Asam garam rumahtangga

Wednesday, January 21, 2009 Edit This 2 Comments »


Pagi tadi semasa saya sedang membeli barang basah di pasar berhampiran rumah saya sempat berbual dengan suami kak yah, tauke kedai itu. Saya bertanyakan di mana kak yah sebab selama ini dia yang selalu berada di kedai tapi sudah 2 hari saya tak nampak kak yah hanya suami dan pembantu indonesianya.

Suaminya kata kak yah temankan seorang kawan bagi 'mengubati' suami kawannya. Menurut suami kak yah kawannya datang ke rumah dengan membawa anak2 seramai 2 orang mengadu suaminya gila perempuan lain dan minta bantuan kak yah cari seorang yang 'pandai'.

Dengan nada selamba dan spontan telah terkeluar dari mulut saya, kalau suaminya nak cari lain, biarkan saja sebab hati dia dah takde dengan keluarga walau kita buat macammanapun kalau suaminya dah tak suka dia tetap akan cari perempuan lain dan hubungan kita dengan dia pun dah tak macam dulu lagi, so buat apa susah2 cari bomoh. Syirik.

Suami kak yah tanya, ko tak sayangkan suami kau ke kalau dia buat camtu.? Kalau ko tak sayangkan suami ko aku nak kat ko. Dulu aku pun camtu sekarang tak lagi. Selamba je dia jawab. Bagi saya lelaki seprti ini yang sangat lancang mulutnya ketika bercakap dengan perempuan boleh di gelar 'lelaki kurang ajar'.

Saya balas, bukan tak sayang, tapi biasanya kenapa dia nak cari lain kalau dia sayang kat isteri dan anak2? Kalau dia ada pompuan lain maknanya hati dia dah takde kat kita. Bagi saya cegah sebelum jadi, kalau dah jadi saya rasa baik biarkan. Biasanya kalau lelaki itu bertanggungjawab dia tak kan buat hal macam tu.

Bagi saya suami kak yah pun lebih kurang macam suami2 yang tak kuat pedomannya. Kerana pernah terjadi dia bergurau dengan saya di depan kak yah suruh kak yah bagi discount kepada saya kerana dia kata saya cantik. Kalau saya jadi kak yah parang ayam miliknya dah lama terbang ke kepala. Tapi saya tak sesabar kak yah, kesian kak yah memendam rasa. Kalau dengan saya yang dah beranak 4 nie pun dia kata cantik. Macammana pula dia berhadapan dengan anak dara yang cantik dan muda? Makin menggatal la dia.

Sebenarnya saya memang selalu mengelakkan untuk membeli barangan di situ jika saya lihat suami kak yah ada, kerana saya tak suka dengan sifat peribadinya. Tetapi malangnya kedai satu lagi tutup, dan kebiasaannya juga suami kak yah jarang berada di kedai. Sekali lagi kesian kak yah.

Kepada saya nak salahkan lelaki pun tak boleh nak salahkan pompuan saja pun tak boleh. Semuanya atas ketakwaan dan keimanan seseorang itu. Tapi bagi orang pompuan seperti saya, tak mungkin saya boleh terima hakikat suami ada orang lain selain saya. Bagi orang yang sanggup bermadu, tahniah kerana payung emas menanti anda di syurga.

Moga Allah memberi kekuatan kepada saya dan keseluruhan kaum perempuan islam agar berusaha menjadi seorang isteri dambaan suaminya.



Bajailah hubungan anda dengan kata2 yang manis dan puji2an kepada pasangan masing2.

Bagi suami2 pula janganlah musnahkan kebahagian keluarga yang anda bina dengan mengikut hawa nafsu yang tiada penghujungnya.

Kenapa kita nak berumahtangga jika penghujungnya hanya derita. Alhamdullillah suami saya seorang yang bertanggungjawab dan sayangkan keluarganya. Saya bersyukur di anugerahkan suami yang baik dan mempunyai sifat2 sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab.

Semoga hubungan kami suami isteri di redhaai Allah swt.

2 comments:

Liv said...

I really like your blog. I am sorry I cant understand what you write. But I love the pictures. I am from Brazil.

ieda said...

Thank you, livia. it was me with my husband and my baby, dina. thanks for your interest to be my followers reader. And for your info im from malaysian. thats why its was difficult for you to understand my language.