It's me...ooo...

Monday, February 23, 2009 Edit This 0 Comments »


Pada mulanya bila terfikir nak start my own blog juz sekadar nak cuba2 je..lama-lama seronok kerana melalui blog kita dapat terus luahkan segala apa yang tersirat di hati..

Bila boring lepaskan kat sini..bila seronok jugak lepaskan kat sini, bila nak bersembang pun lepaskan kat sini..(sorang2la)..

Tapi di dalam blog kita tak boleh sesuka hati mak ayah kita je menulis kerana impactnya pun akan kena pada kita..contohnya kalau kita tak suka atau kurang berpuashati pada orang tak boleh terus menulis ikut rasa hati kerana melalui penulisan kadangkala akan tercetus kesalahfahaman orang terhadap kita.Yelah kita tak tahu siapa readers blog kita manalah tahu kot kot member lama ke, jiran2 ke, sedara mara ke, orang kat kampung ke, atau aci dan aya sebelah rumah mak ke.. tauke kedai sayur tepi jalan limau ke.. tukang potong rumput depan rumah ke...dan banyak lagi tak habis kalau di senarai hitamkan di sini..eh eh salah di shortlistedkan disini..

Melalui blog juga kita dapat mengenali peribadi kita sendiri kerana semasa menulis ianya adalah dari dalam hati terus ke hujung jari. Selepas membaca kembali apa yang telah di paparkan baru kita sedar eee..tah pape ntah..jiwang pun ada, lawak pun ada n so on..

So mulakan blog anda ikut citarasa anda... (Khas untuk Naim...jangan habaq kat orang kampung Cik ieda ada blog malu.. tak boleh control cun lagi lepas ni..he he he)


Saja letak gambar nie nak bagitahu Dina dah ada member nama dia Irene buat masa ni hanya senyum2 dan main cak2 je pasal dua2 tak pandai cakap lagi.. Tengokla tu makan pun sorang2 kehun betul..

0 comments: