Aghhh...tensionnyer....

Tuesday, February 03, 2009 Edit This 0 Comments »
Hari nie aku supposed check up kat klinik kerajaan yang dekat ngan rumah. Rancangku ingat pukul 10 pagi gi klinik lepas tu amik Iffa and then pergi beli lauk dah tu masak la....

Tapi bila aku sampai je kat klinik desa kg medan aku di suruh gi check up kat klinik kesihatan telok panglima atas sebab diorang suspect aku sakit tibi bulan lepas. Aku argue ngan nurse kat situ yang aku kononnya dah gi klinik swasta untuk further check up doc tu cakap takded pape pun. Sebenarnya bulan lepas aku kena jumpa doctor untuk buat scan, lepas scan doc kerajaan tu tanya sihat ke? Aku jawab batuk2 sikit, dia tanya lagi batuk ada kahak ke? Of course la ada, lepas tu aku tengok doctor tu isi borang makmal masa tu aku tak syak apa2, lepas selesai isi borang terus dia pass kat aku dia kata kena bagi sample kahak kat makmal 3 hari berturut. Sudah aku tanya nape dia kata syak aku ada tibi. Aduh!!Aku ye kan aje lepas tu terus blah balik rumah.. malas nak layan.

Lepas amik Iffa terus gi klinik telok, sementara menunggu sempat jugak aku berborak ngan ibu yang baru bersalin, aku pun cerita kejadian yang menimpa aku hari nie, akak tu pun cakap sebelum nie pun dia kena camtu jugak asyik kena tolak sana tolak sini maklumlah sapa yang gi bersalin kat hospital kerajaan nie kan kebanyakan orang yang takde duit.

Kadang2 apabila melihatkan nurse2 yang berkerja untuk hospital nie garang semacam aku pun tak faham kenapa yang paling aku kasihan apabila melihatkan layanan diorang untuk orang india dan juga indonesia. Sepatutnya diorang kena faham apa tugas diorang kan untuk berkhidmat dengan masyarakat, kenapa perlu di marah perlu diperli orang2 yang perlukan khidmat mereka?

Aku masih ingat sewaktu pertama kali melahirkan Arrie di hospital tengku ampuan rahimah, klang, staff yang sambut kelahiran Arrie marah2 pada pesakit yang lain, bila aku dengar herdikan nurse tu aku pun takut la masa tu umur aku 21 tahun aku hanya banyak membaca ayat2 al quran seperti ayat kursi dan 3 qul. Bila tiba saat aku nak melahirkan nurse tu dengan kasar menyuruh aku meneran aku meneran sekuat hati tapi tak berjaya dia marah2 dengan mengatakan teran jela masa buat taknak pikir. Aku cuba teran dan akhirnya seorang doctor datang beritahu kalau aku masih tak dapat keluarkan bayi maka bayi tu akan di paksa keluar menggunakan forcep risikonya otak bayi tu mungkin akan terjejas. Aku minta untuk keluarkan sendiri selepas mengambil nafas secukupnya aku meneran sekuat hati dan lahir bayi ku seberat 3.65kg. Nurse yang sebelum nie marah2 padaku berkata patutla susah nak keluar baby dia besar. Aku ucap terima kasih kepada doctor dan staff nurse tu walaupun dia marah2 padaku sebelum ini. Nurse tu terkedu seketika maklumlah sebelum nie galak marah2 orang tapi aku tetap ucap terima kasih kepadanya. Dia kata tak pernah orang ucap terima kasih kepadanya sebelum ni. Selepas tu terus dia layan aku elok2 dengan nada suara yang berbezaa.

Banyak sebenarnya pengalaman aku lihat karenah nurse2 di hospital tetapi kebanyakan nurse yang bermulut jahat di bahagian bersalin tu yang aku pelik. Sewaktu Ammar sakit nurse2 katbahagian tu ok je dan baik2 belaka. Kenapa ekk?

0 comments: