Sempurnakah Aku Sebagai Ibu?

Thursday, January 22, 2009 Edit This 0 Comments »
Anak-anakku yang ku kasihi.

Apa salah anak sekecilku,

Anak2 kecil ingin mendampingi ibunya,

Ingin mendapat belaian dari ibunya,

Ingin mendapat kasih sayang ibunya,

Kenapa perlu berbeza beza sikap dan kasih sayang?

Ibu apa salahku, Ibu kenapa selalu memarahiku,

Tegurlah aku, beritahu kesilapanku,
Jangan ibu terus bersikap begitu,

Membuatku buntu,

Mencari2 akan kelemahanku,


Ibu, berikanlah kasih sayangmu kepadaku,

Sebagaimana kasihmu terhadap saudaraku yang lain,

Jangan kau asingkan ku, jangan kau sisihkanku,

Aku ingin mendapat perhatian darimu,

Aku sayangkan mu, aku kasihimu,

Berikanlah tunjuk ajar dan bimbingan yang wajar di berikan dari seorang ibu. (Adakah itu rintihan hati anak2ku?)

* Menjadi seorang ibu dengan memberi makan, pakai, dan menjaga keperluan memang senang. Memberi kasih sayang dan didikan yang baik bukan semua ibu dapat melakukannya. Kadangkala aku takut dan khuatir dengan pandangan anak2ku terhadap aku sebagai ibu mereka.

Menilai perananku sebagai ibu kepada anak2 membuatkanku mengasihani mereka. Aku bukan ibu yang baik yang dapat memberikan mereka kasih sayang yang sempurna.

Sebagai seorang yang aku tahu betapa lemahnya ketakwaanku kepada Allah menjadikan ku seorang ibu yang kurang sempurna sifatnya.

Maafkan mama, anak2ku.

Mama, cuba memperbaiki diri menjadi seorang ibu yang terbaik di mata anak2ku. Segala sikap dan tingkahlaku tehadap kamu, anak2ku bukan kerana mama tak menyayangimu tetapi kerana terlalu sayanglah mama selalu memberi teguran agar kamu sentiasa di senangi walau di mana jua kamu berada.

Mama berusaha menjadi ibu yang terbaik dan terus mencari kelemahan diri dan memperbaikinya agar anak2 bahagia hidup di sisi mama.

Anak2ku ketahuilah olehmu mama terlalu bimbangkan kegagalan mama dalam membentuk peribadimu.

Segala tingkahlaku mama yang tak sepatutnya di terima oleh kamu, anak2ku amat mama kesali. Kerana mama akui mama bukan ibu yang sempurna sifatnya.

0 comments: