Happy Fathers Day... untuk abahku...

Friday, July 03, 2009 Edit This 0 Comments »
Abah...

Aku sememangnya rindukan abah. Walaupun ketika abah masih hidup kami kurang menghabiskan masa bersama. Tetapi banyak memori yang manis aku masih ingat. Sewaktu kecilku abah selalu memenuhi permintaanku sehingga aku selalu mengamuk bila keinginanku tak diperolehi.

"Aku ada kuda dibuat oleh ayah, leher pakai tali kuda pun mahu lari, oh kuda ku garang ekornya sangat panjang, kuda ayah buat dari pelepah pisang.." Lagu tu abah yang ajar kepadaku ketika kami sedang berehat di corridor berek polis, Klang. Ketika itu usiaku sekitar 8 atau 9 tahun. Tapi sehingga kini aku masih ingat jari2 abah bermain2 dan mengetuk2 besi di corridor sambil menyanyikan lagu itu.

Kerana nasihat abahlah yang telah mengubah hidupku. Di saat2 terakhir abah aku banyak habiskan masa dengan abah. Selepas balik kerja aku banyak bercerita dan duduk bersembang dengan abah tentang kerja dan juga kehidupan sosialku.

Abah juga menggalakkan aku untuk mengenali suamiku kini kerana menurut pandangannya suamiku itu boleh membimbing diriku yang terumbang ambing ketika itu. Banyak betul masalah aku masa itu. Dan alhamdulillah atas nasihat yang abah yang secara terus kepadaku hatiku akhirnya lembut bila melihatkan kesungguhan abah banyak perubahan drastik yang aku lakukan.

Suatu malam abah telah menyatakan hasratnya kepadaku untuk melihat aku memakai tudung sebelum dia 'pergi'. Kata2nya menjadi dorongan kepadaku untuk terus berubah. Di keesokkan paginya aku terus memakai tudung, aku rembat tudung mak aku. Dan tindakan aku itu mengejutkan abah dan rakan2 sekerjaku yang lain. Begitu juga 'kawan istimewaku' (suamiku kini). Abah tersenyum gembira melihat aku di pergi kerja pagi itu. Aku sempat bersalam dengan abah yang sedang terlantar lesu dengan tubuhnya yang kurus dan kepala yang botak akibat kesan daripada kimotherapy yang abah perlu jalani. Selepas dua minggu abah pergi meninggalkan kami selama2nya.

Di saat2 terakhir abah, kami semua dapat berkumpul dan mengucup dahi abah. Abah melihat kami seorang demi seorang anak2nya dengan mata yang sayu. Airmata kami mengalir tak henti2. Abah menyebut namaku beberapa minit sebelum dia pergi. Sehingga kini aku sering terdengar2 suara abah. Ianya seakan mimpi bila abah tiada. Abah tak sempat melihat aku sekarang tetapi aku selalu berusaha menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada keluargaku seperti yang abah harapkan.

Ya Allah kau ampunilah dosa2 ayahku dan kau tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

SELAMAT HARI BAPA. Hargailah ibu bapa kita semua sebelum mereka kembali kepada yang hak.

0 comments: