Nak Share Sikit...

Thursday, December 30, 2010 Edit This 0 Comments »
Cuti persekolahan kali ini aku dan suami membeli kan beberapa naskhah buku2 cerita bagi mengisi masa anak2 yang banyak terluang. Kami cuba memberi jadual yang teratur untuk anak2 bagi mengisi masa mereka yang banyak terluang  sepanjang cuti kali ini agar mereka dapat mengisi masa mereka dengan perkara yang bermanfaat.

Sambil menemani mereka membaca buku aku pun mula membuka beberapa laman web yang terdapat didalam internet tak kisah apa jua artikel akan kubaca. Salah satu artikel yang menarik perhatianku ialah artikel berkenaan dengan kekeluargaan.


Aku ingin berkongsi disini tentang artikel yang sangat bermanfaat ini dan amat beruntung sekiranya kita cuba untuk mengimplimentasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai ibubapa dalam mendidik dan membimbing anak2 membentuk jatidiri mereka sendiri..
Seminar Kaunseling 92 Keluarga 2008 
KAEDAH MENANGANI KANAK-KANAK YANG BERMASALAH TINGKAHLAKU

Masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak. Kebanyakan daripada perangai atau kelakuan adalah dipelajari. Oleh itu, ibubapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik anak-anak supaya dapat bertingkahlaku dengan baik seterusnya, Mengurangkan masalah tingkahlaku di kalangan mereka. Tingkahlaku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bermasalah, khususnya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang kritikal. Antara masalah tingkahlaku yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah seperti bertingkahlaku ganas, menentang dan tidak menurut arahan, bersikap terlalu bergantung dan suka mengelak serta bertingkahlaku pasif. Secara keseluruhan artikel ini membincangkan tentang jenis-jenis dan klasifikasi tingkahlaku serta kaedah untuk menangani masalah kanak-kanak bermasalah tingkahlaku sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya, berobjektif serta mempunyai jati diri yang tinggi yang seharusnya perlu bermula pada peringkat usia kanak-kanak bak kata pepatah “Mendidik anakanak bermula dari rebungnya”. Di harapkan artikel ini juga dapat menjadi rujukan dan panduan semua pihak untuk membantu mengatasi kanak-kanak bermasalah tingkahlaku dalam kehidupan.

PENGENALAN
Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri seperti bertingkahlaku ganas mahu pun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Antara kriteria-kriteria untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah tingkahlaku:
i. Ketidakbolehan dan ketidakupayaan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan
menggunakan faktor-faktor deria (sensori), kesihatan dan intelek.
ii. Suasana yang kurang gembira dan penuh dengan kerisauan.
iii. Tingkahlaku dan perasaan yang kurang sesuai dalam keadaan normal.
iv. Sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah.
v. Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain ‘interpersonal relationships’ seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain.
vi. Keadaan ini termasuk kanak-kanak Schizophrenic yang tidak mengenal realiti dan masalah sosial akibat gangguan emosi yang teruk.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menilai sama ada tingkahlaku itu normal atau tidak normal termasuk:
i. kekerapan berlakunya tingkahlaku
ii. kekuatan (untensity)
iii. tempoh (duration)
iv. kesesuaian dengan umur (age appropriateness)

Faktor-faktor Penyebab berlakunya masalah tingkahlaku:
i. Faktor Biologi: Genetik ialah unitunit
baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anakanak.

Ia terkandung dalam kromosom sel manusia yang terdapat kumin Seminar Kaunseling Keluarga 2008 91
mengandungi gen. Kerosakan gen ini akan membawa kepada masalah jiwa. Terdapat juga hormon dalam badan manusia iaitu adrenalina dan noradrelin yang boleh menyebabkan manusia sentiasa tegang dan tertekan.
ii. Faktor Psikodinamik: Masalah berlaku disebabkan konflik dalaman diri yang wujud dalam bentuk tidak disedari seperti proses represi, ingatan memilukan dan keinginan-keinginan seksual yang tidak dapat dipuaskan. Akibatnya berlaku tingkh laku seperti histeria, kesedihan, kerisauan dan kemurungan.
iii. Faktor Pembelajaran: Hasil dari pembelajaran yang tidak sesuai sama ada secara langsung tau tidak langsung akan menyebabkan fobia dan kemurungan.

KLASIFIKASI MASALAH TINGKAHLAKU
Menurut DSMIV
(Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association) masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkahlaku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakarpakar psikiteris dan psikologis. Manakala menurut menurut Kerr & Nelson, masalah tingkahlaku dilihat sebagai:
i. Tingkahlaku yang mengganggui (Disruptive Behavior) iaitu tingkahlaku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya “out – of – seat”, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa.
ii. Tingkahlaku yang tidak sesuai dari segi sosial dan tingkahlaku kurang matang.
Misalnya sering menangis, “tantrums”, terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak faham apakah tingkahlaku yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan.
iii. Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal) iaitu individu yang terlalu segan dan takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada bermain atau berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.
iv. Tingkahlaku yang berulangan (stereo type beheviour) iaitu sesetengah kanak-kanak misalnya kanak-kanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti gerakan tangan dari depan mata “rocking” dan lainlain.
v. Tingkahlaku yang agresif iaitu tingkahlaku di mana seseorang kanak-kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakkan harta benda.
Achenbach & Edelbrock pula mengkategorikan tingkahlaku sebagai :
i. Tingkahlaku ‘externalizing’ ditujukan kepada orang lain dan persekitaran bersifat ‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering mengganggu orang lain. Individu ini sentiasa menonjol dengan permasalahan tingkahlaku sehingga menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Contoh perlakuan tidak duduk di tempat duduk sendiri, menjerit, lari mengelilingi bilik darjah, mengganggu rakan, memukul, berkelahi atau bergaduh, tidak menghiraukan arahan guru ,mencuri, merosakan harta benda ‘vendalisme’, berbohong dan sering marah-marah.
ii. Tingkahlaku ‘unternalising’ ditujukan kepada diri yang bersifat mengasingkan diri ‘compulsive’, selalu sedih, pemalu, berfokus kepada ketakutan dan fantasi . Keadaan sebegini mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu namun tingkahlaku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal.

KAEDAH MENANGANI KANAKKANAK BERMASALAH TINGKAHLAKU

Peranan Sistem Kekeluargaan

Secara umum, keluarga boleh dijelaskan dari segi penstrukturannya yang merentas budaya dan perubahan masa dengan adanya hubungan darah, kaitan psikologi , tinggal serumah atau berdekatan. Keluarga juga merupakan asas dalam proses sosialisasi individu. Ibu bapa dan adik beradik merupakan unsur sosialisasi utama. Pengenalan awal sama ada seseorang itu dikasihi, diterima, berjaya atau sebaliknya terdapat dalam keluarga.

Keluarga adalah institusi pertama dalam masyarakat dan negara. Di situlah berkembangnya individu serta terbentuknya tahap-tahap awal pemasyarakatan. Oleh itu ia harus dipelihara dan dijaga kemurniannya mengikut syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT. Cabaran keibubapaan ialah untuk membentuk komunikasi yang positif dan berkesan antara suami isteri dengan anak-anak dan ahli keluarga lain dari awal perkahwinan sehingga ke akhir hayat malah sehingga dibangkitkan pada kehidupan abadi dan ia hanya dapat dihadapi jika ibu bapa mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi yang tulus dan peka.

Penghayatan keluarga adalah pemangkin ke arah meningkatkan kesedaran supaya kita menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan sebenar dalam keluarga. Ini bertujuan mengukuhkan institusi kekeluargaan kerana jika tiada perhatian sewajarnya, ia akan mengakibatkan wujudnya masalah-masalah sosial yang menghantui masyarakat ketika ini.

Justeru ia perlu dimantapkan dengan penyediaan diri dalam memainkan peranan sebagai pemimpin rumahtangga, keluarga, bangsa, agama dan negara. Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang dialami oleh individu atau tingkahlaku bermasalah dapat dikesan dengan tepat dalam keluarga berkenaan. Dengan andaian ini juga ahli keluarga bermasalah boleh dibantu dalam situasi keluarga mereka. Contohnya, sepasang ibu bapa yang sering berbalah akan meninggalkan kesan emosi dan psikologi dalam perkembangan jiwa anak mereka. Anak mungkin akan didapati tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan. Apabila diselidiki, anak mungkin menjawab bahawa ia takut kerana tumpuan terganggu oleh bunyi bising perbalahan ibu bapa. Jelas di sini, anak bermasalah kerana masalah yang ditimbulkan oleh ibu bapa. 


Hakikatnya , menjadi ibu bapa hari ini amat mencabar Johan Jaafar (Mingguan Malaysia, 1997) menyatakan bahawa ibu bapa hari ini menghadapi persekitaran yang berbeza dari zaman mereka membesar di mana tiada internet, multimedia, permainan komputer dan 32 saluran TV. Ibu bapa harus bersekolah semula untuk mendidik anakanak. Membina Kemahiran Keibubapaan Berkahwin hukumnya adalah sunat. Namun, melaksanakan tanggungjawab serta mendidik kana-kanak hukumnya adalah wajib. Ramai manusia ghairah melaksanakan perkara sunat tetapi cuai dalam tugas yang wajib. Bagi melaksanakan kewajipan, ibu bapa memerlukan ilmu, kemahiran dan sikap positif dalam hidup.

Hubungan yang harmonis antara suami isteri adalah asas kebahagiaan rumah tangga. Kebiasaannya, pasangan lelaki dan perempuan mempunyai fikiran positif sesama mereka sebelum berkahwin. Sebaliknya, selepas berkahwin sangkaan buruk, prejudis dan fikiran negatif menyelubungi kehidupan mereka. Berhubung dengan ini, dalam surah anNisa’ ayat 19, Allah mengingatkan kita supaya banyak memfokuskan pada kebaikan pasangan kita berbanding keburukannya melalui firmannya yang bermaksud, “Dan bergaullah secara baik dengan mereka (isteri-isterimu). Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu yang ada pada mereka sedangkan Allah mengurniakan kebaikan yang banyak padanya.” 

Keadilan adalah nilai yang wajib dihayati dalam semua keadaan. Isteri dan anak yang terasa diabai dan dianiaya akan memberontak dan kesannya amat negatif bagi sesebuah keluarga. Pada zaman nabi, seorang sahabat yang bernama Nukman Bin Basyir pernah menghadiahkan seorang hamba kepada salah seorang anaknya. Nabi bertanya kepada sahabatnya Nukman, “Apakah kamu menghadiahkan ini kepada semua anak-anakmu?” Nukman menjawab, “Tidak.” Bersabda nabi, “Jika demikian jangan dilakukan.” Hadis ini
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Anak-anak yang terlalu dikongkong tidak dapat mengembangkan potensi diri mereka. Mereka perlu diberikan pendedahan dan kepercayaan untuk bertindak di bawah pengawasan kita. Kebengisan dan kekerasan juga merencatkan pengembangan potensi anak-anak.Jiwa mereka yang tertekan dipenuhi perasaan takut dan kecewa. Justeru, kelembutan dan kemesraan adalah pendekatan yang amat penting bagi mendidik anakanak.

Mengikut Imam Tirmidzi, nabi pernah bermain-main dengan cucu-cucu baginda, Hasan dan Husain, dengan membiarkan mereka menunggang di belakang baginda. Imam Bukhari meriwayatkan kisah seorang lelaki yang terkejut apabila melihat baginda mencium cucu baginda. Nabi bersabda kepadanya, “Apa yang dapat aku lakukan jika Allah telah mencabut perasaan belas kasihan dari hatimu.” Apabila hubungan suami isteri serta anak-anak diselimuti kemesraan dan kesejahteraan, anakanak bermotivasi tinggi dalam mengejar citacita mereka. 

Pengarang buku The Unmotivated Child mengutarakan teori yang dikenali sebagai The Attachment Theory untuk menjelaskan punca seseorang anak bermotivasi tinggi ataupun sebaliknya. Beliau berkata, “Bentuk ikatan, hubungan serta interaksi yang berlaku antara kanak-kanak dengan ibu bapa serta orang lain pada peringkat awal pertumbuhannya menentukan sikapnya semasa menghadapi dunia dan kehidupan pada masa hadapan. Dalam konteks ini, ikatan yang kukuh lagi terjamin (secure base) memerlukan dua kriteria.

Pertama kanakkanak perlu berasa selamat serta sejahtera dan kedua mereka memerlukan sokongan dan rangsangan bagi menerokai kehidupan. Kanakkanak yang mendapat kedua-dua ini membesar dengan penuh keyakinan di samping berkemampuan membantu orang lain. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak memperoleh kedua-dua ini membesar dengan seribu satu prasangka pada orang lain dan akhirnya menjadi kanak-kanak yang gagal dalam hidup.”

Pendidikan Anak-anak
Tanggungjawab ibu bapa amat besar sekali dalam pendidikan anak-anak bermula sejak tahun kelahiran anak hingga dewasa. Cabaran yang akan ditempuh oleh anak-anak masa sekarang amat hebat dan mereka tidak akan dapat menghadapinya tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa melalui pendidikan yang berteraskan kepada Islam.
Kaedah pendidikan Islam perlu diterapkan bagi mencegah mereka melakukan perkara yang salah dan terkutuk di sisi agama. Ibu bapa perlu memperkenalkan asas-asas keimanan dan membiasakan diri anak dengan prinsip-prinsip syariat dan asas pengajaran Islam dari segi akidah dan ibadah. (Abdullah Nasih Ulwan, 2000).
Di samping itu juga, pemikiran anakanak perlu dibentuk dengan perkaraperkara bermanfaat daripada ilmu-ilmu syariat, pengetahuan ilmiah dan kesedaran pemikiran yang matang kerana kesihatan akal dan pemikiran anakanak perlu dijaga dengan menjauhkan mereka daripada anasir yang boleh merosakkan akal seperti rokok, arak dan dadah, mendapatkan bahanbahan lucah atau menonton filemfilem lucah yang boleh mendorong mereka untuk melakukan salah laku. Anakanak yang terdidik dengan akhlak Islam tidak akan mudah terpengaruh dengan unsurunsur yang bertentangan dengan etika akhlak Islam yang boleh merosakkan diri dan orang lain. Terdapat beberapa hadis daripada Rasulullah s.a.w yang menerangkan beberapa kaedah
pendidikan anakanak yang ditujukan kepada ibu bapa untuk mengaplikasikannya dalam proses pendidikan, antaranya bermaksud :
“Suruhlah anakanak kamu bersembahyang apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah (untuk mengajar) mereka apabila berumur sepuluh tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur.” (H.R alHakim & Abu Daud)
“Tiada seorang bapa memberikan anaknya suatu pemberian yang lebih baik daripada adab yang mulia.”
(H.R alTirmidzi)
Seminar Kaunseling 94 Keluarga 2008
Ibu bapa mesti melazimkan anakanak dengan adab susila dan asas kerohanian yang tinggi, melengkapkan mereka dengan ilmu pergaulan yang baik dalam keluarga dan masyarakat. Anakanak yang terdidik dengan kaedah ini akan berada dalam sebuah keluarga dan masyarakat dengan baik dan tidak mudah terjebak kepada perlakuan salah laku yang berleluasa pada hari ini.
Pendidikan Bersepadu
Islam menitik beratkan hubungan sesama manusia. Manusia sebagai makhluk sosial memerlukan orang lain untuk memenuhi tuntutan dan keperluan hidup. Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini banyak berpunca daripada kekeliruan memahami konsep dan tuntutan hidup bermasyarakat. Masyarakat boleh diumpamakan sebagai satu tubuh yang tidak akan senang jika anggotaanggota lain sakit. Pendidikan kemasyarakatan boleh diterapkan di kalangan seluruh anggota masyarakat melalui media dan seminarseminar
yang membincangkan isuisu kemasyarakatan yang semakin mengganggu ketenteraman semua pihak.

Satu rancangan pendidikan bersepadu membabitkan beberapa pihak tertentu seperti dari sudut penempatan dan kemasyarakatan perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah tingkahlaku yang berlaku di kalangan kanakkanak dapat dibendung. Keciciran boleh menyebabkan banyak salah laku sosial terjadi. Keadaan ini menjadi satu kitaran sosial negatif yang memberikan kesan yang besar kepada ketenteraman awam.
Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta konsep nasihat menasihati antara satu sama lain perlu diketengahkan dalam kehidupan bermasyarakat bagi menangani masalah tingkahlaku di kalanagan kanakkanak.
Kesilapan mentafsir maksud pepatah “menjaga tepi kain orang” talah menyebabkan orang Melayu lebih bersikap keakuan dalam hidup berkomuniti. Sebagai anggota masyarakat terutama jiran berdekatan perlu bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap persekitarannya dan peka dengan keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Sikap tegurmenegur antara satu sama lain adalah perlu supaya menjamin keadaan persekitaran yang sihat dan bebas daripada unsurunsur gejala salah laku.
Walaupun tiada sebarang hubungan persaudaraan, setiap individu yang bertanggungjawab perlu berperanan dalam membendung masalah sosial. Maksud hadis :“Barang siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia betulkan dengan tangan kalau tidak dengan lidah dan kalau tidak dengan hati, dan itu adalah selemahlemah iman.” (H.R Muslim)
Beberapa bentuk pendidikan ke arah pencegahan kepada gejala salah laku ini boleh dilakukan melalui pihakpihak tertentu seperti kariah masjid, agensiagensi kerajaan dan swasta, badanbadan NGO, institusiinstusi pendidikan dan sebagainya. Masjid boleh menganjurkan pelbagai program berunsur kerohanian dan pembentukan jiwa yang bertujuan menyatukan masyarakat melalui pendidikan kerohanian melalui ceramah, forum dan ceramah khusus kepada anakanak atau ibu bapa. Masjid yang progresif juga boleh dijadikan sebagai pusat pembangunan sosial yang berfungsi untuk menangani gejala sosial melalui pelbagai aktiviti seperti kunjungan silaturahim dari rumah ke rumah. Pendidikan melalui kempenkempen kesedaran, penerangan, edaran risalah dan seumpamanya juga boleh dilakukan oleh pihakpihak tertentu seperti badanbadan bukan kerajaan, pihak media dan lainlain.

Pendekatan Terapi Sistem Keluarga Perkembangan diri seseorang individu bermula dalam lingkungan keluarga, budaya dan agama yang dianuti. Individu mewarisi agama dan adat resam daripada keluarga dan keturunan. Apabila mereka memasuki alam persekolahan, mereka membawa bersama kepercayaan dan nilai yang diperolehi daripada keluarga, kawankawan, masyarakat, agama, budaya yang melibatkan aspek diri serta perhubungan dengan individu lain.

Seminar Kaunseling Keluarga 2008 95

Kepercayaan dan nilai yang ditanam dalam diri mereka ada kalanya bercanggahan dengan apa yang dialami di dalam situasi persekitaran. Dalam hal ini, kanakkanak mungkin mengalami konflik untuk memilih tingkahlaku yang sepatutnya. Mereka sentiasa mencari makna dalam kehidupan yang dipelajari melalui peranan yang dimainkan oleh sistem keluarga sendiri. Pelbagai permasalahan yang menimpa mereka antaranya kesunyian, rasa bersalah, marah, putus asa dan sebagainya biasanya terhasil daripada salah tafsir individu terhadap permasalahan dalam keluarga yang akhirnya membawa kepada tekanan dan rasa tidak berguna.

Kaunselor yang dianggap sebagai ejen perubahan perlu memahami ciriciri yang mempengaruhi tahap perubahan seseorang individu, kelompok masyarakat secara etnografi melalui konsep homophili dan empati yang mendalam. Ini disebabkan setiap individu akan mengalami sesuatu perubahan mengikut tahap penerimaan yang berbeza seperti dalam tahap kelompok pembaru atau inovator, penerima awal, penerima lewat dan pemundur atau lagaat. Justeru golongan kanakkanak bermasalah tingkahlaku ini terutamanya amat memerlukan kepada bantuan dalam mengenalpasti kepercayaan dan nilai yang sepatutnya mereka pegang.

Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memupuk nilainilai murni serta kepercayaan dalam diri pelajar. Oleh yang demikian, pengalaman yang diberikan dalam persekitaran sekolah khususnya penglibatan kaunselor memainkan peranan dalam memupuk kepekaan pelajar kepada nilai dan kepercayaan yang sebenar agar konflik yang dialami dapat diatasi dengan sewajarnya. Pelbagai matlamat yang menjurus kepada aspek peranan sistem keluarga yang bersesuaian dengan terapi telah dikenalpasti. Antara matlamat terapi dalam sistem keluarga ialah seperti berikut;
i. Untuk membawa klien memahami pengalaman perkembangan dengan merujuk dimensi waktu yang dilalui oleh ahli keluarga dalam keadaan harmoni dan kebenaran.
ii. Membantu klien menilai dan memahami kesan mempercayai agama dan kerohanian terhadap permasalahan yang mereka alami.
iii. Membantu klien mengenalpasti dan menggunakan sumber keluarga dalam kehidupan mereka dalam usaha mengatasi masalah mereka.
iv. Menolong klien menilai dan mengatasi masalah dan membuat pilihan berkaitan peranan klien dalam keluarga.
v. Menolong klien menilai apakah pandangan dan perasaan mereka dan membantu mereka menilai cara yang terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan diri mereka. Justeru, kaunselor perlu membuat persediaan dengan memantapkan kecekapan dan pengetahuan dalam menilai peranan dalam sistem keluarga yang lebih kompleks dan merangkumi kepelbagaian nilai budaya berbeza agar dapat samasama mendokong hasrat kerajaan ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti dan berjiwa luhur serta utuh pegangan agama dan mendokong Prinsip Rukun Negara.
KESIMPULAN

Secara tradisional, penyelidikan berkaitan masalah tingkahlaku kanakkanak dan remaja masih lagi membingungkan kita. Ini disebabkan kanakkanak kadangkala menerima dirinya sebagai ‘orang dewasa yang kecil’. Perkara ini tidak lagi berlaku pada abad ke20 selepas penyelidikan sistem pengelasan kecelaruan kanakkanak dan remaja diberi pengkhususan secara jelas dalam permasalahan istimewa bagi zaman kanakkanak. Kecelaruan dalam zaman kanakkanak ataupun remaja ini menerangkan jenisjenis kecelaruan di kalangan kanakkanak  dan remaja. Kecelaruan itu termasuk kecelaruan intelektual, kecelaruan tingkahlaku, kecelaruan emosi, kecelaruan fizikal dan kecelaruan perkembangan.
Kita ingin melihat penghidappenghidap kecelaruan sama ada yang terdiri daripada kanakkanak ataupun remaja supaya mereka juga dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, bebas daripada stigma dan diskriminasi. Oleh itu persepsi masyarakat pada penghidap kecelaruan ini perlu diubah dengan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kecelaruan.
Seminar Kaunseling 96 Keluarga 2008
Apa yang perlu dilakukan adalah membincangkan penyakit jiwa secara terbuka dan belajar berfikir mengenainya seperti penyakit lain. Mendidik masyarakat mengatasi sikap yang berasaskan salah tanggapan. Kita juga perlu memajukan kesihatan mental, tingkahlaku, emosi, fizikal dan perkembangan kanakkanak dan remaja.
Selain itu kita juga perlu menolong kawankawan dan keluarga yang mengalami masalah kecelaruan seperti ini, membincangkan kecelaruan secara terbuka dengan orang yang ditemui, memberikan sokongan berkualiti tinggi dan perkhidmatan rawatan yang membolehkan penghidap kecelaruan ini melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan masyarakat serta menghapuskan diskriminasi dalam kehidupan termasuklah dalam aspek pelajaran, perkhidmatan dan kemudahan. Kita menggalakkan kajian berkaitan kecelaruan bagi menolong mamahami bagaimana penyakit ini memberi kesan pada manusia dan bagaimana ia dapat dibendung dari peringkat awal kanakkanak ataupun zaman remaja lagi.
RUJUKAN
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2005). Punca dan
Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku. Bentong : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, Yusof Boon. (2005). AlamRemaja.
Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Danial Zainal Abidin (2003). Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Bentong : PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ministry of Health Malaysia. (2003). Child and Adolescent Mental Health Training Module for
Specialists.
Rozmi Iamail, Gusni Saat, Zainah Ahmad Zamani, Asmawati Desa, Suzana Mohd Hoesni,
Norbayah Abdul Kadir, Rozainee Khairudin, Saedah Ghani (2004). Gejala Sosial Dalam
Masyarakat. Kuala Lumpur : Ihsan Training & Consultancy.
Siti Zawiyah Zakaria, Muhamad Ismail Ahmad. (1998). Kontroversi Pelajar. Selangor:Penerbit
Pinang Sdn. Bhd.
Siti Zawiyah Zakaria, Muhamad Ismail Ahmad. (1998). Remaja Masa Kini. Selangor :Penerbit
Pinang Sdn. Bhd.
W. S. Turambi (2003). Remaja Harus Mengetahuinya. Kuala Lumpur : Southeast Asia
Publishing House.
Zahbah B. Lep, Mohd. Daud B. Salleh (2007). Himpunan Kajian Kes Kaunseling GBK Negeri
Johor. Selangor : Didik Watan.
Mohd. Sharani Ahmad, http://www.pts.com.my

Thursday, December 09, 2010 Edit This 1 Comment »
Iffa.."Mama..bila mama nak beranak baby lagi..Syirah dah besarla.."..Opps pertanyaan Iffa ni betui2 buat den sorba salah la.. Macam mana nak eksplen bagi paham ini budak pun susah.. tiba-tiba dan tiba-tiba Ammar menyampuk.." Mama tak nak baby lagilakan mama makan ubat taknak beranak.." Ayyooo.. lagi susah nak cakap.. macam mana ek.. Then aku dapat satu 'mentol' Ting!! Ahha..

"Bukan mama taknak baby lagi.. mama suka baby..baby kan comel..tapi bagi adik Syirah ngan kakak Dina besar dulu.. kalau tak sian kat adik Syirah semua orang dah taknak main ngan dia sbb asyik main ngan baby je kan.."..jawabku sambil membuat memik muka tercomel dipasaran...

"A'ah kan bagi Syirah besar dulu la ye mama.. nanti sian Syirah.."..yes akhirnya berjaya aku menjelaskan status sobonar kat Iffa.. dan tiba-tiba lak.."A'ah kakak nina pen..(pun)..cian kakak nina.."..Dina menyampuk sambil continue fokus menyusun blocks..Nina..haish ape-ape jela..

Anak.. rumah pasti sunyi tanpa anak.. takde kedengaran riuh rendah, terpekik terlolong berebut menan..ketawa gelihati melihatkan telatah spontan diorang ni.. meradang kepenatan bila rumah bersepah.. indahnya jadi ibubapa.. Alhamdulillah diberikan zuriat penenang jiwa kepada kami suami isteri..

Pernah suatu ketika dulu aku tanyakan diorang ni.. suka tak adik badek ramai..Suka..jawab diorang ni.. nape..? Best sebab ramai.. boleh main2..jawab diorg ni dengan jujur..Tak malu ke..? Tak..nape malu ma..?Tanya arrie..Takde la mama ingat abang malu sbb orang selalu senyum2 bila kita gi jalan2 bila mama amik abang sekolah semua orang tengok sambil sengih2 kan..".."Entah..abang tak malu pun.."

Anak ramai..? Buat apa nak malu.. Nonsense.. anak tu rezeki tuhan tak boleh dibeli dengan wang ringgit..Zuriat keturunan kita..our own flesh and blood.. Aku suka anak ramai.. aku nak tambah lagi sebelum usia mencecah 40 tahun.. semoga ada rezeki untuk kami nanti...







Keluarga yang kusayangi..

Thursday, December 09, 2010 Edit This 0 Comments »
Aloha.. salamat salamat salamat..
Hari yang membahagiakan...
Sejuk membeku di awal pagi
Hujan renyai2 sedari tadi..

Layan anak2 tengok tv..
Si kecik Syira berangan telefon babah dari tadi..
Ayyoo babah Ayyooo babah..
Bila nenek telepon dia yg beria2 berlari...
Macam lah reti..hihihi


Indahnya bila hidup ini dilengkapi..
Seorang suami yang menyayangi diri..
Dan juga anak2 yang menjadi penghibur hati..

Semoga keluarga ini dirahmati..
Kekal bahagia selama2nya..

Kamu semua mama amat sayangi..muah muah muah..














Wednesday, December 08, 2010 Edit This 0 Comments »
Tanpa kita sedar kita dah terlalu banyak kehilangan..
Mampukah kita kembalikan semula kehilangan kita itu..
Sebelum kehilangan itu lenyap selama2nya..

Tanpa kita sedar kita terlalu berharap..
Harapan yang akan membahagiakan kita..
Mampukah harapan itu terlaksana?

Tanpa kita sedar kita banyak mengecewakan..
Kekecawaan yang buat pasangan berduka...
Adakah kita sedar tentang itu..?

Tanpa kita sedar kita kita banyak meminta..
Meminta pasangan memberi layanan kpd kita..
Apakah layanan yang kita berikan kepadanya..

Selain daripada meminta..kita perlu juga menghulurkannnya..
Huluran yang tanpa harapkan balasan..



Monday, December 06, 2010 Edit This 0 Comments »
Hari ini fikiran aku betul2 terganggu.. nak gak follow adviced..load up ur mind with sumthing to make u busy.. tapi.. entahla.. terganggu betul..

Mungkin sebab asyik terperuk kat rumah buat fikiran aku jadi sempit.. dengan bunyi riuh rendah anak2.. buat aku semakin terganggu..
Nak gak pergi jalan2.. tetapi.. apakan daya duit menjadi issue disini..

Almaklumlah.. dihujung2 tahun cam ni kena banyak keluar duit.. duit buku,yuran sekolah, alat2 tulis anak2, baju2 sekolah ditambah pulak dengan roadtax dan insuran keta yang dah pun mati minggu lepas.. nasib baik baju sekolah dah pun dibeli.. boleh la menghela nafas lega.. yang lain2 bakal menanti..

Kekadang terpikir gak kalaulah dulu aku tak benti keja mesti dah jadi executive skrg ni.. Issue duit mungkin gak tak wujud tak macam sekarang.. sighs..

Tapi hal macam ni dah biasa dah kami lalui.. dihujung2 tahun biasalah banyak kena kuar duit pasni bila semua dah settle enjoy tak hingat dunia.. hehehe manusia mmg camtu.. tak pernah nak pikir waktu susah time senang duit tu kuar bagaikan air.. bila susah asyik nak mengeluh je.. macam aku ni..

Hujung minggu ni plan nak balik Klang.. tengok rumah kami kat Meru.. penyewa dah bagi notis nak kuar.. mungkin that time leh amik kesempatan bawak anak2 gi I-city kat area rumah abang.. pastu otw back singgah PD mandi2.. itu je yang termampu..

Mujur anak2 tak banyak kisah.. mana2 pun boleh tak perlu waste a lot of money to entertain them.. tak kisah mana2 je boleh bawak.. air terjun ke.. beach ke.. even mandi sungai kat belakang umah tok wan pun diorg dah hepi..

Sebelum aku lupa aku nak wish SElamat Menyambut Awalmuharram untuk semua umat islam..

Wassalam..

Sunday, December 05, 2010 Edit This 0 Comments »
Busy mind is a happy mind..

Load your empty mind with something that could make u busy all the time... do anything u could do.. something that could give benefit to the others people.. like what we do all the time..such as cleaning the house.., tidying up a bed room.. ironing clothes etcetera... its better than we keep thinking about something sad and the end will made us feel very sad without any reason.. its only satan games to let us losing our way...

Friday, December 03, 2010 Edit This 0 Comments »
Akhirnya perkara yang cuba kusembunyikan daripadanya diketahui jua.. telefon mudah alih yang dibelikan olehnya telah pun 'dilemaskan' oleh anak kecilku, Insyirah.. 'ia' dilemaskan didalam baldi takungan air mop pagi tadi..

Sedang aku sibuk menyapu laman rumah Syirah pula sibuk merendamkan hphne ku.. panik dan rasa bersalah menyelebungi aku.. segera kucabutkan bateri telefon dan segera kugunakan hair dryer bagi mengeringkan air didalamnya..

Inilah musibah kecil yang aku terima hari ini.. aku redha dengan segalanya..kerana aku tahu inilah peringatan yang aku terima dari yang Esa diatas dosa2 yang aku lakukan.. tak perlu marah pada anak kecil itu tapi melihat akan kejadian ini aku segera teringatkan dosa2 aku dan aku pasti dengan apa yang berlaku ini semua adalah dari keslapan aku jua.. aku terlalu lalai dan leka.. dan semakin jauh dariNya.. semoga Allah mengampuni ku..

Kita selalu terlupa..

Tuesday, November 30, 2010 Edit This 0 Comments »
Harta dunia tidak kemana.. harta dan bekalan akhirat yang utama.. kebahagian bila mendapat apa yang dihajati hanyalah bersifat sementara bila dah jemu kita mencari yang lain pula..

Mengejar harta dunia takkan tamat sampai bila2.. Bila yang dikejar dah dapat kita akan terus mengejar yang lain sehingga tercapai matlamat... Hati dan perasaan berkecamuk dan tak pernah puas dengan apa yg sudah kita miliki.. Itulah nafsu duniawi yang perlu kita kongkongi..

Melihat pulak apa yang dimiliki oleh rakan, teman jiran mahupun sedara.. mengganggu fikiran kita.. kita bekerja kuat untuk mencapai apa yang dihajati.. tanpa kita sedar banyak yang kita telah kehilangan untuk mencapai sasaran.. banyak yang telah kita engkar dan tak peduli..

Setelah apa yang dihajati telahpun dimiliki kita sombong, angkuh dengan rezeki yang telah Allah beri.. Itulah kita manusia yang penuh dengan noda dan dosa..

Dalam arus dunia sekarang ni kemewahan perlu ada untuk meneruskan kehidupan.. benarkah begitu? Bagaimana pula dengan sikap hidup perlu bersederhana yang dianjurkan Islam..?

Anak2 dilimpahi kemewahan tanpa diserapkan dan dididik dengan sikap bersederhana menunjuk2 pula pada kawan2 yang kurang berkemampuan dipakaikan dan dihiasi mereka dengan pakaian yang mewah2, permainan yang mahal2 kadangkala kita sanggup pula berhabisan tanpa membatasi sempadan.. "Untuk anak apasalahnya..". Itulah alasan kebanyakan ibubapa bila berlebihan untk anak yang dikasihi..

Anak2 terdidik dengan perasaan sombong,riak dan takabur yang semakin membiak dari hari demi hari..

Inikah didikan yang diterima anak2 yang bakal menerajui dunia dimasa akan datang.. nafsu mengatasi diri.. maka rasuah menjadi punca utama rezeki untuk mereka memuaskan dan meneruskan kehidupan mewah yang sekian lama mereka nikmati... semuanya hasil didikan daripada ibubapa mereka juga.. Nauzubillahiminzalik.. sedarlah kita ibubapa mereka, didiklah anak2 kita supaya sentiasa bersyukur sentiasa dengan rezeki yang telah Allah beri..

Bangunlah, bangkitlah dan ingatlah (ingatan kpd diri sendiri) hentikan semua ini dan kembali kpd jalan yang Allah redhai.. sekat nafus cintakan dunia..

Sesungguhnya aku juga selalu terlupa..

Monday, November 15, 2010 Edit This 0 Comments »

Salam..

Alhamdulillah hari ini aku dapat menghadiri lagi Hari Anugerah Cemerlang di sekolah anak2. Ramai juga ibu2 yang dapat hadir.. bapa2 mungkin kena bekerja maklumlah majlis ini dilangsungkan pada waktu bekerja.. Seronok melihat ibu2 yang begitu gembira dan bangga melihat anak2 yang berjaya mengambil hadiah di atas pentas..

Aku juga begitu gembira bila mendapat surat jemputan hadir ke sekolah untuk hadiri majlis ini.. Jemputan untuk melihat Iffa mengambil hadiah berbentuk piala apabila berjaya menamatkan program JQaf di sekolah.. Khatam Iqra.. Seramai 9 orang yang berjaya setiap kelas mewakili 3 orang pelajar.. Ingatkan hanya buat persembahan sahaja.. aku pun tak faham macammana pihak sekolah membuat penilaian untuk memilih pelajar2 ini..

Sewaktu beratur untuk naik ke pentas..

Atas pentas gambar blurr.. laju sangat..

Tahniah.. berjaya menamatkan Iqra di sekolah..



Khusyuk sungguh aku mendengar ceramah daripada Dr Sheikh yang dijemput untuk merasmikan majlis.. Asal permulaan karier beliau adalah sebagai jurutera kemudian menyambung pelajaran sehingga ke peringkat PhD dan kini bekerja sebagai pensyarah dan memegang jawatan yang tinggi di UTHM.

Antara sedikit ucapan beliau yang dapat aku kongsikan disini ialah dengan mengingatkan ibubapa betapa pentingnya kita perlu mengingatkan dan memberi pesanan kepada anak2 untuk sembahyang, mengaji Al-Quran setiap hari walaupun dengan sepotong ayat dan usaha kita itu perlulah berterusan sehingga mereka dewasa tanpa henti..

Malahan menurutnya jika kita mendengar ceramah agama di surau2 mahupun masjid.. ibadah kita kepada Allah tak boleh ditunjukkan, jika kita hendak bersedekah disuruh supaya kita diam2 tak boleh heboh.. sekiranya kita bersembahyang malam kita tak boleh bercerita dengan orang dikhuatiri datangnya unsur riak dalam hati.. Tetapi untuk anak2 kita perlu menunjukkannya semua kebaikan dan perbuatan kita supaya anak2 menirunya..

Ini adalah pengalaman beliau sendiri sebagai pensyarah di universiti melihat mahasiswa yang asalnya daripada sebuah keluarga yang mempunyai didikan agama yang baik bila jauh daripada ibubapa mereka lari jauh daripada didikan yang diterima.. pengisian rohani, kasih sayang dan perhatian perlulah seiring.. dengan memperingati anak2 mengasihi dan mengambil berat walaupun anak itu sudah dewasa boleh membantu anak2 melayari kehidupannya sendiri di jalan yang betul...

Ibubapa adalah contoh terbaik anak2.. sekiranya kita inginkan anak2 berjaya kita perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk anak2 contohi..

Aku muhasabah diriku sendiri.. mengingatkan kembali kelakuan2 selama ini.. banyak kesilapan2 yang mengundang rasa kurang hormat pada anak2.. lebih elok sekiranya perbuatan2 buruk ku ini dapat aku hakis untuk pembesaran anak2 aku nanti..

Dr Sheikh turut mengajak pelajar2 yang turut hadir menyanyikan bersama sebuah lagu.. aku sempat merakamkannya.. hayati sedikit kesungguhan Dr ini menarik perhatian kami tentang betapa pentingnya perhubungan ibubapa dan anak2..

Menurut beliau lagi jika hubungan kekeluargaan itu diterapkan dengan kata2 nasihat, pelukan kasih sayang dan kata2 yang merangsang semangat anak2 walaupun setinggi mana dia belajar sudah pasti anak itu tidak akan sanggup melukai hati ibubapa yang membesarkannya memberi pendidikan dan nasihat yang tak putus2 sehingga dia berjaya..

Wallahuallam.. semua ibubapa inginkan anak2nya cemerlang dan berjaya.. kita ibubapa yang mencorakkan anak2 ini.. jika gagalnya anak2 kita bermakna gagallah kita.. usaha dan doa yang berterusan tanpa rasa jemu... Insya-Allah pastinya akan berjaya...

Hari Kecemerlangan Pasti...

Sunday, November 14, 2010 Edit This 0 Comments »

Seawal 7.30 pagi dah berangkut anak beranak pergi menghadiri majlis kecemerlangan Ammar. Tempatnya tak lah jauh sangat kat simpang menghala ke Sri Bengkal..

Sampai disana kereta dah banyak tempat parking pun penuh malahan deretan kedai makan di tepi jalan pun dipenuh dengan orang ramai.. Mujur dapat tempat yg dekat dengan dewan bakal berlangsungnya majlis itu..

Macam biasa setiap acara majlis kenalah mendaftarkan diri dulu kan.. pastu amik tempat duduk.. terserempak ngan mak Ifwat yang datang solo bersama ngan anak bongsunya.. Ajak dia lepak sama ngan kitorang.. kesian dia duduk sorang2 nanti..


Tengah belek2 tengok Ammar dapat no berapa dalam kelas..

Sebenarnya kitorang pun tak tau Ammar dapat nombor berapa.. keputusannya bagaimana sebab langsung tak dapat kertas periksa mahupun buku rekodnya.. rupa2nya inilah keputusan yang Ammar dapat.. sukalah aku masa membacanya tak sangka cakap pun masih pelat2 tapi boleh tahan lah keputusannya.. Alhamdulillah..

Ammar Hanania B Mohamad Suhaimi.. No 9, Terbaik Matapelajaran Jawi dan Mathematik.. Alhamdulillah.. untuk matapelajaran terbaik markah yang diperolehi adalah 100%..

Align Left
Hadiah yang diterima berupa buku latihan Methematik dan Jawi.. Alhamdulillah.. Dan juga piala cenderahati dari pihak Pasti..

Ada sorang budak ni namanya Batrisya umur 6 tahun bijak sungguh, dia berjaya mendapat tempat kedua negeri Johor.. keputusan periksa toksah cakaplah hampir kesemua matapelajaran terbaik..

Dia buat ucapan dihadapan ibubapa yang hadir semasa dia berucap aku sempat jugak melihat ibunya menangis mengesat airmata, sudah tentu airmata bangga melihat anak sulongnya membaca dengan lancar ucapan yang telah ditulis.. aku pun berbangga jugak.. semua ibubapa mengimpikan anak2nya bijak dan pandai.. aku suka tengok anak2 orang lain berjaya selalunya aku tak malu minta tips dari diorang nak juga aku bimbing anak2 dgn cara diorang tu..

Tak kira aku kenal ke tak kenal ke.. kalau agak2 aku tau anak diorang ni pandai dan berjaya dapat keputusan yang cemerlang mesti aku akan sembang dan bertanya.. aku ni jenis yang macam ni tak tau malu nak bertanya.. hehehe

Kenapa Ammar tak pakai jubah..? Kan baru 5 tahun next year pakai la..

Syirah pun dah penat asyik nangis dewan agak panas kipas rosak agaknya yang nampak terbukak satu je ...

Letih betul hari ni.. balik2 terus tidur..

Esok ada lagi acara untuk di hadiri.. Majlis anugerah Iffa pulak.. Suami kena kerja.. nampaknya lintang pukang la aku nak uruskan anak2.. Takpe penat sekejap yang penting kegembiraan apabila melihat kejayaan anak2. Aku pun x pasti Iffa dapat anugerah apa atau hanya buat persembahan je.. cuma aku tak sabar nak tengok dia buat pementasan bersama dua lagi rakan sebayanya membaca surah2 pendek Al-Quran diatas pentas esok..

Walaupun bagi sesetengah orang yang dah pernah merasai kejayaan yang besar, kejayaan seperti ini ..berapalah sangat kan.. Untuk kami ini adalah permulaan.. kami akan berusaha memastikan anak2 berjaya dan kami akan cuba bantu sedaya upaya..

Suka melihat kejayaan anak2 orang lain.. kalau orang lain boleh takkan anak2 kami tak bolehkan?.. Selalu aku ingatkan anak2 nak berjaya kena berusaha.. jika dah berusaha setiap apa jua keputusannya kita terima dengan redha dan berlapang dada.. kita tak akan menyesal sekiranya kita dah berusaha tetapi keputusannya tak begitu memuaskan kita.. dan kita akan sangat berbangga sekiranya kita berjaya kerana ianya hasil dari usaha kita...

Sekurang2nya berusaha dulu, berdoa dan selebihnya terserah kepada takdir..
Jika diizinkan Allah.. Aku berharap sangat banyak lagi kejayaan demi kejayaan yang akan menyusul untuk anak2 aku.. Doakan yea...

Misi membalas dendam...

Saturday, November 13, 2010 Edit This 0 Comments »
Misi aku hari ni.. nak claim balik hutang tidur yang tertunggak sekian lama.. Iffa takde gi sekolah rehearsel.. hubby gi keja ada meeting ngan Sharp.. Arrie ngan Ammar dah ditugaskan membersihkan rumah.. Syirah ngan Dina kalau dibiarkan tidur mau bangun kul 11 nanti..

Dan aku... ngeh ngeh ngeh... zzzzzzzzz...maklumlah peyed.. i need more rest to rescue my life.. dont disturb mama was sleeping beauty.. huaaaahahahaha....

Teringat balik masa mula2 jejak aku dapat di trace oleh kawan sekolah sorang ni.. dia yang perkenalkan aku kepada Fb.. suka sangat dia masa mula2 jumpa aku thru blog ni..

Seronok melayan fb macam2 style orang macam2 idea.. masa sekolah dulu aku berkawan dengan group lain sebenarnya.. group yang ada rupa la.. group yang mungkin orang kata group murid glamour.. aku rasa la.. sbb masa sekolah dulu.. bukan nak perasan tapi kalau under desk tu dah biasa dapat surat2 dari secret admirer.. kakak angkat adik angkat toksah citer la.. kalau time dedication dapat flower ke bunga ke biasakla bro.. ada la jugak dapat kan..dari entah sapa2.. sampaikan along aku pernah ingat aku ni lesbian.. dapat surat dari peminat pompuan.. yang masa tu aku suka simpan.. apekehe..

Entah macammana di fb jumpa kembali kawan2 lama yang rapat2 masa dulu.. tapi hubungan kami cool..jarang keep in touch.. yang lagi pelik aku leh berkawan pulak ngan group2 different class.. yang dulu tu kurang terserlah yang aku masa dulu kurang perasan kewujudan diorang ni kurang peduli sangat.. tapi at least diorang jadi cun n ada jugak karier yang baik..

Tapi di fb kami jadi rapat..fb yang merapatkan kami.. aku terfikir kenapa dulu mereka2 ini aku x join dari awal.. kan best..dari cara diorang ni..diorang caring each others.. Aku suka diorang sudi memberi komen2 yang menaikkan semangat aku yang pada ketika ini dalam proses pemulihan diri.. kenapa dulu aku tak nampak mereka2 ini.. butakah hatiku sehingga membutakan mataku.. hehehe

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi berkawan semula dengan aku.. maklumlah dulu aku ni jenis kategori laser entah berapa ramai orang yang aku sakitkan hati aku pun tak ingat.. minta maaf yea.. jiwa remaja adalah jiwa yang gila2.. masa mula2 masuk fb.. ramai jugak yang add yang hampir cek tak kenai.. jangan marah aa.. sebab dah lain sangat diorang ni.. dulu tu loleh2 sekarang pandai bergaya yang gelap jadi terang.. yang rambut ala2 alleycat pun dah bergaya sekarang ni... cayalah.. mantop..

Yang akak ni aduyai.. beza sangat la..

Dialah suamiku...

Saturday, November 13, 2010 Edit This 2 Comments »

Oh yea..hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10.. 10 tahun tu lama..dari berusia 20 tahun aku bersama dia..harap sangat sehingga ke akhir usia kami masih lagi bersama.. kami sampai dah paham sangat perangai masing2..

Hidup rumahtangga ni ada pasang surutnya.. kejap baik, kejap masam, kejap tersengih2, kejap peluk2 minta maaf tergedik2 dan macam perangai yang bughok amat rupanya.. hehehe..

Dah 10 tahun anak pun dah masuk 5 orang..berbagai pengalaman pahit manis kami bersama.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..(sila nyanyi style P.Ramlee yea)..

Aku ni kategori cemburu.. nasib baiklah dapat suami yang agak pendiam.. mudah nak kawal rasa cemburu aku.. Aku x rela tengok suami melihat lama org lain.. nasib baik x pernah.. kalau tak entah kaler apa aku bertukar nanti.. aku tak suka..tak suka tak suka... tapi aku percaya suami aku ni.. sbb dia x kisah aku jawab telefon dia.. email dia pun aku tau passwordnya.. wallet dia, takde hal anytime aku leh selongkar..

Biasanya lelaki ni kalau ada sumthing yg dia hide.. semua benda dia tak kasi isteri sentuh.. tapi bukan suamiku.. aku percaya dia jujur... tengok cara dia melayan aku pun dah tau.. dia sayangkan aku.. dah 10 tahun.. masih lagi coling2 diwaktu bekerja.. sehari mau 10 kali telefon tanya itu ini..walau sibuk mana pun dia masih ingat kami di rumah..


Aku sayang dia, tanggungjawab dia kepada keluarga tak pernah dilupa.. dia ambil berat hati dan perasaan kami.. bila ditegur dia mudah menerima..apa jua kesalahanku dia dengan senang memaafkannya.. dia juga selalu mengungkapkan kata2 maaf bila aku terasa.. dialah suamiku.. pembimbingku.. dia juga yang menaikkan darjatku sebagai seorg wanita dengan menjadikan aku sebagai isterinya yang sah.. dia juga bapa yang baik kepada anak2ku.. Aku bersyukur dikurniakan suami sebaiknya...


Suamiku terima kasih diatas segalanya.. kasih dan sayangku kian utuh hari demi hari.. mama bahagia disampingmu...

Thursday, November 11, 2010 Edit This 0 Comments »
Dari pagi mencari2 kunci kereta avanza yang hilang..entah di mana semua tempat aku dah cari dibawah meja di celah kerusi didalam pasu bunga di dlm almari peti ais handbeg..tepi tangga tapi x jumpa.. akhirnya surrender..maybe panggil tukang kunci macam yang Kak Yam cadangkan di fesbuk..

Sedang aku didalam kekusutan teringat pulak kepada kawanku sorg ni..Kak Nisa ibu kpd Ifwat kwn baik Arrie.. anaknya yang kedua darjah 6 keputusan dah keluar.. aku pun hubungi dia.. mula2 sembanglah tentang periksa akhir anak2 kami lepas sembang2 tu tanyakanla jugak la keputusan anak gadisnya yang manis tu.."Alhamdulillah, Da anak akak dapat 5A"..Aku pulak yang seronok.."Yeke ..,Alhamdulillah tahniah yea untuk akak dan anak akak tu.. dah la cantik pandai lagi.. yang abang dulu pun 5A gak..habis tu nak masuk sekolah sains mcm abg dia ke.."

"Insya-Allah nak cuba minta MRSM dulu.."

"Gembiranya Ida dengar seronok dengar anak2 akak ni pandai2 baik pulak tu..nak kena berilmu ngan akak ni..hehehe"

"Mana ada ilmu..suruh diorang belajar je.. anak akak yg sorg ni memang pandai dari kecik keputusan baik2..yang abang tu tak sangka naik turun pelajaran tapi Alhamdulillah la anak2 akak ni bila disuruh belajar diorg belajar..terima kasih ye Ida sudi telefon..lama dah x jumpa kat sekolah.."

Itu le serba sedikit yg dpt kami bualkan.. Kak Niza ni baik aku suka attitude dia.. suami dia jugak baik selalu tolong kami bila elektrik kami bermasalah.. suaminya kerja TNB.. Anaknya Ifwat pun aku berkenan kemas je orangnya baik tingkahnya.. Perkenalan kami bermula sewaktu mengambil anak2 sekolah setahun dulu.. dan kami kira agak baik jugak bila dapat berjumpa bukan main sakan lagi bersembang semuanya tentang anak2.. kak Niza ni baru juga berpindah kesini dulu duduk di Pontian.. tu yg kami rapat masing2 baru.. dia pernah cakap yang dia beruntung dpt berkenalan dgn aku.. hehehe entah apa yang untungnya pun aku tak tahu yang pasti aku suka berkawan dengan dia disebabkan sikapnya yg merendah diri, bila berbual lembut je pertuturannya dan yang penting aku gembira anak aku jadi shbt anak dia..

Moga persahabatan kami berlanjutan sampai bila2...

Tuesday, November 09, 2010 Edit This 0 Comments »
Aku sayangkan anak2 aku.. aku jugak tahu diorang sayangkan aku.. Aku selalu bercerita tentang betapa kita perlu menghargai waktu2 kita bersama.. dan aku selalu pesan masa itu terlalu cepat berlalu betapa pentingnya kita menghargai setiap waktu itu.. betapa aku sangat sayangkan mereka dan aku mahu melihat mereka berjaya, aku mahu melihat mereka sentiasa menghormati sesama mereka, mengasihi dan sentiasa memberi pertolongan antara satu sama lain.. lebih2 lagi bila kami sudah tiada...

Aku selalu pesan.."Mama nak tengok anak2 mama semua berjaya, baik, jaga akhlak, sembahyang jangan lupa.. mama sayang anak2 mama, mama taknak anak2 mama hidup susah.. pelajaran tu penting.. kalau sayang kat mama ngan abah belajar rajin2.. bila dah besar dah berjaya itu yang buat mama gembira.. Bila dah ada kerja yang bagus Mama taknak duit.. tapi mama nak anak2 mama selalu sayang kat mama ingatkan mama.. Mama tak selamanya hidup di dunia kitapun tak selamanya hidup di dunia jadi kita kenalah sayang2 selalu.. doakan kami selalu.. itu yang penting.." Biasanya bila aku start berceloteh tentang perkara2 macam ini anak2 aku mula menangis sambil peluk2 dengan mama diorang ni... Biasanya sebelum tidur la ketika mereka bersalaman dan memeluk cium mama dengan abah diorang ni sebelum masuk tidur..

Dan aku sangat2 tak sangka rupa2nya anak2 mula memahami mesej yang aku berikan sehinggakan mereka ingin sangat mendapat sesuatu yang boleh mengembirakan kami.. bila gagal mereka sanggup memendamkan perasaan semata2 bimbang kami akan bersedih kerana kegagalan itu.. Aku sangat2 kesal dan sedih kerana aku tak tahu mereka berada dalam keadaan bersedih.. Dia masih kecil lagi baru 9 tahun mampukah dia mengawal perasaan dia untuk menangani situasi seperti itu.. aku risau sekiranya perkara ini menggangu perkembangan mereka..Minta di jauhkan..

Aku sangat2 berharap agar mereka terus bangun walaupun menghadapi apa jua rintangan dan kegagalan dalam hidup.. bila difikir2 balik ada hikmah semua ini sekurang2nya aku boleh mula memahami dan mempelajari atau mencari sesuatu sumber yang boleh aku jadikan rujukan bagaimanakah caranya untuk menaikkan semula semangat anak2 apabila menghadapi sesuatu kegagalan dalam hidup.. Aku juga boleh cuba membantu membimbing mereka dengan memberitahu mereka sekiranya mereka gagal sekarang tak bererti gagal selama2nya..

Dan diakhir perbualan kami tadi.. aku mendakapnya erat dan mengawal nada suara ku dengan berkata.."Takpela tak jadi pengawas pun takpe.. tak penting sangat.. yang penting Arrie kena belajar rajin2.. Ingat, mama sayang abang.. tapi lain kali abang kena cerita ngan mama yea apa2 yang berlaku di sekolah.. jangan diam.. takpelah..mama tak kisah nak buat macammana dah tak dapat sabar yea...." dan anak aku itu hanya mengiya2kan saja kata2ku sambil mengesat airmatnyaa yang entah berapa lama ditahannya.. nangislah anakku semoga ianya dapat menenangkan perasaanmu..

Selepas dia berlalu pergi aku tak dapat menahan kesedihan aku, airmata bercucuran bukan kerana sedih disebabkan kegagalannya tetapi kerana sedih dia sanggup memendamkan perasaan sedihnya kerana bimbang aku akan turut bersedih... Mama akan cuba mencari dimana silap mama dalam hal ini hingga memberi kesan pada Arrie..semoga di masa akan datang tidak akan berlaku perkara seperti ini..

MAMA SAYANG TERLALU SAYANGKAN ANAK2 MAMA... Terima kasih kerana menjadi anak2 yang baik..

Tag..tag..tag... 13 perkara yang aku nak..

Thursday, November 04, 2010 Edit This 2 Comments »
Menjawab tag dari Nana.. tentang 13 perkara yang AKU NAK...

Banyak sebenarnya yang AKU NAK, 13 tak cukup.. tapi takpelah layan je tag tu syok jugak berkongsi keinginan kan.. Perkara yang aku nak dalam hidup semuanya berkisar tentang keluarga dan yang menjadi keutamaan aku adalah anak2..

1) AKU NAK menjadi seseorang yang Allah redhai dalam setiap apa jua yang aku buat.. walaupun manusia berburuk sangka pada aku dan sering meragui apa jua tindakan aku, aku tak kisah selagi aku menjalankan tanggungjawab dan amanah, yang aku perlukan adalah redha Allah semata2.. jika aku silap sila betulkan aku berdasarkan dalil2 dan hujah2 yang selaras dengan Islam..

2) AKU NAK menjadi seorang muslimah, isteri yang solehah, anak yang taat, seorang ibu yang anak2 kagumi dan sayangi.. mampukah aku.. Insya-Allah semoga Allah permudahkan jalanku..

3) AKU NAK menghabiskan setiap hariku dengan bermuhasabah diri.. melihat kekurangan diri... memperbaiki diri.. agar hari2 yang aku lalui lebih baik dari hari yang sebelumnya.. selepas aku melengkapi diriku sebaik2nya... baru aku tenang untuk ke step seterusnya.. bina keluarga bahagia..

4) AKU NAK membina keluarga yang bahagia.. yang harmoni.. yang kuat ikatan kasih sayangnya.. bagaimana nak wujudkan.. aku berpendapat bermula dari diri aku sendiri sebagai ibu diorng.. selalu tunjukkan kasih sayang.. perhatian.. dan pelukan serta ciuman setiap hari Harus dan Wajib aku berikan untuk anak2.. sudah tentu mereka bahagia.. bila mereka bahagia aku sudah tentu turut berbahagia..

5) Nak anak2 terbentuk dalam didikan yang sempurna.. pertama sekali aku perlu beri penekanan kepada mereka untuk menjadi seorang muslim yang sejati mereka perlu melaksanakan kedua2 rukun iaitu rukun islam dan rukun iman.. menghormati orang tua, lemah lembut, berbudi bahasa dan juga menjaga adab2 dalam pergaulan.. susah nak didik anak ni.. tapi aku akan cuba jalankan tanggungjawab ku ini sebaik2nya.. Bak kat suamiku yang kita rasa susah nak buat itulah yang banyak ganjarannya.. Banyak sudah buku2 yang menjadi koleksi dan rujukan aku..semuanya berkaitan bagaimana untuk mendidik anak2 tetapi untuk melakukan seratus peratus seperti yang dianjurkan sudah tentu aku tak mampu namun aku akan berusaha.

6) Nak anak2ku berjaya dalam pelajaran didunia mahupun diakhirat.. nak anak2 aku kalau paling chokia pun ada mesti ada degree.. harus.. no excuse... kalau boleh ke peringkat yang tertinggi PHD.. pegh impian seorang mama yang tak putus2 berdoa.. aku harap Allah dapat makbulkan keinginanku..

7) Bila dah berjaya memperolehi 'tiket' maka proses seterusnya tentulah pemilihan pekerjaan.. AKU NAK anak2 aku berjaya menjadi seseorang didalam masyarakat seseorang yang professional namun berakhlak... yang lelaki kalau boleh aku nak galakkan mereka memilih pekerjaan seperti doktor..lagi best kalau menjadi seorang doktor dan juga penceramah agama.. boleh aku ikut diorg bila tua nnt tgk anak2 berceramah di masjid.. pensyarah pun bagus jugak.. anggota beruniform pun bolehlah.. seperti pilot TUDM ke. . kapten marine ke.. aku pun suka tangok orang yang memakai uniform macam arwah abah.. yang perempuan pulak sudah tentu aku nak diorg jadi guru, ustazah.. pensyarah.. doktor pun ok jugak.. Kalau ikutkan cita2 anak2 aku..yang Arrie nak jadi seoarng saintis dia nak cipta topi yang boleh buat orang jadi pandai.. Alasannya.."Senang tak payah mama marah2 bila nak ajar.. kalau Syirah tak ingat cepat2 pakaikan dia topi tu.. nanti senang abang ke mama ke tak payah marah2 dia.." Dush dush dush tumbukan tepat kemuka ku... Iffa pulak nak jadi usatazah.. Ammar pulak nak jadi Polis.. bolehla..

8) AKU NAK sebelum usia aku mencecah umur 40 tahun aku dapat mengerjakan haji.. bersama keluarga.. sudah tentu kalau diizinkan tuhan aku ingin sangat pergi bersama adik beradik yang lain dan yang paling best membawa mak bersama... mampukah aku.. mana tahu kalau Allah murahkan rezeki kami Insya-Allah..

9) Sekarang nak cerita pula tentang kriteria bakal menantu pilihanku.. AKU NAK bakal2 menantu aku semua nanti, seseorang yang banyak ilmu tentang agama.. itu yang utama.. supaya cucuku2 dan generasi seterunya terdidik lebih baik dari didikan yang atuk dan neneknya dapat berikan.. nak pilih calon dari negeri apa pun tak kisah tapi yang paling utama agama mesti arif dulu.. Agama yang paling utama untuk membina keluarga yang bahagia.. orang kata tanpa duit pun tak bahagia jugak.. apa nak risau kalau pendidikan kita dah bagi.. Insya-Allah adalah rezeki mereka nanti...

10) AKU NAK sangat habiskan usia tuaku bersama suami di kawasan kampung2.. yang bertanah lot.. rumah yang agak luas,kawasan laman yang agak lapang senang anak2 nak parking keta bila balik kampung jenguk aku nanti.. pastu aku nak tanam pokok buah2han.. kat tepi rumah aku tu nanti aku nak buat pondok untuk duduk rehat bersantai petang2 bersama suami tercinta.. sekali2 bila anak2 balik bersama keluarga masing2 di pondok itu jugak kami duduk bersantai sambil melihat cucu2 yang seronok bekerjar2an dihalaman ada yang sedang memetik bua2han ada yang sedang bergayut2an atas pokok.. puh.. berangan sungguh..

11) AKU NAK bila hari tua aku nanti kami berdua masih lagi sihat untuk bersama2 pergi ke masjid naik motor berdua bersembahyang jemaah, belajar kitab, mendengar syarahan agama untuk bekalan kami.. tak perlu mewah ataupun kaya pun takpe yang penting masih ada tempat untuk berlindung.. sedikit duit untuk perbelanjaan harian.. dan kenderaan untuk bergerak... dan tiada hutang...

12) AKU NAK sangat melihat anak2 aku berjaya dan bahagia bersama keluarga masing2 yang terbentuk dalam pendidikan cara Islam.. lebih baik dari yang dapat aku berikan untuk anak2..

13) Yang terakhir.. AKU NAK semua yang membaca memaafkan setiap apa jua kesalahan yang aku buat yang aku pernah lakukan.. halalkan setiap makan dan minumku.. sekiranya aku mempunyai hutang yang masih belum berbayar sila ingatkan aku..Insya-Allah aku akan berusaha untuk membayarnya.. untuk anak2 mama minta maaf di atas apa jua kesilapan mama semasa membesarkan dan mengasuh anak2 semua.. jika sekiranya mama tiada lagi didunia ingatilah mama dan abah didalam doa anak2.. kamu semua sentiasa menjadi keutamaan kami berdua..

Untuk mak dan arwah abah terima kasih segalanya diatas pengorbanan kalian.. kerana kalian dan juga dengan keizinan Allah maka aku dapat hidup didunia ini.. memperolehi keluargaku sendiri..


Tag untuk.. nana eyena, chidazam, farhani bahdun, superstar suri.. sila lah balas tag ini...

Kecoh disebabkan cicakman....

Monday, November 01, 2010 Edit This 0 Comments »
Kira2 lebih kurang pukul 7 mlm semalam.. diwaktu azan maghrib sedang berkumandang di lcd tv.. kami sekeluarga dikejutkan jerit pekik tangisan Dina dan disusuli pula oleh suara2 Ammar seolah2 sedang berlawan dengan sesuatu didalam bilik air.."Yah..hiish..ish..yah ishh..ishh..". Terdengar pulak ketukan pintu bilik air bertalu2 seolah2 dipukul seseorang.. Dina masih lagi dengan tangisannya.. sambil menjerit2 menyebut..."Cicakman...cicakman...mama cicakman..."

Tak lama kemudian Insyirah datang ke arahku yang sedang asyik bersantai di ruang tamu sambil menunjuk2 ke arah bilik air rumah kami dengan memuncung2kan mulutnya menyebut.."Cicau...cicau...cicau..".. Aku tak berapa nak ambik port tapi masih lagi memerhatikan wajah comel anakku yang kebasahan seperti disiram air..

Babahnya bangun sambil memimpin tangan Syirah yang masih lagi menyebut.. "Cicau..cicau.. cicau.." tak lama kemudian anak2ku yang lain bertempik sebaik sahaja babahnya membuka pintu bilik air.. kali ini Dina menjerit dengan lebih kuat lagi..."AAA....CICAKMAN..BABAH CICAKMAN..". Aku segera ke dapur untuk melihat kejadian sebenarnya apakah yang menyebabkan kekecohan itu berlaku... di dapur di depan bilik air, aku melihat suamiku dikerumuni oleh anak2ku yang lain.. Seolah2 melihat sesuatu di atas lantai bilik air.. Syirah melihatku sambil menunjukkan sesuatu.."Cicau..cicau..cicau.." Wajahnya seperti ketakutan..

"Cicau..cicau..cicau.."

Aku menjenguk dan disitu diatas lantai bilik air itu aku melihat seekor cicak yang tak boleh bergerak sedang kebasahan.. cuba memanjat2 dinding tapi tak berjaya.. menurut anak2ku yang lain, Ammar yang sedang mandi bersama Dina, telah menyimbah cicak yang malang itu semasa cicak itu sedang memanjat dinding sehingga menyebabkan cicak itu terjatuh lalu takleh melekat ke dinding semula akibat kebasahan..

Setelah cicak itu berjaya dikeluarkan oleh suamiku.. Dina yang sudah kembali tenang dari tangisannya meneruskan semula kegiatan mandinya.. kali ini dimandikan oleh babahnya pula... Dan Syirah yang masih lagi sehingga ketika ini tak berani masuk ke bilik air itu dek kerana bimbang jika sekiranya 'Cicau' muncul semula...

Tabiat...

Saturday, October 30, 2010 Edit This 0 Comments »
Ada banyak tabiat yang boleh dijadikan tabiat.. tabiat ke tebiat.. entah hantam sajalah itulah masalahnya kalau bahasa melayu pun cukup2 lepas je.. eheh..

Aku pun entah nape hari ini boleh dikatakan buang tebiat... satu hari boleh post sampai 3 kali.. kalau malas nak update berbulan pun aku buat dek je..

Hari ni boleh dikatakan hari free ku.. pagi2 bangun sembahyang subuh dan lolap balik kasi tangkap leleh.. bangun blk kul 9.. sarapan then join hubby tengok movie.. anak2 tengah main game on9.. takpela dah sebulan aku suh mengadap buku untuk periksa akhir tahun yang baru habis semalam.. keputusan yang sudah diterima adalah dalam dua paper..agama n sains untuk Arrie.. Alhamdulillah kedua2 nya mendapat keputusan yg boleh dikatakan bagus.. Ag = 92 Sains = 89.. hasil usahanya sebulan untuk bersedia.. Iffa pula BM1 dan 2 kedua2nya memperoleh markah 83 dan 87%.. Alhamdulillah usahalah lagi anakku lihatlah hasilnya jika kita berusaha...

Dlm kul 10 lebih aku minta semuanya bekerjasama membantu mengemas rumah.. anak2ku aku beri mereka tugasan untuk mengemas bilik2 di bahagian atas.. untuk suamiku pula tanpa disuruh membantu menyidaikan kain baju yanh sudah dibasuh.. kemudian dia pergi ke pasar untuk membeli bahan basahan untuk dimasak tengahari nanti...

Sebelah petang selepas makan tengahari sambung tgk movie then sampai kul 5 anak2 pulak bermain diluar bersama anak2 jiran.. hubby tidor kekenyangan..

Sekarang diwaktu jari jemari ku sedang menaip2 anak2 sedang membaca buku yang baru aku belikan.. untuk Arrie aku belikan novel kanak2 Iffa juga begitu.. Ammar pulak buku kira2..dan Dina buku mewarna..mereka sekarang sedang asyik membelek2 buku.. dan babahnya pula sedang berada di Bt Pahat menghadiri jamuan makan akhir tahun syarikat..

Indahnya kehidupan berkeluarga ku rasakan bilamana banyak aktiviti bersama keluarga dapat dihabiskan bersama...

Bila angin kus2 dah mai.. emosi pun jadi tak stabil..

Saturday, October 30, 2010 Edit This 0 Comments »

Belek2 gambar2 lama kat computer jumpa balik gambar ni.. rindu rasanya dengan adik2 ku yang aku sayang.. diorang dah besar.. makin lama rasa makin jauh pulak perhubungan kami.. seolah2 aku dah tak kenal diri mereka lagi.. sedih pulak rasanya.. sebak.. aku ni kategori orang yang mudah emo.. yang mudah tersentuh.. mudah rasa sedih..



Gambar2 ni ketika mereka dibawah jagaan aku bila mak pergi haji 2 thn lepas.. entah diorg suka atau tak ketika duduk ngan aku dulu.. jahatkah aku pada mereka.. adakah mereka rasa aku menganiayai mereka.. entahlah yang pasti aku sayang kan diorg ni.. dan aku rasa aku cuba sebaik2nya menjaga amanah yang mak berikan pada masa tu.. sebab aku yang bersunguh2 mendesak mereka duduk dengan aku.. bukan apa sebab nak kembali macam dulu duduk serumah...

Ajip.. dulu masa dia kecik2.. aku selalu bawak dia jalan naik moto.. kalau balik kerja, pergi kedai aku suka angkut dia.. aku bawak dia ikut aku naik bas jalan2 Klang pun pernah gak.. masa tu umur dia lebih kurang 2 tahun.. comel dia dulu masa kecik2.. sekarang umur dia dah pun 13 tahun.. aku harap dia belajar rajin2.. fikirkan masa depannya.. hormati mak dan adik beradik yang lain.. jaga akhlak dan perangai jangan tinggal solat.. kakcik sayangkan Ajip.. nak tengok Ajip berjaya bila dewasa.. belajar tau.. jangan main je.. kalau Ajip nak berjaya akan datang, kena ubah sikap dari sekarang.. yang lain2 ok.. tang belajar tu kena usaha sikit ek.. semua orang sayangkan Ajip.. kami semua hanya mampu memberi nasihat yang lain2 Ajip kena usaha untuk capai matlamat.. kejayaan tak datang secara percuma perlukan usaha kita juga..

Hani, pendiam dan suka menyendiri.. mungkin kerana faktor kesihatan yang dia alami.. mudah di serang asthma.. sian dia tak boleh silap sikit mesti sakit2.. sabar yea Hani.. setiap orang ada kelemahan masing2.. Mak selalu risaukan Hani.. tengah2 mlm kalau Hani sakit2.. mak akan mintak bantuan Along atau abang.. Hani dah besar sekarang makin cantik pandai berhias..

Sebulan sebelum berpindah ke Johor sempat bawak mak jalan2 area Port Klang..

Hani.. kakcik tau Hani mesti tau yang mak sayangkan Hani.. selalu risaukan Hani.. yang tak tidur malam menjaga Hani ketika sakit pening Hani.. yang rajin mengurut kaki Hani.. yang selalu bangun membancuh kapur yang dicampur limau nipis semata2 risaukan Hani.. balas jasa2 mak dengan menunjukkan kasih sayang Hani dengan cara belajar2 bersungguh2 dalam apa jua bidang yang Hani suka.. Hani turutilah nasihat mak.. Hani kena ingat selalu, kita tak selamanya hidup didunia.. balaslah jasa2 mereka selagi hayat kita masih ada.. berikan kegembiraan kepada mereka yang sayangkan kita..

Hani baik.. pandai melayan kanak2 semua budak sukakan Hani.. kakcik sayangkan Hani.. serlahkan sifat2 kewanitaan yang memang ada dalam diri kita.. kita perlu pupuk dan semai.. maka akan timbullah sifat lemah lembut yang tersembunyi dlm diri..

Nasib baik adik beradik aku baik2 semua.. tak kisah dikejutkan tengah malam sanggup bantu mak yang masih lagi cekal menjaga adik2 yang lain selepas kematian abah 12 thn lepas.. dengan dibantu oleh Along dan abang yang sudahpun berumahtangga tapi masih lagi tak lupa memberi bantuan bila diperlukan.. dapat pulak jodoh2 yang baik2...Alhamdulillah sekarang ni ada Nana yang menjaga mak dan adik2.. juga mempunyai suami yang baik yang boleh menjadi ketua rumah peninggalan abah .. yang dapat membimbing adik2 lain belajar mengaji, memberi tunjuk ajar dalam pelajaran... dan yang penting boleh tengok2kan mak dan adik2.. untung sungguh mak mempunyai anak2 seperti adik beradik yang aku miliki..

Along, abang, kakak dan Nana banyak berkorban untuk mak dan adik2 Ekal, Ajip dan Hani.. baik dari segi kewangan dan lain2.. pendek kata setiap ahli keluarga kami banyak berjasa dan memainkan peranan mereka membantu mak sebaik2nya.. abang umpanya seperti ayah bagi adik2.. kasih sayang yang abang bagi tak berbelah bahagi.. apa jua yang mereka berkehendakkan akan abang usahakan sekiranya diperlukan.. Ingat ye adik2 balas jasa2 orang yang menyayangi korang semua tau...

Aku? Apa peranan aku..? Entah....kewangan? Jauh sekali.. kalau diberi pun tak sebanyak yang mereka beri pada mak.. Perhatian..? Tingkah laku dan perbuatanku? Tak sebaik mereka.. bila aku menulis tentang mereka baru aku sedar banayknya kekurangan aku tiada apa2 yang pernah aku lakukan untuk mak dan adik2..

Mak sedang memangku Dina..

Mak banyak berkorban untuk aku... banyak jugak 'pening' dgn kerenahku.. banyak membantuku.. ketika disaat aku melahirkan anak2.. wajah mak yang berada diingatanku.. setiap kali aku sakit ketika contraction hanya mak yang aku ingat.. sebelum ke hospital aku akan pastikan mak memaafkan aku.. hanya doa mak dan suami yang aku perlukan ketika aku menghadapi saat2 kelahiran..

Mak baik.. selalu memikirkan orang lain berbanding dirinya sendiri ..selalu menolak bila aku berikan duit yang tak seberapa dengan memulangkan duit yang aku berikan kepada cucunya.. alasannya.. "Mak ada duit..kau belilah apa2 untuk anak.." Itulah mak aku.. dari nenek juga aku diberitahu mak tak sampai hati mengambil duit yang aku beri kerana aku tidak bekerja malahan mempunyai anak2 yang ramai... itu rupanya yang mak fikirkan..

Mak.. Ieda sayangkan mak.. mak terlalu baik.. Mak jagalah diri mak jagalah kesihatan mak tak usah bimbang yang lain2.. kami semua sayangkan mak.. melihat gambar2 mak tersenyum bersama adik beradik lain dah memberi gambaran yang mak benar2 bahagia ketika ini.. MAafkan anakmu ini yang terlalu banyak dosa kepada mak..

Rindunya aku entah bila aku dapat bersemuka dengan mereka semua...

Walau pahit terpaksa kutelan jua....

Saturday, October 30, 2010 Edit This 2 Comments »
Selama ini aku ingat ia hanya mainan perasaan.. rasa tersisih rasa tidak diterima rasa rendah diri.. tetapi aku buang2 jauh perasaan itu.. aku tetap buat seperti biasa..

Akhirnya aku mengerti kini.. aku tetap aku.. segala memori yang dulu tetap mengiringiku.. siapalah aku.. tak layak berkata2 tidak layak bersuara.. aku perlu terus melangkah jauh demi menjaga keharmonian dan kebahagiaan semua.. Kasih dan sayangku tetap seperti dulu.. cuma aku perlu menjarakkan diri demi kesejahteraan dan kebahagiaan mereka..

Maafkan aku atas keterlanjuran semua yg berlaku.. aku juga dengan sepenuh hati memberi kemaafanku... buat masa ini aku perlu menjarakkan diri.. membina semula keyakinan diri.. mencari2 arah dalam diri...

Semoga Allah memberi pangampunanNya atas setiap kesalahan aku yang lalu.. maafkan aku semua, niatku hanya satu untuk berkongsi bukan untuk menyakiti.. andainya begitu besar kesalahanku maafkanlah aku.. kamu tetap orang2 yang kukasihi..

Kini tumpuanku hanya untuk membina keluarga dan mendidik anak2 agar mereka menjadi orang2 yang lebih baik, lebih sukses, lebih berilmu dan lebih taat dalam mentaati segala perintah dan suruhanNya.. yang pasti lebih baik dariku...Insya-Allah..

Monday, October 18, 2010 Edit This 0 Comments »
Menjadi ibubapa kepada anak2 bukan sahaja membesarkan kita dipertanggungjawabkan untuk mendidik mereka... setiap hari setiap waktu bimbang sekiranya kita tak dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang Allah beri.. melihat mereka semakin membesar membuatkan saya tertanya2.. adakah saya telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan..?

Sebagai ibubapa kita selalu terlepas pandang beberapa adab dan peraturan kita apabila dihadapan anak2.. Berikut adalah beberapa senarai yang saya dapat listkan disini berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak2..

Ya Allah, setelah dibaca mengenainya memang ada kesilapan yang pernah saya lakukan tanpa saya sedari ketika berada di depan mereka.. Insya-Allah di masa akan datang saya akan berubah untuk kebaikan dalam membentuk keperibadian anak2.. untuk memperbetulkan anak2 kita sendiri perlu berubah untuk memperbaiki apa yang jua kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan..


Banyak kesilapan yang saya lakukan..kasar, sering memarahi berlebihan tidak sepadan dengan kesalahan yang anak2 lakukan.. mungkin terlalu mengongkong.. saya sendiri selalu tertanya2 apakah yang dibuat ini betul.. adakah saya terlalu mengongkong kebebasan mereka berkawan..? Mungkin pada pandangan saya betul..saya tidak benarkan mereka berkawan dengan kanak2 yang kasar, nakal, kurang adab yang pada pandangan saya, saya bimbang tentang pergaulan mereka itu akan memberi kesan yang negatif kpd anak2..

Bagi saya, mereka perlu dididik ketika masih kanak2 lagi.. kerana pada usia begini mereka hanya menganggap diri mereka adalah milik ibubapa..mudah saya bimbing dan bentuk dan pada ketika inilah saya perlu menunjukkan ketegasan dan bimbing mereka sebaiknya supaya apabila remaja nanti saya akan dijadikan tempat untuk mereka meluahkan apa yang tersirat di hati dan mempercayai kami lebih daripada rakan2nya..saya bimbang apabila remaja kelak mereka akan lebih mempercayai rakan2nya daripada ibubapa sendiri.. tapi adakah ini hanya pandangan saya sahaja..

Bagi saya juga anak2 perlu selalu diperbetulkan dan diberitahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. anak2 masih tidak tahu menilai baik dan buruknya sehinggalah mereka benar2 saya yakini boleh berdikari dan membuat keputusan sendiri apabila segalanya saya telah ajarkan terlebih dahulu dan yang penting agama menjadi keutamaan mereka apabila membuat sebarang keputusan..sebelum itu ibubapalah yang perlu memberi tunjuk ajar dan perlu memberi penerangan adakah yang dilakukan itu selaras dengan agama, apa yang halal dan haram menurut pandangan Islam..




Saya terlalu banyak melakukan kesilapan..Semoga apa yang pernah dilakukan tidak dicontohi oleh mereka.. Kita semua mahukan yang terbaik untuk anak2 agar mereka cemerlang di dunia dan akhirat.. sebagai hambaNya kita tak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan.. tetapi sebagai hambaNya juga saya hanya mencuba melakukan yang terbaik dalam mendidik dan membentuk sahsiah diri anak2..saya perlu membuang sikap yang tak elok dalam diri saya...semoga apa yang diusahakan akan berhasil.. Setelah berusaha saya hanya mampu berdoa agar Allah dapat memakbulkan doa saya..Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan... semoga Allah sentiasa memberikan hidayah dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan peranan sebagai ibu kepada anak2 yang saya kasihi dan sayangi dengan sepenuh jiwa..


Anak2ku,
Maafkan Mama, dalam mendidik anak2 mama sering alpa dan cuai.. mama akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak2... semoga anak2 menjadi anak2 yang soleh dan solehah cemerlang dunia dan akhirat.. dipermudahkan dalam setiap apa jua urusan yang dilakukan..

Sumber di bawah ini dipetik dari:

http://cikgumala.blogspot.com/2008/10/tips-cara-mendidik-anak-sedari-awal.html


Kadang-kadang dalam usaha mendidik dan memberi ilmu pada anak-anak ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang.
Untuk itu marilah kita renung-renungkan tips ini demi kebaikan bersama....

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.


Dan yang dibawah ini pula diambil dari sebuah laman forum Islam yang agak terkenal..

EFFECTIVE ISLAMIC PARENTING

(Read each morning!!!)
1. I am raising my child to be a successful vicegerent (khalifah) of Allah, who will help create a truly Islamic World.
2. Today I will try my best to know and understand all the influences upon my child's development.
3. Today I will try my best to help my child understand the power of negative influences to take him/her away from Allah, and the power of positive influences to take him/her to Allah.
4. Today I will try my best to shield my child from the power of the negative influences to take him/her away from Allah.
5. Today I will try my best to enhance (increase) the power of the positive influences upon my child to take him/her toward llah.
6. Today I will try my best to notice some positive things my child does or says, and tell him/her how much those things are appreciated by me and by Allah.
7. Today I will try my best to say nothing negative to my child. Even if I have to correct my child's wrong behaviour I will try my best to find some positive way to do so.
8. Today I will love my child unconditionally, but I will try my best to express that love at times which are most beneficial to my child.
9. Today I will try my best to be an example of a good and right human being (Muslim) for my child.
10. Today I will pray for Allah's help that I can be a good parent for my child.


Insya-Allah mama akan cuba mempraktikkan apa yang disarankan...