Perubahan apa yang ku harapkan.

Thursday, January 15, 2009 Edit This 2 Comments »
Dah 2 hari saya busy menukar template kat blog family. Saja nak ubah selera. Seronok bila kita buat wajah baru kat blog and interst orang nak view pun bertambah. Dan kita sebagai empunya blog pun seronok untuk sentiasa update dan menulis.

Macam tu jugakla dalam kehidupan kita tak leh sama saja setiap hari mesti ada perubahan. Perubahan yang terbaik dalam kehidupan ialah membaiki segala kelemahan dalam diri. Tiada apa yang dapat mebgubah diri kita melainkan diri kita sendiri.

Biasanya kita selesa dengan kehidupan kita sekarang. "Aku? Ok apa. Aku happy je selama nie." Itu yang sering diucapkan oleh kita semua. Kalau nak tahu ok ke tak kita nie, setiap malam sebelum tido cuba bayangkan apa yang kita buat sepanjang hari. Mungkin hubungan kita sesama manusia memang baik tapi bagaimana pulak hubungan kita dengan Allah swt?

Rasanya setiap makhluk Allah di muka bumi nie memang setiap buat silap. Contoh seperti saya, setiap malam sebelum tido saya berazam untuk menjadi baik lebih dari semalam tetapi kadangkala cuba ingatkan diri jangan marah2, tapi bila dah penat melayan karenah anak2 mula histeria. Semua benda yang orang buat tak kena.

Mempunyai anak2 yang ramai memang memerlukan kasabaran lebih2 lagi kepada diri saya yang cetek ilmunya dan keimanannya. Maafkan mama pada setiap perbuatan mama yang mengecilkan hati anak2 mama.

Nampak rumah bersepah kepala menjadi kusut. Segala azam malam tadi hilang entah kemana. Mujur anak2 dan suami bila saya dalam keadaan sebegitu tak curah minyak dalam api. Sebaliknya cuba mematikan api dengan mendiamkan diri.

Keazaman saya bukannya hanya pada setiap malam tahun baru, tetapi pada setiap malam di sepanjang kehidupan saya.

Melayan karenah anak yang buas seperti ammar kadangkala sorang anak seperti ammar macam menjaga 10 lagi kanak2. Letih melyan karenahnya yang selalu mengusik adik beradiknya yang lain. Dan ammar jugakla yang paling banyak mengalami kemalangan kecil ketika bermain. Memang perlukan perhatian lebih sedikit berbandin adik beradiknya yang lain.


Ammar sedang menunjukkan luka selepas terjatuh dalam longkang di sekolah abangnya.

Kadangkala bila memikirkan sikap anak2 yang rajin membantu membersihkan rumah membuatkan hati saya tersentuh. Tiap kali bila dipinta untuk membantu membersihkan rumah belum pernah sekalipun mereka membantah. Pada awal latihan memang saya bersikap garang, seawal usia Dina 1 thn lebih saya sudah menyuruh meletakkan kain di tempat yang sepatutnya, bila di tumpahkan air ajar ambil kain dan lap semula air yang ditumpahkan. Setakat nie Dina dah tahu kalau ada air tumpah Dina akan lap sendiri air yang ditumpahkan kadangkala gelihati tengok anak yang jalannya pun tak betu tapi pandai letak kain kotor di dalam bakul. Itulah latihan yang saya berikan kepada anak2 sejak seawal usia 1 tahun lagi.


Arrie memang seorang anak yang baik, tugas yang saya berikan padanya setiap hari ialah membantu mebasuh pinggan selepas makan.

Pada mulanya ramai juga orang yang tak setuju cara saya menyuruh anak membuat kerja pada awal 1 tahun. Pernah juga orang menyindir dengan mengatakan saya menggunakan buruh kanak2 untuk membuat kerja. Tapi niat saya hanya satu saya tidak mahu anak saya menjadi seorang yang malas malah sudah besar remaja pun masih tidak tahu membuat kerja rumah. Biar orang nak kata asalkan tujuan kita adalah agar anak kita menjadi seorang yang ringan tulang.



Iffa pula bila melihatkan Arrie rajin menolong dia juga mahu turut serta membantu. Selepas membantu biasanya dia akan bertanya, "Mama akak rajin ke abang rajin?" Dan untuk menjaga hati anak2 semua biasanya saya akan beritahu, "Semua anak2 mama rajin, akak rajin, abang rajin. Terima kasih yer.."

Dan ketika ini saya sedang mengandungkan anak yang ke-5. Makin bertambah tanggungjawab saya dan tugasan yang menanti. Moga Allah sentiasa membimbing saya menjadi ibu dan isteri yang baik. Menjadi isteri solehah? Nampaknya menjadi angan2 mat jenin je la kerana saya tahu saya belum layak untuk memegang gelaran itu.

2 comments:

:: eyeNa :: said...

setiap hari tu kan kita alami sesuatu yg baru. tabah yer kakak yag ku sayang.. jgn tensen2 tau.. u are the best. jgn fikir apa orang kata, yang penting kita tau kita buat apa.. hehe cek sokong kak ida.. biasa laa tu lumrah laa pantai pun kadang2 ada pasang surutnye kan.. hehe.. go go chayok2..

ieda said...

thanks nape dah lama tak update citer kt blog?