Tuesday, January 06, 2009 Edit This 0 Comments »
Arrie baru pergi sekolah naik basikal. Mama cium pipi, usap kepala dan hantar dia sampai depan sambil melambaikan tangan. Dalam hati moga Allah terangkan hatinya untuk menerima ilmu yang cikgu ajarkan. Mama berpesan belajar elok2 jangan main2 kat sekolah jangan campur dengan kawan taknak belajar jangan lawan cakap cikgu bila cikgu ajar kat depan jangan bercakap nanti ilmu tak masuk dalam otak. Itu pesanan mama setiap hari. Kenapa tiap2 hari? Sebab mama nak dia ingat dan terngiang2 di telinganya pesanan mama.

Mama taknak suatu hari nanti anak2 jadi anak yang tidak beradab, tidak berakhlak dan menjadi budak yang bermasalah. Mama taknak semua itu. Memang mama bersikap tegas tapi mama rasa itu untuk kebaikan anak2 mama.

Kadangkala bila melihat perilaku ibu lain yang terlalu memanjakan anak sehinggakan anak sanggup meninggikan suara, pemalas, boros dan sering mengikut kata hati, dalam fikiran mama budak itu menjadi budak tak berakhlak, biadap dan sifat yang penuh dengan sifat yang keji. Mama taknak anak2 mama dibiarkan membesar dengan mewah dan manja yang akhirnya menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Nak salahkan siapa melainkan ibu dan ayah yang gagal mendidik anak dengan baik.

Diberikan segalanya pada usia yang muda seperti handphone, kereta, motor dan sebagainya. Sehinggakan anak itu tidak berusaha untuk belajar, berpoya2 di bus stand atau jambatan. Manakala anak perempuan suka bergaya, boros, dan sering berpeleseran dengan lelaki tanpa kawalan itukah didikan sepatutnya.

Mama tahu itu cara yang salah jadi mama berusaha untuk mengubah keturunan mama yang seterusnya supaya nampak jalan yang benar. Biasanya orang akan bercakap "Ala dulu kau pun sama" Tapi mama anggap itu semua ujian dari Allah untuk menghapuskan dosa2 mama dahulu. Takpe apa orang nak kata atau keji apa yang mama buat sekarang adalah selepas mama mencari cara2 atau anjuran islam dalam mendidik anak.

0 comments: