Maafkan mama, Ammar.

Monday, February 02, 2009 Edit This 0 Comments »

Hari nie banyak perkara yang aku buat di rumah. Memang meletihkan sehingga aku hilang kawalan dalam mengawal emosi marahku. Selepas makan tengahari aku sibuk mengemas kawasan luar rumahku, membasuh kereta, vacum etc. Aku nie jenis yang tak suka tengok benda sepah itulah kelemahanku keran sepatutnya aku tahu bila mempunyai anak2 yang ramai memang susah nak maintain kebersihan. Suamiku tak pula marah bila rumah bersepah dia lagi marah kalau aku asyik membersihkan rumah tak mengira waktu. Penat dan buang masa katanya kerana budak2 tetap akan bersepahkan rumah terutama Ammar n Dina yang masih kecil lagi.

Bila sahaja aku siap kemas kawasan halaman rumah sebaik melnagkah masuk aku melihat habis sudu cawan yang aku simpan dalam almari di keluarkan Ammar, tak cukup dengan itu kulit limau yang dimakan oleh anak2ku bersepah sana sini. Aduh!!Dahla pinggang aku sakit sebaik kemas depan maklumlah kandunganku dah menjangkau 6 bulan. Apalagi naik darah aku dibuatnya aku tanya pada Iffa, siapa yang buat sepah? Ammar katanya, Ammar pun faham bila lihat keadaan aku sedang marah aku yang ketika itu dirasuk syaitan mula piat telinga Ammar, pada mulanya tak berapa marah tapi bila aku pandang sekeliling mataku mula sakit apalagi aku mula lakukan sesuatu yang aku tahu tak sepatutnya aku lakukan aku mula pukul Ammar, 2 3 kali. Bila melihatkan Ammar nangis kesakitan aku berhenti dan menjauhkan diriku darinya lalu mengugut bila mama masuk mama tak nak tengok bersepah lagi. Iffa sebagai kakak membantu Ammar membersihkan kembali barang2.

Selepas aku mula kembali cool aku masuk ke dalam dan melihat barang2 yang di sepahkan sudah dibersihkan.

Aku masuk kedalam bilik dalam setengah jam. Memang anak2 kecil mudah lupa apa yang telah berlaku. Ammar masuk ke dalam bilik seolah2 tiada apa berlaku dan bertanya mama buat apa?

Masa tu perasaan bersalah ku menyelubungi diri, aku jawab takde apa2 mama baring je, aku ke dapur di turut oleh Ammar. Aku mula mengeluarkan tepung untuk membuat donat kerana telah berjanji dengan Arrie untuk hidangan petang. Ammar tanya lagi mama buat apa? Mama buat kuih? Kuih apa? Kuih bulat? Oooh... Aku renung ke mata Ammar kesian dia. Aku mula bertanya, Ammar marah mama tak? Dia jawab tak, tanpa sebarang perasaan dendam. Aku mula ingatkan dia, kan tadi mama pukul Ammar, Ammar tak marah ke? Sakit tak mama pukul?

Dia terdiam seketika dan menjawab, sakit. Aku pandang tepat ke matanya dan aku tanya lagi? Ammar tak marah mama ke? Mama mintak maaf, lain kali Ammar jangan sepah rumah mama penat, mama minta maaf yea...sambil mengucup pipinya aku minta ammar mencium pipiku semula. Di waktu tu aku lihat mimik muka Ammar berubah mencebik sedih dan kecewa agaknya dia bila orang yang di sayanginya dan di harapkan beri perlindungan marah terhadapnya. Di matanya mula bergenang airmata aku tak tahan aku peluk dan cium pipinya sambil minta maaf. Maafkan mama Ammar. Sambil mencebik dan matanya merah kerana menahan tangis dia memberitahu nanti Ammar tah cepah agi.. Kesiannya anakku, kerana mempunyai ibu yang kejam aku rasakan.

Aku tanya Ammar mana bahagian yang sakit? Dia tunjuk telinganya, kesan piat aku tadi agaknya. Aku belek telinga mana tahu lebam, alhamdullillah tak de apa2 yang luka.Aku peluk Ammar dan berjanji untuk buat donat besar kayi (besar lagi) untuknya.Dan sekali lagi minta maaf. Dia angguk2 gembira. Yang amat aku kesali aku cuba untuk tidak guna kekasaran dalam mendidik anak2 seringkali aku gagal kerana lemahnya keimanan dan betapa jauhnya aku dengan Allah.

Di waktu aku sedang mencoretkan penyesalanku air mata kekesalan tak dapat ku tahan, Dina masuk ke dalam bilak melihat aku sedang menangis di hadapan komputer dengan pelat Dina tanya, sape uat? Abang ammai? Anak yang kecil baru 1 tahun lebih pun ambil berat terhadap ibunya yang sedang sedih. Aku geleng dan peluk Dina kesedihanku kembali reda bila memeluk anak2. Aku bukan seorang yang bersyukur.

Ya Allah bantulah aku mendidik anak2ku sebaiknya. Aku tak mahu mereka membenci aku kerana aku tahu aku ibu yang tak sempurna. Bantulah aku Ya Allah. Hanya engkau yang dapat membimbingku. Berikanlah aku kesabaran Ya Allah.



Aku ingin ingatkan diriku selalu supaya tidak lalai dan leka dalam mengasuh anak2. Kasihan anak2 sekiranya ibubapa yang mereaka kasihi berlaku kasar terhadap diri mereka.

Maafkan mama anak2ku kerana sering cuai dan leka dalam mendidik kalian semua. Maafkan mama kerana selalu menrut perasaan bukannya pedoman dalam mengajarmu. Maafkan mama kerana mama bukan seorang ibu yang sempurna, tetapi mama akan berusaha dan terus berusaha untuk mengubahnya demi kebahagiaan anak2 mama. Anak2 walau apa pun yang kita lakukan terhadapa mereka mereka tetap memaafkan dan menyayangi kita. Maafkan maaf sekali dan berkali2.

Tahukah anak2 semua yang hati mama sakit dan penuh kesal bila mama lakukan sesuatu yang di luar kawalan mama, iaitu memukul atau berkasar dengan kamu semua.

Tetapi mama insan biasa yang penuh dosa. Maafkan mama. Ya Allah ampunilah dosaku ini. Aku mohon padamu dengan kekesalan lebih2 lagi melihatkan reaksi anakku yang tidak berdosa ini ,Ya Allah. Sesungguhnya aku bukanlah orang2 yang bersyukur.

INILAH CABARAN AKU MENJADI SEORANG IBU.

0 comments: