Percayakah Aku?

Monday, April 06, 2009 Edit This 8 Comments »
Aku sendiri tak percaya dengan apa yang terjadi.. Kenapakah aku? Kenapa? Why? Kenapa bukan orang lain? Sanggup aku memalukan diriku sendiri.. Tapi aku tak mampu ubah takdir yang terjadi.. Apahal pulak aku berdrama tengah maghrib nie?

Percaya tak? Last week aku gi PKNS with my family.To make it short and simple tengah jalan2 tu kitorang nampak cantik.. jer kerusi bersusun depan stage. Aku yang tengah membuyung nie pun melepakkan perutku di situ.

Tak lama tu Irwanshah naik atas pentas. Siapa pulak mamat ni? Dialah duta up town Shah Alam. Aku mana la kenal dia. korang kenal tak? Mula-mula aku ingat dia tu mamat suruhan PKNS ataupun magician yang bakal buat demo kat situ. Lepas diorang announced dia duta uptown shah alam aku dengan segeranya bisik kat telinga hubby aku..ooo duta pasar malam rupanya..

Ooh betapa Sadyahnya mulut aku. Sadyah apa itu Sadyah? Menurut mak aku Sadyah nie orang kampung mak aku kat Perak.. mak aku citer lagi Sadyah nie kalau dia bercakap suara dia boleh dengar sampai seberang sungai kampung tu.. Betul ke mak? Entah betul entah tidak.. mak aku ni lawak orangnya.. Dari kecik adik beradik aku kalau ada salah sorang dari kami main cakap lepas maka gelaran Sadyah akan lekat kat orang tu. Apasal pulak aku citer pasal Sadyah.. Ok balik pada cerita tadi...

Ada satu quiz teka berat tembikai sapa betul atau hampir jawapannya akan dapat tembikai kuning tu. Aku tengok ramai gak penonton kat situ cuba bagi jawapan entah macammana mulut aku yang takde insuran ni pun mulalah dengan lantangnya bersuara 1.8kg.

Alamak betulla jawapan aku bagi at the same time ada mamat tua pun bagi same answer like mine. Kitorang kena panggil naik pentas. Aku yang hampir terasa nak beranak ni pun suruh hubby aku naik.. dah sudah dia pun taknak.. Si mamat Irwan tu pun pujuk naik gak okla.. sambil tersipu2, aku control cun naik kat stage tu.



Disebabkan ada dua winner buah tembikai (apa kelasss..) kitorang kena jawab apa maksud PKNS. Ooh.. manala aku tahu.. aku dengan merapunya menjawab Pusat (apa da pusat..) Kompleks Negeri Selangor, si mamat tua tu pun salah jawab, dua kali lima aku jugak.. Sayup2 aku dengar suara nyaring hubby aku dari bawah stage (kira talian hayat aku la) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Aku terus jawab benda yang sama.. Akhirnya aku dapat bawak balik buah tembikai yang menjatuhkan keayuanku itu..

Ooh malunya aku..

Pengajaran.. Jangan Sadyahkan mulut anda...

8 comments:

~..PriNCEss DyaNa..~ said...

haha..apekes kak, malu sudah ni..=P

Zuraida jemain said...

tak tau la dyana ooi.. tetiba jer kena panggil naik atas stage.. dapat jer tembikai terus cabut malu dik..

takut kena kejar paparazi..

naimkn said...

haha...nape jg gtu cida??adoi....xpela,last dpt jwb betul gak..tahniah cida

Zuraida jemain said...

nasib baik ada talian hayat kalu dak tersengih2la dengan mamat sorang lagi kat situ..

Why me!!!

Superstar said...

hahahahaha kau ni kelakar la eda... hang memang saadyah! hehehe dr zaman sekolah lagi ok!!

Zuraida jemain said...

banyak la ko.. sadyah.. agaknya kot..ahaks ahaks..

Suki Cida said...

hahah... suara ko selalu kedengaran sampai kelas aku... hahaha... tak berubah la ko ni...

Zuraida jemain said...

pandai la ko cida..

mana ada aku slalu control volume aku tau..