Ahh lega rasanya......

Thursday, July 30, 2009 Edit This 2 Comments »
Gambar diambil di rumah nenek. Gambar ni sesuai sebab dapat menunjukkan aku sedang bersantai.

Ahh selesai sudah tugas hantar dan mengambil anak pulang dari sekolah. Lega rasanya tapi kain belum lipat lagi. Minuman petang belum disediakan lagi. Banyak lagi yang belum selesai rupanya tapi takpe aku dah biasa.

Apa2 hal pun relakskan badan buat seketika sebab Insyirah masih tidur lagi. Sssh... Dina? Dah banyak ragam makin besar makin menjadi. Semakin manja dengan Arrie, asyik berkepit dengan abangnya yang sulong yang suka melayaninya.

Mama? Sori banyak kerja sikit jadi abang2 dan kakak saja yang mama harapkan dapat layan Dina.

Kesian kecik2 dah dapat adik belum puas bermanja lagi.

Thursday, July 30, 2009 Edit This 0 Comments »
Ya Allah
Ya tuhanku
Pimpinlah daku dalam redamu
Kasihi daku dalam rahmatmu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah Ya tuhanku...

Serangkap lagu nasyid menggamit di telinga ku di sepanjang jalan ke sekolah Arrie tengahhari tadi.

Lagu nie memberi kedamaian kepadaku bila ianya didendangkan di corong radio kereta.

Menyanyi bersama anak2 sekuat2 hati maklumlah bukan orang dengar, kami di dalam kereta.

Hari ini hari baru dalam sejarah kehidupan aku. Aku harap aku dapat memulakan hidup aku di setiap hari dengan rasa bahagia dan gembira.

Kesian kepada anak2 sekiranya aku sering berduka mereka yang akan terkena tempiasnya. Mereka yang akan menjadi mangsanya. Mahukah aku melihat anak2 membesar dengan keadaan ibunya yang selalu berada di dalam keadaan tertekan sepanjang waktu.Sudah tentu tidak. Itulah jawapanku.

Nak marah selalu tiada ertinya hanya bertambah dosa yang semakin hari semakin menggunung tinggi. Kesian kepada anak2 yang tidak berdosa sekiranya aku asyik berteleku mengenang nasibku yang tidak menentu. Ini semua ketetapan Allah yang maha esa mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Selagi boleh bersabar cuba bersabar. Jauhkan dari sikap perengus yang ada dalam diri. Bergembira dan hargai detik2 yang ada selagi kita masih bernyawa.

Malu tidak terhingga sekiranya sikap yang asyik merengus terbawa2. Lain yang kunantikan sepanjang hari lain pula yang ku terima.

Maaf di hulur pelukan diterima. Tapi sebaiknya jauhi sikap yang mungkin mendukacitakan hati semua. Yang tersinggung dan rasa sebak bagai nak pecah di dada.

Mungkin aku berhak terima di atas segala dosa yang pernah aku reka.

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada diriku. Aku percaya ianya adalah yang terbaik buatku.


Wajah si kecil yang menjadi pelembut hatiku.

Stress....

Wednesday, July 29, 2009 Edit This 3 Comments »
Lain orang lain caranya untuk menghilangkan stress. Kita tak dapat lari dari tekanan atau stress. Stress sentiasa menghimpit kita di setiap masa.

Along pernah memberi sedikit tips untuk menghilangkan stress yang aku hadapi sebagai seorang surirumah yang sibuk uruskan rumahtangga dan anak2. Kata Along aku nampak tua dari usia. Mungkin sebab selepas berumahtangga aku tak banyak memberi ruang untuk diriku sendiri.

Aku rasa semakin stress bila setiap perkara yang ingin aku lakukan dihalangi. Seolah2 aku tak berhak merasai semua itu.

Aku tertekan dengan keadaan aku ini. Dengan sibuk menjaga anak kecil yang sentiasa perlukan perhatian disamping itu pulak sibuk mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah masing. Hari2 aku buat perkara yang sama.

Ya. Aku perlu beri ruang kepada diriku sendiri. Lakukan perkara yang aku suka selagi tidak melanggar batasan agama. Untuk keluar bersosial tanpa anak2? Itu bukan caraku lebih baik aku habiskan masa dirumah melakukan aktiviti yang boleh aku lakukan bersama mereka. Mereka harus 24 jam berada di hadapan mataku, itu yang selalu berada di fikiranku.

Berkaraoke bersama anak2 asal tidak mengganggu jiran sekeliling sudahlah. Bermain badminton dengan jiran sebelah tetapi kadangkala menimbulkan ketidakselesaan dalam diri bimbang menarik perhatian orang. Maklumlah bila bermain badminton kita perlu agresif dan mungkin agak terkinja2. Dan tak manis pulakkan.... Entahlah aku banyak menitik beratkan pandangan orang sebab itu banyak perkara yang menjadi penghalang. Jadi bermain badminton jarang aku lakukan jika ada kawan tak dapat aku elakkan.

Itu tak boleh ini tak boleh. Jadi apa yang boleh. Boleh untuk sesetengah individu atau hanya untuk diriku sahaja? Aku nak menjerit hilangkan tension aku.... tetapi tak termampu...bimbang di cop gila oleh jiran tetangga... (tetapi jerit marah kat anak selalu, tanda2 stress tu).

Benci... benci dengan gaya itu... dengan mimik rupa itu dengan nada suara sebegitu...

Nak menangis sudah puas aku tangiskan walaupun aku tak menzahirkan...



Aku hanya mampu berserah kerana inilah jalan hidup yang aku pilih....

Takpelah aku ada anak2 yang sentiasa membahagiakan aku dengan gelagat dan telatah masing walaupun aku sering diuji dengan kenakalan mereka....itu yang memberi kekuatan kepada agar terus gagah mengharungi dugaan kehidupan.

Siapa yang faham dan mengerti? Hanya diri aku sendiri sebab aku tak mampu berkongsi....Sepi, tetapi dimata kasar aku sering dikelilingi........

Aku ingin di fahami... sampai bila aku harus menunggu? Entahlah mungkin inilah nasibku....sob sob sob.....

Mujur aku dikurniakan,

Dina yang semakin tembam yang selalu membuatkan aku tergelak dengan omelannya, Arrie yang selalu cakap, "Tak tahu, tak ingat." dan Iffa yang bermulut Sadyah.... Ish.. ada ada aje bebudak ni...

Ammar Hanania yang agak agresif yang selalu bikin dadaku sesak

Yang terkini Insyirah yang baru saja aku lahirkan kedunia...

Dan peneraju utama dalam melayari rencah kehidupan yang aku harapkan dapat memberi kebahagian terhadap aku dan anak2, suamiku...

Dan aku masih ada Allah tempat aku bermohon perlindungan dan juga anak2 penghibur di saat aku sedang berduka lara..... sob sob sob...


Aduhai.....

Wednesday, July 29, 2009 Edit This 2 Comments »
Insyirah sedang nyenyak tidur.. biasalah di usia dia sekarang nie banyak tidur dari jaga... bila jaga je.... hisap jari tanda nak susu la tu...


Alhamdulillah, dah 2 bulan rupanyya usia Insyirah. Dah pandai tersenyum tersengih2 bila nampak mamanya. Bila dengar suara aku je laju kayuhan tangan dan kakinya... Pagi2 bila aku sibuk sediakan sarapan dia pun sibuk bangun jugak teman aku kat dapur...comel jer lagaknya..

Bila petang time tidur Insyirah. Yang menjadi masalah aku, baru nak relaks lepas tidurkan baby anak aku yang seorang nie suka usik adiknya yang sedang tidur. Angin jugak aku kekadang... Mula2 dia renung je adik dia yang sedang nyenyak tidur... lepas tu....

Cuba pulak korek hidung adik dia...wallahh.... tensionnya....

Cermin...

Tuesday, July 28, 2009 Edit This 0 Comments »
Kita tak dapat lari dari melihat cermin pada setiap hari. Kita melihat cermin untuk merapi diri agar sentiasa kemas dan segak bagi si lelaki manakala perempuan pula untuk menghias dan mencantikkan diri.

Pernah tak kita anggap tingkah laku seseorang dijadikan cermin bagi diri kita? Kini aku jadikan tingkahlaku seseorang tak kira yang baik dan buruk sebagai cermin diri aku.

Aku nak menilai diri aku melalui tingkahlaku seseorang melalui kacamata aku sendiri. Aku nak bandingkan diri aku dengan tingkahlaku seseorang yang aku senangi dan tidak aku senangi agar aku boleh jadi yang lebih baik berbanding diri aku sekarang ini. Dengan itu aku lebih kenal siapa aku dan aku lebih tahu ciri2 keperibadian aku.

Yang buruk akan kujadikan sempadan dan yang baik akan kujadikan teladan.

Banyak pengajaran yang kita boleh dapati bila kita sentiasa mencermin diri sendiri berbanding memberi komen tentang keperibadian orang lain. Kita masih bukan manusia yang sempurna. Jadi elok jadikan cermin sebagai pengukur keperibadian diri kita sendiri.

Thursday, July 23, 2009 Edit This 1 Comment »
Sebagai seorang insan yang terlalu banyak ketidaksempurnaannya menjadikan aku sentiasa berhati2 dalam memulakan langkah pada setiap hari.

Contoh banyak kesilapan aku terlalu ramah berbicara dan kadangkala menyentuh perasaan orang tanpa disedari yang akhirnya menimbulkan fitnah terhadap diriku sendiri.

Setiap kejadian yang terjadi ada hikmahnya apabila kita berfikir sedalam2nya. Dan perkara yang terjadi mematangkan aku dan mengenali lebih dalam seseorang insan yang selama ini terlalu banyak berkongsi segalanya dengan diriku. Akhirnya masih tidak mengenaliku.

Aku tahu aku banyak melakukan kesilapan di masa lalu. Dan ianya sering menimbulkan kesalan di hati ku. Hatiku sering meronta melepaskan kenangan silam yang kalau boleh aku mahu padamkan di dalam fikiranku. Aku Tak Mahu Tak Mahu Kenangan itu. Kenangan yang membinasakan diriku. Kenangan yang penuh dengan penyesalan.

Ungkitan demi ungkitan sering di perkatakan seolah2 tiada yang baik di dalam diriku. Aku memang tidak sempurna jiwaku di penuhi noda dan dosa. Berilah peluang kepada untuk berubah untuk membuktikan aku bukan Ieda yang dahulu.

Hanya Allah tempat aku mengadu dan blog tempatku luahkan kerana aku tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mengadu. Aku sendiri..dan masih sendiri....tiada siapa yang sudi mendengar luahan aku..bimbang disalah ertikan, bimbang di tertawakan...

Hanya aku yang faham apa yang cuba aku sampaikan.....

Dulu dan kini.

Wednesday, July 22, 2009 Edit This 1 Comment »
Ehem..ehem...

Dulu aku tak seperti sekarang. Sesiapa mengenaliku dulu pasti terkujat dengan perubahanku..

Banyak kenang aku yang gila2 ketika dulu. Gayaku selamba kodok ketika remajaku. Bila terkenang kenangan lama pasti aku tersenyum sendiri. Masa aku sekolah dulu hari2 aku happy. Jumpa kekawan yang separuh siap persisnya pasti banyak yang akan menggembirakan hati.

Banyak perkara lucu yang terjadi. Nak diceritakan di sini aku tak reti. Mungkin di lain hari. Tapi aku rindukan activity sukanku. Sofbol terutamanya agak brutal permainan itu tapi kena dengan jiwaku. Maklumlah aku ni bukan feminin sangatkan.

Tetapi kini seakan2 aku menyorok identiti aku. Rasa aku tak puashati pulak. Rasa kosong jiwa aku. Sebab aku bukan aku. Aku rasa seperti orang lain. Aku bukan Ieda yang dulu.

Aku ingat aku nak start aktif balikla. Bila jumpa dengan Suzie itu hari, dia masih seperti dulu. Terutama Azmah yang merapu.

Tapi yang bagusnya aku kini banyak benda yang aku dahulu tak peduli tetapi kini aku lebih mempedulikkannya kerana aku tahu hidup tak selalu bernafas, suatu hari nanti nafas kita akan terhenti adakah kita nak seperti kita yang dulu atau kita yang terkini?

Aku rasa baik aku lupakan niatku sebab aku tahu SIAPA AKU YANG DAHULU.

Hmm..sembang2 sat....

Tuesday, July 21, 2009 Edit This 4 Comments »
Dah lama tak bukak blog alih2 hari nie gadget aku dipenuhi plugin..plugin.. apa ke he nye nih. Tak fahamla..

Takpe nanti tengok apa2 yang patut.

Entry aku hari nie takde pape juz nak citer sikit pasal apa perkara yang dah berlaku baru2 nie.

Awal bulan tu hari kami dikejutkan dengan berita kehilangan abang ipar belah suamiku, abang Zain. Sedih sungguh bila aku terima berita tu dari anaknya Naim yang selalu ym ngan aku. Agak terkejut berita membuatkan aku tak boleh nak buat rutin harian aku di pagi itu.Di fikiran aku macamanalah perasaan kak Nab ketika itu ( Kakak kepada suamiku dan isteri kepada abang Zain) bagaimana dengan anak2 arwah abang Zain waktu itu. Tak dapat aku gambarkan kesedihan mereka dengan pemergian yang tiba2 ini.

Aku sukakan keluarga harmoni mereka yang sangat mesra dan sangat bahagia. Sebab tu aku dapat rasakan kesedihan yang mereka alami bila kehilangan seorang bapa yang sangat patut dicontohi. Aku doakan semoga roh abang Zain di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman.


Aku harap kak Nab, Naim, Hakim dan Anis tabah dengan pemergian abang Zain.

Kekadang kita tak perasaan sabah hari, saban waktu kita sudah semakin hampir dengan saat2 kematian. Bila2 masa saja kita atau orang yang kita sayangi akan pergi meninggalkan kita selama2nya. Hanya kenangan sahaja yang akan tinggal bersama dengan orang2 yang masih diberi kesempatan untuk hidup.

Tetapi adakah kenangan yang akan kutinggalkan untuk orang2 yang aku sayang merupakan kenangan yang manis atau kenangan yang akan meninggalkan kesan pahit didalam hati mereka semua? Selain itu adakah bekalan yang akan kubawa nanti cukup untuk aku di sana? Aku terlalu asyik dengan keseronokan dunia dan selalu alpa dengan bekalanku di akhirat.

Sebab itu nasihat suamiku kita jangan terlalu banyak ketawa di dunia, kelak nanti kita akan banyak menangis di akhirat. Memang nasihat yang sangat sesuai untuk aku yang selalu lupa dan abai tentang tanggungjawab aku sebagai hamba Allah.

Hidup ini hanyalah sementara beribadatlah sentiasa...
lakukan suruhan jauhi segala larangan...
taqwa sepanjang masa.. bersyukur atas rahmatnya..

sepotong lagu yang hubby selalu nyanyikan...ada benarnya juga jangan terlalu asyik dengan hidup yang sementara ini... bila2 masa sahaja kita akan dijemput ke dunia yang kekal abadi...

Happy Fathers Day... untuk abahku...

Friday, July 03, 2009 Edit This 0 Comments »
Abah...

Aku sememangnya rindukan abah. Walaupun ketika abah masih hidup kami kurang menghabiskan masa bersama. Tetapi banyak memori yang manis aku masih ingat. Sewaktu kecilku abah selalu memenuhi permintaanku sehingga aku selalu mengamuk bila keinginanku tak diperolehi.

"Aku ada kuda dibuat oleh ayah, leher pakai tali kuda pun mahu lari, oh kuda ku garang ekornya sangat panjang, kuda ayah buat dari pelepah pisang.." Lagu tu abah yang ajar kepadaku ketika kami sedang berehat di corridor berek polis, Klang. Ketika itu usiaku sekitar 8 atau 9 tahun. Tapi sehingga kini aku masih ingat jari2 abah bermain2 dan mengetuk2 besi di corridor sambil menyanyikan lagu itu.

Kerana nasihat abahlah yang telah mengubah hidupku. Di saat2 terakhir abah aku banyak habiskan masa dengan abah. Selepas balik kerja aku banyak bercerita dan duduk bersembang dengan abah tentang kerja dan juga kehidupan sosialku.

Abah juga menggalakkan aku untuk mengenali suamiku kini kerana menurut pandangannya suamiku itu boleh membimbing diriku yang terumbang ambing ketika itu. Banyak betul masalah aku masa itu. Dan alhamdulillah atas nasihat yang abah yang secara terus kepadaku hatiku akhirnya lembut bila melihatkan kesungguhan abah banyak perubahan drastik yang aku lakukan.

Suatu malam abah telah menyatakan hasratnya kepadaku untuk melihat aku memakai tudung sebelum dia 'pergi'. Kata2nya menjadi dorongan kepadaku untuk terus berubah. Di keesokkan paginya aku terus memakai tudung, aku rembat tudung mak aku. Dan tindakan aku itu mengejutkan abah dan rakan2 sekerjaku yang lain. Begitu juga 'kawan istimewaku' (suamiku kini). Abah tersenyum gembira melihat aku di pergi kerja pagi itu. Aku sempat bersalam dengan abah yang sedang terlantar lesu dengan tubuhnya yang kurus dan kepala yang botak akibat kesan daripada kimotherapy yang abah perlu jalani. Selepas dua minggu abah pergi meninggalkan kami selama2nya.

Di saat2 terakhir abah, kami semua dapat berkumpul dan mengucup dahi abah. Abah melihat kami seorang demi seorang anak2nya dengan mata yang sayu. Airmata kami mengalir tak henti2. Abah menyebut namaku beberapa minit sebelum dia pergi. Sehingga kini aku sering terdengar2 suara abah. Ianya seakan mimpi bila abah tiada. Abah tak sempat melihat aku sekarang tetapi aku selalu berusaha menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada keluargaku seperti yang abah harapkan.

Ya Allah kau ampunilah dosa2 ayahku dan kau tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

SELAMAT HARI BAPA. Hargailah ibu bapa kita semua sebelum mereka kembali kepada yang hak.