Pisang kaki @ chikugunya?

Saturday, January 10, 2009 Edit This 0 Comments »
Semalam abang balik dari luar daerah (Batu pahat) sambil membawa buah yang agak asing (sebab tak pernah beli). Pada mulanya takut jugak nak makan sebab tak pernah jumpa pun. Sampai depan pintu abang terus hulur buah. Saya tanya "buah apa nie?" Dia cakap "makanla berkhasiat".

Ragu 2 jugak nak makan yelah tak tahu nak makan camne nak kupas kulit dulu ke atau gigit terus. Rupanya dia pun tak tahu. Lawak betul. So saya decide untuk gigit dengan kulit2nya nak tengok isinya camne. Bila digigit rupanya rasanya lebih kurang macam ciku. Abang dengan nada bergurau dia bagitau itulah buah chikugunya. Saya cakap setau saya chikugunya tu penyakit, ooh abang beli buah saja nak bagi penyakit yer. Kami gelak beramai2.

Dalam kereta tadi baru dia bagitau sebenarnya nama buah tu pisang kaki. Kemudian iffa menyampuk len kali jangan beli lagi beli limau takpe.

Semasa beli lauk di tesco tadi kami beli limau mandarin harga baru rm7 , 4 kg lagi. Semasa anak sibuk makan buah oren abah membebel dia cakap asyik makan buah tu 10kg pun tak cukup. Saya balas takpela makan bukan buang tu buah chikugunya dalam peti ais tu sapa nak makan. Abang hanya tersengih2 je.

Anyway thanks untuk buah tangan tu. Makan jelah dalam peti ais ada lagi 6 biji harga pun lebih kurang rm8. Tak nak membazir makan jela. Nie abang tengah paksa kami makan, tugas dia hanya kopek kulit. Tak aci betul.

0 comments: