Mengajar Arrie membaca tahiyat akhir..

Thursday, December 25, 2008 Edit This 0 Comments »

Memang kesian bila melihat Arrie menghafal tahiyat akhirnya. Sampai menangis kepenatan. Arrie dah boleh menghafal kesenua doa2 di dalam sembahyang. Kecuali tahiyat akhir jadi untuk menyempurnakan sembahyangnya kami mengajak Arrie menghafal ayat itu. Kesian memang agak susah pada permulaan kerana salah method dalam cara menghafal.

Akhirnya setelah 30minit cuba menghafal akhirnya Arrie berjaya. Abah yang banyak membantu Arrie menghafal surah2 tersebut.

Alhamdullillah di awal usia 7 tahun lagi Arrie dan Iffa berupaya bangun dari tidur untuk ikut solat berjemaah sembahyang subuh. Memang mudah mengejutkan mereka untuk ikut bersolat. Dan sehingga hari ini Arrie berjaya sembahyang lima waktu walaupun bacaannya tak sempurna.

0 comments: