Artis dan artis, kasihan...

Tuesday, January 13, 2009 Edit This 0 Comments »
Hari ini di wanita hari ini di tv3 yang membincangkan kisah gelora dengan artis jemputan iaitu memey suhaiza yang telah mencetuskan kontroversi selepas ditangkap khalwat dengan norman hakim beberapa bulan lalu. Turut diundang ialah pakar motivasi Tengku Asmadi. Mungkin dia memey berfikir dengan menampilkan diri menjawab persoalan dari para penonton dan wartawan nama baiknya akan pulih. Selepas mendapat panggilan daripada seorang pemanggil dari negeri sembilan yang sangat marah dengan mengatakan memey sengaja mencari masalah dengan berkawan dengan suami orang.

Yang membuatkan kami mungkin penonton marah apabila menyaksikan riak wajah memey asyik tersenyum seolah2 tiada apa berlaku.

Kasihan memey mendapat reaksi yang saya rasa kalau saya berada di tempatnya malu tak tahu mana nak letak muka. Pakar motivasi pun seolah2 tidak meyebelahinya. Wartawan? Apatah lagi. Hanya seorang pemanggil yang mengaku meminati memey sahaja menasihati memey agar tidak mencetuskan kontroversi bersama norman mungkin itu maksudnya.

Kita lihat sahaja majlis perkahwinan mereka yang seolah2 akan berlaku buat masa terdekat nie. Itu anggapan saya sahaja kerana memey asyik meyebut tentang jodoh, hubungan mesra, keluarga dan kata2 pujian buat norman. Kesiannya dia kerana rasanya dia masih tak dapat menilai baik buruk sesuatu perkara.

Saya rasa yang menjadi punca kemarahan masyarakat ialah kejadian itu berlaku selepas Abby melahirkan anak ketiga dan perkara itu berlaku semasa abby sarat mengandung. Sebenarnya kalau kita ikuti dunia artis biasalah penceraian itu berlaku tetapi orang tak berapa ambil kisah kerana kita dah tahu perangai artis macammana. Tetapi sebaliknya berlaku kepada pasangan abby- norman yang menghadapi masalah rumahtangga dengan kehadiran memey yang boleh dikategorikan sebagai budak mentah tanpa belas kasihan merampas suami juga bapa kepada tiga orang anak.

Semoga memey, norman dan abby juga keseluruhan artis mendapat hidayah dari allah khususnya artis yang beragama Islam.

Mungkin apa yang terjadi pada abby akan terjadi juga pada memey kalau tidak secara direct pada dirinya mungkin kepada anak2nya. Masa itu kita lihat reaksinya mengahdapi saat sukar orang yang tersayang yang kita harapkan lindungi anak dan keluarga berpoya2 diluar disaat kita perlukannya.

Jangan cuba meraih simpati masyarakat dengan menitiskan airmata di akhir rancangan kerana masyarakat lebih bersimpati kepada abby. Kot macammanapun dunia artis tiada yang baik. Lebih membawa kepada kerosakan akhlak masyarakat kini.

Jangan pening kepala pikir masalah orang lebih baik kita menunjukkan simpati kepada penduduk yang mengahadapi kematian, kehilangan tempat tinggal, kehialangan anggota badan di Gaza. Para artis pula boleh tunjukkan kemarahan dan penentangan terhadap Yahudi yang menyerang Gaza dengan cara hentikan acara loncat meloncat, terlompat2 dan menjerit2 di pentas.

Buang masa saja bincang tentang artis cuma saya tergerak untuk menulis tentang makhluk allah ini kerana geram dengan kebodohan memey dan reaksinya yang tidak menunjukkan kekesalan.

0 comments: