Hari ini...

Wednesday, September 22, 2010 Posted In Edit This 0 Comments »
Hidup ini hanya untuk hari ini tiada esok atau lusa mahupun tulat. Perkara yang dah berlalu harus dilupakan dan disimpan rapi tanpa perlu mengungkit atau mengenangkannya..Segala kesilapan yang dilakukan, minta diberi keampunan dan kemaafan. Kita hanya hidup untuk hari ini. Hari ini sahaja untuk kita.. bila itu yang kita fikirkan, kita senantiasa berbuat yang terbaik hanya untuk hari ini...

Hanya hari ini, hanya hari ini peluang kita untuk menyiapkan diri. Ingatkan diri ini supaya memikirkan hanya hari ini peluang kita hanya hari ini kita diberi peluang bernafas di dunia..hanya hari ini..jika itu yang difikirkan sentiasa, Insya-Allah kita senantiasa menjaga perilaku, tata bicara dan amalan kita.. kita senantiasa menjaga sembahyang kita, beribadat dan berbuat segala kebaikan untuk menambahkan pahala bagi menyediakan diri kita..

Hanya hari ini tiada lagi esok untuk kita...

0 comments: