Mendidik anak membantu seawal usia.

Friday, January 16, 2009 Edit This 0 Comments »
Sebelum ini saya pernah bercerita tentang cara saya mendidik anak membantu membuat kerja2 di rumah seawal usia setahun lebih. Kiranya jika baby tu dah memahami apa yang kita suruhla. Mesti ramai orang tak percaya, sebelum ini saya pun tak percaya tapi apabila saya sendiri yang melatih mereka akhirnya saya memahami apa itu pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'.


Apabila melihatkan kami ibu dan ayahnya asyik sibuk melatih menaip dan explore internet, Arrie juga mula menunjukkan minatnya untuk turut serta berblog.

Arrie ketika ini usianya telah mencecah 7 tahun 3 bulan. Tapi sudah boleh berdikari membasuh kasut dan menolong membantu mamanya dalam melaksanakan tugasan di rumah.

Ammar pulak bila melihatkan mamanya sibuk melipat kain dia pun nak turut serta bersibuk2 juga la.. Walaupun lipatan tak sempurna tetap diberi kata pujian "Elokla Ammar lipat baju."

Dina pun taknak lepaskan peluang menyibukkan diri. Memang sekarang mereka hanya bermain2 tapi akhirnya akan menjadi kebiasaan apabila minta di bantu.

Terima kasih kepada anak2, sejuk perut mama mengandung. Walaupun mempunyai anak yang ramai, saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya anak yang comel dan boleh diharap.

Semasa sedang menonton tv, Iffa bertanyakan soalan, "Besarnya perut mama macam mana baby nak keluar?" Saya menjawab, "Baby kuar macam kita nak berakla." Dia tanya lagi. "Kan baby besar, sakit tak?"

"Sakitla sebab tu la lepas lahirkan Dina hari tu mama keluar darah banyak. Semua pun macam tu, sebab tu kena dengar cakap mama, jangan bagi mama sedih. Bila mama suruh belajar, belajarla kesian kat mama sakit masa mama keluarkan kakak, abang, Dina dan Ammar. Kesian x. Dengar la cakap mama...?" Apabila habis je saya bercakap Arrie dan Iffa nangis lalu memeluk saya. Ammar pun walaupun kurang faham dia pun taknak ketinggalan memeluk saya. Akhirnya kami 4 beranak berpeluk2kan. Sambil memujuk mereka saya memuji anak2 mama semuanya baik2 rajin tolong mama. Ammar mencelah "Ammar kayang (sayang) kama (mama)."

Anak2 memang mudah tersentuh hati bila mama ceritakan kesusahan mamanya. Mereka pun mampu menilai mana baik dan mana buruk hasil dari didikan kita. Moga mereka membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang tidak mengabaikan ahli keluarganya dan menjadi seorang yang taat pada perintah agama dan mendengar nasihat mama dan abahnya. Moga Allah sentiasa membimbin mereka berada di jalanNya.


Mama sayang anak2 mama.

0 comments: