Tercapaikah impian anda??

Thursday, April 09, 2009 Edit This 9 Comments »
Memang topic bab anak mendapat respon yg memberangsangkan.. macam2 komen, ada yang cakap tentang bab kuality, productivity dah jadi macam kilang pulak. Suka hati diorang ajer..

Ok lets we change our topic sebelum makin banyak comment tentang produce young (salah satu bab science yang Arrie tengah belajar la ni). Semakin merapu jadinya.

Adakah impian anda sudah tercapai? Sekarang la masanya kita mengukur samaada kita dah berjaya dalam mencapai cita2 masa kecik dulu? Adakah korang sumer membayangkan suatu hari nanti kehidupan kita seperti what weve been through now? Ataupun kita hanya goes on dengan kehidupan kita?

For my side, aku tak terbayang dan tak terberangan yang suatu hari nanti (hari nie la) aku hanya menjadi housewife ajer. Still remember dulu aku suka berangan (ala2 Iffa) aku akan terbang di angkasa (stewardess), tapi bila besar kawan aku Siti Nuru Aini cerita yang kakak dia jadi stewardess, kerja diorg termasuk lap muntah penumpang. Yerkss.. terus mengecut cita2 aku. Put aside.

Ada lagi satu cita2 aku jadi polis.. Kecik2 dulu abah aku selalu suruh kami (adik beradik aku) pasang butang baju uniform polis.. banyak tau butang yang nak kena pasang. Lepas siap pasang butang baju abah biasanya aku suka menggayakannya sambil pakai topi polis. Hui kira smart dan segakla. Boot (kasut) abah pun aku selalu try jugak.. betapa kuatnya aku berangan waktu kecik dulu. Yang paling aku suka dan ingat sampai sekarang bila abah pergi dan balik dari kerja, aku suka sangat tengok abah pakai unform polis. Sampai sekarang aku memang suka tengok polis2 yang pakai uniform, cantik2 dan segak2 diorang.

Tapi tak tercapai jugak.. sebab aku masih ingat lagi di sekitar tahun 1998 atau 99 masa tu abah terlantar sakit kat hospital aku terbaca iklan jawatan kosong untuk jawatan konstabel, dan lain2 jawatan di PDRM ramai diorang nak pakai. Masa tu tergerak hati aku nak apply, aku pergi jumpa abah kat Hospital Um, abah masa tue tengah sakit teruk sebab leukimia.

Aku sembang ngan abah pasal hasrat aku tu abah aku ada jugak suruh aku cuba. Tetapi bila diketahui oleh seorang makhluk allah nie tiba2 dia tergelak kuat, "Ieda nak jadi Polis.. tah pape ntah." terus merundum hasrat aku. Aku nie mudah patah semangat bila dikutuk macam tu sebab aku rasa rendah diri dengan diri aku sendiri. Dahla tak belajar tinggi tak macam adik beradik aku yang lain. So aku lupakan hasrat aku dan teruskan kehidupan aku sebagai kerani kilang.

Akhirnya aku berkenalan dengan hubby aku masa tu pulak abah aku paling kuat support aku suruh teruskan hubungan dengan dia. Aku pada masa tu paling banyak konflik dalam hidup dan sedang mencari2 arah ikut sahaja nasihat abah aku. Memang sudah jodoh aku.Cinta. Masa mula2 dulu aku tak akui, tapi bila aku asyik cemburu tengok dia bawa operator pergi customer, aku asyik terjenguk2 kereta dia kat car park (kira tak nampak org nampak kereta pun jadi la), asyik ternanti call dari dia.. agak2 itu cinta ke mengada2? Jangan memain aku nie kuat cemburu tau.

Lagipun hubby aku ada criteria yang abah aku suka (malu nak cakap aku pun suka). Biasanya nasihat orang tua nie betul. Hubby aku masa tu engineer QA tempat kerja aku. Dari segi income dah stabil so apa nak fikir lagi. Abah dah bagi green light, bakal suami dan bapa kepada anak2 punya latarbelakang education yang baik, ada pengetahuan agama yang baik yang boleh bimbing aku dan anak2. Aku pun taknak fikir panjang. Inilah calon suami yang paling sesuai...

Masih ku ingat waktu yang paling kuat aku dikritik dan di perli ianya berlaku sewaktu aku bertukar job scope. Sebelum tu aku banyak handle hal employee, buat kerja seperti key in attendance, prepare warning letter and kerja yang related dengan HR la. Lepas Zahidi masuk jadi superior aku, aku bertukar menjadi clerk dia banyak prepare training material dan kekadang jadi aku assistant facilitator la. Dari banyak membuat kerja2 HR aku banyak bantu dalam hal2 training. Best..banyak rileks.

Masa tu aku rasa self confident aku semakin tinggi, aku seronok dengan perubahan kerja aku dengan sikap aku yang happy go lucky aku semakin ramai kawan yang boleh aku hang out bila weekend. Aku berusaha belajar improve bahasa english aku melalui pembacaan sewaktu aku photostat training material. Masa tu boss aku Jean Ooi dan Zahidi banyak encouraged aku dan banyak puji kerja yang aku buat. Thanks.

Tapi di sebabkan kata2 org yang terlalu mengkritik aku, (kerja under training ni tak islamic) aku tak tahan sehingga aku berubah sikap dan di panggil oleh kedua2 boss aku diorang tanya masalah aku. Aku beritahu mereka kononnya aku suka dengan job scope aku sebelum nie. Aku tak sesuai kerja dengan training dept. Kononnyala.

Sebenarnya tidak, aku bohong. Aku suka kerja under training sebab banyak kawan. Akhirnya aku ditukar ke cawangan kilang yang berhampiran dengan rumah. Padan muka. Kat situ bermulalah hari yang paling tak mengembirakan. Kerana terlalu ramai melayu kebanyakannya dari Kelantan n Terengganu yang berpuak2. Aku takde member kat situ. Macam orang asing. Bila start nak berkawan dengan orang perempuan, diorang taknak sebab slang (loghat) aku tak sama so tak boleh gang.

Lagi satu bila kerja ngan minah2 nie, terlalu banyak fitnah di lemparkan kat aku. Nak kawan dengan diorang, diorang pandang kerek, akhirnya aku banyak lepak ngan staff dept aku ajer. Pantang nampak borak ngan staff lelaki.. ada la gosip tak sedap aku dengar. Sampai boleh bergaduh laki bini orang yang dikaitkan dengan aku tu (diorang satu tempat kerja).

Tak best betul bila kerja kat CS Plasy, aku rindu suasana kerja kat CS Metal (HQ). Lagipun silap aku jugak tak pandai jaga diri. Ramah tak tentu pasal. Mestila ada orang yang tak senang.

Akhirnya dua minggu sebelum aku nikah aku ambil keputusan jadi surirumah aje. Kurang fitnah dan yang pasti rumah tangga pasti terurus. Dan sejak berkahwin aku banyak berubah maklumlah title aku sebagai isteri kena jaga kalau tak tempias nya kena pada hubby aku jugak. Hubby aku? Dia pun tak galakkan aku bekerja.

Best sebenarnya kalau kita kenang kisah dulu.. kisah masa bebudak buat suka hati kita jer.. bila keja, saham pulak meningkat. Bila kawin sibuk pulak uruskan rumahtangga.. kekadang stress aku dibuatnya. Tapi inilah perjalanan hidup aku yang reality. Aku dah semakin serasi dengan life aku sekarang. Aku semakin happy sebab banyak tidur..zzzzz

Pendek kata sesiapa yang mampu mencapai impiannya ia adalah suatu yang sangat2 harus di banggakan. Untuk anak2 aku pastikan aku sentiasa berada di belakang mereka untuk mencapai cita2 mereka.

Aku? Impian aku sekarang aku nak ada sebuah rumah ala2 kampung.. duduk di kawasan kampung lebih menenangkan. Habiskan masa tua aku bersama suami tercinta dan anak2 yang ramai.. semuanya sederhana.. Sempatkah aku merasainya nanti? Hanya tuhan aje yang tahu.

Aku cuma berharap impian aku yang satu nie akan tercapai. Yang dulu2 tu kira hangus la.

