Sunday, December 28, 2008 Edit This 0 Comments »
Mak akan balik dari Mekah. Sedih ada gembira pun ada. Sedih? Yalah sebab nanti Ajib n Hani mesti susah bila ajak tidur kat sini dan pengalaman kami menjaga adik2 akan berakhir. Kadangkala manusia nie bile dekat tak tahu nak hargai detik tu tapi bila berjauhan baru rindu dan menyesal kerana tak buat sebaik2nya terhadap insan yang dekat ngan kita. Kenapa ek? Macam tu jugak jika apabila seseorang tu meninggalkan kita selama2nya atau sesuatu perhubungan yang terjalin terputus baru nak dikenang2. Padahal sewaktu didepan mata patutnya berusaha berbuat sebaiknya. Itulah manusiakan.

Gembira? Yalah sudah tentu boleh lepak ngan mak selalu. Macam biasa hari biasa curi2 gi umah mak. Bawak cendol yang mak suka. Macammana agaknya mak sekarang kurus ke, maintain ke atau makin bulat ke. Harap mak sihat je.

Pada adik2, kakacik minta maaf bagi pihak kami sekeluarga sekiranya ada yang menyinggung perasaan adik2 sewaktu dalam jagaan kami. Kepada suami tercinta dan anak2 tersayang maafkan mama jika mama melakukan sesuatu yang meninggalkan kesan dalam hati. Kepada ahli kelaurga yang lain begitu juga sorry... kalau terkasar bahasa. Kepada rakan2 maafkan segala kesalahan terkasar bahasa, termakan, terhutang (harap langsai) rasanya belum ada kot.

So selagi masih sempat dan masih bernafas nak contact semua rakan2, sedara mara dan semua yang mengenali diri ini supaya tiada apa2 kesalahan dan hutang sebelum diri ini tiada lagi. Harap jika di takdirkan pergi dulu diri ini akan pergi ke dunia lain dengan aman.

Buang tebiat ke Ieda ni? Bukan. Setiap apa di dunia ini akan pergi jua suatu hari nanti. Apa yang berlaku hari ini mungkin detik kita yang terakhir. Saja nak ingatkan diri selalu supaya tak lupa hargai masa kini. Jangan kita menyesal pulak nanti.

Mandi dan berbbq di PD...

Saturday, December 27, 2008 Edit This 0 Comments »
Semalam gi PD dengan anak2, Ajip dan Hani. Pada mulanya excited betul tapi masa on d way perjalanan tu lak Ajip buat spoilt. Biasalah complaint keta sempitlah, lenguh lah' nak mandi kat swimming poolla.. macam2. Aduh...sabar..sabar..Bukannya apa dah la mama kena bangun pagi terus siapkan makanan nak dibawa dengar pulak bunyi macam2 tu yang buat jadi moody tu.

Sampai je kat pantai bt 4, belum sempat parking dah complaint panasla tempat nie... Bengkek je dengar. Lepas tu terus mama sound "Kalau nak ikut diam jangan banyak complaint, buat perangai lagi lainkali kitaorang taknak bawak." Terus dia cakap Ok.

Dah puas mandi, makan kitorang pun balik lebih kurang kul 7. Singgah sembahyang kat masjid jap.
Lagi sekali Ajip buat perangai, dia suh tipon Abg Rizal amik. Berbulu je dengar, mama try explaint "Abg Rizal penat balik kerja dudukla rumah kakcik malam nie sok Nana datang amik." Dia cakap rumah abang ada internet. Dengar je Ajip cakap macam tu terus abah naik angin dia cakap "Tula dia tu dah cakap dah jangan bawak" Ajip dengar terus nangis. Sebab abah jarang marah direct macam tu.

Mama pujuk Ajip tanya kenapa taknak tido umah kakcik. Dia cakap takut. Mula2 cakap nak main internet kalau cakap takut okla kakcik call abang. Baru dia stop nangis. Singgah makan kat kedai roti canai. Satu lagi kes berlaku, Ajip terpecahkan cawan. Masa nak bayar gantirugi cawan tauke kedai cakap tak payah. Selamat duit. Takpelah terpecahkan cawan tak sengaja.

Macammana agaknya nak explaint perangai Ajip tu buat orang tak selesa. Ajip kalau buat perangai cam nie susah la lain kali nak bawak jalan. Bukannya kecik lagi dah besar pun. Kakcik nak bawak Ajip jalan2 sebab tau Ajip suka main pantai.

Memang frust sikit semalam pasal ingat nak bagi dia seronok, tapi lain pulak yang jadi. Itu diantara kejadian tak best tapi bukan semuanyer.. Yang best tu masa berkubang kat pantai ramai2 seronoknyer dah lama tak main pasir. Kitorang main baling2 bom atom guna pasir..

Mengajar Arrie membaca tahiyat akhir..

Thursday, December 25, 2008 Edit This 0 Comments »

Memang kesian bila melihat Arrie menghafal tahiyat akhirnya. Sampai menangis kepenatan. Arrie dah boleh menghafal kesenua doa2 di dalam sembahyang. Kecuali tahiyat akhir jadi untuk menyempurnakan sembahyangnya kami mengajak Arrie menghafal ayat itu. Kesian memang agak susah pada permulaan kerana salah method dalam cara menghafal.

Akhirnya setelah 30minit cuba menghafal akhirnya Arrie berjaya. Abah yang banyak membantu Arrie menghafal surah2 tersebut.

Alhamdullillah di awal usia 7 tahun lagi Arrie dan Iffa berupaya bangun dari tidur untuk ikut solat berjemaah sembahyang subuh. Memang mudah mengejutkan mereka untuk ikut bersolat. Dan sehingga hari ini Arrie berjaya sembahyang lima waktu walaupun bacaannya tak sempurna.

Morib dan monyetnye...

Wednesday, December 24, 2008 Edit This 0 Comments »
Yes.... hari Jumaat nak gi PD. Lepak kat sana satu hari ngan family. Bawak khemah yang Ajip bagi. Mintak2 kat PD takde monyet. Ingat lagi masa gi morib tu hari habis sebuku roti gardenia belum sempat makan dia curi. Kurang asam punya monyet.

Sejak hari tu nampak monyet terus menjerit. Monyet pun jerit sama sebab terkejut tengok orang jerit.

Pengajaran nak gi morib jangan bawak roti gardenia bawak roti Hi5 takpe kot.. ye ke.. agaknyalah..


Hati2 dengan monyet. Monyet suka makan roti, kasut mama dan plastik keropok lekor. Jangan bawak semua benda yang disebut sebab pernah kena curi monyet. Selipar mama tak sempat dilarikan sebab mama sempat baling ngan kayu betul2 kena kat kepala monyet tu.

Hallo baby...

Tuesday, December 23, 2008 Edit This 0 Comments »
Tadi kami anak beranak pergi check up kat Klinik Siti Zariah TPG. Saje mintak gambar scan baby dah alang2 gi scan .Due date yang tertera kat scanner to 27 May 2008. Cepat 2 days than before iaitu 29 May. Bebudak axcited tengok baby..macam2 komen. Iffa cakap siannya baby tak nampak muka. Arrie lak tanya baby makan apa dalam perut? Ammar pulak cakap " Ma, amar kapak baby" Kapak tu maknanya nampakla.. Special langguage yang Ammar guna belum dibukukan lagi.

Mama minta ubat demam ngan selsema Piriton. Bayaran yang dikenakan takla mahal RM40 je. Ok la jugak kalau gi scan kat government hosp jenuh tunggu, lambat. Entah camne Dina pulak gi kencing dalam seluar kelam kabut beli baju kat kedai thai nasib baik murah RM7 je.

Kadang2 nak menjawab pertanyaan bebudak macammana baby masuk kat dalam perut susah jugak kita orang dewasa nak menjawab kan. So terpaksa saya jawab Allah yang jadikan baby nie mama pun tak perasan bila baby nie masuk...? (Can't be) Takkan nak cerita detail. Trauma pulak bebudak tu nanti. Setakat nie diorang percaya coz kita cerita pulak camna Allah boleh jadikan awan tinggi melangit macam tu jugak Allah jadikan manusia. Allah kan maha besar. Alhamdullillah my explaination was excepted by the kids..he he he..Nanti dah besar mama ceritakan in detail k.

Yang paling lawak sekali si Iffa bila lepas makan kalau buncit sikit perut dia mulalah dia cakap "ma perut kakak pun ada baby.." Nauzubillah anakku jangan diucapkan kata2 tu tak sesuai.. So mama pun bagitau,"Baby Allah akan bagi bila akak dah kahwin nanti. Itupun lepas akak besar dan jadi ustazah. "

Pening layan karenah anak2, kadang2 kalau tak terlayan terkeluar jugak perkataan "Diamlah". Sorry i knew it's a mistake... Mama try layan selagi terdaya k.

School opening season is coming...

Monday, December 22, 2008 Edit This 0 Comments »
Hari Khamis yang lalu kami telah pergi membeli barang2 sekolah seperti baju sekolah kebangsaan 2 pasang, baju sekolah agama 2 pasang dan juga sepasang kasut untuk Iffa. Arrie tak perlu beli kasut kerana kasut sekolah kami baru beli pada bulan oktober lalu. Saja beli awal Arrie nak sebagai hadiah harijadi katanya. Beg sekolah kami tak beli kerana Ajip beri beg yang masih tak dipakai kepada Arrie, manakala Iffa pula dapat beg baru sebagai cenderahati dari tabika kemas.

