Sunday, December 28, 2008 Edit This 0 Comments »
Mak akan balik dari Mekah. Sedih ada gembira pun ada. Sedih? Yalah sebab nanti Ajib n Hani mesti susah bila ajak tidur kat sini dan pengalaman kami menjaga adik2 akan berakhir. Kadangkala manusia nie bile dekat tak tahu nak hargai detik tu tapi bila berjauhan baru rindu dan menyesal kerana tak buat sebaik2nya terhadap insan yang dekat ngan kita. Kenapa ek? Macam tu jugak jika apabila seseorang tu meninggalkan kita selama2nya atau sesuatu perhubungan yang terjalin terputus baru nak dikenang2. Padahal sewaktu didepan mata patutnya berusaha berbuat sebaiknya. Itulah manusiakan.

Gembira? Yalah sudah tentu boleh lepak ngan mak selalu. Macam biasa hari biasa curi2 gi umah mak. Bawak cendol yang mak suka. Macammana agaknya mak sekarang kurus ke, maintain ke atau makin bulat ke. Harap mak sihat je.

Pada adik2, kakacik minta maaf bagi pihak kami sekeluarga sekiranya ada yang menyinggung perasaan adik2 sewaktu dalam jagaan kami. Kepada suami tercinta dan anak2 tersayang maafkan mama jika mama melakukan sesuatu yang meninggalkan kesan dalam hati. Kepada ahli kelaurga yang lain begitu juga sorry... kalau terkasar bahasa. Kepada rakan2 maafkan segala kesalahan terkasar bahasa, termakan, terhutang (harap langsai) rasanya belum ada kot.

So selagi masih sempat dan masih bernafas nak contact semua rakan2, sedara mara dan semua yang mengenali diri ini supaya tiada apa2 kesalahan dan hutang sebelum diri ini tiada lagi. Harap jika di takdirkan pergi dulu diri ini akan pergi ke dunia lain dengan aman.

Buang tebiat ke Ieda ni? Bukan. Setiap apa di dunia ini akan pergi jua suatu hari nanti. Apa yang berlaku hari ini mungkin detik kita yang terakhir. Saja nak ingatkan diri selalu supaya tak lupa hargai masa kini. Jangan kita menyesal pulak nanti.

0 comments: