Kawan..

Thursday, September 30, 2010 Posted In Edit This 3 Comments »
Sukar mencari seorang kawan yg boleh membantu kita diwaktu susah dan senang. Yang boleh menasihati kita tentang baik dan buruk perbuatan kita. Yang boleh menyimpan rahsia yang diceritakan kepada kita. Yang ambil berat perasaan kita. Yang menyedari perubahan yang berlaku dalam setiap tindak tanduk kita. Yang sememangnya ikhlas menerima kita sebagai seorang KAWAN. Tetapi didalam memilih kawan yang boleh menjadi teman suka dan duka kita seeloknya pilihlah teman yang sejantina dengan kita. Lebih memahami lebih mengerti.

Kawan yang sejati perlu selalu memaafkan kawan yang pernah berlaku salah kepadanya dan sedia memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan terhadap kawannya.

Itulah kawan dan aku rasa aku dah menjumpai kawan itu. Semoga persahabatan yang aku hulurkan seikhlasnya berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Hari ini...

Wednesday, September 22, 2010 Posted In Edit This 0 Comments »
Hidup ini hanya untuk hari ini tiada esok atau lusa mahupun tulat. Perkara yang dah berlalu harus dilupakan dan disimpan rapi tanpa perlu mengungkit atau mengenangkannya..Segala kesilapan yang dilakukan, minta diberi keampunan dan kemaafan. Kita hanya hidup untuk hari ini. Hari ini sahaja untuk kita.. bila itu yang kita fikirkan, kita senantiasa berbuat yang terbaik hanya untuk hari ini...

Hanya hari ini, hanya hari ini peluang kita untuk menyiapkan diri. Ingatkan diri ini supaya memikirkan hanya hari ini peluang kita hanya hari ini kita diberi peluang bernafas di dunia..hanya hari ini..jika itu yang difikirkan sentiasa, Insya-Allah kita senantiasa menjaga perilaku, tata bicara dan amalan kita.. kita senantiasa menjaga sembahyang kita, beribadat dan berbuat segala kebaikan untuk menambahkan pahala bagi menyediakan diri kita..

Hanya hari ini tiada lagi esok untuk kita...

Yea yea raya....

Tuesday, September 14, 2010 Edit This 0 Comments »
Selamat Hari Raya.. tema kami tahun ni adalah warna hijau... sebenarnya tak rancang pun dari awal nak pakai baju bertema2 ni.. tapi apakan daya mama terbekenan pulak ngan kaler ni.. nasib baik gak kulit masing2 putih gebu kan jadi sesuai sangat ler.. ahaks..

Tahun ni kami beraya di Kedah.. balik ke Klang pada raya ke 4.. terpaksa pulak terkocoh2 balik ke Johor selepas habih beraya di rumah kakak2.. huhuhu sedih tak puas lagi nak beraya ni...

Ingat nak balik lagi hujung bulan ni.. tengokla camne ...

Tapi raya kali ni agak spesel sikit.. dapat gak le jumpa ngan kawan lama masa sekolah dulu.. Azlina Rozilawany.. after 13 years..macam tak caya je.. heheh

Aunty Azlina sibuk melayan anaknya yang montel tu bergambara..payah jugak la nak memujuk si comel tu...

Seronok gak dapat jumpa kawan lama ni macam2 cerita...

Secebis kenangan...

Sunday, September 05, 2010 Edit This 2 Comments »

Ini entry aku yang pertama tentang abahku yang telah lama kembali kerahmatullah... aku ambil masa yang agak lama untuk memberi kekuatan kepada diriku untuk mengenang kembali dan menceritakan serba sedikit tentangnya kerana tak tertanggungnya rinduku kepada abah setelah hampir 11 tahun abah pergi meninggalkan kami...

Abah, andai dapat kukembalikan masa ingin sekali aku mendakapmu, memberitahu betapa aku sangat kasih kepadamu.. memberitahu betapa bangganya aku menjadi anakmu..

Jika ajal dapat memberitahuku lebih awal akan kepergiannmu, akan kucuba menjadi anak yang abah banggakan, akan kucuba melaksanakan segala nasihat yang abah berikan..tapi takdir telah menetapkan abah akan pergi meninggalkan kami lebih awal... dan kami hamba yang esa hanya redha dengan ketentuan ini..

Masih segar diingatanku.. di minggu2 terakhir abah sebelum abah pergi selama2nya.. kami kerap berbual sebaik sahaja aku pulang dari kerja... abah jugalah orang yang mendorongku dan menasihati supaya berubah .. Abah menyuarakan keinginnannya untuk melihat aku mengenakan tudung menutup sebahagian auratku.. "Abah ingin sangat tengok anak abah pakai tudung.." itulah tutur kata2 abah yang masih segar diingatanku..

Dan keesokan paginya tanpa memikir panjang dan hidayah Allah juga salah satu kekuatan kepadaku untuk memulakan hariku dengan melakukan kewajiban yang wajib dituruti oleh golongan wanita yang berugama Islam yang selama ini aku engkari..semoga Allah mengampuni dosa2ku yang lalu..

Di pagi itu, aku membuka almari pakaian mencari kain tudung milik ibuku.. dan dipagi itu aku keluar dari bilik tersipu2 dengan memakai anak tudung manik2 dan tudung yang pada ketika itu lebih kepada renda ala langsir... aku sempat bersalaman dengan arwah abah sebelum melangkah keluar.."Abah hanya tersenyum di katil manakala ibu kepada abah turut berada disisi abah iaitu nenek Salamah memujiku.."Wallah cantiknya..." , dan aku pula memulakan hariku sebagai orang baru..

Abah, kami anak2 abah benar2 merindui abah... tapi mana mungkin kita boleh bertemu lagi... di alam ini.. mana mungkin kita dapat bergurau senda, dan ketawa bersama lagi.. mana mungkin kita bersama keluarga makan2 besar di kedai Din Tom Yam yang menjadi restoran pilihan kita sekeluarga..

Abah, aku benar2 rindukan suasana semasa kita dalam perjalanan pulang ke kampung.. dengan duduk berhimpit2 sesama adik beradik, siap mengusik bau ketiak siapa yang paling kuat berbau..hehe sambil2 itu kami juga menyanyi lagu 'Balik Kampung' dendangan Allahyarham Sudirman.. abah nak tahu lagu2 itu menjadi favourite anak2 along, Iskandar ngan Kamillia.. begitu jugak dengan anak2 Ieda...Iffa selalu salah dlm menyanyikan senikata lagu itu.."Blk kampung ooo balik kampung ooo balik kampung hati riang.. perjalanan jauh tak ku sama... kerna hatiku meloncat bersama..'' hehe itu lirik lagu yg diubahsuai oleh cucu abah...

Abah, adik2 juga dah besar.. kesian mereka tak dapat mengenali abah, abah seorang yang baik kepada semua orang.. , abah selalu menyanyi2 kecil selepas habis mandi..biasanya lagu zaman 70 an.. hehe.. abah juga suka bergurau senda ngan anak2... abah seorang yang lucu..

Ieda bangga dan suka sangat bila abah pakai uniform polis bila nak pergi kerja nampak hensem dan segak.. Ieda bangga betul bila dengar abah berbual dengan orang bangsa asing dalam bahasa inggeris.. abah fasih berbahasa Inggeris...

Abah, setiap kenangan semasa abah hidup begitu segar di ingatan kami semua... kami rindukan abah.. andai kata (sekali lagi) kita di beri peluang untuk bersama kembali sudah pasti kami semua akan membahagiakan abah menghabiskan masa bersama abah, memberitahu beribu2 kali kami sayang kepada abah... menghargai abah.. tapi itu semua tak mungkin terjadi...

Kucupan terakhir kami kepada abah sebelum abah menutupkan mata amat kami syukuri sekurang2nya kami diberi peluang untuk mengucup pipi dan dahi abah serta menyatakan sayang kami kepada abah sebelum abah menutup mata selama2nya...


Dan kini kami hanya mempunyai emak, kami adik beradik cuba memberikan kebahagian kepada emak selagi hayat mak masih ada... harap2 mak gembira...

Abah, kami juga berharap doa2 kami kepada abah dan juga mak di makbulkan oleh Allah... Semoga abah tenang di sana...



Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


Dedikasi ini ditujukan kepada abahku, Kprl 49169 Jemain Bin Ismon..