Semakin sarat, semakin berat...

Monday, February 09, 2009 Edit This 0 Comments »

Gambar ini di rakamkan ketika kandungan ku mencecah sembilan bulan. Kira sedang menunggu hari la nie. Waktu ini aku sedang mengandungkan Iffa.

Kandunganku sudah menghampiri bulan yang ketujuh. Semakin letihku rasakan. Mujur mempunyai suami dan anak2 yang memahami. Jika tidak tekanan perasaan yang akan kurasakan.

Inilah pengorbanan ibu2 yang mengandung dan melahirkan. Sudahlah terpaksa menunggu 9 bulan untuk melahirkan dan kemudian berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan anak2.

Tidak pernah terlintas di hati menyesal dengan pemberian yang diberi. Cuma kekadang kata2 orang yang sinis seolah2 memperli kelebihan yang di beri Allah kepadaku. Tetapi setelah mempertimbangkan dan mengenepikan persepsi orang yang tak bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku aku biarkan sahaja. Yang penting suamiku menyokongku dan sentiasa mengasihi dan berada di samping kami sekeluarga.

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran kepadaku dalam menangani karenah anak2 yang sedang membesar.

Amin.

0 comments: