Sesetengah
jenis non-Hodgkin's Lymphoma terjadi secara perlahan dalam beberapa
bulan.
Bagi Hodgkin's Lymphoma, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang,
dan secara perlahan. Pembengkakan dan tanda boleh kelihatan sehingga
setahun sebelum penyakit dapat dikesan dan kanak-kanak tersebut boleh
kelihatan seperti normal. Walau bagaimanapun tanda B pada amnya merebak
dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan
penyakit dikenalpasti/ disahkan.
 
Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma? 
Doktor akan bertanya apa yang membimbangkan dan tanda-tanda yang
ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah
kesihatan ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang
alahan, atau isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor
akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma.
Kadangkala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang
membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara
teliti untuk mengetahui sama ada ianya terus membesar. Doktor juga akan
memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh
jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor
mengesyaki ianya Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi.
Ini akan melibatkan pengambilan sedikit tisu atau kadangkala
keseluruhan nodus limfa tersebut.
Bergantung pada tempat di mana sampel tisu akan diambil, biopsi
mungkin menggunakan jarum halus (dipanggil jarum sedutan) atau
pembedahan kecil dilakukan di bawah pembiusan setempat (kulit di
sekeliling tempat biopsi akan dibius). Kadangkala biopsi mungkin perlu
dilakukan dengan melakukan pembedahan besar di bawah bius am. Keadaan
ini dilakukan dalam kes biopsi pembuangan di mana keseluruhan nodus
limfa yang besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang.
Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis
limfoma yang spesifik. Selain dari ujian asas makmal, ujian yang lebih
canggih juga dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan
jenis-jenis spesifik Lymphoma itu.
Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT
scan, MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh.
Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan ujian
yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah merebak ke kawasan
lain.Ini dapat membantu mengesan tahap barah tersebut di mana ianya
sangat penting untuk merancang perawatan. Ujian  ujian sampingan
termasuk: 
        * Pengiraan darah secara menyeluruh
        * Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang
        * Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya 
Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang
Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada barah
telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's
Lymphoma sahaja.

[Atas]

 
Bagaimana untuk merawat Lymphoma?
Rawatan untuk Lymphoma di kalangan kanak-kanak bergantung kepada
tahap barah tersebut. Menentukan tahap barah adalah cara untuk
mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap
keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis).
Terdapat 4 tahap Lymphoma, bermula dari tahap 1 (barah Cuma
melibatkan 1 bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa)
hingga tahap 4 (barah yang telah merebak, hingga ke satu atau lebih
tisu atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat
membantu Pakar Perubatan dalam menentukan rawatan dan juga menjangka
bagaimana seseorang pesakit Lymphoma akan bertahan dalam jangka masa
panjang.
Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah)
adalah rawatan utama yang di gunakan. Ianya rawatan yang sangat penting
untuk penyakit non-Hodgkin s Lymphoma. Ini biasanya melibatkan
penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil
masa beberapa bulan.
Hodgkin's Lymphoma di kalangan kanak-kanak dirawat dengan
kemoterapi. Kadangkala Radioterapi (penggunaan cahaya yang berkuasa
tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada
merebak) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu.
 
Adakah peluang untuk sembuh?
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin atau
NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas dari barah selama lebih dari 5
tahun.
Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan
sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel barah di dalam badan) setelah
menjalani kemoterapi. Penyembuhan dalam masa yang panjang (bebas dari
penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit
tahap satu atau tahap 2, dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan
lebih dari 60% bagi mereka yang tahap 4.
Kanak-kanak yang mengalami NHL, 90% berada dalam keadaan selamat
setelah 5tahun bagi mereka yang berada dalam tahap 1 atau 2 semasa
pengesahan penyakit (diagnosis), dan hampir 70% bagi mereka yang
mengalami tahap 3 atau 4.
Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap
rawatan, tetapi sebahagian dari mereka mengalami penyakit yang berulang
(barah berulang) disebabkan oleh berlakunya tindak balas pada
'conventaional chemotherapy'. Bagi kanak-kanak ini, dos ubatan
kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau
pemindahan sel stem

Demam...

Wednesday, March 16, 2011 Posted In Edit This 2 Comments »
Dah masuk 3 hari aku sakit2.. Demam selalu rasa seram sejuk, mengigil2 dan yg paling tak tahan bila badan sengal2 sakit seluruh tubuh.. Malam tadi dah gi klinik doktor cakap virus dah menyerang tonsil sebelah kiri.. tu yg menyebabkan aku demam.. Macammana boleh terkena virus tu doktor cakap jangkitan daripada persekitaran...

Pagi ni muntah2 seawal 6 pagi dah berlari2 ke tandas sehingga mengejutkan suamiku dari tidur.. suami ku cakap "Mama mengandung kot.. pagi2 dah muntah2.. "

Aku : " Takkanlah kan baru datang period hari tu..takkan dah mengandung.. semalam doktor ada tanya gak ada muntah2 tak..mungkin ni salah satu simptomnya...".. sehinggalah ke tengahhari aku asyik muntah2 je..suamiku pesan jangan makan ubat dulu sehingga confirm tak mengandung... takut2 baby akan terjejas disebabkan ubat2an yang kuambil..

Tengahhari ni suamiku curi2 masa lunch time nya untuk membelikan ku UPT.. sanggup dia tunggu sehingga aku selesai buat ujian itu... ujian tadi menunjukkan tanda negetif bermakna aku selamat memakan ubat yang diberikan doktor.. melihat ke raut wajah suamiku aku tertanya.. dia seakan2 tak sabar untuk mengetahui keputusannya.. adakah suamiku kepingin baby seorang lagi...?

Kalau diikutkan pengalaman yang lepas2 suamiku sangat ceria bila menunggu ku diluar pintu labour room seolah2 tak sabar2 nak dukung baby yang baru lahir kedunia.. Ya wajahnya sangat ceria dan sepanjang tempoh berpantang aku diberikan layanan yang istimewa darinya.. nak lagi ke abang..? hehehehe

Arrie nak pergi haji...?

Monday, February 28, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Tengah syok aku ber'window' shopping di mudah.com tersentak seketika terdengar Dina menjerit berkejaran2 kejaran dengan Arrie sambil membawa tabungnya yang penuh dengan duit syiling. Arrie pun memegang tabung spidermannya..

"Kenapa Arrie jangan kacau adik mama tengah sibuk ni.."...chewah..hikhik sibuk...pi...dah!!!

Arrie : "Dina ni mama, nak ambik duit abang..".

Dina : "Nina nak uit...uit Nina cikit je..".

Aku :"Dina jangan amik duit abang..."...seperti biasa aku bernada serius...

Arrie :"Entah abang nak simpan duit ni...satu ringgit, dua ringgit, 3 ringgit...", sempat lagi berkira2...

Arrie : "Mama kalau abang simpan sampai seratus nanti mama simpan kat tabung haji yea..."

Aku : "Tabung haji? Kenapa cikgu suruh ke...?", apa daa...? Cikgu suruh kau la yang kena bagi nasihat...cis..erk aku le yang kena bagi nasihat sepatutnya.. hehehe

Arrie : "Takla.. mama kan selalu simpan duit kat tabung haji nak pergi haji.. nanti abang pun nak ikut gak mama gi haji..."

Aku : " OOoo.. bagusnya anak mama simpan duit nak pegi haji.. boleh nanti abah tambah2 kan duit bagi banyak sikit bolehla kita pegi sama2..".

Rasa macam sedih, bangga bercampur baur dalam hatiku bila dengar hasrat anak yang mempunyai impian untuk menunaikan haji bersama2.. InsyaAllah andai ada rezeki kita, mama pun nak juga menunaikan haji bersama anak2 tersayang. Arrie baru berusia sembilan tahun..kadangkala sifatnya yang suka membuli adik buatkan mama naik marah tapi banyak lagi kebaikan yang ada dalam dirinya yang selalu buatkan aku rasa bangga. Kelima2 mereka sudah pun kami bukakan akaun masing2.. mungkin itu yang menjadi kekuatan semangat untuk Arrie...

InsyaAllah aku akan mendorong anak2 ku mengumpul duit bersama merasai susah payah demi menjalani rukun Islam itu. Ya Allah kau makbulkanlah hasrat kami untuk menjejakkan kaki kami ke tanah suci suatu hari nanti.. Amin

Selalu juga aku berpesan kepada anak2 supaya belajar rajin2, jaga adab, jaga solat, kami tak mampu memebrikan harta kekayaan kepada mereka tapi kami ingin berusaha memberikan ilmu sebaiknya untuk bekalan mereka di masa hadapan. Anak2 semoga kalian semua terus2 terusan beroleh kejayaan di masa2 akan datang... mama sayangkan kamu semua.... mmuaaahhh!!!

Mak Long dan emak...

Friday, February 25, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Kenangan yang kian terukir seiring dengan peredaran waktu.. Musim cuti perayaan thn baru cina yang lepas buat pertama kalinya kami sekeluarga membawa mak long (kakak ibuku), mak, Ajip dan Hani ke Perak kampung halaman mak.

Dapat dilihat dengan jelas raut wajah ibuku yang sangat gembira dapat meluangkan masa berhari2 dengan kakak kandungnya.. Aku tumpang seronok melihat mak asyik ketawa dan ceria sepanjang 4 hari itu.. Menghabiskan masa bersama mak dan mak long merupakan hari yang tak mungkin kulupakan..terasa diriku semakin akrab dengan dirinya..

Semoga di masa akan datang kami berpeluang untuk bercuti2 lagi seperti ini...

Secebis nukilan...

Wednesday, February 23, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Ah!! Dah lama tak ku upadate dalam blog ni.. dah lama juga ku tak menjengah-jengah blog yang satu ketika dulu aku asyik bermain2kan jari-jemariku di dalamnya.. Sibuk meluangkan banyak masaku lebih menjengah laman sosial facebook yang kini seolah2 menjadi ketagihan manusia zaman ini.

Tiada banyak yang dapat ku nukilkan disini hari ini selain daripada menyatakan bahawa rutin harianku berjalan seperti hari2 sebelumnya cuma yang membezakan hari2ku adalah usia ku yang semakin berganjak tua dari hari ke hari dan juga perbuatan2 ku yang mungkin banyak memperolehi ganjaran pahala mahupun dosa2 atas setiap kesalahan yang ku lakukan tanpa aku sedari.

Untuk anak2 dan suami mama ni hanyalah manusia biasa yang tak mampu lari dari melakukan kesalahan namun yang pasti kasih sayang dan tumpuan mama hanyalah untuk kalian dan jua Allah SWT. Yang akhirnya kita pasti akan kembali kepada yang Esa bila sampai masanya oleh itu seboleh2nya mama ingin menghiasi kehidupan mama dengan menyayangi dan memberikan didikan yang terbaik yang mampu mama beri. Hanya Allah tempat mama meminta kekuatan mendoakan kejayaan anak2 di masa hadapan dipermudahkan apa jua urusanmu didunia mahupun akhirat serta menjadi anak2 yang soleh. Untuk suamiku tercinta doakan semoga dikau sentiasa berada didalam keadaan sihat sejahtera, semoga kita sentiasa dipermudahkan urusan didunia dan akhirat sana, semoga rumahtangga kita kekal bahagia sehingga ke syurga dan impian2 kita di hari tua tercapai hendaknya. Amin

Cuti-cuti..

Saturday, January 29, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Minggu ni cuti agak panjang.. seminggu untuk cuti tahun baru cina... apa activity nak bagi anak2 buat sepanjang cuti ni ek..? Hmm.. asben cuti hanya start pada hari Rabu.. pastu ada gak nak buat perancangan gi jalan2 ke Perak.. kalau cuaca baik everything smooth ingat nak gi Cameron Highlands pulak... bawak anak2 view kawasan bukit tinggi.. nak pi Genting for sure crowded kan..

Untuk monday n tuesday bagi anak2 tonton rancangan astro puas2.. especially rancangan ceria.. tv IQ.. bagus jugak rancangan tu.. byk buat eksperimen sains...

Apa lagi nak update disini.. nothing juz i felt very tired for this whole day plus ada ulser in my mouth so it is getting more worst for my day... uncomfortable feeling....

Okla.. will be update anything soon if i got any ideas..da da...

WiFi...

Friday, January 28, 2011 Edit This 0 Comments »

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan

KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.
Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.
“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam.-Kosmo Online

Dah jadi satu kebiasaan bilaman kita dapat melihat orang menggunakkan laptop, notebook di kedai2 makan.. tapi masih ada sesetengah orang yang cetek pemikirannya menganggap bila seseorang itu melayari internet ditempat2 terbuka dikatakannya berlagak..

Alahai lawak2 ... kalau iye pun nak dengki irihati tak perlula sampai merendahkan mindset tu...Bukan saja ditempat makan kat stesen bus pun kita boleh jumpa orang menggunakan laptop... biasala...

kalau ada wifi kat rumah penggunaan laptop diigunakan juga di luar rumah..Fully utilise internet broadband..  takkan itupun nak dijadikan bahan umpatan..Nampak sangat kolotnya pemikiran..

Habislah kalau puak2 ni pergi ke kotaraya habis semua orang di KL dikatakan berlagak.. kah kah kah kelakar bila berhadapan orang2 macam ni... nampak sangat jeleous nyer...

Jauhi dari perbuatan Ghaibah..

Thursday, January 27, 2011 Edit This 0 Comments »
Banyak kelebihan menjadi surirumah sepenuh masa. Kelebihan yang utama lebih banyak kita berada dirumah lebih kurang dosa yang kita lakukan..(harap2 ler..). Dengan berada dalam rumah kita jarang bergaul diluar (tak perlu pun banyak buruk dari baik). 

Myself especially too talkative n sumtime what we shudnt said came out from my mouth without thinking... Memang ramai diluar sana yang akan terasa.. so the best way is perap myself at home jer..
 

Orang perempuan ni paling payah nak jaga lidah.. paling suka bila cerita pasal orang.. especially bila berkumpul ramai2...ada ler yang jadi modal untuk buka aib orang nak fitnah orang... harap2 dapat dijauhkan keluargaku dari golongan sebegini...

Kalau perasan kan... makin kita rapat ngan seseorang tu makin banyak problem nya... kan.. ngan keluarga lain sebab keluarga ada masalah pun boleh berbaik.. tapi dengan bukan keluarga ni.. macam jiran, sahabat ke, kenalan.. tak boleh rapat sangat mesti bergaduh.. sebab tu perlu kita berbaik berpada2 toksah rapat sangat.. Dengan orang yang tak berapa kenal toksah citer detail sangat.. nanti modal yang diceritakan tu akan dijadikan bahan umpat..Kenapa agaknya sifat mengumpat tu timbul ek..? Ini jawapannya kot...


Sebenarnya sikap suka mengumpat timbul daripada perasaan hasad dengki seseorang terhadap orang lain. Ini mungkin disebabkan orang lain itu mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada padanya. Atupun sikap ini timbul kerana merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. 
 
Mungkin juga sikap ini timbul kerana ia melihat berbagai kekurangan terdapat pada orang lain. Samaada kekurangan itu di segi harta, ilmu, pengaruh dan sebagainya.
 
Hmmm ye kot...

Peringatan untu diri sendiri yang banyak buat kesilapan berbanding kebaikan...Ya Allah, hinanya diriku sebagai hambamu... Kau ampunilah dosaku selama ini..

Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tid...ak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali)..

Alhamdulillah...

Wednesday, January 26, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulilllah...syukur..syukur di atas segala kurniaan tuhan kepadaku selama ini... syukur diatas segala2nya... syukur diberi kenikmatan dunia.. syukur kerana masih mampu bernafas menikmati bau2an... syukur diberi kenikmatan melihat... syukur...syukur...

Tak sangka perjalanan hidupku saban hari saban membantu aku mengenali dunia dengan lebih mendalam.. dapat melihat sejauh mana baik dan buruk sesetengah perangai seseorang... sekiranya tindak tandukku semakin jauh menyimpang Allah sentiasa membantuku dengan memberi ujian2 yang membuatkan ku berfikir...di mana silapnya diriku...

Semoga Allah sentiasa disisiku dan keluargaku membimbing kami dalam melayari arus dunia yang hanya sementara ini... setiap yang kumiliki ini hanyalah pinjaman dariNya semata2... Alahamdulillah ku bersyukur di atas segala2nya...

Letter from Iffa

Tuesday, January 18, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Siyez terkezut plus proud when reading my lil doter's letter... doesnt expect that she can wrote that kind of letter..anak mama dah besar rupanya pandai lak expressed her feelings thru letters... neway she's only 8 possible that the talent is there to be a writer someday... who knows? If the will of God..


Mama harap apa jua yang Iffa impikan akan tercapai begitu juga dengan anak2 mama yang lain..doa mama untuk kalian sentiasa ada meniti dibibir hari2...


Selamat Hari Jadi Iffa..luv ya...

Back to school...

Wednesday, January 05, 2011 Edit This 0 Comments »




3rd January 2011, Isnin. Hari pertama persekolahan anak2. Pagi2 lagi dah sibuk memulakan kembali rutin2 sebelum cuti persekolahan lepas.

Menyediakan sarapan dan juga bekalan makanan dan minuman untuk dibawa anak2 ke sekolah yang diiringi dengan doa semoga anak2 mudah untuk menerima segala ilmu yang bakal dipelajari nanti dan sentiasa berjaya dunia akhiratnya kelak.

Harap tahun ini anak2 lebih berjaya pencapaian akademiknya dan berterusan sehingga ke tahun2 seterusnya. 

Pada tahun ini Iffa begitu semangat sekali untuk kembali ke sekolah kerana tahun ini dia telah dilantik menjadi Penolong Ketua Kelas darjah 2 Zamrud. Tahniah mama ucapkan teruskan berusaha untuk lebih berjaya semoga dengan perlantikan ini Iffa lebih menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Arrie pada tahun ini memasuki darjah 4 Intan dan tahniah diucapkan kerana dapat melayakkan diri memasuki kelas pertama namun bukan rezekinya kerana tidak pula terpilih menjadi pengawas seperti yang dicadangkan pencalonannya oleh guru kelasnya pada tahun lepas. Walaupun sedikit kecewa kerana gagal dalam pemilihan pengawas tahun 2011 oleh guru HEM, namun kekecewaannya pulih selepas dilantik pula menjadi pengawas untuk Sekolah Agama Seri Sabak Uni. Syukur Alhamdulillah anak2ku moga lebih berjaya pada tahun ini dan tahun2 seterusnya..Doa mama sentiasa mengiringi kalian.

Ammar masih meneruskan sesei persekolahannya di sekolah PASTI cawangan Ayer Hitam. Moga tahun ini Ammar boleh membaca dengan lancar.

Semoga berjaya anak2ku..

Hepi birthday Ammar - 1.1.11

Sunday, January 02, 2011 Posted In Edit This 0 Comments »
Selamat Hari Lahir Ammar yg ke 6 tahun..Ammar lahir pada hari kita menyambut tahun baru pada setiap tahun..iaitu 1 Jan...2007.

Mama doakan Ammar terus membesar menjadi anak yang soleh, memperoleh kesihatan yang baik dimurahkan rezeki, cemerlang dunia dan akhirat dan sentiasa diberkati Allah hendaknya.. Mama juga sentiasa doakan yang sama untuk anak2 mama yang lain.

Tahun ini seperti tahun2 sebelumnya kita hanya menyambut secara kecil2an sahaja. Mama dan abang Arrie buatkan Ammar sebiji kek coklat yang bertoppingkan coklat dan dihiasi dengan butiran2 bintang  diatasnya. Sebelum itu mama juga buatkan laksa untuk kita sama2 menjamu selera sebelum memotong kek yang kami sediakan. Ammar begitu gembira dengan apa yang mampu mama sediakan.Manakan sama kek yang dibeli diluar berbanding dengan kek yang mama buatkan sendiri untuk anak2. Sudah pasti kek yg dibeli lebih jauh enaknya dari yang mama buatkan namun mama pasti rasa kek mama akan dirindui anak2 suatu hari nanti.Kerana mama menyediakan kek ini dengan dipenuhi oleh kasih sayang, doa dan tanda kasih mama kepada anak2..

Mari layan gambar2 yg sempat diambil pada hari itu..1.1.11..

 Reaksi Ammar yg gembira dengan kek choc moist yg mama buatkan...

 Bersama dengan anak2 jiran kami yang menjadi rakan sepermainan anak2...




Abang Arrie turut membantu proses penyediaan kek..


"Mama, macamamana nak eja HARIJADI AMMAR.., Ammar nak tuyis la.."



Aksi semasa menjamah laksa...

Nyum..nyummm....