9 comments:

Suki Cida said...

hahah siti nurul aini pun sama dengan kakak diakan? lap muntah org ke? hahaha jahat aku... yah rindu kawan2... cik gu2kan... alhamdulilla cita2 aku tercapai... lepas PMR aku ambik kelas yang ada account... memula tak minat, bila SPM account aku lulus dengan tidak di sangka2, maka aku pun sambung la diploma and degree dalm accounting and sekarang alhamdulilla aku masih dlm bidang yang sama... aku dah tak reti dah bidang lain... otak aku dr sekolah tengok nombor je... kalau ko bagi aku wat ayat mmg tunggang terbalik... yang pastinya baca je blog aku, tah apa-apa aku merepek, bahasa tunggang terbalik... hahahah

ieda said...

Ye ke.. baguslah tu..ko pun ada degree yek? kat mana?

anyway... ko memg otak merapu..ok ape..penulisan ko.. buat hidup aku ceria bila start contact ngan korang..

Yg kenal siapa aku waktu sekolah..

Aku silapnya masa form 4 salah pilih subject. nasib badan tak tya kat org lebih tua nak dapatkan panduan..

hisk..hisk..

NAIMKN said...

naim pn gtau gak!!alhamdulillah,cita2 naim akan tercapai sedikit masa lg..insyaallah...

ieda said...

Cikda doakan naim berjaya. Suka lihat orang berjaya. Cikda kurang berjaya dalam akademik tapi cuba berjaya dalam memperbaiki kelemahan diri yang ada.

Doakan kebahagian kita bersama dengan redha allah.

Ahau - Dee said...

Ieda,

Sampai sekarang saya masih ingat lagi bila Ieda bagitau yang pekerja-pekerja di bahagian production panggil saya 'Anjing Cina' ... he he he. Itu adalah antara perkara yang tak dapat dilupakan di CS Metal.

Apapun, semuanya dah jadi sejarah kan dan semua orang ada kehidupan masing-masing.

Bagi saya, dalam mencapai impian hidup kita ni, jangan didengar sangat cakap orang lain sebab setiap orang itu berbeza. Yang penting, dengar apa kata hati kita. Tak kemana hidup ni kalau asyik nak fikir apa orang lain cakap. Betul tak?

ieda said...

ye betul..

tapi at least abg dee dah berjaya tapi diorg sumer still macam tu jugak

kekadang kata2 org tu lebih berupa cemburu dengan kejayaan yg kita kecapi.

Mungkin sesetengah org tak kisah apa org cakap, ieda lebih amik berat sebab tu buat keputusan duduk kat umah lagi senang.

NAIMKN said...

thanx cida..insyaallah...naim akan wat yg terbik..target naim dlm masa 2 thn nie, nak dpt gak Ir...doakan naim cida...ijazah x menjamin kebahagian cida.yg penting dpt hdup bahagia n tenang. itu dah memadai untuk hidup sebagai insan.

ieda said...

tahniah kat naim, akan sambg master..bangga lihat kejayaan saudara2 terutama generasi muda..

ye, tapi ilmu tetap perlu dicari..walau duk kat umah tak jejaskan pencarian ilmu.

Belajar sampai capai cita2 naim..k..

Suraya said...

best dgr cite ko zaman keje. tapi aku rasa life ko skang lebih bahagia dan bermakna. aku pun keje mcm2 tempat eda. skang ni serasi sket sbb aku memang takde campur sesapa. aku buat hal aku, korang buat ler hall korang. aku dgn muka sombong ni.. sape berani nak tegur kan? hehehe

tapi bende ni kadang2 buat kite lebih matured, tabah and strong. sbb kite pernah melaluinya, kite jadi lagi cekal.

dulu, masa aku keje proton.. singapore airlines, event company bla bla.. ramai tak suka aku especially perempuan. byk musuh aku. tapi aku seperti yg ko kenal wat bodo jer. dgn lelaki tak kawan, dgn perempuan apatah lagi. aku selalu kena ejek 'pulau'.

skang ni je aku serasi sikit la walaupun dpt boss garang mcm nak gila.. tapi dah dekat 5 tahun kat sini, aku boleh dikira bahagia gak ler.. hehe..

apa pun eda, esok kalau aku nak beranak, leh tak aku minta nasihat2 berguna dr ko? hehe