Susahnya menjadi ibu...

Friday, January 30, 2009 Edit This 0 Comments »
Dah lame tak update my blog, so today i would like to wrote about how difficult to be a mom.

Nak jadi seorang ibu bukan senang lebih2 lagi untuk menjadi seorang ibu yang berjaya mendidik anaknya manjadi seorang yang berjaya dari segi akademik, agama dan berakhlak.

Kadangkala kita sering ditegur oleh orang yang lebih berpengalaman sebagai contoh orang yang 'banyak makan garam'.

Bukan saya nak menolak pandangan orang yang 'kuat' menegur kita seratus peratus, biasanya saya hanya akan ambil pusing kata2 mereka sekiranya saya melihat mereka juga berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang yang bertatatusila. Selalunya sebalik yang berlaku kerana orang yang kuat memberi pandangan nie tak berjaya manakala orang yang memang berjaya mendidik anak mereka sehingga saya sendiri kagum dengan attitude anak didikan mereka tidak pula gah untuk bercerita kejayaan mereka.

Entahla kadangkala saya sendiri tak berasa selesa berada di sebuah rumah yang anak2 tak mendengar kata, kurang ajar kepada tetamu, tidak berakhlak dan pelbagai sifat mazmumah yang ada di dalam diri mereka seolah2 tidak dapat di bendung.

Saya harap saya sentiasa di beri panduan dan ingatan dari Allah supaya sentiasa ingat akan diri agar memberi didikan yang sewajarnya untuk anak2. Saya akui saya juga tidak sesolehah ibu2 yang lain tetapi saya akan berusaha mengubah diri saya agar dapat di contohi oleh anak2.

Kesian bila melihatkan anak2 yang tak terdidik serta tidak di beri panduan dan diabaikan pembentukan akidahnya oleh ibubapa mereka. Sepatutnya sejak dari kecil kita kena terapkan nilai2 murni dalam diri mereka kerana apabila mereka telah meningkat remaja mereka sudah 'liat' untuk di bentuk lagi.

0 comments: