Seribu kemaafan dipinta

Saturday, January 10, 2009 Edit This 0 Comments »
hisk hisk kadang kala kita tak sedar setiap perbuatan atau percakapan kita akan menyinggung perasaan seseorang. Especially bagi orang yang banyak mulut macam saya. Selalunyer waktu kita bercakap main lepas selepas puas bercakap baru pikir betul atau tak perbuatan kita. Nak menyesal pun tak guna kecuali memohon maaf.

Kalau ikutkan memang saya banyak melukakan perasaan orang yang terdekat sebab tu sebelum berpisah baik kita minta maaf sebelum terlambat. Takut jugak kalau tak sempat, kita terlebih dahulu 'dijemput'.

Bila membaca article 'gitu gitu' (he he he) tak sangka pulak article saya yang tak seberapa membuatkan dia nangis. Ingatkan dia hanya bergurau semalam. Sori tak maksud nak bagi aina syahdu.

Hari nie ada satu pengajaran yang saya perolehi iaitu berhati2 ketika bercakap kerana penerimaan orang itu berbeza2. Menjadi satu adat seorang yang lebih tua menegur yang muda tapi dengan cara yang betul. Kadangkala kita perlu menilai satu berita itu dengan cara berhikmah bukan hanya mendengar sebelah pihak dan terus meletakkan kesalahan kepada pihak yang satu lagi tanpa mendapatkan penjelasan. Dan yang penting kita kena selalu memaafkan orang sekiranya mereka melakukan kesalahan itu adalah yang terbaik dari kita memendam perasaan.

Tidak perlu tunggu hari raya saja kita bermaaf maafan, pada setiap waktu adalah sebaiknya.

Akhir kata kepada orang yang terdekat dan saya sayangi maafkan diri ini kerana diri ini memang selalu melakukan kesalahan.

0 comments: