Sunday, August 29, 2010 Edit This 0 Comments »
Flashback.... Gambar2 raya 2008...lokasi Kuala Nerang, Kedah..

Sempat lagi tangkap gambar bunga api yang dijual di gerai2 bazar... berlambak..

Anak2 dan sepupu2...ni sehari sebelum raya..

Di pagi raya...

Bergambar kenangan bersama Acu..hai dah jadi isteri orang dah..raya tahun huluq2 sikit duit raya noh... ahaks...

Gambar kenangan bersama tok dan tok wan yang semakin dimamah usia...masa ni Acu dok sakat kami dia kata.."Hui..ramainya anak ..penuh gambaq..." Aina..ni baru empat tahun lima tau...


Kenangan raya 2008...

Friday, August 27, 2010 Edit This 0 Comments »

Suka duka banyak sudah kita lalui. salah dan silap tentu banyak tergores di hati. Sengaja dan tidak boleh jadi mengena di kalbu, kepada suami, keluarga, teman mahupun jiran maafkan segala salah dan silap atas perbuatan, kata2 dan tingkah lakuku.. Selamat melaksanakan puasa Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidil fitri yang bakal menjelma, semoga setiap langkah kita mendapat redho dariNYA, amiin.

Glitter Words

Friday, August 27, 2010 Edit This 2 Comments »
Aku mendapat sms dari seorang kawan lama dari Meru Klang, banyak juga sms yang dihantarnya kepadaku.. semuanya berkaitan cara sebenar memahami pasangan yang sebahagiannya diambil dari kata2 Dr Fadzillah Kamsah..

Ingin aku sharekan disini ...

Sms pertama pada 21 Aug
"Cinta abadi sentiasa berhikmah dan berdiplomasi. Berikan tujuh pengahrgaan atau pujian sebelum meyebut satu teguran.Elakkan melukakan hati pasangan dengan sengaja.."

Sms seterusnya pada hari yang sama 26 Aug
"Cinta abadi tak berdebat mengenai siapa menang dan siapa kalah..pasangan yang berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan dimana kedua2 pihak menang.."

"Cinta abadi tak pernah berdendam.Maafkan sidia dgn ikhlas tiap malam. Kemaafan mencuci hati, sembuh sakit, cantikkan wajah , makbulkan doa dan menarik hidayah.."

" Cinta abadi sentiasa diberkati. Bersihkan sumber rezeki dan terus mendoakan antara 1 dengan yang lain.Zakat, sedekahkan bantuan kepada orang lain membawa keberkatan.."


Itulah petikan kata yang agak bermakna yang mana mungkin boleh membantu kita menangani masalah dalam perhubungan. Ada banyak cara yang boleh memperbaiki hubungan yang mungkin semakin goyah dalam berumahtangga..

Rumahtangga mana yang yang tidak dilanda ombak dan badai... setiap rumahtangga pasti mengalami krisis yang boleh menyebabkan perbalahan..tetapi yang penting bagaimana kita mampu menyelesaikan masalah dengan berhikmah..

Bila dah sentuh bab rumahtangga ni aku pun terus merenung kembali rumahtangga yang telah terbina.. bawah ni gambar kami pada hari yang sama kami telah dinikahkan.. 11 Nov 2000..

Dah hampir 10 tahun perkahwinan kami yang telah pun menghasilkan 5 orang anak. Semoga perkahwinan kami sentiasa di redhai Allah dan di rahmatiNya.


Sikecil yang semakin membesar penuh dengan aksi yang lincah...

Anak2 yang kukasihi banyak ragamnya dan keletahnya yang membuat ku tertawa sendiri bila dikenangkan kembali..

Semoga mereka menjadi insan yang soleh dan solehah...

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada suami dan anak2 terhadap perilaku yang banyak mengguris perasaan mereka..semuanya berlaku tanpa kusedari..

Gurauan suamiku yang selalu menghiburkan hatiku setiap kali pulang dari kerja...

Jatuh bangun kita dalam melayari rumahtangga semuanya membantu kita mematangkan diri dan semakin banyak dugaan yang kita alami semakin sayang dan kasihnya aku kepada keluarga yang amat kucintai dan kasihi.

Semoga kasih sayang kita kian utuh dari hari ke hari...


Keluargaku yang amat2 aku kasihi sepnuh jiwa dan raga.. (Gambar ini diambil 2 minggu sebelum Syirah dilahirkan...)


Sedang memangku Syirah ketika check darah di hospital....

Berikut aku sertakan beberapa potong doa yang boleh kita jadikan amalan untuk kesejahteraan rumahtangga kita..Insya-Allah..

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)

1.

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

Untuk amalan

رَبـَّــنـَــا

.……………………۝ Maksudnya

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2.

Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)
Untuk amalan

رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى…………..الصــَّــالـِــحـِــيـْــنَ ۝

Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

3.

Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)
Untuk amalan رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى………………..۝ Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Dipetik daripada blog Arabmykrk.com.

Thursday, August 26, 2010 Edit This 0 Comments »
Kanak2 ni jujur..apa yang dibicarakan itulah yang dimaksudkan... apa yang kita tanya jawapannya kekadang tak diduga kita.. kata2 dari anak kecil yang mulus dan terus juga kadangkala boleh membuat kita sebak dengan coleteh dan katanya.. kadangkala jawapan yang diterima jugak agak kelakar bila didengar...

Kali nie aku nak cerita tentang seorang kanak2 yang comel dan celoteh yang tinggal dikawasan perumahan tempat aku tinggal. Ekin nama budak tu... cute sangat, matanya warna coklat cair.. kulitnya putih bersih lawa ikut maknya kot.. aku pun tak pernah berbual dengan maknya tapi anak2 dia selalu bermain dengan anak2 aku..

Di taman permainan semalam... aku sempat berbual dengannya tentang persiapan baju raya...

"Ekin dah beli baju raya?"

"Baju yang panjang..tangannya sampai gine ye? Yang panjang sampai gini ke?" Tanya sambil membongkok menunjukkan paras buku lalinya...comel..

Sambil tergelak kecil aku menjawab..sambil mengajuk cara dia..."A'ah sampai gini sampai gini..leher dia bulat macam gini..."

"OOoo.. tak beli..baju dulu elok lagi..ibu dengan ayah takde duit..ibu cakap pakai baju dulu pun takpe...baju yang warna purple tu.." Ujarnya sambil menyendeng2..

"Ooo takpelah kalau baju elok lagi tak payah la beli..ekin ni baiklah mesti ibu sayang..pandai sangat..pandai jaga hati ibu..cantik..baik...." puji aku sambil membelai rambutnya...

"Tapi ibu kat Ekin degil..bukan Ekin yang buat tapi kakak yang habiskan losyen ibu.." Adu si anak kecil yang comel tu...

"Ekin janganlah main losyen ibu.."

"Ekin main sikit je tapi losyen dah habis segini.."

"Kalau sikit takkan cepat habis..Ekin sapu kat mana?"

"Kat tangan macam ni.."

"Lagi kat mana lagi?"

"Pastu Ekin sapu2 semua kat baju..hihiihi"

"Ish ish Ekin ni patutla ibu marah..losyen kan untuk tangan bukan baju.."

"HIhihihi.."ketawanya berdekit2 kelakar sangat agaknya...

Itulah hiburan aku petang semalam sambil membawa Insyirah bermain di taman permainan sementara menunggu suamiku pulang dari tempat kerja...

Wednesday, August 25, 2010 Edit This 0 Comments »
Baru2 nie kami berbuka puasa diluar bersama anak2. Jadi dengan niat mendidik Dina memakai tudung kami memujuk dengan mengatakan selepas makan kita pergi masjid, nak pergi masjid kena tutup aurat kalau tak.. tak boleh ikut so dengan rasa gembira Dina memilih tudung mana yang ingin di pakai.

Bila dah pakai tudung lain pulak rupanya dah macam anak dara... hihihi.. x caya cuba tengok ....





Dina nie lain sikit berbanding ngan adik beradik lain...rambutnya yang agak kerinting..kulitnya terlebih putih gebunya.. muka nya ala2 Garfield menurt abahnya lah..ada ke patut..sianDina...