Semuanya RM 85. Ok lagi. Tdi kami pergi sekolah untuk dapatkan senarai buku dan yuran. Untuk sekolah agama SAR yuran termasuk buku lebih kurang RM 150. Sekolah KB pulak buku sahaja RM 50 tak termasuk yuran. Kata kerani tu tunggu sehingga buka sekolah. Sekolah pra sekolah tak tau lagi berapa. Tapi kami prepare lebih kurang RM200 untuk sekolahkan Iffa.

Untuk 2 orang anak sahaja kami sediakan sebanyak RM500 untuk keperluan anak2 kesekolah. Bagaimana kalau kesemua anak kami bersekolah serentak akan datang iaitu seramai 5 orang termasuk baby dalam kandungan? RM500 tu pun sebab Iffa belum bersekolah SAR. Kita tambahkan RM2oo lagi untuk keperluan Iffa. RM700 2 orang anak. Everage RM700/2 lebihkurang RM350 seorang x 5 = RM1750...

Peh jenuh jugakkan. Kita nie beruntung juga kerana bekerja makan gaji. Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang pendapatannya tidak menentu. Adakah mereka mampu untuk memberikan pendidikan kepada anak2? Yang peliknya kenapa peruntukan untuk sekolah agama terlalu mahal berbanding sekolah keb? Sebab itu ada ibubapa yang mengambil keputusan untuk tidak menyekolahkan anaknya di sekolah agama dengan alasan tidak mampu.Kalau keputusan sebegitu diambil sepatutnya ibubapa berusaha untuk mengajar sendiri anak2nya pendidikan agama di rumah. Bukankah fardhu ain itu wajib dituntut oleh umat islam?

Hai...baru tahu betapa susahnya ibubapa kita dulu nak menyara dan menyekolahkan kita.

Kesiannya...

Monday, December 22, 2008 Edit This 0 Comments »

Kesiannya anak kucing tu. . Saya tak pasti samaada saya yang langgar anak kucing tu atau bukan. Kalau saya perasan takkan saya nak langgar. Kesian ibu kucing tu. Sebelum ni dia begitu garang kerana terlalu menjaga anaknya. Sewaktu saya melihat ke anak mata ibu kucing itu seolah2 dia sedang memberitahu perasaannya betapa sedihnya melihat anaknya yang terbujur kaku. Hilang terus kegarangan ibu kucing itu.

Aku minta maaf kucing kalau aku yang bertanggunjawab. Tapi betul aku memang tak perasan kau ada menyorok di bawah kereta. Yang pasti aku ada memanaskan enjin kereta selama 5 minit sepatutnya kau dah melarikan diri.

Dengan rasa bersalah aku membawa bankai anak kucing itu ke seberang jalan rumah dan aku kebumikannya sendiri sambil berkali2 minta maaf. Sorry kucing kesian kau.. Ibu kucing itu sudah 2 hari aku tak melihat kelibatnya di hadapan rumahku. Kesian dia..walaupun dia hanya binatang tapi dari pemerhatian aku selama 2 minggu nie, dia tak habis2 melindungi anaknya. Sewaktu kami cuba mendekati untuk membelai anaknya, ibu kucing itu merengus garang ke arah kami. Langsung tidak membenarkan manusia memghampiri anakanya.

Sedangkan haiwan pun sayangkan anak apatah lagi manusia. Aku benar2 minta maaf. Semoga Allah memaafkan kecuaian aku...

Jaya Jusco Bukit Tinggi

Monday, December 15, 2008 Edit This 0 Comments »
Ikan Jusco pun kami abadikan gambar untuk kenangan. Takde kerja....

Senyum...jangan x senyum...tahan nafas jangan lepas....

Alamak tak perasan ada gambar seksi kat belakang cuba interframe...

Lawa pulak pokok krismas kat belakang macam kat oversea pulak..

Ok..nak tangkap gambar peluk mama cepat...Adui Ammar tercekik mama jangan peluk kuat-kuat... Eeeyahh Ammar kayang kama (Ammar dalam bahasa pelatnya).

Alahai...

Wednesday, November 26, 2008 Edit This 0 Comments »
Sudah menjadi trend masa kini setiap orang mempunyai blog sendiri. Saya pun tidak mahu ketinggalan untuk mempunyai blog sendiri. Walaupun kurang kualitinya at least saya ingin mencuba. Mungkin ini merupakan alternatif bagi saya untuk mencoret pengalaman peribadi untuk di view oleh rakan2 yang pernah menjadi kenalan saya dan juga ahli keluarga.

Buat masa ni tumpuan penulisan saya mungkin kearah kehidupan seharian saya bersama keluarga. Saya akan kembangkannya kepada penulisan yang lebih berbentuk keilmuan dalam bidang perubatan, masakan, dan mungkin agama kerana saya mempunyai seorang suami yang cukup gemar mencari info berbentuk islamic.