Thursday, February 05, 2009 Edit This 0 Comments »
Tak tau la orang akan setuju dengan pendapat saya tentang apa yang berlaku keatas diri kita selalunya ada maksud disebalik agar kita menilai kembali perbuatan kita.

Contohnya seperti musibah2 yang pernah berlaku keatas diri kita pasti membawa makna yang tersendiri dan kita hanya akan realize tentangnya selepas apa yang berlaku..

Seperti kejadian semalam iaitu saya disengat lebah di jari saya anggap itu adalah sign untuk saya yang saya melakukan sesuatu yang kurang baik walaupun akhirnya duit yang di ambil akan digantikan semula.

Kejadian saya di rompak di meru tahun 2007, juga saya anggap kerana saya leka dengan kewahan sementara tanpa bersyukur dengan apa yang di miliki. Kerana Allah sayangkan saya dan tak mahu saya terus dalam keadaan alpa dan leka maka dia berikan pengajaran begitu agar saya tersedar akan kesilapan diri..

Semalam juga saya dapat hubungi kawan lama semasa saya berkerja di CS metal dulu, Lai Lina seorang yang berbangsa cina sarawak. Saya tak pasti ianya adalah perkara yang baik atau sebaliknya kerana sewaktu alam remaja dulu saya taklah sebaik mana dan kini saya dah banyak berubah tidak seperti dulu.

Saya harap sekiranya persahabatan kami dapat di teruskan kembali seperti dulu dia dapat terimanya yang saya bukan Ieda yang dahulu kerana selepas mendirikan rumahtangga saya berazam untuk memperbaiki diri agar saya dapat membimbing anak2 ke jalan yang sepatutnya.

Dalam pemilihan kawan saya tak pernah memilih bangsa saya selesa berkawan dengan golongan cina mahupun india. Mungkin disebabkan zaman persekolahan saya di sekolah convent klang yang kebanyakan penuntutnya ialah cina, melayu dan india. Jadi saya boleh 'masuk' dengan semua golongan dan kurang berburuk sangka terhadap mereka.

To Lai lina if u read my blog,
i hope that we will continue our friendship like before..
and thanks to zahidi because of him we can contact each other..
tak sangka u still contact zahidi...

0 comments: