Saja nak share...

Tuesday, February 24, 2009 Edit This 0 Comments »
Inilah watak sebenar suamiku yang lebih suka
menghabiskan masanya disamping keluarga.


Timbul perasaan simpati terhadap Aziz M osman dan pasangan tidak sahnya iaitu ustazah Nor Radhiah sebaik sahaja menonton WHI di tv3 sebentar tadi.

Bersimpati kerana mendengar luahan dari seorang yang ku sangkakan kehidupannya bahagia kerana kemasyuran namanya, kejayaan dalam menghasilkan filem dan drama yang mendapat sambutan penonton di Malaysia, kejayannya dalam mengumpul harta dunia yang dia mampu untuk mendapat apa sahaja dan pergi kemana sahaja yang diingini tetapi berasa kesepian dan keseorangan dalam meniti kehidupan sebagai seorang lelaki dan juga bapa kepada anak2nya.

Statement daripada beliau mengatakan bahawa beliau berasa sepi sebaik bercerai dengan isteri terdahulu Nor Aliah Lee sebaik melangkah kaki ke rumah yang dahulunya di sambut oleh isteri dan kini berasa sunyi kerana hilangnya perasaan indah yang diimpikan oleh setiap lelaki yang telah berumah tangga iaitu rumahku syurgaku.

Memang diakui kehidupan berumahtangga lebih membahagiaakan berbanding dengan kehidupan hidup solo. Tetapi kita harus fahami tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri kepada pasangan. Berusaha membuang sikap yang tidak di senangi dan berusaha memahami apa kehendak pasangan agar suasana rumahtangga terus harmoni.

Memang sering suamiku memberitahuku bahawa dia sentiasa gembira berada di samping isteri dan anak2 daripada keluar berhibur dengan rakan2. Kerana menurutnya dia seorang yang bersifat lebih kepada family man. Sehinggakan ketika keluar kekedai berhampiran rumah pun nak diangkutnya kami anak beranak. Kriteria inilah juga yang aku ingini sebelum bergelar isteri yang inginkan suami sentiasa fokus kepada isteri dan keluarga. Senda gurau suamiku yang sering mengusik sikapku ketika mengemas rumah dan juga ketika memarahi anak2 menjadikan aku sering tersenyum sendirian dan berasa rindu sewaktu ketiadaannya ketika keluar bekerja. Walaupun jarak bekerja tidak sampai 5 minit dari rumah sms dan panggilan yang kuterima membuatkan aku berasa bahagia.

Aku sering berasa gembira terutama hujung minggu kerana suamiku akan siapkan sarapan untuk kami dan barangan mentah untuk dimasak juga telah di sediakan dan dibeli tanpa perlu aku ingatkan.

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan jodoh yang terbaik kepadaku. Berkat pilihan bapaku yang telah kembali ke rahmatullah aku panjatkan syukur kehadratnya kerana dengan mengikut pilihan bapaku aku kini berbahagia di samping suami tercinta walaupun kadangkala di beri ujian dalam percanggahan pendapat, kami dapat harunginya.

Bukan harta yang menjadi kunci segala kebahagian tetapi bagiku kehidupan berkeluargaku kini lebih membahagiakan walaupun ekonomi kami biasa2 saja.

0 comments: