Dilema...

Friday, April 24, 2009 Edit This 2 Comments »
Dah sebulan sebenarnya cerita tentang hubby aku akan berpindah ke Batu Pahat bertukar tempat kerja tapi masih takde hitam putih lagi. Yelah sebab main reason yang hubby aku bagi his wife nak bersalin (aku ler).

Tapi persoalannya mampukah aku memulakan hidup baru berjauhan dengan mak dan adik beradik di sini. Hubby aku cakap dia boleh challenge yang aku bila di takdirkan kena berpindah dan duduk berjauhan ngan mak mesti terkena wabak Home Sick. Hubby aku cakap kalau kat asrama masa sekolah dulu biasa bila ada bebudak asyik demam jer...

Tak taula.. memang sebenarnya aku tak pernah duduk lain negeri dan selalunya setiap minggu aku akan merengek minta hantar pergi rumah mak.

Aku still remember bila aku nak lahirkan Iffa duduk ler sekejap kat kampung hubbyku di Kedah nun.. sebulan rasanya. Setiap kali telefon mak tak sempat aku nak bercakap dah sebak baru bercakap sepatah dah menangis. Sedih sangat..kononnya...

Tapi aku anggap kalau sekiranya diorang (boss) masih nak suruh hubby aku kerja kat sana, aku nak jadikan pengalaman di dalam hidupku yang hanya sementara ni dudk berdikari, berlainan negeri dengan ahli keluargaku di sini.

Selama nie terlalu senang sangat bila hubby aku pergi outstation telefon along ker, abang ker mintak ambil aku hantar pergi rumah mak. Aku kan takde lesen jadi risau jugak kalau bawak keta nie sendiri.

Entahlah tengok jela apa yang akan di takdirkan untuk kami nanti..cuma pinta ku segala apa yang berlaku ini membawa kebaikan kepada keluarga ku. Tapi BOLEH KER?....

2 comments:

Suki Cida said...

wooooo jauh tu! aku pun tak sanggup nak jauh dengan mak aku... ni mak aku nak pindah ni belum pindah aku dah rindu, nak balik kerja nak polok je mak aku... sob sob... so aku dpt rasa apa ko rasa!

ieda said...

hmm.. tu la walaupun dah jadi mak org
tapi masih rasa asyik nak duduk ngan mak jer kan...

Ko sanding bulan aug kan..insyaallah aku pi la umah ko nanti.. lama ko tak jenguk blog aku sibuk ker...