Berapa ramai anak?

Wednesday, April 08, 2009 Edit This 10 Comments »
Semalam sempat berym dengan Naim (anak sedara) dan eyena (adik ipar), lupa nak bagitau.. Sue and Shida add id aku ieda_zuraida, dah lama tak sembang ngan korang.

Berbalik cerita tadi, Naim sempat tanya samaada aku dah scan jantina baby belum. Aku sempat melawak scan dengan tukang urut masa aku pergi beli ikan di kedai Kak Yah kelmarin, tukang urut tu cakap mungkin baby girl. I hope so, tapi bukan leh caya.. semuanya kuasa tuhankan.

Aku beritahu kat Naim anak dah lima malas nak pergi scan kat doktor, bukannya apa anak ke 5 nie aku hanya berharap semoga di lahirkan sihat dan menjadi anak yang soleh serta solehah dahla.

Naim habaq 5 mana ada ramai, kalau dia nak anak 10 orang.. mak aii.. ramainya Naim, dia habaq lagi dia nak sumer kembar sekali beranak 2 orang, 5 kali dah cukup 10 orang. Lawak jugak Naim nie.

Kalau nak di ingatkan balik hubby aku masa kami mula2 nikah pada tahun 2000, dia pernah cakap hal yang sama nak anak 10 orang, 5 orang sebelum usia dia 35 tahun. Tapi tak tercapai sebab kurang sorang masa umur dia 35 tahun, aku hanya dapat melahirkan 4 orang je. Itupun aku dah bising sebab malu bukannya apa kekadang sedih bila orang sibuk perli aku padahal anak itukan pemberian tuhan. Ada yang susah nak dapat anak sanggup berhabis beribu2 guna bermacam cara nak dapatkan anak. Tapi aku pulak terlalu mudah, bak kata Kakak aku Miza, rezeki aku lebih kepada anak.


Melihat anak2 membesar di depan mata merupakan suatu kepuasan bagi setiap ibu.

Adik aku Nana, tunggu hampir 7 bulan untuk dapatkan anak, alhamdulillah kini dia sudah mengandung dan pernah jugak cakap dengan aku lepas nie dia taknak makan ubat sebab nak anak ramai. Aku rasa elok jugakla sebab suami adik aku Fendi, suka dengan bebudak. Kalau jumpa dengan anak2 aku, rileks aku jadinya pasal dia rajin main dengan diorang especially Dina ngan Ammar. Tapi kita tengok je bila Nana bersalin mana tahu lepas bersalin dia ubah fikiran ke. Sakit tau bila bersalin ni. Bukan senang. Sebab tu kita kena banyak hargai ibu kita.


Mak dengan Dina, wajah yang banyak menyimpan suka dan duka di dalam hidupnya.

Setiap kali aku bersalin aku mesti ingat kat mak aku sebab aku banyak buat salah dengan mak sejak aku kecik sampai la nie. Dan yang paling sedihnya mak aku ni tiap kali aku sakit nak bersalin dia mesti terasa dulu. Pernah sewaktu aku nak melahirkan Ammar, waktu tu kalau boleh aku tak nak hubungi mak sebab dah pukul 2 pagi, entah macamana tiba2 mak telefon hubby aku pada pukul 3 pagi dan tanya aku dah bersalin belum. Terkejut aku, macammana mak tahu? Rupa2nya mak tak dapat tidur hari tu dia rasa macam aku dah nak bersalin, tu yang dia telefon hubby aku tanya keadaan aku. Terus di telefon 3 jam sebelum bersalin, aku menangis minta ampun dan maaf dengan mak doakan aku selamat bersalin.


Kasih seorang ibu kepada anaknya tidak berbelah bahagi.

Ya Allah itulah kelebihan kita apabila menjadi ibu susah senang anak, ibu yang akan terasa dulu. Aku nie bukan boleh cerita pasal anak2 dan mak airmata aku mudah mengalir. Sebabnya aku tak sanggup hadapi saat anak2 tinggalkan kami untuk teruskan hidup mereka dan mak aku pulak sebab aku banyak buat salah dengan mak.

So sekarang nie aku banyak terima pakai kata2 orang yang lebih positif contoh orang yang selalu galakkan aku bersalin banyak waktu muda ialah Kak Nab ibu Naim (juga kakak iparku), nenek Nat ( Ibu abg Khalil), dan beberapa orang lagi. Kata mereka nanti dah tua kita senang. Harap2 aku dapat asuh anak2 aku menjadi manusia yang berkualiti di dunia dan akhirat.

Gambar nie masa aku nak melahirkan Dina sejam sebelum di bawa ke wad bersalin HTAR. Tengok je riak wajah aku waktu ni..

Pernah jugak Abg Zain (suami Kak Nab) bergurau dengan kami bila lihat anak2 kami berlari2 membuatkan suasana rumahnya riuh. Katanya bila depa nie kecik kita nampak ramai tapi bila depa dah besar lepas sorang2 akan tinggalkan kita. Masing2 dah ada urusan mereka sendiri.

Dina sedang lena tidur, waktu nie sejam selepas Dina di lahirkan. Selalunya selepas melihat riak muka wajah anak yang kita lahirkan ke dunia, akan datang suatu perasaan yang terlalu indah aku rasakan.. Bahagianya ketika ini..


Betul jugakkan so aku ingatkan lepas nie mungkin jika sekiranya Allah berikan aku zuriat lagi aku akan terima dengan hati terbuka kerana anak adalah pemberian Allah kepada kita yang tak ternilai. Hubby aku mesti gembira bila baca posting terbaru aku nie sebab dia memang suka anak ramai..

10 comments:

NAIMKN said...

tgk cida...mama pn suruh cida beranak ramai2...jadi, target naim 10 org anak..hahaha...bleh ke?ulrp...!!

ieda said...

sukahati dia jer.. tapi ok la umah mama luas.. ada ayam belanda lagi..boleh cucu mama kerumun ayam, angsa (eee takut..garang)abah ngan mama..

boleh kalau ada rezeki boleh...

Hidup Naim.. ahak

Suhaimi Ahmad said...

Walaupun productivity tinggi, quality kena jaga....
(QA Mind set)

NAIMKN said...

btul ckp cikmie...kualiti kena ada, bru ada kesinambungan...hidup naim!!

ieda said...

macam barang pulak...

Ahau - Dee said...

Huh!

Caya lah Ieda !!! Tabik springgggg !!!!

Btw, saya pun ada anak lelaki sorang. Dah umur 11 tahun dah dia : )

Suraya said...

alhamdullilah.. aku pun planning nak anak ramai eda... selagi Allah bagi rezki aku terima jer. hehehe..

and betul, nak beranak biarlah time muda.. bila dah masuk 40 anak2 semua dah besar takde la penat ko nak jaga.

ieda said...

Ye betui.. spring...toing toing...!!

Dah ada anak sorg? Ye ke? Berita hangat nie.. tak tau pun.. anak kucing ke anak betul? tgh melawak ke serious..konpius..konpius..

Sue..
Ko dapatkan sorg dulu lepas tu kita citer lagi... aku umur 29 anak masuk 5.. hmm mmg productive..

Suki Cida said...

29 tahun 5 anak... aku kawin pun belum...kalau kejar ko rasa2 sama banyak tak? mesti bestkan uma ko meriah dengan budak2... kalau aku jiran ko aku kinap anak ko satu2... hehehe... zue aku tak tahu la ko sensitip... heheheh inilah naluri perempuankan... cepat tersentuh... apa-apa pun anak2 ko comel...

ieda said...

Best..ye ke? ko belum rasa kot.. mana ko pegi 2 hari nie aku tggu ajer komen dari korg.

Sibuk bole ler tu.. agak2 aku la anak2 ko nnt mesti kecik2 dah pakai t shirt bole yek..