Artikel- Merancang bajet keluarga

Thursday, February 26, 2009 Edit This 0 Comments »

Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.


"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."


IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.


"SETIAP individu wajar mengamalkan sikap suka menabung."


Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.




Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.


"PENGGUNA perlu membeli hanya barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu. - Gambar hiasan"


Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.


Saja nak share...

Tuesday, February 24, 2009 Edit This 0 Comments »
Inilah watak sebenar suamiku yang lebih suka
menghabiskan masanya disamping keluarga.


Timbul perasaan simpati terhadap Aziz M osman dan pasangan tidak sahnya iaitu ustazah Nor Radhiah sebaik sahaja menonton WHI di tv3 sebentar tadi.

Bersimpati kerana mendengar luahan dari seorang yang ku sangkakan kehidupannya bahagia kerana kemasyuran namanya, kejayaan dalam menghasilkan filem dan drama yang mendapat sambutan penonton di Malaysia, kejayannya dalam mengumpul harta dunia yang dia mampu untuk mendapat apa sahaja dan pergi kemana sahaja yang diingini tetapi berasa kesepian dan keseorangan dalam meniti kehidupan sebagai seorang lelaki dan juga bapa kepada anak2nya.

Statement daripada beliau mengatakan bahawa beliau berasa sepi sebaik bercerai dengan isteri terdahulu Nor Aliah Lee sebaik melangkah kaki ke rumah yang dahulunya di sambut oleh isteri dan kini berasa sunyi kerana hilangnya perasaan indah yang diimpikan oleh setiap lelaki yang telah berumah tangga iaitu rumahku syurgaku.

Memang diakui kehidupan berumahtangga lebih membahagiaakan berbanding dengan kehidupan hidup solo. Tetapi kita harus fahami tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri kepada pasangan. Berusaha membuang sikap yang tidak di senangi dan berusaha memahami apa kehendak pasangan agar suasana rumahtangga terus harmoni.

Memang sering suamiku memberitahuku bahawa dia sentiasa gembira berada di samping isteri dan anak2 daripada keluar berhibur dengan rakan2. Kerana menurutnya dia seorang yang bersifat lebih kepada family man. Sehinggakan ketika keluar kekedai berhampiran rumah pun nak diangkutnya kami anak beranak. Kriteria inilah juga yang aku ingini sebelum bergelar isteri yang inginkan suami sentiasa fokus kepada isteri dan keluarga. Senda gurau suamiku yang sering mengusik sikapku ketika mengemas rumah dan juga ketika memarahi anak2 menjadikan aku sering tersenyum sendirian dan berasa rindu sewaktu ketiadaannya ketika keluar bekerja. Walaupun jarak bekerja tidak sampai 5 minit dari rumah sms dan panggilan yang kuterima membuatkan aku berasa bahagia.

Aku sering berasa gembira terutama hujung minggu kerana suamiku akan siapkan sarapan untuk kami dan barangan mentah untuk dimasak juga telah di sediakan dan dibeli tanpa perlu aku ingatkan.

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan jodoh yang terbaik kepadaku. Berkat pilihan bapaku yang telah kembali ke rahmatullah aku panjatkan syukur kehadratnya kerana dengan mengikut pilihan bapaku aku kini berbahagia di samping suami tercinta walaupun kadangkala di beri ujian dalam percanggahan pendapat, kami dapat harunginya.

Bukan harta yang menjadi kunci segala kebahagian tetapi bagiku kehidupan berkeluargaku kini lebih membahagiakan walaupun ekonomi kami biasa2 saja.

It's me...ooo...

Monday, February 23, 2009 Edit This 0 Comments »


Pada mulanya bila terfikir nak start my own blog juz sekadar nak cuba2 je..lama-lama seronok kerana melalui blog kita dapat terus luahkan segala apa yang tersirat di hati..

Bila boring lepaskan kat sini..bila seronok jugak lepaskan kat sini, bila nak bersembang pun lepaskan kat sini..(sorang2la)..

Tapi di dalam blog kita tak boleh sesuka hati mak ayah kita je menulis kerana impactnya pun akan kena pada kita..contohnya kalau kita tak suka atau kurang berpuashati pada orang tak boleh terus menulis ikut rasa hati kerana melalui penulisan kadangkala akan tercetus kesalahfahaman orang terhadap kita.Yelah kita tak tahu siapa readers blog kita manalah tahu kot kot member lama ke, jiran2 ke, sedara mara ke, orang kat kampung ke, atau aci dan aya sebelah rumah mak ke.. tauke kedai sayur tepi jalan limau ke.. tukang potong rumput depan rumah ke...dan banyak lagi tak habis kalau di senarai hitamkan di sini..eh eh salah di shortlistedkan disini..

Melalui blog juga kita dapat mengenali peribadi kita sendiri kerana semasa menulis ianya adalah dari dalam hati terus ke hujung jari. Selepas membaca kembali apa yang telah di paparkan baru kita sedar eee..tah pape ntah..jiwang pun ada, lawak pun ada n so on..

So mulakan blog anda ikut citarasa anda... (Khas untuk Naim...jangan habaq kat orang kampung Cik ieda ada blog malu.. tak boleh control cun lagi lepas ni..he he he)


Saja letak gambar nie nak bagitahu Dina dah ada member nama dia Irene buat masa ni hanya senyum2 dan main cak2 je pasal dua2 tak pandai cakap lagi.. Tengokla tu makan pun sorang2 kehun betul..

perempuan...perempuan..

Friday, February 20, 2009 Edit This 0 Comments »
Saja nak share apa yang berlaku hari ini. Pagi ini saya ditegur oleh seorang wanita yang saya kurang suka attitudenya. Walaupun belum pernah berbual dengan wanita itu, saya pernah terdengar perbualannya bersama rakan saya yang anaknya satu kelas dengan Iffa.

Jangan salah faham saya terus menilai sebelum beramah mesra. Macam mana saya nak berbual dengannya yang hanya suka berbual tentang kereta, handycam, selalu shopping, sofa yang beribu..dan hal2 yang bersangkut paut dengan harta dunia. Cerita pulak dengan rakan saya yang saya tahu bagaimana ekonomi keluarga yang suaminya berpenat lelah selain dari kerja kilang, ambil upah bukak khemah dan kutip kelapa sawit di kampung. Kesian kawan tu. Mesti berasa rendah diri. Saya hanya pasang telinga apabila mereka berbual kerana tak sesuai langsung rasanya..

Dalam mencari kawan biasanya saya menilai seseorang itu dari segi pakaian, penggunaan bahasa dalam berbicara, pengetahuan dalam hal2 yang berteraskan islam dalam rumahtangga, cara mendidik anak, resepi masakan dan lagi best kalau yang berpengetahuan dalam isu semasa terutama politik. Dulu saya masyuk dengan semua orang tetapi sekarang suami saya control pergaulan supaya saya tak jadi merapu. Dia la yang bagi guideline dalam memilih kawan.

Tetapi jarangla orang perempuan especially surirumah nak ambil tahu bab semasa nie. Yang ramai tahu bab gosip tentang fasha sandha, norman and memey, dan Datuk K. Selalunya kalau nak borak bab politik hanya kami suami isteri jela..sesekali tu bila jumpa abang Aidil baru jadi panas cerita pasal politik ni....

Sambung balik cerita wanita tadi akhirnya saya juga termasuk perangkap dia dalam penyebaran tentang kekayaan yang dimilikinya.. Aduh... saya sempat jugak melayan ketaksuban dia bercerita tentang perkara yang tak bermutu akhirnya tiba2..
'anggun menyuluh seluruh alam semesta, terang yang amat menyilaukan pancaindera..hanya ibunda yang sentiasa memuja ikhlas dari lubuk hatimu puspawarna..."
nyanyian dari Adi putra. Mak telepon.. selamat, terus minta diri dari wanita tu dan dengan harapan yang menggunung lepas nie taknak turun keta dari mengelakkan bertemu dia lagi...


Di corong telefon suara mak kedengaran.." Ieda, kalau nak buat roti pizza tak pakai mauripan boleh ke?"... Hah ni baru topic yang saya gemari bab masak memasak..nasib baik jugak mak sekepala..kawan dengan mak ajela..

Macam macam..

Tuesday, February 17, 2009 Edit This 0 Comments »
Dah agak lama tak update. Bukannya apa banyak benda berlaku dalam minggu nie. Sampai tak sempat nak wish happy birthday kay hubby..(kat sini la)

Hari Jumaat lepas tangan Dina terseliuh. (Sape yg buat?) Aku la he he he..


Mula2 kami main cok cok kendong entah macam mana kletu bunyi tulang tangan Dina terus meraung dia la la tu jugak. Panik betul tak tau nak buat camne.



Sebelum bawak gi tukang urut terpaksa ikat tangan dia kat bahu sebab sakit sangat katanya..Terkejut hubby tengok..

Kelam kabut bawak dia pergi tukang urut. Tapi yak berapa yakin sangat tengok tukang urut tu pasal macam tak tahu je. Dia sudgest bawak gi spital x ray tengok camne pasal nampak cam teruk sangat sampai tak leh angkat tangan si Dina tu sakit sangat nampak.

Kat spital Dina kena x ray dua kali pasal doc cakap x ray pertama tu ok tapi dia lembikkan tangan bila doc angkat dan lepaskan. Doc tu risau kalu salah make decision dia suruh buat lagi x ray. Pun takde pape. Lepas tu tak pusa hati gi amik darah pasal demam pulak sakit sangat kot badan dia tak tahan. Keputusan darah pun ok. Akhirnya lepas uji tu uji nie diorang amik keputusan duduk semalam dalam wad.

Kat spital dah kronik sangat kononnya..


Aku tak mahu la pasal aku rasa tak de pape kot tapi Dina tu manja tak tahan sakit akhirnya aku minta keluar buat cara lain. Doc tu cakap sukahati akula lalu dia suh sain surat kebenaran keluar hospital.

Balik rumah terus Dina ok. Aduh.. sampai 2 pagi kat spital dari pukul 8 malam lak tu...Dina dah pekena aku kot...


Penat sangat berlakon tido dulu.

Wednesday, February 11, 2009 Edit This 0 Comments »

Semalam merupakan kali pertama suamiku menjadi emcee QIT Presentation di tempat kerjanya..

Sudah tentu pengalaman pertamanya ini menjadi perbualan kami sebaik dia pulang dari kerja.

Kadangkala terfikir di fikiran inilah peluangnya kita menjdai pendengar kepada setiap apa yang berlaku kepada pasangan kita.

Kadangkala apabila kita bertemu dengan pasangan yang kurang mendengar apa yang kita ingin kongsikan akan membuatkan kita bersa sedih dan kecil hati.

Sedar atau tak nilai kembali diri kita adakah kita berjaya menjadi pendengar yang setia kepada pasangan kita atau sebaliknya.

Setiap pasangan yang setia hanya mengharapkan pasangan memberi sedikit penumpuan ke atas setiap apa yang ingin di bicarakan. Bagi orang perempuan ianya lebih banyak kepada berbicara tentang emosi mereka tetapi bagi lelaki lebih kepada kerjaya ataupun interest mereka.

Walaubagaimanapun tahniah di ucapkan kepada suamiku yang agak kurang pandai bergaul tetapi masih boleh kelolakan majlis yang di hadiri seramai 70 orang participants.

Mungkin bagi sesetengah orang ianya biasa apabila berucap di hadapan sekumpulan orang yang ramai tetapi bagi orang yang tak biasa dengan keadaan itu dan kurang selesa untuk menonjolkan diri di khalayak ramai ianya merupakan pengalaman yang menerujakan.

Menjadi emcee atau pengantara majlis adalah berbeza dengan work presentation, kerana emcee menjadi orang penting di dalam sesuatu majlis.

Tahniah sekali lagi kerana berjaya mengharungi pengalaman yang sudah pasti mendebarkan.

Semakin sarat, semakin berat...

Monday, February 09, 2009 Edit This 0 Comments »

Gambar ini di rakamkan ketika kandungan ku mencecah sembilan bulan. Kira sedang menunggu hari la nie. Waktu ini aku sedang mengandungkan Iffa.

Kandunganku sudah menghampiri bulan yang ketujuh. Semakin letihku rasakan. Mujur mempunyai suami dan anak2 yang memahami. Jika tidak tekanan perasaan yang akan kurasakan.

Inilah pengorbanan ibu2 yang mengandung dan melahirkan. Sudahlah terpaksa menunggu 9 bulan untuk melahirkan dan kemudian berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan anak2.

Tidak pernah terlintas di hati menyesal dengan pemberian yang diberi. Cuma kekadang kata2 orang yang sinis seolah2 memperli kelebihan yang di beri Allah kepadaku. Tetapi setelah mempertimbangkan dan mengenepikan persepsi orang yang tak bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku aku biarkan sahaja. Yang penting suamiku menyokongku dan sentiasa mengasihi dan berada di samping kami sekeluarga.

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran kepadaku dalam menangani karenah anak2 yang sedang membesar.

Amin.

Politik semasa..

Friday, February 06, 2009 Edit This 0 Comments »
Semalam dan hari nie sibuk mencari berita terkini kemelut politik di perak. Apa yang berlaku hanya mereka yang terlibat sahaja yang mengetahuinya.

Bila melihatkan kerajaan pakatan tumbang semalam simpati pun ada kerana belum sempat membuktikan kebolehan menerajui negara dah tumbang di bulan yang ke 11. Ahli2 yang tidak setia dengan mudah melompat parti dan berpaling tadah menyokong parti yang satu lagi sedangkan sebelum ini berkobar2 mengutuk menghina parti lawan akhirnya tanpa malu mengaku menyokong pihak yang lain.

Adakah anda sudah mendaftar untuk menjadi pengundi? Saya? Belum lagi..he he he

Insyaallah dalam tahun nie kot.. (berkobar2 je kan).. ahak ahak..

Thursday, February 05, 2009 Edit This 0 Comments »
Tak tau la orang akan setuju dengan pendapat saya tentang apa yang berlaku keatas diri kita selalunya ada maksud disebalik agar kita menilai kembali perbuatan kita.

Contohnya seperti musibah2 yang pernah berlaku keatas diri kita pasti membawa makna yang tersendiri dan kita hanya akan realize tentangnya selepas apa yang berlaku..

Seperti kejadian semalam iaitu saya disengat lebah di jari saya anggap itu adalah sign untuk saya yang saya melakukan sesuatu yang kurang baik walaupun akhirnya duit yang di ambil akan digantikan semula.

Kejadian saya di rompak di meru tahun 2007, juga saya anggap kerana saya leka dengan kewahan sementara tanpa bersyukur dengan apa yang di miliki. Kerana Allah sayangkan saya dan tak mahu saya terus dalam keadaan alpa dan leka maka dia berikan pengajaran begitu agar saya tersedar akan kesilapan diri..

Semalam juga saya dapat hubungi kawan lama semasa saya berkerja di CS metal dulu, Lai Lina seorang yang berbangsa cina sarawak. Saya tak pasti ianya adalah perkara yang baik atau sebaliknya kerana sewaktu alam remaja dulu saya taklah sebaik mana dan kini saya dah banyak berubah tidak seperti dulu.

Saya harap sekiranya persahabatan kami dapat di teruskan kembali seperti dulu dia dapat terimanya yang saya bukan Ieda yang dahulu kerana selepas mendirikan rumahtangga saya berazam untuk memperbaiki diri agar saya dapat membimbing anak2 ke jalan yang sepatutnya.

Dalam pemilihan kawan saya tak pernah memilih bangsa saya selesa berkawan dengan golongan cina mahupun india. Mungkin disebabkan zaman persekolahan saya di sekolah convent klang yang kebanyakan penuntutnya ialah cina, melayu dan india. Jadi saya boleh 'masuk' dengan semua golongan dan kurang berburuk sangka terhadap mereka.

To Lai lina if u read my blog,
i hope that we will continue our friendship like before..
and thanks to zahidi because of him we can contact each other..
tak sangka u still contact zahidi...

Aku kena sengat.....sebab ada dosa hari nie..

Wednesday, February 04, 2009 Edit This 0 Comments »
Aduh..aduh..aduh sakitnyer jariku ini..

Meronta dalam kesakitan...

Bila jari kelingkingku ..di sengat lebah...

lebah ke apa aku tak tau namanya..

tak sempat kenalkan diri lak tadi...tapi bentuk badannya kecik sikit dari tebuan..

Panik jugakla..kelam kabut tak tau nak buat ape...akhirnya call hubby tanya camner nak buat..

Hubby aku nie orang kampung so banyak petua.. dia suggest amik minyak gamat..kwang kwang kwang.. susah2 tipon minyak gamat je...

Takpelah aku pun sapu.. sama jer.. akhirnya ting!! dapat idea surf kat internet cari petua dolu2. Banyak gak yang aku dapat antaranya..minum air sebelum sempat lebah tu minum air..aku rasa mungkin untuk kurangkan bisa sengatan dalam tubuh kot, letak bawang besar kat tempat yang kena sengat dah tu bawang tu boleh masak kari..ahak ahak..ltak roti yang dicampur cuka kat tempat yang di sengat.. satu pun aku tak ikut...

Aku rasa pengajaran hari nie bila aku kena sengat ialah... pagi tadi aku amik duit tabung arrie tanpa kebenaran sebabnya.. duit yang hubby bagi pagi tadi dah abis buat beli lauk so aku amik duit tabung arrie masa dia gi sekolah... tu la len kali minta kebenaran dulu..hisk hisk padan muka aku..

My hubby marah jugak bila aku bagitu aku amik duit tabung arrie, tapi aku pinjam kan dia yang bayor.. dia cakap sian budak tu.. aku cakap bagi la dia rm 5 seminggu untuk simpan.. bila emergency aku boleh la guna tak yah gi atm..malas..

biasanyer aku tukang amik lepas tu minta claimed kat hubby bior dia bayar sape suruh bagi duit sikit dah tau bini suka shopping...he he he.. sian anak aku, dia suka kumpul duit aku tukang perabih.. agaknya dia pun pelik kenapa tabung tak penuh...

p/s : aku tak curi tapi pinjam sat pasal banker aku akan bayarkan hutang aku kat arrie... dont make any conclusion..babab kang..

Aghhh...tensionnyer....

Tuesday, February 03, 2009 Edit This 0 Comments »
Hari nie aku supposed check up kat klinik kerajaan yang dekat ngan rumah. Rancangku ingat pukul 10 pagi gi klinik lepas tu amik Iffa and then pergi beli lauk dah tu masak la....

Tapi bila aku sampai je kat klinik desa kg medan aku di suruh gi check up kat klinik kesihatan telok panglima atas sebab diorang suspect aku sakit tibi bulan lepas. Aku argue ngan nurse kat situ yang aku kononnya dah gi klinik swasta untuk further check up doc tu cakap takded pape pun. Sebenarnya bulan lepas aku kena jumpa doctor untuk buat scan, lepas scan doc kerajaan tu tanya sihat ke? Aku jawab batuk2 sikit, dia tanya lagi batuk ada kahak ke? Of course la ada, lepas tu aku tengok doctor tu isi borang makmal masa tu aku tak syak apa2, lepas selesai isi borang terus dia pass kat aku dia kata kena bagi sample kahak kat makmal 3 hari berturut. Sudah aku tanya nape dia kata syak aku ada tibi. Aduh!!Aku ye kan aje lepas tu terus blah balik rumah.. malas nak layan.

Lepas amik Iffa terus gi klinik telok, sementara menunggu sempat jugak aku berborak ngan ibu yang baru bersalin, aku pun cerita kejadian yang menimpa aku hari nie, akak tu pun cakap sebelum nie pun dia kena camtu jugak asyik kena tolak sana tolak sini maklumlah sapa yang gi bersalin kat hospital kerajaan nie kan kebanyakan orang yang takde duit.

Kadang2 apabila melihatkan nurse2 yang berkerja untuk hospital nie garang semacam aku pun tak faham kenapa yang paling aku kasihan apabila melihatkan layanan diorang untuk orang india dan juga indonesia. Sepatutnya diorang kena faham apa tugas diorang kan untuk berkhidmat dengan masyarakat, kenapa perlu di marah perlu diperli orang2 yang perlukan khidmat mereka?

Aku masih ingat sewaktu pertama kali melahirkan Arrie di hospital tengku ampuan rahimah, klang, staff yang sambut kelahiran Arrie marah2 pada pesakit yang lain, bila aku dengar herdikan nurse tu aku pun takut la masa tu umur aku 21 tahun aku hanya banyak membaca ayat2 al quran seperti ayat kursi dan 3 qul. Bila tiba saat aku nak melahirkan nurse tu dengan kasar menyuruh aku meneran aku meneran sekuat hati tapi tak berjaya dia marah2 dengan mengatakan teran jela masa buat taknak pikir. Aku cuba teran dan akhirnya seorang doctor datang beritahu kalau aku masih tak dapat keluarkan bayi maka bayi tu akan di paksa keluar menggunakan forcep risikonya otak bayi tu mungkin akan terjejas. Aku minta untuk keluarkan sendiri selepas mengambil nafas secukupnya aku meneran sekuat hati dan lahir bayi ku seberat 3.65kg. Nurse yang sebelum nie marah2 padaku berkata patutla susah nak keluar baby dia besar. Aku ucap terima kasih kepada doctor dan staff nurse tu walaupun dia marah2 padaku sebelum ini. Nurse tu terkedu seketika maklumlah sebelum nie galak marah2 orang tapi aku tetap ucap terima kasih kepadanya. Dia kata tak pernah orang ucap terima kasih kepadanya sebelum ni. Selepas tu terus dia layan aku elok2 dengan nada suara yang berbezaa.

Banyak sebenarnya pengalaman aku lihat karenah nurse2 di hospital tetapi kebanyakan nurse yang bermulut jahat di bahagian bersalin tu yang aku pelik. Sewaktu Ammar sakit nurse2 katbahagian tu ok je dan baik2 belaka. Kenapa ekk?

Maafkan mama, Ammar.

Monday, February 02, 2009 Edit This 0 Comments »

Hari nie banyak perkara yang aku buat di rumah. Memang meletihkan sehingga aku hilang kawalan dalam mengawal emosi marahku. Selepas makan tengahari aku sibuk mengemas kawasan luar rumahku, membasuh kereta, vacum etc. Aku nie jenis yang tak suka tengok benda sepah itulah kelemahanku keran sepatutnya aku tahu bila mempunyai anak2 yang ramai memang susah nak maintain kebersihan. Suamiku tak pula marah bila rumah bersepah dia lagi marah kalau aku asyik membersihkan rumah tak mengira waktu. Penat dan buang masa katanya kerana budak2 tetap akan bersepahkan rumah terutama Ammar n Dina yang masih kecil lagi.

Bila sahaja aku siap kemas kawasan halaman rumah sebaik melnagkah masuk aku melihat habis sudu cawan yang aku simpan dalam almari di keluarkan Ammar, tak cukup dengan itu kulit limau yang dimakan oleh anak2ku bersepah sana sini. Aduh!!Dahla pinggang aku sakit sebaik kemas depan maklumlah kandunganku dah menjangkau 6 bulan. Apalagi naik darah aku dibuatnya aku tanya pada Iffa, siapa yang buat sepah? Ammar katanya, Ammar pun faham bila lihat keadaan aku sedang marah aku yang ketika itu dirasuk syaitan mula piat telinga Ammar, pada mulanya tak berapa marah tapi bila aku pandang sekeliling mataku mula sakit apalagi aku mula lakukan sesuatu yang aku tahu tak sepatutnya aku lakukan aku mula pukul Ammar, 2 3 kali. Bila melihatkan Ammar nangis kesakitan aku berhenti dan menjauhkan diriku darinya lalu mengugut bila mama masuk mama tak nak tengok bersepah lagi. Iffa sebagai kakak membantu Ammar membersihkan kembali barang2.

Selepas aku mula kembali cool aku masuk ke dalam dan melihat barang2 yang di sepahkan sudah dibersihkan.

Aku masuk kedalam bilik dalam setengah jam. Memang anak2 kecil mudah lupa apa yang telah berlaku. Ammar masuk ke dalam bilik seolah2 tiada apa berlaku dan bertanya mama buat apa?

Masa tu perasaan bersalah ku menyelubungi diri, aku jawab takde apa2 mama baring je, aku ke dapur di turut oleh Ammar. Aku mula mengeluarkan tepung untuk membuat donat kerana telah berjanji dengan Arrie untuk hidangan petang. Ammar tanya lagi mama buat apa? Mama buat kuih? Kuih apa? Kuih bulat? Oooh... Aku renung ke mata Ammar kesian dia. Aku mula bertanya, Ammar marah mama tak? Dia jawab tak, tanpa sebarang perasaan dendam. Aku mula ingatkan dia, kan tadi mama pukul Ammar, Ammar tak marah ke? Sakit tak mama pukul?

Dia terdiam seketika dan menjawab, sakit. Aku pandang tepat ke matanya dan aku tanya lagi? Ammar tak marah mama ke? Mama mintak maaf, lain kali Ammar jangan sepah rumah mama penat, mama minta maaf yea...sambil mengucup pipinya aku minta ammar mencium pipiku semula. Di waktu tu aku lihat mimik muka Ammar berubah mencebik sedih dan kecewa agaknya dia bila orang yang di sayanginya dan di harapkan beri perlindungan marah terhadapnya. Di matanya mula bergenang airmata aku tak tahan aku peluk dan cium pipinya sambil minta maaf. Maafkan mama Ammar. Sambil mencebik dan matanya merah kerana menahan tangis dia memberitahu nanti Ammar tah cepah agi.. Kesiannya anakku, kerana mempunyai ibu yang kejam aku rasakan.

Aku tanya Ammar mana bahagian yang sakit? Dia tunjuk telinganya, kesan piat aku tadi agaknya. Aku belek telinga mana tahu lebam, alhamdullillah tak de apa2 yang luka.Aku peluk Ammar dan berjanji untuk buat donat besar kayi (besar lagi) untuknya.Dan sekali lagi minta maaf. Dia angguk2 gembira. Yang amat aku kesali aku cuba untuk tidak guna kekasaran dalam mendidik anak2 seringkali aku gagal kerana lemahnya keimanan dan betapa jauhnya aku dengan Allah.

Di waktu aku sedang mencoretkan penyesalanku air mata kekesalan tak dapat ku tahan, Dina masuk ke dalam bilak melihat aku sedang menangis di hadapan komputer dengan pelat Dina tanya, sape uat? Abang ammai? Anak yang kecil baru 1 tahun lebih pun ambil berat terhadap ibunya yang sedang sedih. Aku geleng dan peluk Dina kesedihanku kembali reda bila memeluk anak2. Aku bukan seorang yang bersyukur.

Ya Allah bantulah aku mendidik anak2ku sebaiknya. Aku tak mahu mereka membenci aku kerana aku tahu aku ibu yang tak sempurna. Bantulah aku Ya Allah. Hanya engkau yang dapat membimbingku. Berikanlah aku kesabaran Ya Allah.



Aku ingin ingatkan diriku selalu supaya tidak lalai dan leka dalam mengasuh anak2. Kasihan anak2 sekiranya ibubapa yang mereaka kasihi berlaku kasar terhadap diri mereka.

Maafkan mama anak2ku kerana sering cuai dan leka dalam mendidik kalian semua. Maafkan mama kerana selalu menrut perasaan bukannya pedoman dalam mengajarmu. Maafkan mama kerana mama bukan seorang ibu yang sempurna, tetapi mama akan berusaha dan terus berusaha untuk mengubahnya demi kebahagiaan anak2 mama. Anak2 walau apa pun yang kita lakukan terhadapa mereka mereka tetap memaafkan dan menyayangi kita. Maafkan maaf sekali dan berkali2.

Tahukah anak2 semua yang hati mama sakit dan penuh kesal bila mama lakukan sesuatu yang di luar kawalan mama, iaitu memukul atau berkasar dengan kamu semua.

Tetapi mama insan biasa yang penuh dosa. Maafkan mama. Ya Allah ampunilah dosaku ini. Aku mohon padamu dengan kekesalan lebih2 lagi melihatkan reaksi anakku yang tidak berdosa ini ,Ya Allah. Sesungguhnya aku bukanlah orang2 yang bersyukur.

INILAH CABARAN AKU MENJADI SEORANG IBU.

Fasa dalam kehidupanku....

Monday, February 02, 2009 Edit This 0 Comments »

Tahun 2002, ketika nie kami baru mempunyai seorang anak Amir Khuzairi dan sedang menunggu kelahiran kedua. Bila melihatkan gambar nie terkenang saat2 kami baru mendirikan rumahtangga. Pejam celik dah hampir 9 tahun kami hidup bersama.



Tahun 2003, berpindah ke Meru, sudah mempunyai 2 orang anak Amir dan Iffa.


Tahun 2005, lahirnya Ammar Hanania bertambahnya cahayamata kami, alhamdullillah bersyukurnya kepada Allah kerana mengurniakan kami anak2 yang comel dan sihat.


Tahun 2007, ketika ini sedang mengandungkan Dina, selang 3 hari gambar ini di rakamkan saya selamat melahirkan Dina ke dunia.


Jun 2007, baru lepas pantang bersalinkan Dina jalan2 kat Port Klang.


Detik2 menghantar Arrie ke majlis konvo tadika Abim.

Gambar terkini penghujung 2008, sedang mangandungkan anak kelima bergambar bersama suami tercinta yang banyak pengorbanan yang dilakukan yang tak dapat ku balas sampai bila2. Terima kasih segalanya..