Confirmed....Pindah....

Thursday, April 30, 2009 Edit This 8 Comments »

Hmm...coming May.. this is the last month hidup aku di Selangor... Entah kami akan kembali ke sini lagi hanya Allah yang tentukanNya.

Gembira, sedih, takut semuanya bercampur baur dalam hati aku. Semuanya sekali gaul dalam perasaan aku. Macammana agaknya life aku di sana nanti.

Tadi aku bagi mesej kat Along tanya pasal bengkung, Along terus telefon aku, aku tahu tujuan utama dia nak tanya aku betul ke aku akan berpindah, kenapa? Ada masalah kerja ke.

That is my first thought when i received the news from my hubby about this. Mungkin ada masalah kerja. Rupanya bukan company perlukan khidmat dia untuk set up documentation kat situ.

Dah lama sebenarnya aku tak jumpa Along, sedih pulak bila dia telefon tadi, aku sayangkan adik beradik aku. Diorang semua saling ambil berat, kalau aku duduk jauh nanti jarang la aku jumpa diorang semua.


Aku doakan mereka semua sentiasa berada di dalam keredhaan Allah dan di murahkan rezeki.

Cheh! Bunyi macam nak pergi jauh sangat padahal perjalanan hanya mabil masa 3 jam lebih je. Tapi yelah kalau dah jarang berpisah jauh buat pertama kali mesti rasa macam nie. Mungkin lepas tiga bulan ok la kot.


Segala urusan rumah, transport, etc semua company tu tanggung. Ok la. Alhamdullillah di dalam kegawatan ekonomi kami masih di berikan sedikit kelebihan rezeki.

Kebetulan aku pulak bakal melahirkan anak kelima kami. Inilah yang dikatakan rezeki.

Kepada ahli keluarga di sini, Ieda minta maaf dan dihalalkan segala makan minum, salah kata, gurau senda yang berlebihan dan segala2nya yang pernah kami lakukan.

Segala bantuan yang di berikan sangat kami hargai. Segala budi yang di berikan tak termampu kami balas. Terima kasih di atas segalanya.

Dilema...

Friday, April 24, 2009 Edit This 2 Comments »
Dah sebulan sebenarnya cerita tentang hubby aku akan berpindah ke Batu Pahat bertukar tempat kerja tapi masih takde hitam putih lagi. Yelah sebab main reason yang hubby aku bagi his wife nak bersalin (aku ler).

Tapi persoalannya mampukah aku memulakan hidup baru berjauhan dengan mak dan adik beradik di sini. Hubby aku cakap dia boleh challenge yang aku bila di takdirkan kena berpindah dan duduk berjauhan ngan mak mesti terkena wabak Home Sick. Hubby aku cakap kalau kat asrama masa sekolah dulu biasa bila ada bebudak asyik demam jer...

Tak taula.. memang sebenarnya aku tak pernah duduk lain negeri dan selalunya setiap minggu aku akan merengek minta hantar pergi rumah mak.

Aku still remember bila aku nak lahirkan Iffa duduk ler sekejap kat kampung hubbyku di Kedah nun.. sebulan rasanya. Setiap kali telefon mak tak sempat aku nak bercakap dah sebak baru bercakap sepatah dah menangis. Sedih sangat..kononnya...

Tapi aku anggap kalau sekiranya diorang (boss) masih nak suruh hubby aku kerja kat sana, aku nak jadikan pengalaman di dalam hidupku yang hanya sementara ni dudk berdikari, berlainan negeri dengan ahli keluargaku di sini.

Selama nie terlalu senang sangat bila hubby aku pergi outstation telefon along ker, abang ker mintak ambil aku hantar pergi rumah mak. Aku kan takde lesen jadi risau jugak kalau bawak keta nie sendiri.

Entahlah tengok jela apa yang akan di takdirkan untuk kami nanti..cuma pinta ku segala apa yang berlaku ini membawa kebaikan kepada keluarga ku. Tapi BOLEH KER?....

Eee sukanye dia...

Wednesday, April 22, 2009 Edit This 0 Comments »
Nak tengok video nie pasti kepala anda di posisi yg betul... he he

Bila lihat gelagat Dina, aku yang tengah tension ni pun boleh slow...

Opps I have been tagged...

Friday, April 17, 2009 Edit This 5 Comments »
Oppss..i have been tagged by my little sister in law...

Jom layan..syarat dia...

ATTENTION
Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things,

* facts, habits or goals about you.
* At the end, choose 16 people to be tagged.
* You have to tag the person who tagged you
* If I tagged you, it's because I want to know more about you..!

Oooo..u want to know about..ok but please dont regret ... once u know ABOUT ME.. u will be my secret admirer forever...chewah...


  1. The facts is.. i have a parents named Jemain Ismon and Nortifah Abd Rahman. Anak ke 4 dari 8 orang adik beradik ( Tak termasuk combi anak angkat mak bapak aku)..
  2. Sekolah tadika di Sekolah tadika Jais Kampung Jawa. Ada dua orang best friend Uji and Badariah. Kami semua anak polis tinggal berjiran di berek polis Klang ( Sebelah bomba Klang)
  3. Start sekolah darjah satu di SK Convent 2 Klang. Kelas 1 Mawar duduk sebelah Wan Nor Azreen. Anak cikgu.
  4. Masa aku darjah 4 aku ada best friend nama dia Nor Adillah. Malangnya tak dapat teruskan persahabatan kerana bila masuk darjah 5 aku duduk dengan atuk di Johor dan bersekolah pula di SK Chempelak.
  5. Di SK Chempelak masuk kelas 5 Kuning. Bersahabat pula dengan Saadiah anak Pak Din second hand. Gelaran di beri kerana according to Nasarudin also one of my classmate Pak Din bapak Saadiah tu jual barang2 second hand. Kira bundle kot.
  6. Bila masuk darjah 6 aku dapat masuk kelas pertama 6 Merah bangga gila masa tu pasal sering mendapat perhatian guru dan pelajar. Guru suka sebab nampak bijak dan kekawan suka sebab comel..he he he
  7. Akhirnya di pertengahan tahun sebelum UPSR, dipindahkan semula ke SK Convent 2 Klang. Bermulalah era nakal ku.
  8. Keputusan UPSR biasa je 2a 2b. Masuk kelas form 1 L. Kelas tengah2.
  9. Masa tu aku bercampur dengan ramai orang tak kira tinggi pendek, lawa biasa je, dan lain2. Tapi aku rapat dengan Fazrin anak Kassin kelas 1E.
  10. Masa form one memang active dalam sukan terutama sofbol. Minat sangat dengan sukant ni. Terpilih mewakili sekolah sehingga peringkat daerah pada tahun 1993. Kira naib johan bagi selangor la.. Johan masa tu sekolah MGS (Methodist Girl School).a tu aku jadi cathcher ( tapi simpanan ler he he)
  11. Juga active dalam dikir barat sejak tingkatan 1. Yang paling aku ingat sewaktu persembahan undangan di Subang Parade. Best sebab joint dengan kakak2 tingkatan 5 yang sporting habis.
  12. Cukup setakat nie aku cerita waktu sekolah dulu, sekarang nak cerita tentang waktu selepas habis form 5 dan sehingga sekarang. Lepas habis SPM pernah bekerja sebagai waitress di Hotel Mutiara Klang. Gaji tak mahal tapi banayk dapat tips dari guest hotel. Entah macammana Uji best firend aku masa tadika pun kerja bersama dengan aku kat situ. Kerja sampai keluar result. Boss aku masa tu Arthuro dari Filipina sporting dan sepatah haram tak tahu bahasa melayu. Kalau bengang dengan dia pakat kutuk dalam bahasa kitorang ler.. he he..
  13. Keputusan SPM keluar dapat Grade 2. Tak confident nak apply so aku start sambung belajar kat Cosmopoint ambil IT. Tak habis sampai second semester jer. Sebab dah start kerja HR CS metal nak bekejar ke klang asyik missed class jer, kerja habis pukul 6. Kelas pulak start 6.30 memang tak sempat.
  14. Kerja selama 2 tahun kat situ dalam tahun 2000 kahwin sampai la nie tak kerja.
  15. Sekarang ada 4 orang anak (tak lama lagi 5).
  16. Goals (matlamat) aku ... taknak anak2 jadi macam aku kalau boleh biar belajar tinggi cuba berjaya dalam pelajaran kerana bagi aku pelajaran amat penting dalam mengharungi hidup mereka di masa akan datang. Di samping itu agama akan tetap menjadi tunjang utama mereka di dalam kehidupan. Insyaallah.
* At the end, choose 16 people to be tagged.

My hubby

Nana

Princess Dyana

Sukicida

Superstar (Suri)

Naimkn

Ahau Dee (Zahidi)

Hani

Tu je kot....

.. jawab ler bila free..


* If I tagged you, it's because I want to know more about you..!

Tidur

Wednesday, April 15, 2009 Edit This 2 Comments »

Tidur adalah salah satu cara menghilangkan stress.

Tidur juga adalah cara kita merehatkan tubuh badan dan minda setelah melalui kehidupan sehari2.

Tidur juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan perbalahan suami isteri contohnya, "Boleh tak kita discuss esok saya dah ngantuk nie," sambil mengiringkan badan dan membontoti pasangan.Mesti bengang je member tu.

Tidur juga merupakan suatu sifat malas dalam diri penganggur.

Rasa mengantuk common apabila kita sedang mengandung.

Tetapi apabila ada new born baby kita akan jarang dapat tidur selena Dina. Kena bangun malam bancuh susu, kalau breast feeding senang sikit sambil baring kita boleh bagi susu kat anak. Susahnya nak tidur.

Bila ada new born baby, waktu tidurlah waktu yang kita dambakan. Teringat balik sewaktu belum ada anak, waktu remaja, waktu kanak2 dan waktu kita pun masih baby, bestnya tidur..zzzzzz

Baru faham perasaan mak2 kita. Sampai sekarang nie pun susah nak tidur terutama ibu yang mengasuh anak orang atau cucu.

Banyak sebenarnya kebaikan tidur nie.

Kenapa aku berbicara pasal tidur? Sebab aku suka tidur. Dan aku nak tidur.. ahh bestnyer jadi surirumah boleh aku tidur...zzzz

Jangan jeles. he he he he..

P/S : Kalau Dr Fadzillah Kamsah atau pakar2 motivasi yang lain tahu mesti diorang bengang sebab bagi dia tidur nie membuang masa why not waktu yang terluang kita membaca buku, beribadat kepada Allah dan membuat kerja yang berfaedah. Menambah pahala. Ya aku setuju.

Tetapi kat sini hujan, mendung dan sejuk ohh nyamannya.. huwargghh.. hmm ngantuknyer..

Selamat bekerja di luar sana dan untuk aku have a nice dream he he he.. bye..

Award?

Sunday, April 12, 2009 Edit This 12 Comments »
Jangan memain baru2 nie aku terima award dari adik iparku eyena yang bakal menjadi ustazah rock alaf baru. Dia ni student UM, tak tahulah awat bebudak UM nie suka memain bagi award so, di entry nie aku pun nak jawab (terima) award tu.. tak tahu betul tak apa aku buat ni..
Apahal pun thank q kerana ingat kat kak ieda sbgai salah seorg penerimanya.. he he he

ok ni syarat dapat award.. aku ikot ja laa.

1. The winner can put the logo on his/her awesome blog.



2. Link the person you received your award from.

Ni link eyena visit la blog dia bila korang free..http://eina-nana.blogspot.com/

3. Nominate at least 7 other blogs
Nak bagi kat sap eek.. bagi kat member yang selalu jengah blog aku ler..

Hubbyku-Aku tau dia malas nak layan he he
Nana- adikku
Sueraya-kawan sekolahku
Sukicida- juga kawan sekolahku
Dyana-Adik ipar kepada adikku
Naimkn-Anak sedara yang sporting
Ahau Dee-Ex Boss ku

4. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated!

Tu jer..

Betul ke eyena?

Tercapaikah impian anda??

Thursday, April 09, 2009 Edit This 9 Comments »
Memang topic bab anak mendapat respon yg memberangsangkan.. macam2 komen, ada yang cakap tentang bab kuality, productivity dah jadi macam kilang pulak. Suka hati diorang ajer..

Ok lets we change our topic sebelum makin banyak comment tentang produce young (salah satu bab science yang Arrie tengah belajar la ni). Semakin merapu jadinya.

Adakah impian anda sudah tercapai? Sekarang la masanya kita mengukur samaada kita dah berjaya dalam mencapai cita2 masa kecik dulu? Adakah korang sumer membayangkan suatu hari nanti kehidupan kita seperti what weve been through now? Ataupun kita hanya goes on dengan kehidupan kita?

For my side, aku tak terbayang dan tak terberangan yang suatu hari nanti (hari nie la) aku hanya menjadi housewife ajer. Still remember dulu aku suka berangan (ala2 Iffa) aku akan terbang di angkasa (stewardess), tapi bila besar kawan aku Siti Nuru Aini cerita yang kakak dia jadi stewardess, kerja diorg termasuk lap muntah penumpang. Yerkss.. terus mengecut cita2 aku. Put aside.

Ada lagi satu cita2 aku jadi polis.. Kecik2 dulu abah aku selalu suruh kami (adik beradik aku) pasang butang baju uniform polis.. banyak tau butang yang nak kena pasang. Lepas siap pasang butang baju abah biasanya aku suka menggayakannya sambil pakai topi polis. Hui kira smart dan segakla. Boot (kasut) abah pun aku selalu try jugak.. betapa kuatnya aku berangan waktu kecik dulu. Yang paling aku suka dan ingat sampai sekarang bila abah pergi dan balik dari kerja, aku suka sangat tengok abah pakai unform polis. Sampai sekarang aku memang suka tengok polis2 yang pakai uniform, cantik2 dan segak2 diorang.

Tapi tak tercapai jugak.. sebab aku masih ingat lagi di sekitar tahun 1998 atau 99 masa tu abah terlantar sakit kat hospital aku terbaca iklan jawatan kosong untuk jawatan konstabel, dan lain2 jawatan di PDRM ramai diorang nak pakai. Masa tu tergerak hati aku nak apply, aku pergi jumpa abah kat Hospital Um, abah masa tue tengah sakit teruk sebab leukimia.

Aku sembang ngan abah pasal hasrat aku tu abah aku ada jugak suruh aku cuba. Tetapi bila diketahui oleh seorang makhluk allah nie tiba2 dia tergelak kuat, "Ieda nak jadi Polis.. tah pape ntah." terus merundum hasrat aku. Aku nie mudah patah semangat bila dikutuk macam tu sebab aku rasa rendah diri dengan diri aku sendiri. Dahla tak belajar tinggi tak macam adik beradik aku yang lain. So aku lupakan hasrat aku dan teruskan kehidupan aku sebagai kerani kilang.

Akhirnya aku berkenalan dengan hubby aku masa tu pulak abah aku paling kuat support aku suruh teruskan hubungan dengan dia. Aku pada masa tu paling banyak konflik dalam hidup dan sedang mencari2 arah ikut sahaja nasihat abah aku. Memang sudah jodoh aku.Cinta. Masa mula2 dulu aku tak akui, tapi bila aku asyik cemburu tengok dia bawa operator pergi customer, aku asyik terjenguk2 kereta dia kat car park (kira tak nampak org nampak kereta pun jadi la), asyik ternanti call dari dia.. agak2 itu cinta ke mengada2? Jangan memain aku nie kuat cemburu tau.

Lagipun hubby aku ada criteria yang abah aku suka (malu nak cakap aku pun suka). Biasanya nasihat orang tua nie betul. Hubby aku masa tu engineer QA tempat kerja aku. Dari segi income dah stabil so apa nak fikir lagi. Abah dah bagi green light, bakal suami dan bapa kepada anak2 punya latarbelakang education yang baik, ada pengetahuan agama yang baik yang boleh bimbing aku dan anak2. Aku pun taknak fikir panjang. Inilah calon suami yang paling sesuai...

Masih ku ingat waktu yang paling kuat aku dikritik dan di perli ianya berlaku sewaktu aku bertukar job scope. Sebelum tu aku banyak handle hal employee, buat kerja seperti key in attendance, prepare warning letter and kerja yang related dengan HR la. Lepas Zahidi masuk jadi superior aku, aku bertukar menjadi clerk dia banyak prepare training material dan kekadang jadi aku assistant facilitator la. Dari banyak membuat kerja2 HR aku banyak bantu dalam hal2 training. Best..banyak rileks.

Masa tu aku rasa self confident aku semakin tinggi, aku seronok dengan perubahan kerja aku dengan sikap aku yang happy go lucky aku semakin ramai kawan yang boleh aku hang out bila weekend. Aku berusaha belajar improve bahasa english aku melalui pembacaan sewaktu aku photostat training material. Masa tu boss aku Jean Ooi dan Zahidi banyak encouraged aku dan banyak puji kerja yang aku buat. Thanks.

Tapi di sebabkan kata2 org yang terlalu mengkritik aku, (kerja under training ni tak islamic) aku tak tahan sehingga aku berubah sikap dan di panggil oleh kedua2 boss aku diorang tanya masalah aku. Aku beritahu mereka kononnya aku suka dengan job scope aku sebelum nie. Aku tak sesuai kerja dengan training dept. Kononnyala.

Sebenarnya tidak, aku bohong. Aku suka kerja under training sebab banyak kawan. Akhirnya aku ditukar ke cawangan kilang yang berhampiran dengan rumah. Padan muka. Kat situ bermulalah hari yang paling tak mengembirakan. Kerana terlalu ramai melayu kebanyakannya dari Kelantan n Terengganu yang berpuak2. Aku takde member kat situ. Macam orang asing. Bila start nak berkawan dengan orang perempuan, diorang taknak sebab slang (loghat) aku tak sama so tak boleh gang.

Lagi satu bila kerja ngan minah2 nie, terlalu banyak fitnah di lemparkan kat aku. Nak kawan dengan diorang, diorang pandang kerek, akhirnya aku banyak lepak ngan staff dept aku ajer. Pantang nampak borak ngan staff lelaki.. ada la gosip tak sedap aku dengar. Sampai boleh bergaduh laki bini orang yang dikaitkan dengan aku tu (diorang satu tempat kerja).

Tak best betul bila kerja kat CS Plasy, aku rindu suasana kerja kat CS Metal (HQ). Lagipun silap aku jugak tak pandai jaga diri. Ramah tak tentu pasal. Mestila ada orang yang tak senang.

Akhirnya dua minggu sebelum aku nikah aku ambil keputusan jadi surirumah aje. Kurang fitnah dan yang pasti rumah tangga pasti terurus. Dan sejak berkahwin aku banyak berubah maklumlah title aku sebagai isteri kena jaga kalau tak tempias nya kena pada hubby aku jugak. Hubby aku? Dia pun tak galakkan aku bekerja.

Best sebenarnya kalau kita kenang kisah dulu.. kisah masa bebudak buat suka hati kita jer.. bila keja, saham pulak meningkat. Bila kawin sibuk pulak uruskan rumahtangga.. kekadang stress aku dibuatnya. Tapi inilah perjalanan hidup aku yang reality. Aku dah semakin serasi dengan life aku sekarang. Aku semakin happy sebab banyak tidur..zzzzz

Pendek kata sesiapa yang mampu mencapai impiannya ia adalah suatu yang sangat2 harus di banggakan. Untuk anak2 aku pastikan aku sentiasa berada di belakang mereka untuk mencapai cita2 mereka.

Aku? Impian aku sekarang aku nak ada sebuah rumah ala2 kampung.. duduk di kawasan kampung lebih menenangkan. Habiskan masa tua aku bersama suami tercinta dan anak2 yang ramai.. semuanya sederhana.. Sempatkah aku merasainya nanti? Hanya tuhan aje yang tahu.

Aku cuma berharap impian aku yang satu nie akan tercapai. Yang dulu2 tu kira hangus la.

Berapa ramai anak?

Wednesday, April 08, 2009 Edit This 10 Comments »
Semalam sempat berym dengan Naim (anak sedara) dan eyena (adik ipar), lupa nak bagitau.. Sue and Shida add id aku ieda_zuraida, dah lama tak sembang ngan korang.

Berbalik cerita tadi, Naim sempat tanya samaada aku dah scan jantina baby belum. Aku sempat melawak scan dengan tukang urut masa aku pergi beli ikan di kedai Kak Yah kelmarin, tukang urut tu cakap mungkin baby girl. I hope so, tapi bukan leh caya.. semuanya kuasa tuhankan.

Aku beritahu kat Naim anak dah lima malas nak pergi scan kat doktor, bukannya apa anak ke 5 nie aku hanya berharap semoga di lahirkan sihat dan menjadi anak yang soleh serta solehah dahla.

Naim habaq 5 mana ada ramai, kalau dia nak anak 10 orang.. mak aii.. ramainya Naim, dia habaq lagi dia nak sumer kembar sekali beranak 2 orang, 5 kali dah cukup 10 orang. Lawak jugak Naim nie.

Kalau nak di ingatkan balik hubby aku masa kami mula2 nikah pada tahun 2000, dia pernah cakap hal yang sama nak anak 10 orang, 5 orang sebelum usia dia 35 tahun. Tapi tak tercapai sebab kurang sorang masa umur dia 35 tahun, aku hanya dapat melahirkan 4 orang je. Itupun aku dah bising sebab malu bukannya apa kekadang sedih bila orang sibuk perli aku padahal anak itukan pemberian tuhan. Ada yang susah nak dapat anak sanggup berhabis beribu2 guna bermacam cara nak dapatkan anak. Tapi aku pulak terlalu mudah, bak kata Kakak aku Miza, rezeki aku lebih kepada anak.


Melihat anak2 membesar di depan mata merupakan suatu kepuasan bagi setiap ibu.

Adik aku Nana, tunggu hampir 7 bulan untuk dapatkan anak, alhamdulillah kini dia sudah mengandung dan pernah jugak cakap dengan aku lepas nie dia taknak makan ubat sebab nak anak ramai. Aku rasa elok jugakla sebab suami adik aku Fendi, suka dengan bebudak. Kalau jumpa dengan anak2 aku, rileks aku jadinya pasal dia rajin main dengan diorang especially Dina ngan Ammar. Tapi kita tengok je bila Nana bersalin mana tahu lepas bersalin dia ubah fikiran ke. Sakit tau bila bersalin ni. Bukan senang. Sebab tu kita kena banyak hargai ibu kita.


Mak dengan Dina, wajah yang banyak menyimpan suka dan duka di dalam hidupnya.

Setiap kali aku bersalin aku mesti ingat kat mak aku sebab aku banyak buat salah dengan mak sejak aku kecik sampai la nie. Dan yang paling sedihnya mak aku ni tiap kali aku sakit nak bersalin dia mesti terasa dulu. Pernah sewaktu aku nak melahirkan Ammar, waktu tu kalau boleh aku tak nak hubungi mak sebab dah pukul 2 pagi, entah macamana tiba2 mak telefon hubby aku pada pukul 3 pagi dan tanya aku dah bersalin belum. Terkejut aku, macammana mak tahu? Rupa2nya mak tak dapat tidur hari tu dia rasa macam aku dah nak bersalin, tu yang dia telefon hubby aku tanya keadaan aku. Terus di telefon 3 jam sebelum bersalin, aku menangis minta ampun dan maaf dengan mak doakan aku selamat bersalin.


Kasih seorang ibu kepada anaknya tidak berbelah bahagi.

Ya Allah itulah kelebihan kita apabila menjadi ibu susah senang anak, ibu yang akan terasa dulu. Aku nie bukan boleh cerita pasal anak2 dan mak airmata aku mudah mengalir. Sebabnya aku tak sanggup hadapi saat anak2 tinggalkan kami untuk teruskan hidup mereka dan mak aku pulak sebab aku banyak buat salah dengan mak.

So sekarang nie aku banyak terima pakai kata2 orang yang lebih positif contoh orang yang selalu galakkan aku bersalin banyak waktu muda ialah Kak Nab ibu Naim (juga kakak iparku), nenek Nat ( Ibu abg Khalil), dan beberapa orang lagi. Kata mereka nanti dah tua kita senang. Harap2 aku dapat asuh anak2 aku menjadi manusia yang berkualiti di dunia dan akhirat.

Gambar nie masa aku nak melahirkan Dina sejam sebelum di bawa ke wad bersalin HTAR. Tengok je riak wajah aku waktu ni..

Pernah jugak Abg Zain (suami Kak Nab) bergurau dengan kami bila lihat anak2 kami berlari2 membuatkan suasana rumahnya riuh. Katanya bila depa nie kecik kita nampak ramai tapi bila depa dah besar lepas sorang2 akan tinggalkan kita. Masing2 dah ada urusan mereka sendiri.

Dina sedang lena tidur, waktu nie sejam selepas Dina di lahirkan. Selalunya selepas melihat riak muka wajah anak yang kita lahirkan ke dunia, akan datang suatu perasaan yang terlalu indah aku rasakan.. Bahagianya ketika ini..


Betul jugakkan so aku ingatkan lepas nie mungkin jika sekiranya Allah berikan aku zuriat lagi aku akan terima dengan hati terbuka kerana anak adalah pemberian Allah kepada kita yang tak ternilai. Hubby aku mesti gembira bila baca posting terbaru aku nie sebab dia memang suka anak ramai..

Percayakah Aku?

Monday, April 06, 2009 Edit This 8 Comments »
Aku sendiri tak percaya dengan apa yang terjadi.. Kenapakah aku? Kenapa? Why? Kenapa bukan orang lain? Sanggup aku memalukan diriku sendiri.. Tapi aku tak mampu ubah takdir yang terjadi.. Apahal pulak aku berdrama tengah maghrib nie?

Percaya tak? Last week aku gi PKNS with my family.To make it short and simple tengah jalan2 tu kitorang nampak cantik.. jer kerusi bersusun depan stage. Aku yang tengah membuyung nie pun melepakkan perutku di situ.

Tak lama tu Irwanshah naik atas pentas. Siapa pulak mamat ni? Dialah duta up town Shah Alam. Aku mana la kenal dia. korang kenal tak? Mula-mula aku ingat dia tu mamat suruhan PKNS ataupun magician yang bakal buat demo kat situ. Lepas diorang announced dia duta uptown shah alam aku dengan segeranya bisik kat telinga hubby aku..ooo duta pasar malam rupanya..

Ooh betapa Sadyahnya mulut aku. Sadyah apa itu Sadyah? Menurut mak aku Sadyah nie orang kampung mak aku kat Perak.. mak aku citer lagi Sadyah nie kalau dia bercakap suara dia boleh dengar sampai seberang sungai kampung tu.. Betul ke mak? Entah betul entah tidak.. mak aku ni lawak orangnya.. Dari kecik adik beradik aku kalau ada salah sorang dari kami main cakap lepas maka gelaran Sadyah akan lekat kat orang tu. Apasal pulak aku citer pasal Sadyah.. Ok balik pada cerita tadi...

Ada satu quiz teka berat tembikai sapa betul atau hampir jawapannya akan dapat tembikai kuning tu. Aku tengok ramai gak penonton kat situ cuba bagi jawapan entah macammana mulut aku yang takde insuran ni pun mulalah dengan lantangnya bersuara 1.8kg.

Alamak betulla jawapan aku bagi at the same time ada mamat tua pun bagi same answer like mine. Kitorang kena panggil naik pentas. Aku yang hampir terasa nak beranak ni pun suruh hubby aku naik.. dah sudah dia pun taknak.. Si mamat Irwan tu pun pujuk naik gak okla.. sambil tersipu2, aku control cun naik kat stage tu.



Disebabkan ada dua winner buah tembikai (apa kelasss..) kitorang kena jawab apa maksud PKNS. Ooh.. manala aku tahu.. aku dengan merapunya menjawab Pusat (apa da pusat..) Kompleks Negeri Selangor, si mamat tua tu pun salah jawab, dua kali lima aku jugak.. Sayup2 aku dengar suara nyaring hubby aku dari bawah stage (kira talian hayat aku la) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Aku terus jawab benda yang sama.. Akhirnya aku dapat bawak balik buah tembikai yang menjatuhkan keayuanku itu..

Ooh malunya aku..

Pengajaran.. Jangan Sadyahkan mulut anda...

just wannna to know...

Thursday, April 02, 2009 Edit This 11 Comments »
Belajar rajin2 k.. jangan jadi macam mama..


..whether i still can write more word in english or not..

As we know that i'm not excellent during my school time that make me regret for whole my life until now i'm feel down when see all my old friends become somebody today.

And me juz like this and try to encouraged all my children to be somebody that i cant be...

I dont know why since im be a wife and a mother i rarely using english to communicate with my hubby. Maybe im to shy if i'm wrong using a correct words.

Or may be i feel it is not so important to speak english with kak yah, tauke kedai ikan that everyday i bought a few ingredients to make a some dishes for my family. Or else with my neighbour who worked as a factory operator and sometimes i met my other neighbours who always spoke bahasa jawa with me.. he he he pikirla sendiri.. alamatnya syok sendiri la aku..

I still remember my ex boss Jean Ooi and Zahidi who tried to encouraged me talk more in english using our dept pledge that they made just because want to make sure i always speak in english during communicate with them.

They collect 20sen for each word in malay as a penalty. Its all because of my ex superior Zahidi who forced me to improve my english.. But thanks during that time im really forced my self just because dont want to lose more money.

Ciannyer on that time im just worked as a HR clerk and my salary that i gained is just RM800++ but because of the pledge im lost almost RM30 for every month but luckily the campaigned only began for 3 month... huh jenuh..

Ok thats all for today.. Saja suker suker.. mengada2 kan..? Kwang kwang kwang..

Jalan-jalan cari makan..

Wednesday, April 01, 2009 Edit This 6 Comments »
Last week kitorg gi jalan2 tak silap aku hari khamis kot. Tak kemana pun cuma gi giant bukit tinggi. Kalau gi jalan malam2 ni best tak jam and tak panas. Adala beberapa gambar yang aku sempat snap nak buat modal dalam blog kononnya.

Kat atas ni dah tentuaku n with my cute little daughter Dina, sejak dua menjak nie entah nape dia suka duduk kat last row keta avanza kami. Nak taknak aku pun kena duduk sekali ngan dia takut2 dia tergolek sorang2 kat belakang.

Sampai kat giant anak2 aku apalagi berlari ke play area giant. Korang tengokla sendiri kalau bebudak nie dapat main reramai, malu beb.Tak leh nak control, anytime anywhere even kat dalam kereta pun diorang bergusti. Tak caya? Tengokla sendiri...

Tu baru sikit... nasib baik anak dara aku yang kecik ni dapat behave perangai dia, kalau ikut macam perangai abang2 dia mau stress aku dibuatnya..


Bila dah penat kena la bagi makan, kira macam keretala banyak berjalan banyakla habis minyaknya kan..Lepas nie kalau dah kenyang depa sambungla balik. Senyap buat sementara jer..

Dina pulak taknak duduk kat baby seat KFC, dia sibuk bawak cawan cinonetnya jalan2 sambil menyapa pelanggan kat situ. Biarlah janji aku dapat menikmati makan malamku.. nak buat apa buatla, jangan kacau mama dah la yek.

Tak terkecuali anak aku yang sorang lagi nie.. kalau melaram no 1. Mak aku cakap Iffa nie macam aku kecik2 dulu.. Muka dan perangai memang serupa.. Cakap banyak dan kaki melawa.. Ye ke mak? Entah betul entah tidak.. ye ke? Tak cayala.. takkan lah.. Ye ke aku suka melawa? Mana ada.. gosip je ni...

Yang paling best hubby aku la.. sempat tengok harakah daily lagi.. Dalam hiruk pikuk anak2 dia sempat makan sambil access internet. Bahagianya dia.. Geramnya aku...

Kat KFC la nie ada wifi so lehla kita makan sambil access internet. Tapi tak best la coz dia punya speed agak slow compare ngan starbuck kan?

Baik tengok kat rumah speed dia lagi laju dari KFC. Free lagi...