School opening season is coming...

Monday, December 22, 2008 Edit This 0 Comments »
Hari Khamis yang lalu kami telah pergi membeli barang2 sekolah seperti baju sekolah kebangsaan 2 pasang, baju sekolah agama 2 pasang dan juga sepasang kasut untuk Iffa. Arrie tak perlu beli kasut kerana kasut sekolah kami baru beli pada bulan oktober lalu. Saja beli awal Arrie nak sebagai hadiah harijadi katanya. Beg sekolah kami tak beli kerana Ajip beri beg yang masih tak dipakai kepada Arrie, manakala Iffa pula dapat beg baru sebagai cenderahati dari tabika kemas.

Semuanya RM 85. Ok lagi. Tdi kami pergi sekolah untuk dapatkan senarai buku dan yuran. Untuk sekolah agama SAR yuran termasuk buku lebih kurang RM 150. Sekolah KB pulak buku sahaja RM 50 tak termasuk yuran. Kata kerani tu tunggu sehingga buka sekolah. Sekolah pra sekolah tak tau lagi berapa. Tapi kami prepare lebih kurang RM200 untuk sekolahkan Iffa.

Untuk 2 orang anak sahaja kami sediakan sebanyak RM500 untuk keperluan anak2 kesekolah. Bagaimana kalau kesemua anak kami bersekolah serentak akan datang iaitu seramai 5 orang termasuk baby dalam kandungan? RM500 tu pun sebab Iffa belum bersekolah SAR. Kita tambahkan RM2oo lagi untuk keperluan Iffa. RM700 2 orang anak. Everage RM700/2 lebihkurang RM350 seorang x 5 = RM1750...

Peh jenuh jugakkan. Kita nie beruntung juga kerana bekerja makan gaji. Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang pendapatannya tidak menentu. Adakah mereka mampu untuk memberikan pendidikan kepada anak2? Yang peliknya kenapa peruntukan untuk sekolah agama terlalu mahal berbanding sekolah keb? Sebab itu ada ibubapa yang mengambil keputusan untuk tidak menyekolahkan anaknya di sekolah agama dengan alasan tidak mampu.Kalau keputusan sebegitu diambil sepatutnya ibubapa berusaha untuk mengajar sendiri anak2nya pendidikan agama di rumah. Bukankah fardhu ain itu wajib dituntut oleh umat islam?

Hai...baru tahu betapa susahnya ibubapa kita dulu nak menyara dan menyekolahkan kita.

0 comments: