Happy birthday to my lovely daughter Iffa.

Sunday, January 18, 2009 Edit This 0 Comments »
HaPPY BiRTHdAY iFFA.. Dah 6 tahun anak mama. Biasanyer setiap kali harijadi anak2 mama, mama akan buat kek sendiri. Nak save budget pun ye, nak tambah skill masak memasak pun ye.

Tapi sejak dah boleh and reti masak masak nie mama lagi suka sediakan sendiri. Memang dah jadi habit kot bila tengok orang boleh buat mama akan cuba buat lebih lagi. Kalau tak lebih pun mungkin lebih kurang sama macam tu.Sebab mama percaya kalau orang boleh buat tak kan kita tak boleh buat.

Hari nie mama nak cuba improve cara buat pizza. Before this mama pernah try buat tapi ada satu kekurangan rotinya terlalu crunchy compare ngan pizza hut. So, sebelum nie mama ada citer masa birthday mama, 7 jan lepas abah bawak gi pizza hut. Bebudak tak berapa suka ngan menu pizza yang kami order itu hari diorang lagi suka hawaian chicken pizza. So abah suggest buat sendiri je la lain kali.

Dan hari nie sebab nak gembirakan hati anak2 dan suami mama cuba buat dengan harapan diorang sumer suka. Pagi ni kami pergi cari bahan2 kat jusco bukit tinggi. Semua harga bahan tersebut lebih kurang Rm 30 dapat 2 kat keping pizza yang bersaiz besar. Tak silap mama harga sekeping large pizza lebih rm38. Ini bermakna dengan membuat sendiri dirumah lebih jimat dan lebih sedap kerana bahan2 seperti ayam, nenas, bawang, sosej lebih sedikit berbanding dengan pizza hut. Yelah ikut selera pembuatnya kan.

Kalau tak percaya try buat sendiri dirumah tak jadi sekali jangan putus asa cuba lagi.

Mama masih ingat masa mula2 berkahwin ngan abah usia mama baru 20 tahun masa tu skill memasak yang mama ada ialah masak air dan maggi. Bila keluarga mentua ajak masak didapur mama terus jawab sejujurnya "Saya tak reti masak." Tak malu ke mangaku? Buat apa nak malu sekarang mungkin kita tak reti tapi tak tentu selama2nya kita begitu. Oleh itu peringatan untuk semua jangan pandang rendah kepada kekurangan seseorang kerana tak semestinya mereka akan terus begitu. Dan perlu diingat tiada siapa yang dapat mengubah diri kita menjadi terbaik kalau kita tak mencari dan berusaha mengubah diri kita.

Dan la nie tiap kali balik kampung apa2 yang mama sediakan mesti keluarga mentua suka. Pernah masa sembang2 ngan mak mentua yang menganjurkan mama untuk bisnes makanan, mama bagitau la nie belum boleh lagi nanti orang tak nak pi kedai tak sedap. Tunggu la dulu nak belajar masak dulu. Ayat yang tak disangka keluar dari mulut mak mentua " Ieda tak payah belajar ieda masak dah sedap" Sambil mak mentua tersenyum. Mama tak tau nak cakap apa, malu terus diam tersengih2. Thanks atas kata pujian itu.

Nak citer lak pasal bapak mentua, pernah sekali dia suruh masak sup tulang apa lagi kelam kabut la mama masak walaupun masa tu tak reti apa mama cuba juga. Hasilnya sup yang mama sediakan tu dagingnya agak liat. Bapak mentua tersenyum dan beritau cara yang betul nak masak daging air rebusan tak leh campur ngan daging dan dia beritahu beberapa petua yang betul. Nak citer sikit kat sini buat masa nie saya anggap bapak mentua macam bapak saya sendiri kerana layanannya yang terlalu baik pada saya. Pernah ada krisis? Rasanya takde kot. Ok je.

Memang pada permulaan dulu mama selalu berjumpa dengan orang yang memandang rendah, suka membanding2kan diri kita yang serba kekurangan, berlagak dengan pengetahuan yang ada. Kecil hati, rendah diri dan bermacam perasaan kurang senang dalam diri mama.

Akhirnya pada tahun 2002 mama berusaha untuk touch up kekurangan dengan mencabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang asing dalam diri. And the end mama yang dulu orang selalu perlekehkan, sekarang menjadi rujukan orang yang baru nak belajar memasak (mak nana ler). Memang rasa bangga kerana akhirnya usaha kita untuk mengubah diri berjaya dan orang akuinya.

Alhamdullilah berkat kesabaran mama akhirnya banyak yang mama boleh masak walaupun tak setanding chef2 yang ada tapi melihatkan keseronokan anak2 ketika makanan dihidangkan sungguh menggembirakan hati mama.

Iffa tak sabar2 nak 'membahamm' pizza yang mama sediakan.


Pizza 'hawaian chicken ala mama'. Nak try rasa mai la sini.

0 comments: