Wednesday, February 11, 2009 Edit This 0 Comments »

Semalam merupakan kali pertama suamiku menjadi emcee QIT Presentation di tempat kerjanya..

Sudah tentu pengalaman pertamanya ini menjadi perbualan kami sebaik dia pulang dari kerja.

Kadangkala terfikir di fikiran inilah peluangnya kita menjdai pendengar kepada setiap apa yang berlaku kepada pasangan kita.

Kadangkala apabila kita bertemu dengan pasangan yang kurang mendengar apa yang kita ingin kongsikan akan membuatkan kita bersa sedih dan kecil hati.

Sedar atau tak nilai kembali diri kita adakah kita berjaya menjadi pendengar yang setia kepada pasangan kita atau sebaliknya.

Setiap pasangan yang setia hanya mengharapkan pasangan memberi sedikit penumpuan ke atas setiap apa yang ingin di bicarakan. Bagi orang perempuan ianya lebih banyak kepada berbicara tentang emosi mereka tetapi bagi lelaki lebih kepada kerjaya ataupun interest mereka.

Walaubagaimanapun tahniah di ucapkan kepada suamiku yang agak kurang pandai bergaul tetapi masih boleh kelolakan majlis yang di hadiri seramai 70 orang participants.

Mungkin bagi sesetengah orang ianya biasa apabila berucap di hadapan sekumpulan orang yang ramai tetapi bagi orang yang tak biasa dengan keadaan itu dan kurang selesa untuk menonjolkan diri di khalayak ramai ianya merupakan pengalaman yang menerujakan.

Menjadi emcee atau pengantara majlis adalah berbeza dengan work presentation, kerana emcee menjadi orang penting di dalam sesuatu majlis.

Tahniah sekali lagi kerana berjaya mengharungi pengalaman yang sudah pasti mendebarkan.

0 comments: