Along, kakakku yang sulong...

Tuesday, January 20, 2009 Edit This 0 Comments »
Along bersama suaminya, Mohd Khalil Akmal.

Inilah gambar kakakku yang sulong, Rozita. Hari nie nak citer sikit pasal dia. Saja nak share..

Along, jarak usia kami lebih kurang 8 tahun. Masa saya kecik2 dulu tak berapa rapat ngan dia pasal dia nie garang sangat. Lagipun kami adik beradik memang tak berapa rapat masa dulu. Kira buat hal masing2. Tetapi setelah semuanya meningkat dewasa kami beransur2 berubah. Dah matang agaknya.

Along nie kira orang yang banyak bantu kami sekeluarga bila susah. Banyak bantuan darinya yang kami terima. Kiranya saya nie bertuah mempunyai adik beradik yang prihatin. Tak kira pukul berapa along tetap akan membantu. Kadangkala segan jugak nak minta bantuan darinya kerana dia tak pernah menolak. Banyak sungguh saya terhutang budi padanya.

Terima kasih banyak di atas budi Along selama ini. Segala jasa along sekeluarga saya akan kenang sampai bila2.

Banyak bantuan along kalau saya nak listkan di sini. Pendek kata saya nie banyak terhutang budi pada diri along dan jugak adik beradik yang yang lain.

Terima kasih semua... Mungkin kalau nak luah saya malu. Jadi di sini saya ingin beritahu saya sangat sayangkan adik beradik saya orang yang selalu saya boleh harapkan ketika susah dan senang.

0 comments: